Assalamualaikum admin dan warga FS. Terima kasih sekali lagi buat admin kerana menyiarkan cerita sambungan saka harimau Fea. Moga entry kali ni diluluskan juga. Kepada pembaca, jutaan terima kasih kerana sudi membaca dan Fea minta maaf kalau buat anda ternanti-nanti. Okay, next cerita yang Fea nak kongsi adalah pengalaman Fea semasa bekerja dari zaman belajar sampailah sekarang.
Masa aku mengaji Diploma, aku ada buat part time dekat satu gedung pakaian sebagai promoter pakaian kanak-kanak. Waktu kerja dari 6.00pm sampai 10.00pm jadinya lepas habis kuliah aku akan masuk kerja terus. Masa aku mula-mula masuk kerja kat situ, kakak promoter full time tu ada bagitahu aku yang bahagian stor tu kalau boleh jangan masuk selepas pukul 9.30pm dan kalau nak masuk jugak, bawaklah teman.
Nama kakak full time tu Kak Ita, dia memang baik dan dah kerja lama dekat situ. Memang tabik la dia boleh bertahan kerja shift macam tu. Aku yang kerja 4 jam pun dah rasa nak nangis sebab penat berdiri. Satu hari tu, nak dijadikan cerita kawan aku brand sebelah mintak tolong aku teman dia masuk stor sebab nak ambil stok baju. Aku pun teman la dia masuk sebab aku memang tak ingat pesan Kak Ita.
Sara: Fea, kau ni baik la teman aku masuk stor. Kalau kau tak ada tadi macam mana aku nk masuk stor ni.
Aku: Kau kenapa Sara? Masuk stor nak berteman bagai? Tapi aku okay je sebab aku pun bosan terconggok berdiri kat situ. Ni dapat jugaklah mengular kejap.hehe!
Sara: Eh kau ni! Tak kan tak tahu cerita?
Aku: Cerita apa?
Sarah terus menarik lengan aku dan jalan tergesa-gesa ke arah rak baju. Sepantas kilat Sara menarik satu bundle baju lepas tu terus ajak aku keluar. Aku pun dah pelik dengan perangai Sara ni, tiba-tibaā¦.
Dumm! Dumm! Dumm! Bunyi seakan-akan bola yang dilantun kelantai berulang kali. Aku berhenti dan mata aku mencari mana bola tu. Sara dah berada jauh dihadapan tanpa dia perasan yang aku masih berdiri mencari bunyi bola tersebut.
Tiba-tiba mata aku terpandang sesosok budak lelaki berumur lebih kurang 4 ke 5 tahun di celah-celah rak baju sambil melantun bola. Aku terus berjalan kearah budak tersebut sebab niat aku nak suruh budak tu keluar jangan main dalam stor. Kadang-kadang ada je anak pelanggan yang nakal terlebih suka main dalam fitting room, main dekat kaunter dan tak mustahil boleh termasuk dalam stor.
Makin aku kejar, makin laju budak tu berlari sambil lantun bola. Tiba-tiba aku rasa seram sejuk dan aku tak nampak Sara. Ah sudah! Masa tu jugak lah aku teringat cerita Kak Ita. Kenapa lah aku ni bengap sangat boleh lupa pesan kak Ita tempoh hari. Aku terus berlari patah balik kearah pintu masuk stor dengan tergesa-gesa. Keluar je dari pintu stor aku tengok Sara tengah sibuk mengeluarkan satu-persatu baju yang berbalut dalam plastic.
Aku: Sara, awat tinggai aku?
Sara: Ha? Bila masa aku tinggal kau? Aku ingat kau da keluar dengan aku tadi.
Aku: Kau ada nampak anak customer masuk stor tak?
Sara: Tak ada pulak beb. Kenapa?
Aku: Tak ape lah mungkin aku tersilap.
Sara: Weh Fea, kau memang tak tahu cerita pasal stor ni ke?
Aku: Tahu tapi masa kau tanya tadi aku tak ingat.
Sara: Patut la berani semacam!
Aku: Hehehehehehe!
Keesokkannya, aku cerita dekat Kak Ita apa yang aku alami semalam dan aku tak nak cerita dekat Sara sebab aku tak nak tambah lagi perasaan takut dalam diri dia. Kak Ita kan dah kerja lama, so aku lebih yakin nak cerita dekat dia dan aku nak tahu siapa budak tu. Kak Ita beritahu, stor tu memang keras dan ramai dah staff jumpa budak main bola. Tapi jangan layan sebab makin kau layan, makin seronok budak tu permainkan kau. Silap haribulan kau berpusing-pusing la dalam stor tu mcm orang gila.
Aku terkejut sekejap sebab nasib baik aku tersedar cepat kalau tak jenuh aku main pusing-pusing dalam stor tu. Kak Ita cakap, kadang-kadang lagi ekstrem dia kacau, siap mak bapak dia join kacau sekali. Benda yang kacau tu lama dah menghuni dalam tu dan dia kacau gitu-gitu aje tak ada lah sampai cekik leher kau.
Aku kerja situ tak lama, dalam 3 bulan sebab aku nak focus exam dan aktiviti yang makin banyak. Aku harap Kak Ita selamat dan sentiasa dalam lindungan-Nya.
Second story aku pasal pengalaman aku kerja dekat satu pusat beli belah paling terkenal di Kuala Lumpur. Masa ni aku kerja kedai kasut lelaki dan brand ni memang terkenal dikalangan lelaki-lelaki maskulin terutama Wak Doyok. Hehehe! Wak Doyok pakai saiz 5 weh! Comel kaki dia.
Masa aku mula-mula masuk kerja, aku dapat pesanan yang sama iaitu jangan masuk stor lepas jam 9.30pm. Aku macam cuak jugak tapi aku rasa diorang ni nak kenakan aku. Yelah semua lelaki, aku dengan Supervisor je perempuan. Manager pun lelaki, so aku rasa diorang nak buli aku sebab aku ni nampak muka macam penakut.
2 bulan kerja kat situ semuanya okay, tak ada gangguan langsung walaupun stor boy cuti dan kami semua kene amek stok kasut sendiri dan aku pun dah lupa pasal pesanan dari abang-abang senior tu. Sampailah satu hari tu, kebetulan stor boy cuti so kami semua kene amek kasut dalam stor tu sendiri. Selalunya roger stor boy dengan walkie talkie aje, nanti dia ambilkan kasut tu.
Suatu hari tu, dalam pukul 9 lebih malam ada sorang customer ni nak kasut saiz 8. Kasut yang customer tu nak berada dihujung stor dan sebelah atas. Stor ni dua tingkat dan stok semua tinggi-tinggi. Aku kan pelupa tahap dewa ke-18 jadinya aku memang tak ingat ape pun. Aku naik atas, dengan selamba aku meneruskan misi mencari kasut saiz 8.
Masa aku tarik kotak kasut tu automatik ruang tu akan kosong kan? Time tu aku nampak sepasang mata merah tapi sekejap je dalam 3 saat macam tu. Masa aku tarik kotak tu dan ternampak mata merah tu, aku terjerit la sambil berlari turun. Tapi kotak kasut tetap aku bawak turun kang customer tu maki aku pulak sebab aku dah cakap saiz 8 memang ada stok.
Selepas setelkan customer tu, aku macam rasa nak demam sebab terkejut. Aku diam membisu sampai habis time closing kedai. Keesokannya aku datang kerja, aku cari stor boy dulu sebab aku nak tanya dia apa yang ada dalam stor tu. Dia kan memang kerja dalam stor je so mesti dia tau macam-macam. Nama stor boy tu Hakim dan dia dah kerja kat situ lebih 2 tahun.
Aku: Hakim, sepanjang kat kerja kat sini pernah kene ganggu tak dengan benda-benda mistik?
Hakim: Ade je Fea. Tapi aku buat bodoh je lah sebab aku dah biasa. Kenapa kau tanya?
Aku: Erm, semalam aku kene usik. Aku nampak sepasang mata merah masa aku tarik kotak kasut kat atas.
Hakim: Rak mana?
Aku: Rak hujung belah atas. Aku terkejut giler time tu, apa lagi berdesup aku lari turun tangga.
Hakim: Hahaha! Salam perkenalan la tu. Abaikan je nanti lama-lama kau biasa lah.
Aku: kurang asam kau ye salam perkenalan la sangat!
Hakim: Ala Fea, aku pernah kene tindih masa aku curi-curi tido dekat atas. Masa tu aku letih sangat sebab stok berkoyan-koyan masuk. Aku da siap semua kerja aku pun tido la kejap kat rak hujung tu. Sekali kene tindih pulak.
Aku: Padan muka kau! Tido lagi time kerja!
Hakim mencebik bibir sambil menyiku aku. Lepas tu kami gelak berdekah bersama. Hakim berpesan, lain kali nak naik stor lepas pukul 9.30pm pastikan ade teman atau cakap je stok habis. Tapi kalau manager ada, kau jangan buat macam tu, kene maki kau kang.
Aku mengganguk faham dan sekarang aku percaya yang abang-abang senior tu bukan nak pedajal aku. Memang stor tu keras sikit. Yang aku tak faham sekarang, apesal semua stor nak ade benda tu? Ke memang dia suka duduk dalam stor? Seronok gamaknya duduk dalam tempat sunyi.
Suatu hari tu, Manager, Supervisor, Stor boy, seorang senior dan aku bekerja shift petang. Sepatutnya Manager aku tu keje shift pagi tapi dia kene stay back sebab nak set up promotion baru. Habis closing kedai, kami semua thumb print (macam punch card tapi pakai ibu jari). Aku tergesa-gesa ambil beg sebab aku tak nak jadi orang last keluar office. Manager aku berpesan jangan ada yang tertinggal barang dan lampu macam biasa jangan lupa tutup siapa yang last. Lampu akan ditutup kecuali lampu office sebab kalau tutup semua, memang tak nampak apa.
Aku dah berdesup tunggu depan kedai sebab tak nak jadi orang terakhir. Bila semua dah keluar, Manager tengah periksa beg kami, Supervisor aku tu boleh pulak buat drama. Dia terlupa nak thumb print sebab tadi dia ingat lepas ambil beg baru nak thumb print. Dah sudah! Siapa nak teman dia masuk dalam balik?
Nak tak nak, stor boy teman la dia masuk sebab kalau kau termiss satu thumb print, elaun kedatangan kau akan āburnā. Oh ya! Supervisor aku ni perempuan ye, kot-kot korang lupa walaupun aku dah bagitahu kat atas tadi. Manager, abg senior dan aku tunggu depan pintu kedai sementara Hakim dengan Supervisor aku tu masuk kedai balik untuk thumb print.
Office kedai ni kalau nak masuk akan jumpa tangga stor dulu. Tangga stor ni pulak betul-betul mengadap pintu office. Kiranya kalau Manager duduk dalam office tu boleh nampak la staff turun naik stor amek stok. Masa Supervisor ni jalan masuk office, Hakim ni tunggu depan entrance tu aje. Supervisor ni tak perasan yang Hakim tak ikut dia masuk. Dia pun dengan selamba berani masuk office terus thumb jari tapi mesin tu macam sesuatu sangat. Sebab setiap kali kita letak ibu jari, mesin tu akan cakap ā Thank youā tapi malam tu, mesin tu asyik cakap āplease try againā
Dia ni pun cuba la lagi sekali tapi masih sama. Sampai dia dah sakit hati sangat dia terlepas cakap āsial! Celaka punya mesin!ā barulah mesin tu cakap ā Thank youā Aduhai da kene maki baru nk berfungsi mesin tu. Lepas je dia da setel dengan mesin tu, dia pusing je nk keluar pintu office, dia ternampak satu lembaga perempuan rambut panjang, baju putih tapi muka x nampak sebab kene tutup dengan rambut yang panjang tu duduk dekat anak tangga stor.
Apa lagi, menjerit la kawan tu sambil mencicit lari keluar. Dengan si Hakim berlari sekali sebab terkejut dengan pekikan perempuan tu. Kami kat luar kedai panik sebab jeritan Supervisor tu kuat lepas tu dua-dua lari lintang pukang. Tercungap-cungap Supervisor tu bagitahu apa yang dia nampak.
Lepas kejadian tu, seminggu demam Supervisor tu. Manager aku tu rilek je masa kejadian tu sebab dia dah tahu memang ada benda dalam stor tu. Sebab tu dia pesan kalau shif petang balik malam, jangan ada tertinggal barang dan jangan masuk sorang-sorang. Aku kan kaki menyebok, so aku tanya la manager aku tu knp tak boleh masuk stor lepas 9.30pm dan tak bole masuk sorang-sorang kalau dah closing kedai?
Manager aku cakap, stor tu memang keras sikit sebab owner kedai letak pelaris dan penjaga kedai dia. Aku hairan la sebab branding satu dunia kot masih perlukan pelaris ke? Manager aku cakap, moden macam mana pun bomoh-bomoh ni tetap ada. Lepas tu, habis aje closing kedai lepas 10pm, jangan masuk stor atau office balik sebab benda tu memang akan keluar bila semua staff dah balik.
Kiranya macam itu turn dialah untuk bermain-main kat situ. Staff dulu-dulu pernah kene kacau sampai tahap dia menyamar staff yang MC. Tapi manager aku cakap, benda tu suka kacau siapa yang mulut cabul, suka cakap besar dan suka mencarut. Heh! Patut la Supervisor tu kene malam tu. Hehe!
Story ketiga aku ni agak menakutkan sebab yang kene adalah aku sendiri. Pengalaman ni memang paling terkenal bila setiap kali aku dengan kawan-kawan berkumpul sambil imbas kisah lalu. Pengalaman ni aku dapat masa syarikat yang kerja tu mengadakan team building di salah sebuah residence hotel terkenal di satu negeri yang terkenal dengan keindahan laut. Seramai 50 orang staff yang wajib untuk hadir program team building tersebut dan program ini berlangsung selama 5 hari iaitu Isnin sampai Jumaat. Sabtu dan Ahad adalah waktu rehat kami sebelum kembali bertugas.
Hari pertama kami sampai di hotel tersebut, kami terus diberi kunci rumah. Residence hotel ni adalah apartment yang kau bole sewa sebiji rumah dan ada 3 bilik. Setiap bilik katil single ada dua buah siap air conditioner sekali. Kami bebas memilih teman serumah dan teman sebilik asalkan semua sama jantina.
Aku sebilik dengan kawan baik aku dan rumah kami tu semua adalah kawan satu department di office. Jadinya kami sangat selesa la untuk 5 hari akan datang dan kami tak sabar nak terjun kedalam swimming pool yang betul-betul dihadapan beranda rumah kami. Hari pertama kami sampai terus naik kerumah dan kemas pakaian. Aku amek bilik ketiga sebab kecik sikit supaya aku tak rasa luas sangat dan nanti aku terasa seram.
Walaupun bilik tu bilik ketiga, tapi keluasan bilik tu macam bilik no dua. Agak luas sebab ada meja solek dan almari besar. Aku terus bukak beg dan keluarkan baju untuk disangkut dalam almari. Memang tabiat aku suka mengemas kalau check in hotel sebab, aku tak suka pagi-pagi nk punggah beg lagipun nak duduk sana 5 hari. Kalau sehari baju kan tak banyak ni 5 hari, memang banyak barang yang aku bawa.
Aku pun tarik tombol pintu almari tapi macam ketat. Aku tarik kuat sikit dan tiba-tiba rasa macam ada angin yang keluar dari almari tu. Aku terdiam sekejap tapi aku buat bodoh sebab aku tak terfikir apa-apa yang mistik masa tu. Aku pun amek penyangkut baju dalam almari tu dan mula menyangkut baju-baju aku semua. Aku tak tahulah kenapa aku berminat sangat dengan penyangkut baju dalam almari tu walaupun aku bawak penyangkut baju sendiri.
Semua barang dah siap kemas, aku merebahkan badan keatas tilam yang empuk. Kawan-kawan yang lain melepak dirumah tamu sementara menunggu aktiviti seterusnya pada pukul 5pm. Aktiviti macam biasa, amat menyeronokkan dan makan malam pun sedap. Habis makan malam dan segala aktiviti malam pertama, kami semua naik ke rumah untuk berehat.
Masa tu dalam pukul 10pm dan kami naik beramai-ramai kerumah sebab semua dah penat. Ada juga yang dah berangan nak masak megi, nak melepak tengok movie, nak terus tidur dan ada juga yang nak keluar cari kudap-kudap. Tapi, sampai je rumah, semua dah kepenantan dan semua masuk bilik nk tidur. Heh! Aku baru nak kirim kuaci sepeket boleh diorang tak jadi keular pulak.
Dalam pukul 11.30pm semua dah masuk bilik untuk tidur termasuklah aku. Katil aku betul-betul menghadap almari yang besar tu tapi aku tak kesah pun. Lampu bilik dah dipadamkan, aku terkebil-kebil mencari mood untuk tidur tapi entah kenapa aku tak dapat tidur malam tu. Kawan aku dah selamat ke alam mimpi tapi aku masih tak boleh tidur.
Segala posisi badan aku ubah tetapi tetap mata aku tak dapat tidur. Aku merenung siling dan tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan halus dari almari didepan aku. Tapi bunyi tu halus, macam kau ketuk perlahan tapi masih boleh dengar. Yang peliknya kenapa aku dengar bunyi tu datang dari almari? Aku je paling dekat dengan alamari dan siapa pulak yang main ketuk-ketuk almari ni?
Aku buat bodoh macam biasa, tapi kali ni aku dengar macam bunyi sesuatu cuba keluar dari almari tu tapi tak dpat keluar sebab pintu almari tu ketat sikit. Aku dah tak tentu arah, aku terus bangun dan bukak lampu tidur. Jantung aku berdegup laju mengalahkan mat rempit yang sedang asyik berlumba di bulatan Pahang KL. Takutnya aku Tuhan aje yang tahu dan tiba-tiba,bunyi seolah-oleh kuku mencakar almari dan serentak tu aku bangun berlari pergi bukak lampu bilik.
Kawan sebilik aku terpisat-pisat bangun sambil menggosok mata pelik dengan tindakan aku membuka lampu.
Hawa: Fea, kenapa bukak lampu? Kau cari barang ke?
Aku: Err..Err..Weh Hawa kalau tidur bukak lampu bole tak? Aku x selesa la gelap sangat.
Hawa: Boleh je tak ada masalah.
Hawa menarik selimut dan menyambung tidur. Aku masih berdiri di suis lampu sambil berfikir apa aku nak buat kalau benda tu berbunyi lagi. Aku ingat nak selit tidur sebelah hawa tapi nanti dia pulak yang takut kalau aku cerita apa yang baru berlaku tadi. Jadi nak tak nak, aku naik perlahan-lahan keatas katil dan masuk kedalam selimut. Aku merenung almari yang tersergam indah didepan mata aku sambil membaca ayat qursi.
Tolong la aku Ya Allah jangan la ada benda yang sengaja nak mengacau hidup aku. Malam tu aku langsung tak dapat tidur sebab aku terlampau takut. Hari kedua berjalan dengan baik walaupun aku menguap berjuta kali. Apabila Hawa bertanya keadaan aku, aku jawab mungkin sebab berubah tempat tidur sebab tu tak dapat lelap.
Malam kedua aku dah cuak nak tidur sebab Hawa mintak tutup lampu. Aku hormat kawan aku jadi aku tutup lampu dan aku mula membaca segala surah yang aku tahu untuk lindungi aku malam tu. Malam kedua aku dapat lelap, mungkin letih sangat. Tapi keindahan aku dialam mimpi cuma dapat bertahan 3 jam sebab pada jam 4 pagi, aku dikejutkan dengan goncangan dari Hawa.
Hawa: Fea! Fea! Bangun! Kau kenapa ni mengigau ketawa gelak mengilai-ngilai? Takut la aku Fea.
Aku: Ha??
Aku terpinga-pinga dan langsung tak mengerti apa yang Hawa luahkan sebentar tadi. Ketawa? Mengilai? Apa Hawa merepek ni? Aku memang tak sedar apa dan aku tak boleh nk jawab semua soalan Hawa malam tu. Kami sambung tidur semula tapi aku langsung dah tak bole lena malam tu. Dugaan apa pula kali ni yang aku nk hadap?
Aku berjaga sampai subuh dan seusai solat subuh, aku teruskan aktiviti macam biasa untuk hari ketiga. Fikiran aku serabut sebab dah 2 org mengadu bila tidur dengan aku, aku akan ketawa mengilai. Apa yang aku mimpi sampai aku ketawa mengilai? Habis aktiviti, makan malam dan aktiviti menyembang, kami naik rumah tapi kawan-kawan aku decide nak jalan-jalan kat swimming pool lepak-lepak dengan kawan lelaki.
Aku terlampau letih sebab dah 2 malam aku tak apat tidur yang sempurna. Aku cuma nak tidur aje sekarang. Tapi semua nak melepak malam tu jadinya aku gagahkan diri untuk masuk rumah sorang-sorang sebab aku terlampau letih. Aku naik rumah dan dari beranda aku boleh nampak diorang melepak dan aku terus menghidupkan televisyen sebab aku tak nak rumah tu sunyi sangat. Aku gosok gigi, cuci muka, cuki kaki, on air conditioner dan terus merebahkan badan di atas katil. Tv masih on dengan suara yang tak berapa kuat, hanya cukup aku dengar dari bilik.
Disaat aku hendak melelapkan mata, almari yang berada dalam bilik aku berbunyi seolah-olah sesuatu ingin keluar dari dalam tapi tak dapat sebab tombol tu ketat. Ah sudah! Kene lagi aku malam ni. Dek kerana aku terlampau penat, aku abaikan dan sambung tidur, tiba-tiba tv kat luar suara makin kuat. Terkejut aku dah macam dalam pawagam aku dengar suara tv tu. Aku berlari kedepan dan aku tutup tv serta aku cabut plug tv tu. Aku dah tak sedap hati nak duduk dalam rumah tu, aku ambil tudung, handphone dengan niat nak join diorang melepak sebab aku tak sanggup duduk dalam rumah tu. Disaat aku pegang tombol pintu rumah nk keluar, aku dengar bunyi bising dalam almari semakin riuh dan galak.
Aku apa lagi, berdesup tinggalkan rumah tu dan pergi duduk dengan kawan-kawan aku dekat swimming pool. Diorang semua dah pelik kenapa aku turun sedangkan tadi aku nak sangat naik tidur. Aku langsung tak bukak mulut pasal kejadian tu sebab aku tak nak diorang buat kecoh malam-malam. Aku cuma bagitahu diorang yang aku tak boleh tidur.
Kami melepak sehingga jam 3 pagi dan semua dah mengantuk nak naik tidur. Aku pulak dah menggelabah macam mana aku nak hadap gangguan malam ni? Sampai je dalam rumah, salah sorang kawan aku dalam rumah tu amek remote dan hidupkan tv. Weh! Tadi sebelum aku keluar, aku dah cabut plug tv tu! Sape yang pasang balik? Ah sudah!
Aku dah tak bole tahan, makin menjadi-jadi pulak ni. Apa aku nak buat ni? Ni baru malam ketiga, dah macam ni punya dia kacau. Aku telefon Ema, aku cerita dekat Ema semua yang jadi dan Ema suruh aku cuba mintak rumah lain. Tapi aku rasa diorang tak kan layan permintaan aku ni dan aku kene cari jalan penyelesaian lain. Ema cakap, cuba kau tanya kawan-kawan yang lain ada tak diorang kene ganggu. Atau kau sorang yang kene?
Aku pun wasap sorang-sorang mlm tu dan diorang semua cakap tak ada apa gangguan dan semua datang serbu bilik aku tanya kenapa aku tanya macam tu? Aku terpaksa berbohong dengan diorang, tujuan aku tanya semua tu sebab aku nak tau kot-kot ada sesiapa yang dah kene kacau. Tapi nampaknya aku sorang yang kene kacau dan aku kene cari apa punca aku kene kacau.
Malam tu aku tidur macam biasa tapi dah lewat sebab kami naik melepak dah pukul 3 pagi, sesi bertanya dalam wasap lagi, so dekat subuh baru aku tidur. Berpinar aku hadap aktivti hari keempat tu. Petang tu aktiviti bebas so semua amek kesempatan mandi laut, mandi swimming pool dan ada yang jalan-jalan cari makanan. Aku pulak, cari mak cik housekeeping yang uruskan bilik aku. Aku tanya dekat receptionist siapa yang handle rumah aku tu? Aku cakap ada benda saya nak tanya.
Nasib baik masa aku tanya tu, mak cik housekeeping tu baru nk naik bersihkan rumah kami. Aku ajak die berborak sekejap tapi dia cakap keje dia banyak so aku kene ikut dia naik rumah sambil berborak. Semasa dia mula mengemas rumah aku tu, aku tanya dia apa yang dia tau pasal residence ni? Mak cik tu cakap macam biasa yang dia keje dah lama kat sini dan tempat ni menarik la, bla..bla..bla..
Aku tanya dia, tau tak apa-apa pasal rumah ni? Saya kene ganggu dah 3 malam. Mak cik tu terus tarik aku pergi beranda dan tanya aku kene kacau macam mana? Aku cerita dari A-Z apa yang aku kene sejak malam pertama. Mak cik tu cakap, ada tak aku ubah apa-apa barang dalam bilik tu? Aku fikir punya fikir, aku tak ada ubah apa-apa Cuma aku guna penyangkut baju yang ada dalam almari tu.
Mak cik tu suruh aku keluarkan semua baju aku dalam almari dan letak balik penyangkut baju yang aku guna tu dalam almari tu semula. Aku pun terus masukkan semua baju dalam luggage dan aku cari mana lagi satu penyangkut baju yang aku amek dalam almari ni. Cari punya cari, aku jumpa dekat area dapur sebab aku gantung tuala basah.
Mak cik tu cakap, jangan ubah apa-apa barang kalau duduk tempat yang jarang ada penghuni hatta penyangkut baju pun sebab kita tak tahu apa yang ada dalam rumah tu. Mungkin benda yang duduk dalam rumah tu marah kau guna penyangkut baju tu tapi tak letak dalam almari. Kau letak luar. Ini andaian mak cik tu ajelah. Aku terpaksa percaya sebab aku tak tahu macam mana lagi nak setelkan hal ni.
Malam terakhir aku kat rumah tu, tenang. Setenang air dilaut, langsung tak ada gangguan hatta bunyi tombol pintu. Aku dapat tidur dengan aman damai dan kami check out pada hari ke 5 dengan gembira. Masa aku nak check out tu, aku cuba cari mak cik housekeeping tu sebab nk ucapkan terima kasih tapi mak cik tu cuti.
Aku hanya bukak mulut selepas Hawa cerita hal aku ketawa mengilai dekat kawan-kawan yang lain. Semua terbuntang mata mendengar cerita aku dan langsung tak percaya macam mana aku bole berani naik rumah sorang-sorang walaupun dah kene ganggu. Aku bukan berlagak berani tapi aku terlampau letih sampai otak aku fikir katil dan bantal je.
Bagi aku kat mana-mana hotel pun ada cuma kau bernasib baik atau tidak. Pesanan aku, berhati-hatilah semasa ditempat orang walaupun kita tak nampak dia. Apa kaitan ketawa mengilai aku dengan kejadian yang menimpa aku?Ā Assalamualaikum.
perghhh . kentalnya awakk . btw, nice story
tq panda comel..
nice story. 9/10
tq qalisa
Seram betul cerita yang ketiga tu. Terima kasih kongsi pengalaman.
sama2…tq sudi baca
Bestt
tq anna
Klu cite kat butik tu same mcm cite sy mase keje kat fnb dulu… Elok betenggek n sembunyi dlm freezer…bkn chiller tau
wuih lg seram tu..
fnb mne…haha sbb mse sy kee fnb pg smua store sme je..xchiller freezer die dudok…gila kebal dieorg ni..
Best sangat2. Berani awak ehh. Dah kena kacau pun masih boleh tido lgš
berani x berani gak la….tp sbb letih teramat..
berani betol awak ni…yea lah mana tak nya… kepenatan dan tak cukup tido..mesti lah ingt bantal dan selimut…
cerita lagi lah pngalman awak ya.
berani x jugak..takut juga….nnt sy taip lg ye..
Hakak klu dh letih sgt pun, masih x berani naik sorgĀ² umah berpenunggu tu dik.. sanggup lagi tido kt laman rumah dari masuk ke dlm.. hahaha.. apa pun citerĀ² dr ko dik mmg bestĀ² belaka..
hehehe! tu la kak..
stor dekt tempat kerja cikpeah yang dlu pun keras ramai kene sampai ade auntie jatuh tangga sebab terkejut gan bnde tue..tempat keje cikpeah yang baru nie kekang bile kite dok sesorg mula lah die jatuh kan barang lah kertas lah..kalo dekat stor lah bebudak tempat keje ckp ade bnde tue suke sangt muncul diri sampai drg takot nak naik stor sorg2 kekdng drg pedajal cikpeah g naik sorg2..sbb setakat nie cikpeah yang tak penah kene ganggu lagi..
siapa jg x pernah baca lg hasil karangan Fea, bole try search #Fea
Sebelum ni ade 3 cerita yg Fea dah kongsikan..tq semua…
Fea. Ni cerita yang sepatutnya selepas saka harimau tu ke?
macam takde kesinambungan. Atau ada admin yang tak pubish?
Saka dah dibuang completely ke?
Ilham Resort PD ke?
kaitan ketawa mengilai masa tidur tuu mgkin benda tuu nak gak kacau yg lain kut…hahahaaa…..
kak fea !! satu lagi cerita yg best , kak fea kuat , semoga allah melindungi kak fea ,
sy tk sekental akak walaupun sy ad kebolehan cm akak ,
up lagi ceritqa baru