First Time

Assalamualaikum. Salam sejahtera for non-muslims. Hai readers. Cerita yang aku nak share neh adelah pengalaman aku sendiri yang first time nampak benda alah tu. Ala hantu syaiton la. Aku repeat, nampak ye, NAMPAK. Bukan dengar, bukan terbau, bukan terjilat or terasa. Lel. Tapi NAMPAK. Peristiwa neh berlaku waktu umur aku 16 tahun, kat asrama sekolah menengah. Okey selingan: ingat tak dulu ada orang pos cerita horror pasal asrama atas bukit? Haa..untuk pengetahuan, aku dari asrama tu la. Hahahha.

Intro sikit. Sekolah aku neh memang terletak kat kawasan Bukit Larut. Kan setiap bukit akan ada “anak-anak” bukit yang kecil2 sebelum kita jumpa yang “ibu” dia (which is in this story is Bukit Larut) of course. And asrama aku neh memang betul-betul terletak kat atas salah satu “anak-anak” Bukit Larut neh. Kalau dari ground kat bawah tu kau kene dongak ke atas untuk tengok hostel aku neh and obviously kau akan nampak sebahagian bukit dah di tarah and seolah-olah ada orang ambik bangunan-bangunan hostel aku seketul and letak kat atas bukit tu. Dari sekolah kena rentas padang memanjang (ade koridor) then kene naik 78 anak tangga tak silap aku. Baruuuu la kau sampai hostel. Kalau pagi-pagi nak pergi sekolah dah separuh jalan then kau tertinggal something kat hostel memang menangis la kau sorang-sorang kene naik balik.

Kawasan keliling memang hutan. Bukan hutan yang orang dah teroka. Tapi memang hutan banat kawww punya tuh. Dah sebut Bukit Larut, opkos la kawasan sekolah aku neh terletak dalam kawasan Taman Tasik Taiping. So sekolah + hostel kitorang neh memang dekat la dengan Zoo Taiping. Tengah-tengah malam kat hostel kitorang tu selalu terdengar bunyi gajah la, bunyi harimau/singa mengaum la. Hahahha. Sebab dah dekat dengan zoo kan. Selalu jumpa serangge yang pelik-pelik. Serangge yang kitorang tak pernah jumpa kat kawasan perumahan biasa. Lipan tanah. Badan dia macam diperbuat dari kayu. Bentuk badan dia macam kotak kuboid panjang berketak-ketak. Ulat gonggok merah besar pinggan. Kumbang tanduk besar tapak tangan. Kupu-kupu besar buku teks. Serangge bentuk sebijik macam ranting kayu. Kumbang warna hijau and sebijik macam daun. Etc etc etc. you name it. Hahha. Okey cukup part intro.

Aku jugak merupakan student yang first batch masuk hostel neh. Waktu tu aku form 2. Like macam budak yang hantar kisah asrama atas bukit tu cerita. Ada kes kerasukan la apa la itu la ini la yada yada. Aku Alhamdulillah rilex je tak ada la kene apa-apa yang zzzeriyess. Setakat dngar tu la dngar neh la itu normal la. Lepas dah due tahun, yakni waktu aku form 4. Di sini la segala-galanya bermula. Aku describe sikit pasal jadual harian kitorang kat hostel. Balik sekolah, makan, mandi, solat then turun untuk prep petang. Preap petang start pukul 2.30 tak silap aku sampai pukul 4.30 petang. 4.30 petang semua kena berkumpul kat surau solat Jemaah, termasuk yang period. For those yang period kene duduk kat kaki lima kat bahagian belakang. Habis solat Asar, ada ceramah agama sikit-sikit sampai pukul 5.30 petang. In a conclusion, sepanjang tempoh 4.30 sampai 5.30 tu kene kosongkan blok waktu tu.

Lepas solat asar, aktiviti bebas. Ada yang beriadah, ada yang lepak duduk je dalam dorm masing-masing. Tak akan ada la manusia yang terlebih rajin nak masuk balik bilik prep. Bilik prep ada 3. Dua untuk junior form 2. Satu lagi bilik prep besar untuk senior (form 3, 4 & 5). Budak form 1 prep dekat DM (Dewan Makan). So waktu peristiwa neh berlaku aku form 4. So aku prep kat bilik prep yang besar which is located at groundfloor, bahagian depan kat tengah-tengah blok. Peristiwa neh terjadi waktu siang hari. Yes siang. Bilik prep kitorang neh kene bukak kasut untuk masuk. So memang bersih la kat dalam tu. Ada meja-meja & kerusi. Ade satu ruangan letak karpet and meja kecik kat penjuru like macam tempat lepak-lepak untuk sudut bacaan. And kat situ la tempat aku membuta sepanjang prep petang hampir setiap hari. Tak remaja la wey kalau tak membuta waktu prep petang. Oh kemonnnn.

Aku tidur macam biasa hari tu. Azan asar berkumandang. Semua orang bergegas pergi surau. And aku period waktu tu. Tinggal aku dengan ada sorang budak form 3 yakni adik angkat aku, and jugak girl-girl senior lain yang period yang stay je dalam bilik prep tu. Dorang pun plan nak pergi surau lambat sikit. Which is actually kalau di ikut kan tak boleh dah duduk dalam blok lagi lepas pukul 4.30 petang. Kena kosong kan blok. But well memandangkan kitorang neh soooo called senior so rasa macam tak cukup garam pulak hidup neh kalau tak buat kepala sekali sekala.

Aku namakan adik angkat aku neh Melur je la eh. Melur neh pun period jugak. Sebelum tidur tadi aku dah pesan kat Melur, nanti kalau nak pergi surau, tolong kejutkan aku. Aku nak pergi lambat sikit together2 dengan dia. Mak long la dah masing-masing period. Bukan boleh solat pun. Melur angguk tanda paham. Bagus betul budak neh tak banyak soal. So Melur neh pun dengan penuh santun kejut la aku tanda patuh akan arahan aku.

“Kak Anggun (hamboih nama samaran aku kemain kau), bangun..jom pergi surau…”

Well well. Hostel punya culture zaman persekolahan. Beza setahun pun nak ber ahkak-adik.

Aku celik sebelah mata aku tengok jam kat tangan baru pukul 4.45 macam tu. Dalam mengantuk tu like usual aku apply habit aku macam biasa aku cakap kat Melur,

“Pukul 5 nanti la..”

Melur akur and balik semula kat meja dia. Sampai pukul 5 petang, Melur kejut aku lagi,

“Kak Anggun…jom pergi surau..”

And againnnn aku ter apply lagi habit aku…

“Kita pergi pukul 5 suku la Melur..”

And again, Melur akur. Baik hati sungguh gadis tersebut.

Tik tok tik tok 5.15 Melur kejut aku lagi,

“Kak Anggun, dah 5 suku..”

Aku celik dua-dua mata aku tengok jam kat tangan memang dah 5 suku. Tapi sumpah aku rasa liat gila nak bangun. Aku pandang sekeliling, bilik prep dah kosong. Cuma tinggal aku dengan Melur je. Aku cakap kat Melur,

“Kak Anggun ingat nak tidur lagi sekejap la…”

Then Melur cakap kat aku,

“Kak Anggun, kita pergi surau dulu eh?”

Aku pandang Melur and aku angguk je. Waktu neh aku memang fully sedar je. Cume berat bontot je nak bangun. Aku pandang je Melur keluar dari pintu bilik prep tu. Kat dalam bilik prep tu ada tingkap-tingkap kaca yang terbukak luas. Dalam keadaan masih baring, aku pandang luar, sunyi, sepi. I’m pretty sure yang blok dah kosong waktu neh. Aku adjust2 posisi baring bagi selesa sikit. Aku mengiring ke kanan then aku pejam mata.

Elok je aku pejam mate, then, IT HAPPENED.

Tak sempat pun aku nak lena. Tiba-tiba telinga aku tangkap bunyik macam angin menderu-deru. Like macam ada helicopter yang cuba nak mendarat kat cuping telinga aku. Korang pernah dengar kan bunyik kipas helicopter? Macam tu la bunyik nye. Macam bunyik ada orang kibas-kibas kain laju-laju betul-betul kat tepi telinga kau. And angin tu panas. Disertai dengan bunyik berdesing. Berdesing yakmat.

Perasaan aku waktu tu? Aku tak rasa takut sangat waktu tu. Just rasa pelik and aneh. Aku macam still blur and tak dapat tangkap apa sebenarnya yang jadik. Sampai tahap aku terfikir kipas dalam bilik prep neh rosak ke tiba-tiba jadik laju semacam berpusing sampai macam nak tercabut bumbung bilik prep neh. And badan aku tak boleh gerak. Nak bukak mata pun payah sangat rasa. Struggle gila. Waktu neh posisi aku mengiring ke kanan. Tiba-tiba kat bahagian kaki aku rasa macam ada orang duduk. Berat gileeee. Slowly “orang” tu menjalar dari bahagian kaki, naik ke bahagian lutut, peha, sampai la ke bahu (since sebab aku mengiring kan). But dia punya tekanan tu rasa sampai dada. Time neh baruuuu la aku dah mula rasa takut.

Angin yang menderu-deru waktu tu memang panas. Macam feeling-feeling bila kau bukak rice cooker yang baru masak. Menderu-deru wap panas. Macam tu la rasanya. Tapi at the same time badan aku rasa sejuk gile. Aku pun tak tahu macam mane nak describe. Rasa dia macam badan kau tengah kesejukan but kau berada kat tengah-tengah gurun. Badan kau rasa sejuk, tapi kau berada kat tempat yang panas. Then aku dah start berpeluh-peluh. Tapi peluh dingin. Waktu tu aku macam panic. Sebab aku struggle lemas tak boleh nak bernafas properly. Tercungap-cungap je rasa curik-curik nafas. Tiba-tiba…….

AKU RASA MACAM SERETAN RAMBUT DARI BAHU MENJALAR SAMPAI KE PINGGANG.

Sampai ke pinggang dia stop.

Then sayup-sayup je aku dengar…

“…….aaaaaadikkkkk…..”

Intonasi lembut. I mean cukup-cukup lembut. Sayu. Suara dia halusss je and volume pun tak tinggi tapi nyaring menusuk gegendang telinga. Aku pun tak tahu la skill apa yang dia guna boleh lontarkan suara dalam intonasi yang lembut and sayu, volume suara dia pun tak kuat tapi still maintain nyaring. Memang macam aneh. Aku tak tahu macam mana nak describe precisely sangat. Korang kene dengar sendiri, baru korang akan faham. Hahaha. Shit. Waktu aku taip neh pun terngiang-ngiang teringat-ingat lagi dowh suara dia tu.

Waktu dah sampai jadik macam tu baruuuuu la aku yakin more than anything in this world yang aku tak berseorangan kat bilik tu. Huhuhu. Aku just mampu cakap “Allahuakbar..” berulang-ulang kali dalam keadaan yang cukup susah and payah. Tapi suara aku tak keluar. Banyak sangat ke dose aku sampai nak sebut Allahuakbar pun kemain punye hazabbbbb. Soalan add math pun tak susah macam neh aku rasa. Aku usaha sedaya mungkin untuk celik mata. Aku Berjaya bukak mata sipi-sipi. And what I saw is…

– Ade satu bende warna putih depan aku. Tapi dia bukan dalam bentuk solid. Tapi lebih kepada macam bayang-bayang. Macam kepulan asap pun ada. Transparent. See through. Sebab aku boleh nampak meja-meja & kerusi kat dalam bilik prep tu melalui badan dia. Tu benda first yang aku nampak bile berjaye bukak mata.

– Aku halakan bijik mate aku (since kepala aku tak boleh gerak) ke atas pulak. Pandangan aku waktu tu dari bahagian bawah bende putih yang aku nampak tu, slow-slow aku tilik sampai ke atas. Aku nampak ada macam muke putihhhhhh pucat. Putih yakmat. Mulut die kecikkkk je. Mulut dengan muke die macam rata tak ada beza sangat. Tapi sipi-sipi nampak la mulut die kecikkkk je tengah senyum nipis kat aku. Hidung die panjang, tapi mancung tajam. Sebab ape aku cakap hidung die panjang? Sebab batang hidung die macam melepasi mate die. Batang hidung die panjang ke atas. Ape jenis muke la gitu gaye. Ade hati pulak panggil aku adik. Eh yalll la. Mate die pulak sepet, seolah-olah hampir tiada. Tengah tunduk tengok aku.

– Korang dapat bayangkan tak yang dia berdiri menghadap aku, tengah tunduk, rambut die lepas kan ke depan and rambut-rambut die tu terjuntai kene badan aku. Ape motif tah die lepas kan rambut die ke depan. Macam saje je nak bagi rambut die kene badan aku. Jilake beteyyy. Rambut die hitam berkilat. And rambut dengan muke die solid (seingat aku la). Cume badan die je macam transparent. Oh shit. Sejuk tangan aku taip neh. It is still fresh like hell in my mind. Aku rasa aku tengok die tak lame pun. Just dalam few seconds je. Tapi muke die tu memang “melekat” dalam kepala aku. Tak boleh lupe.

Cepat-cepat aku pejam mate balik. Aku kuat kan semangat. Aku baca ayat qursi. Aku bace sesungguh-sungguh hati. Tersekat-sekat. Susah nak complete betul-betul. Tunggang-langgang. Aku doa dalam hati ya Allah..bebas kan la aku dari makhluk huduh nak mapoohhh neh. Aku kan Anggun. Tak kan mungkin aku sudi jadik adik beliau. Aku bace ayat qursi, tersekat. Aku ulang lagi sekali. Tersekat separuh jalan. Aku ulang, lagi dan lagi. And sepanjang tu jugak la die duk ber adik-adik dengan aku dengan menggunakan suare tak berjenis die tu.

Last-last aku give up bace ayat qursi. I just keep saying “Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar…” berulang-ulang kali. Sampai la slowly aku rasa bahu aku makin ringan, menjalar sampai ke pinggang, peha, lutut, then kaki. Memang boleh rasa yang dia tengah “turun” ke bawah. Serentak dengan tu jugak bunyik angin yang macam helicopter yang menderu-deru tu pun hilang. Bingit kat telinga pun hilang. Terussss aku boleh bukak mate seluas-luas alam. Aku terus duduk.

Aku istighfar berulang kali. Dengan hoyong-hayang aku bangun nak keluar dari bilik prep tu. Sampai kat pintu bilik prep (keluar je terus ke lobi) kat lobi tu ada public phone. Ada sorang budak junior tengah nak guna public phone tu. Aku nama kan budak neh Orkid je la eh. Waktu tu kat lobi cuma ada Orkid je. Aku tengok Orkid, Orkid tengok aku. Tiba-tiba Orkid tanya aku,

“Kak Anggun okey ke?”

Aku macam nak act macho plus tak nak cite apa-apa kat siapa-siapa sebab aku tak nak takut kan siapa-siapa. So aku just cakap la, “Okey je” without any intention untuk cite perihal tadi kat dia. Aku tanya balik kat Orkid, “Kenapa?”

Orkid cakap,

“Entah la. Kak Anggun nampak lain. Nampak macam tak bermaya”.

Aku senyum je. Then aku terpandang jam kat atas public phone tu. Jam bulat warna putih. Umakgaiiiii dah pukul 6 lebih. Serius la???? Benda tu semua berlaku dalam mase sejam ke? Aku rase macam 10 minit je. Aku kelam kabut naik dorm. Mandi bersih-bersih, basah kan kepala. Aku baca-baca 3 qul, selawat2 semua sambil niat dalam hati nak pulih kan semangat balik. Aku tukar baju baru. Aku turun dewan makan untuk dinner. Then lepas dinner tu, walaupun period, aku antara orang yang terawal sampai ke surau untuk berhimpun solat maghrib. Tapi opkos la aku tak solat. just menabdikan diri pada yang Esa kat kaki lima belakang surau tu. Tobat la aku tak nak dah melagha kat bilik prep tu. Hahahah.

Tu la first time in my life aku nampak benda tu. Sebelum neh memang pernah kena sakat setakat dengar bunyik-bunyik je. 16 tahun hidup, tak pernah nampak. Tuuuu la first time. Something yang aku tak akan boleh lupa sampai mati. Huhuhuh.

-Anggun-

Anggun

Leave a Reply

18 Comments on "First Time"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
aisyah

heheheh best citer ko seram + lawak + keinsopan 😀

Karipap Kentang

Bagus Anggun!

Tatie

Bagus! Seram weh.. aku y baca ni pun membygkn muke huduh tu rasa melekat kt kepala..

Kak Yulie

Keciiikkkkk hati kakak mulut kecik tu…
Die pon nk beradik kakak angkat gaakkk…
Kate lumrah hostel kaannnn kakak adik wpon beza setahun…
Hahahahahah…

apid

den nak jadik hadik angkat kak yulie buleh dak? hahahaha

Kak Yulie

Buliiihhhh…
Bulih sesangaaaattt…
Tp ade pengerasnye tauuu…
Setiap tahun kena sponser baju ghaye LAPAN pasang…
Deal…?????

apid

nampak dia pnya demand sampai 8 pasang….ok dehel….. seoronok baca cite dak anggun ni….guna nama timangan org2 lama…melur lah orkid lah…dia pnya intro je 3 perenggan hahahaha..

Kak Yulie

Ko kena ingat sedalam dalamnye ingat dik…
Kakak angkat yg ko propose ni KAKLONG KAWASAN…
Uiiisshhhh…bukan sebarang hakak taaauuu…

z

Seram dowhhh…. Boleh describe secara detail. Nmpk real pnya depan mata dekat pula tu.

Ahkak

Pnh gak tinggal kt bilik prep sorg ms tetido.sbb smua org blk ms xde letrik.sekor pn xkejut aku

Darm

nice dowh

apid

laker betol aku plak meremang dlm opis ni baca…. siap bygkan muka yang ko nampak tu dek non….mulut kecut mata sepet…hidung dia plak omai…. pe pun terbaik lah

BungaMerahPunya

anggun weh cite ko ni…suke aku bace…

Akaktt

Macam tahu je sekolah apa ni

Me

ex sekolah saya dulu

Makcik garang

Tiba2 teringat plak pengalaman masa tggl kat matrik dulu. Sama mcm ni la, nampak bayangan transparent mcm asap2 tu je sambil kena tindih.huhuhu

DM

Satu je sekolah yg ade asrama due ketul atas bukit tu kt Taiping..

Jerangkung

malas nk bace… zzzz

wpDiscuz