Di tengah kesunyian malam,sedang asyik leka membelai anak,ingatanku pantas mengingati sebuah memori masa lalu. “apa cerita dia sekarang ye?” bicaraku dalam hati. Adakah semua baik-baik saja? “ ha! Termenung apa tu babah?” suara Lina tiba-tiba memecah kesunyian malam itu. “takde apa sayang, melayan anak je” aku membalas.
Oh! Sorry guys, Assalamualaikum semua? Apa kabar korang? Admin sihat? Saya Hafizi Abu Bakar umur 29 tahun dan bapa kepada 2 anak. Alhamdulillah, semua baik-baik saja sehingga hari ini. Ingatan aku kali ini kuat kepada peristiwa semasa zaman aku mula-mula kerja. Ini mengisahkan kawan pejabat aku, tapi aku juga terlibat memandangkan aku ada di tempat kejadian.
2011
Setelah diterima bekerja dengan salah satu bank terkemuka di Malaysia, aku diperkenalkan dengan senior di tempat itu. Semasa itu aku sebagai junior exec dan tugas aku hanyalah sekadar melengkapkan tugasan senior saja. Hari itu seperti biasa aku pergi kerja, sesampainya di pejabat, kami dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa salah seorang pekerja disitu, dia dikatakan cedera parah dan dalam keadaan koma sekarang.
Disebabkan itu aku diminta untuk menggantikan budak tu kat kaunter depan.
“Aduhhh, ni yang saya lemah ni bos, saya malas nak berdepan dengan pelanggan, kang buatnye dorang buat hal memang akan makan kata-kata pedas saya je” aku cuba protes.
Yela , aku memang tak suka duduk kaunter tu. Pebagai karenah yang akan aku lalui nanti.tapi memandangkan aku cuma kuli aku ikut jela kata bos.tempat yang aku gantikan ni pun aku rapat dengan dia. Okay , aku perkenalkan watak dalam kisah ni dulu.
Dira – Si skandal
Syuk – sang kekasih yang meroyan
Fizi- tukang menyemak yang tiba-tiba ada dalam radar.
Kisah ini terjadi setahun sebelum aku kenal dengan Lina dan sampai sekarang masih ada lagi Dira bekerja sebagai assistant aku pula. Sebelum Dira kemalangan, dengan dia la aku paling rapat, mahu nya tak rapat rugi woo. Orangnya kecik-kecik je, kulit putih cina, rambut ala-ala Rihanna dan selalu berpakaian ketat. Dira ni ada seorang kekasih yang namanya Syuk, dorang ni dah 3 tahun bersama tanpa sebarang ikatan.
Dira ada cakap yang Syuk ni ada perangai pelik, kadang suka bercakap sendiri dan kadang gelak tiba-tiba. Ada pada satu masa tu Dira cakap yang Syuk ni akan naik angin tiba-tiba. Habis dimakinya si Dira. Tak cukup dengan itu, dira juga pernah ditampar dan disepak oleh mamat ni.
“Haih..dengan perempuan berani kau ye” aku mengetus dalam hati.
Aku ada tanya Dira kenapa tak putus je, ni belum kawin dah naik kaki dan tangan , nanti kalau dah kawin apa jadi?
“I nak tinggalkan dia Fiz,tapi I tak mampu” keluh Dira padaku ketika kami minum pagi.
“Apa yang susah sangat?” aku mendapatkan kepastian.
Aku lihat Dira seolah-olah menyembunyikan sesuatu.
“kalau u tak nak cerita I faham, itukan privacy u.” terangku.
Haha.. Nampak kan aku cuba mencucuk jarum. Memang aku ada hati kat Dira ni. Siapa yang tak jatuh hati dengan perwatakan Dira? Manja, lemah lembut dan apa-apa la. Ditambah dengan aku yang hari-hari dengan Dira je.
Minum pagi, lunch, tengok wayang dan macam-macam la.
“I rasa I tak nak jauh dari u la Fiz” tiba-tiba Dira meluahkan perasaannya.
Ketika itu berbunga-bunga rasa dihati. Seakan tak percaya.
“Aik, u dah kenapa Dira?” acahku seakan menjual mahal sedikit.
“Fiz, I takut dengan Syuk, sekarang makin parah I dengan dia. I tak mampu nak teruskan lagi.” Terang Dira.
Aku memujuk Dira untuk ceritakan segalanya. Yang aku tau mereka ni tinggal bersama. Jadi aku perlu tau apa sebenarnya punca si Dira ni nak blah dari Syuk ni.
Kisah Dira
“sudah la Syuk, saya tak tahan lagi dengan awak, saya tak mampu nak teruskan dengan perangai awak ni” aku meluahkan pada Syuk.
Syuk diam tanpa berkata sepatah pun.
“ come on syuk, answer me!” tegasku sedikit melihatkan tiada apa-apa respond dari syuk.
Tiba-tiba Syuk gelak memandangku.
“kau nak tinggalkan aku? kau nak aku pergi dari hidup kau?” Syuk memulakan bicara.
Terkedu aku dengan pertanyaan Syuk. Didalam hati aku nekad untuk tinggalkan Syuk. 2 hari sebelumnya teruk aku di kakikan oleh Syuk kerana aku menegur dia yang ketika itu sedang ‘menurun’.
Aku memang tak reti bab-bab ni. Aku tegur pun bukan sebab apa tapi pelik dengan kelakuan aneh Syuk. Terangguk-angguk membaca sesuatu.
Nak kata zikir? Solat pun tak pernah aku nampak. Dari situ la aku mula rasakan yang Syuk ni ada ‘sesuatu’.
“ Kenapa awak dah lain sangat sekarang, apa yang awak buat haritu sampai teruk saya dipukul awak sebab say ategur” aku menanyakan Syuk apa sebenarnya yang dilakukan tempoh hari.
“kau jangan menyibuk. Itu urusan aku!” bentak Syuk keras.
Aku merasakan akan terjadinya peperangan antara kami selepas ni. Aku buat keputusan untuk hentikan seketika bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini.
“takpe la Syuk, kita cakap lain kali, saya nak pergi kerja dulu.” Terangku dan berlalu pergi.
Aku tinggalkan Syuk dalam masa yang sama aku lihat Syuk masih duduk di sofa sambil menyengih pada aku. Sejak dari perbincangan itu , aku merasakan sesuatu bayangan mula mengekoriku. Tak kira aku dimana mesti ada sesuatu yang mengekoriku. Perasaan jadi tak tenteram. Di tempat kerja aku Cuma selesa bila dekat dengan Fizi.
Sebab tu aku ambil keputusan untuk rapat saja dengan Fizi.
“kenapa aku rasakan bayangan itu tidak ada dan perasaan aku sedikit tenang bila dekat dengan Fizi.” Tanyaku sendirian.
Pada suatu malam sewaktu aku baru mahu melelapkan mata tiba-tiba ada satu pergerakan yang berulang di bawah katil aku. Seakan orang ramai mengelilingi aku untuk mengepung aku.
Seakan nak tercabut jantung aku bila aku nampak sekumpulan beruk keluar dari bawah katil aku. Semua merenung aku tajam dengan mata yang merah darah. Sangat menakutkan. Aku yang ketakutan hanya mampu menutup mata dan sembunyikan diri dalam selimut. Beranggapan beruk tu tidak mengapa-apakan aku . nak baca apa-apa ayat pun aku tak reti.
Aku cuma berdoa semoga tidak di apa-apakan. Semakin lama semakin dekat beruk-beruk tu sehingga aku dapat merasa bahang nafas mereka. Dan tiba-tiba lampu terbuka.
“Syukkkk !” aku menjerit setelah melihat Syuk datang membuka lampu.
“Awak dah kenapa ni Dira?” Tanya Syuk sambil tersenyum sinis.
“Takde apa awak,terkejut je” jawabku yang sedikit pelik dengan senyuman Syuk.
“Saya nak bagitau ni. Malam ni saya kerja shift malam, jadi esok baru saya balik.” Terang syuk lalu mengambil jaket dan berlalu pergi.
“Ingat jangan nak buat benda pelik di belakang saya, awak takkan dapat sembunyikan apa-apa” pesan Syuk sebelum berlalu pergi.
Malam itu aku berasa sangat pelik dengan tingkah Syuk. Seolah –olah dia tidak risaukan keadaan aku malam itu.
“Aku perlukan kepastian juga pasal ni. Apakah gerangan beruk-beruk tadi apakah tujuan mereka” soalku didalam hati.
Keesokkannya, aku pergi macam biasa dan Syuk masih belum balik dari kerjanya. Sengaja aku keluar awal untuk mengelak dari berjumpa Syuk. Dalam perjalanan menuju ke pejabat aku selisih dengan kereta Syuk. Dari jauh seolah-olah ada orang menumpang dalam keretanya.
“Siapa pulak jantan ni bawa?” soalku kepada diri.
Aku melihat seperti ada 2, 3 orang dalam kereta Syuk. Apabila dekat je dengan kereta Syuk aku berhentikan kereta dan begitu juga Syuk.
“Ingat apa saya pesan semalam, jangan buat perkara pelik-pelik kat tempat kerja, kalau saya tau awak buat benda lain belakang saya, siap la awak” Syuk berpesan. Aku hanya mengigil ketakutan. Bukan sebab ugutan Syuk , tapi dengan ‘orang’ yang menumpang kereta dia.
“ba…baaa…baik” ujarku gigil. Aku melihat beruk-beruk yang cuba mengepung aku semalam sedang merenungku di sebelah Syuk. Syuk hanya sinis saja merenung aku. Cepat-cepat aku teruskan perjalanan. Dalam hati bermain seribu pertanyaan.
Apa beruk tu buat dalam kereta Syuk?takkan Syuk tak nampak.aku mula tak sedap hati. Aku kuatkan radio untuk mengurangkan ketakutan aku. Sampainya aku kat pejabat , terus aku mendapatkan Fizi dan mahu berkongsikan cerita dengannya, tetapi sesampainya di pejabat aku lupa terus niatku itu.
Dari bulan ke bulan yang lain gangguan masih ada. Aku seakan sudah lali. Dan masa yang sama aku cuba mengumpul semangat. Dalam hati memang nekad nak tinggalkan si Syuk. Semakin kuat aku cuba untuk menjauh dari Syuk semakin kerap ganguan yang ku alami.
Ada suatu ketika itu sedang aku asyik melayan pelanggan, aku terlihat bayangan sekan-akan Syuk sedang memerhatikan aku. Sampai ditegur oleh pelanggan tu. Tidur malam pula sering didatangi beruk-beruk tak guna tu sampaikan aku sudah begitu biasa dengan beruk-beruk itu. Bukanlah tak takut tapi pada masa itu mereka tidak menyentuh aku.
Cuma sekadar mengelilingi aku dan hendak menakutkan saja.Bagi aku jika tidak sentuh aku masih okay lagi. Aku cuba meluahkan pada Syuk perkara ini. Tapi dia hanya endah tak endah saja. Seolah dia tidak risaukan keadaan aku. Yang aku pelik gangguan ini akan terjadi jika kami ada krisis saja.
Masa kami berbaik tidak ada satu gangguan pun. Mungkin ni la punca aku tak mampu nak pergi dari Syuk. Sehingga satu ketika terjadinya pergaduhan besar antara kami. Teruk kali ni aku dibelasah Syuk. Dihentak oleh kayu di belakang badanku. Dan disebabkan itu aku mengambil keputusan untuk balik kampung untuk menenangkan perasaan.
Aku memohon cuti seminggu sebelum tarikh aku bercuti. Yang peliknya dalam masa yang sama Syuk seakan mengetahui segala tindak tandukku.
“Kau nak bercuti ye?” tanyanya padaku.
“Mana ada. Kenapa nak cuti pula?” aku menafikan.
“kau jangan menipu aku. Jika aku tau kau bercuti, nahaslah kau!” tiba tiba Syuk membentak.
Aku terus mencapai beg ku dan pergi ke pejabat. Sekali lagi niatku untuk menceritakan pada Fizi tetapi tidak kesampaian.seakan sesuatu menghalang niatku itu. Dua hari sebelum aku bercuti gangguan makin menjadi-jadi.
Tak kira siang atau malam,begitu berat hari yang aku tempuhi. Nak bawa badan pun tak larat, seakan-akan ada benda menumpang atas bahu aku. Satu beban yang amat berat. Tapi aku gagahi juga pergi ke pejabat. Masih dengan niat nak berceritakan pada Fizi. Sehinggalah baru hari ini aku dapat ceritakan pada Fizi.
……………………………………..
“Oh begitu, rasanya u kena pergi berubat lah Dira. Kalau dibiarkan boleh mendatangkan keburukan pada diri u.” aku berkata pada Dira.
Sehari sebelum dira pulang ke kampung dia menceritakan segala-galanya. Dan aku syak budak Syuk ni memuja sesuatu. Dan menggunakan keatas Dira supaya dira tidak boleh pergi dari dia, aku menasihatkan Dira supaya pergi berubat. Akhirnya Dira bersetuju tapi dia nak pulang ke kampung dulu.
Balik dari kampung baru dia nak pergi bersama aku. Tup tup aku di kejutkan dengan berita kemalangan Dira. Seminggu selepas itu aku mengambil cuti untuk pergi melihat Dira di Perak selepas aku diberitahu oleh kawan pejabat bahawa Dira sudah sedarkan diri.
Sesampainya aku di Perak. Aku terus ke rumah Dira. Ada kedua orang tuanya dan seorang lelaki. Aku dijemput mesra oleh bapa Dira. Selepas memperkenal diri aku dijemput masuk. Aku bertanyakan keadaan Dira pada bapanya.
“Entah lah nak, pakcik tengok si Dira ni murung je selepas kemalangan tempoh hari” terangnya
“Susah hati pakcik tengok Dira, tapi dia ada sebut supaya mencari kamu” sambungnya lagi.
“Saya?” aku menyoal. Dalam hati kenapa aku di cari pula.
“Minta maaf, awak Fizi kan?” lelaki itu menyoalku pula. Aku hanya angguk saja.
“Kenapa ya?” aku membalas.
“Awak ni kawan sepejabat dengan Dira ya?” sambung lelaki itu kembali. Aku angguk dan duduk di sofa. Baru je aku labuhkan punggungku sofa tersebut lelaki itu bangun dan mencekak kolar aku.
“Aku taknak kau rapat dengan Dira, aku tau kau ada hati nak bersama Dira aku” tiba-tiba lelaki itu memarahi aku.
“Siapa kau ni? Apa salah aku kat kau?” aku menolak tangan lelaki itu dan dia terduduk.
“Kamu berbual dengan siapa tu Fizi?” suara bapa Dira dalam bilik. Ahh! Pelik takkan dia tak tahu dengan siapa aku bercakap. Bapa Dira keluar tergesa-gesa mendapatkan aku.
“Ni budak ni tiba-tiba nak cekik saya”aku berkata sambil menunjukkan ke arah lelaki tersebut. Tetapi sudah tiada. Bukan itu saja, malahan bayang atau kelibat lelaki itu juga tiada.
“Kamu okay tak ni? Semacam je berpeluh pakcik tengok” suara bapa Dira memecah lamunan aku. Aku yang merasakan sesuatu yang tak senang mula mengesyaki sesuatu.
“boleh saya tengok Dira?” pintaku pada mak Dira. Dia hanya mengagguk. Setelah mendapat keizinan aku pun menuju ke bilik Dira. Tetapi langkah aku terhenti apabila terlihat kelibat lelaki tadi. Serius aku tidak kenal siapa dia? Dalam fikiran aku cuma teka ini mesti Syuk. Lelaki itu merenung tajam ke arah aku seolah-olah tidak memberi aku bertemu Dira.
“Kamu dah kenapa berhenti macam tu? Apa yang menganggu hang?” mak Dira bertanyakan pada aku setelah melihat tingkahku. Aku mengelengkan kepala dan kelibat lelaki tadi lenyap sekali lagi.
“Kau nak main kasar dengan aku ni” getusku didalam hati. Perlahan aku menolak pintu bilik Dira. Ku lihat Dira merenung kearah ku dengan senyuman. Aku membalas senyumanya. Terpancar sedikit keceriaan dimuka Dira apabila melihat aku.
“Hai Fiz,kenapa lambat datang?” Dira bisik padaku perlahan. Lemah suaranya.
“ I baru terima berita yang u dah sedar,maaflah tak sempat nak melawat u kat hospital, I kena ganti tempat u kat office” terangku. Dipegang tanganku dan diusap lembut. Tenang sekali raut wajah Dira hari itu.
“Kenapa Dira? I dengar u cari i? betul ke?” soalku. Dira meminta aku untuk dudukkan dia.
“Ye Fiz. I memang cari u, ada perkara penting I kena jelaskan pada u” terang Dira. Sambil aku memberi air kepadanya . ish manja betul minah ni. Nak air la apa la.
“Apa perkara penting sangat tu? I amik cuti 3 hari untuk datang melawat u ni.” Balasku. Dira terdiam sebentar. Aku menunggu dengan penuh sabar. Gentleman la katakan.
Dira memberitahu yang dia kemalangan bukan disebabkan kecuaian dia. Tapi ada sesuatu yang memegang streng kereta dia semasa membelok. Itu punca dia berlanggar dengan sebuah kereta di arah bertentangan. Sebelum kemalangan dia terdengar satu suara berkata padanya
“Kau ingat kau boleh lari dari aku?” kata suara itu.
“Kau nak apa dari aku? Aku tak ada musuh dengan sesiapa? Apa sebenar tujuan kau?” Dira memekik pada suara itu. Selepas saja berbuat begitu pipi nya seperti di tampar. Begitu keras sekali, dan dia cukup kenal dengan tamparan itu. Ya tamparan yang biasa dirasakan iaitu tamparan dari Syuk.
Sejurus selepas itu stereng seperti mengeras dan Dira cuba melawan tapi tiada daya seorang wanita lembut seperti Dira dan berlaku la kemalangan itu. Dan sewaktu dalam koma Dira memberitahu Syuk selalu ‘menemaninya’.
Syuk member amaran supaya tidak mendekati aku lagi. Jika dia melihat aku masih berhubung dengan Dira, dia akan mengapa-apakan aku sehingga mati.
“Eh! I tak pernah jumpa dia pun. Mana dia kenal i?” soalku yang sedikit tercabar dengan amaran Syuk. Dira hanya menunduk. Menurutnya lagi, semasa dalam koma teruk dia ‘disiksa’ oleh Syuk. Disebabkan itu bila dia tersedar, Dira jadi murung dan meminta orang tuanya supaya mencari aku. Tapi kenapa aku?
Keesokan harinya aku menceritakan kesemuanya pada orang tua Dira. Seribu kekesalan timbul di raut wajah orang tua nya. Memang berat untuk aku ceritakan pada mereka tapi aku tapi mereka berhak mengetahui apa sebenarnya terjadi pada Dira.
Setelah mendapat kata sepakat, kami membawa Dira berubat di kampung sebelah oleh seorang pakar perubatan tradisional. Sekali lagi aku rasa janggal bila berhadapan dengan pawang atau bomoh. Tapi ku ikutkan saja kemahuan orang tua Dira. Yela siapa aku nak membantah, hanya sekadar kawan saja.
Sesampainya kami dirumah bomoh tersebut aku dah nampak dah ‘haiwan’ peliharaan bomoh tu. Memang sah la bomoh ni pakai ‘barang’. Aku buat tak nampak saja. Bomoh itu memberitahu Dira ni dah dibawah kawalan Syuk sepenuhnya. Bila dah terbiasa makan,minum,tidur dan apa lagi buat bersama memang mudah untuk Syuk mengawal Dira.sekali lagi aku lihat wajah kekesalan di wajah anak beranak itu.
Tapi untuk pulih punya pasal mereka tahan saja. Bukan hendak puji bomoh tersebut tapi aku diberitahu oleh Dira seminggu selepas dia buat rawatan Syuk hilang entah kemana. Dira pula kembali ceria seperti sediakala. Sebulan selepas kejadian itu dia menceritakan semua pada aku.
Kata Dira, Syuk ada datang padanya sehari selepas dia melakukan rawatan. Dengan begitu marah sekali Syuk datang mengancam Dira. Memang sangat menakutkan menurut Dira. Tapi bomoh itu dah pasak pendamping Syuk dengan dia sekarang. Jadi segala jampi tidak lagi berkesan. Kiranya macam bomoh tersebut dah sailang ‘barang’ Syuk la.ke macam mana?
Aku malas nak tau lebih lanjut. Tapi yang aku tau sekarang Syuk dah tak waras. Nasib menyebelahi aku kali ini sebabkan mereka berjumpa bomoh itu kena pada masanya. Bomoh itu juga memberitahu pada aku sesuatu.
“Pakcik tau anak ni boleh melihat yang tersirat. Gunakanlah kelebihan itu dengan betul, pakcik sudah tersilap langkah dan payah untuk berpatah balik “ pesan bomoh tu pada aku setelah siap rawatan Dira.
Sewaktu proses rawatan dijalankan aku di luar rumah saja menghisap rokok. Tak mahu terjebak dengan gejala bomoh jadi aku mengambil kesempatan untuk tidak mahu masuk campur. So aku tak tahu macam mana pendamping Syuk boleh ada dekat bomoh itu. Bagi aku itu semua bukan masalah aku lagi. Syuk sudah berada di hospital mental, Dira pula meneruskan kehidupan dia. Sekarang dia sudah mempelajari ilmu agama. Sedikit sebanyak berubah aku tengok tapi bukan la ke peringkat alim atau jadi ustazah.
Cerita aku dengan Dira? Oh lupa, memang aku ada hati dengan Dira dan begitu juga Dira sebaliknya.
“I sayangkan u Fiz. I betul2 tenang bila dengan u” dira meluahkan perasaannya. Aku hanya terdiam saja. Tak tahu kenapa kosong saja fikiran aku ketika itu.
“Boleh kita cakapkan pasal ni nanti?i akui memang ada perasaan kat u tapi I belum bersedia untuk bersama u Dira.” Terangku lembut sambil memegang tangan Dira.
Aku tau Dira baik,lemah lembut, sopan dan ramah orangnya. Tapi ada sesuatu masih didalam hati aku kuat mengatakan Dira bukan untuk aku. Oleh sebab itu aku masih tak dapat terima Dira walaupun ada perasaan kat dia. Setelah semuanya kembali normal kami meneruskan kehidupan masing-masing.
Dira kini sudah berkahwin, 3 bulan selepas Dira meluahkan perasaan pada aku. Dengan jodoh yang ditemukan oleh orang tuanya Dira kini bahagia bersama suaminya. Aku yang masih solo. Tapi tak lama pun. Selepas 3 bulan Dira kahwin aku bertemu dengan kekasih hati aku dan sekarang menjadi surihati kesayangan abang bankers ,hahahahaha
Okay itu saja kisah kali ini, ingat janganlah kita menyekutukan Allah, tiada yang berkuasa melainkan Dia, sekali lagi perlu kita ingat kata-kata kita juga melambangkan siapa kita. Ingat berserah pada Allah, kerana hanya Allah yang layak disembah.
Sekali lagi hamba menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ianya memainkan jiwa pembaca, Jika Dira terbaca maafkan I Dira. Ini kisah silam . jangan simpan lagi perasaan. Kita masing2 dah ada kehidupan sendiri. Hahaha. Okay sampai hujung sudah ni..
Salam Rindu dari Hafizi Abu Bakar
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hmmm, xtaw nak kata indah ke tak, bergantung pada keadaan? hahaha
kesian Dira kan, hope semua ok.
pandai ye rasa Dira bukan jodoh,hahha, faham sgt, kita suka tp kuat rasa hati tu bukan jodoh kan?
ok next story pelisss, dah jadi peminat ni haaa
Cetita Fizi ni mmg bestla..ayat tersusun dan mudah faham…kesian Dira..mmg org tu dkt skit mental lg ke?
indah bahasa awak fizi…mmg kdg2 kita akan teringat memori lama…tak mesti org yg kita sayang tu adalah jodoh kita….tp kita akan ingt dia sampai bila2….cita awak buat saya teringat lak dgn kekasih2 lama saya..opss….huuu
hehe.. jaga2 kang ada yang merenung kat sebelah tu.
hahahha haritu Daringla..ni syuk plak keee..
syuk tu orang takpe lagi. tak tau la ape cite dia. dira xde mention pape dah sejak 2-3 tahun ni. mungkin dia dah hilang ingatan lepas ada anak 3. hehehe. jeboon ikuti semua kisah saya ya? thanks . ni tengah bosan ni kerja dah siap. rasa nak menulis pun ada.
sy ikut dr awal lagi fizi..sbb sy suke cite awokk…nmpk awk up story cpt2 sy follow..hihi
fizi, ceritalah tentang kau pergi bunohan, kelantan, apa yanh terjadi
campaq keje kat aku satu fizi…aku nak gak jd kakak bankers…hahaa..
hahaha.. korang asal mana? saya nak tulis tapi tak tahu mana citer nak up dulu. malaysia ni dah merata pergi. setiap satu mesti ada kisahnya. cuba bagi nama tempat satu.
perak la…dgr cite situ pon byk keliwonn..hahaha
tak kisah negeri mana, janji upload cita baruu, bestt
sy follow ceta abg banker dr awai..sy dr Perlis..ada dak ceta?ngee
joho…..ayuh johor…..ok bye! hahaha
orang pahang ke jebonn?
tklar..sume sleng sy gune..hihi
ada kisah kt penang x fizi
kali ni aku x boleh nak gelak mcm cite amir janggut penipu….aku xtau nak rasa seram ke nak rasa indah …bila kisah percintaan didalam kisah seram …apa pun aku hahahaha kan juga la …kira ko dpt 4 ha la….kipidap bro
sesekali ada jugak keindahan dalam seram.
perak dah sudah. Dira ni orang perak le yob. orang patak rabit. haha
Bukan patak rabit la fizi..Tp batakrabit la…kg aku tu..hahaha
sy yong ok..not yob hahaha..ooo org perok kee..kalau cmtu wat selangor plak la
yong ke. haha. sorry2. insyallah esok saya siapkan entry baru.
fizi dh kawen nnt bgtau boleh dtg mkn nsi minyk..kikiki
fizi kn da kawen n bapa kpd 2 org cahayamata…kn fizi?
mula2 baca seram. last ending loveeee gitew… best2.. susunan ayat senang paham…. nora bagi 5 bintang…. hahahaha :p
saya dah kawin la mila. 2 anak hehe.
hahahahahahahaahah
Bankers pun ada crita best…gud… Up la lagi
rindu kat bini org plak
emmm….aku sonok bace cite ko ni tp part x sonok tu ble ko ckp psl dira tinggal sebumbung dgn syuk. aishhh..ko nak lg ke pd die wlpn da tau mcmtu? ke aku yg befikiran kuno? ntah la.. bior la misteriii je soklan aku ni..
alah…bese ar klu dh suka, tp xsmstinye syg n jtuh cinta. betul x?
penang ada, perlis takde sebab sejak keje ni jarang dapat audit kat perlis sebabkan orang perlis buat keje baguih.
fizi,cmna sy nk pm awk..??
iena. whatsapp sy 0125503937
Tq…no kita nk sama…
En. Fizi ni mesti orang yang lembut jiwanya kan..
Kau ni layaknya jdi penulis…buat novel 1.hahaa
Terbaik cerita kau dan penulisan mudah di fahami.
Nice
encik fizi boley nampak.. maksudnye banyak la pengalaman bez bez bez.. ape lg citer yang encik fizi post.. nak baca..