PERMULAAN GANGGUAN

Assalamualaikum kepada pembaca fiksyen shasha. Aku nak share sikit pengalaman “PERMULAAN GANGGUAN” . Maaf kalau ayat kat bawah tak tersusun dan panjang. Terima kasih admin siarkan cerita ni. Bermula dari aku Form 2, ayah sakit terbaring atas katil selama 2 minggu macam orang lumpuh, sakit- sakit badan susah nak bergerak, padahal selama aku kecik ayah tak pernah sakit teruk macam tu. Fikir positif dugaan Allah nak bagi kat kami sekeluarga.

Sebelum kejadian, ayah kerap hilang duit. Ada masa 100 ringgit, 50 ringgit tapi ayah diamkan je sebab takut dia sendiri salah letak kat mana-mana. Sampai satu tahap dalam 500 ringgit hilang baru dia bagi tahu kat mak aku. Tanya kalau ada amik ke atau terguna duit tu (Ayah aku ni bendahari selalu pegang duit orang). Dijadikan kisah dia syak anak-anak dia (iaitu aku dengan adik-beradik). Masa ni kan umur kita orang baru nak up tapi sebenarnya tak de lagi nak mencuri-curi bagai. Untuk pengetahuan, parent aku didik anak-anak dia disiplin. Kecuali adik aku yang si Boy ni nakal nauzubillah. Masa ni aku ada adik beradik 7 orang. Nak buat nakal fikir 2 3 kali natijahnya mau kena libas kena rotan. Sakit berbirat tu jangan cakaplah.

Berbalik story tadi mak aku ni percaya anak dia tak buat benda camtu so mak diamkan je. Kesian mak kena marah dengan ayah sebab backup kita orang. Btw thanks mom! Nak tak nak ayah aku ganti balik duit sendiri untuk yang rm500 hilang. Duit yang hilang sebenarnya duit org. Ayah aku bendahari (Sekadar nak ingatkan balik). Kes tak habis kat sini je. Jeng jeng jeng, kena satu malam tu giliran aku pula kena. Peh mimpi duit aku dalam wallet hilang depan mata! Dalam mimipi tu aku pergi kedai nak beli barang (barang apa dah tak ingat) serius berkenan sungguh, tengok beg duit tak silap ada RM10 tiga keping, RM5 adalah dalam 1 keping, duit seringgit adalah dalam 4 tau 5. Masa sekolah tak pegang banyak duit pun, duit yg ada tu hasil aku tak makan kat sekolah so simpan buat duit belanja untuk beli barang sendiri (Jenis aku memang tak minta dekat parent kecuali kalau terdesak). Dijadikan cerita harga barang tu dalam RM20, aku pun amik barangnya nak bayar. Bila time nak bayar aku buka wallet semula. Korang boleh jangka apa jadi kan? Yes, duit aku hilang! Terpaksa tebalkan muka cakap tak jadi beli pada penjual.

Tengah hari nak ke sekolah, macam biasa mak bagi duit belanja. Dan dan masa ni baru teringat mimpi aku malam tadi terus check wallet. Korang bayangkan memang duit RM20 takde. Rasa macam kenyataan sungguh. Sumpah aku bab duit ni memang confirm ingat. Selalu check duit dalam wallet tinggal berapa, penat wei tahan tak makan kat sekolah. Sedih lesap gitu je (Beg duit ada dua, satu selalu simpan kat rak, satu lagi yang bawa kat sekolah). Hilang yang dalam beg duit kat rak. Sambil jalan kaki pergi sekolah siap memikir lagi duit tu aku ada beli apa apa tau tak. Time ni tak bagi tahu mak lagi husnuzon, takut sendiri yang cuai. Bila dah kerap mimpi duit selalu hilang sakit hati tahap bengang pun ada. Bayangkan hilang duit besar besar RM5, RM10. Duit seringgit “benda” tu tak sentuh (Ayah/Emak aku bagi duit sekolah kadang siap utk seminggu terus, katanya senang). Korang mesti tahu pe yang aku maksudkan “benda” tu kan?.

Dipendekkan lagi cerita aku bagitahu kat mak, sebab tak tahan duit asyik hilang, kat rumah pula tu. Time ni la mak aku buka cerita kat aku duit ayah selalu juga hilang sebab tu aku boleh cerita kat korang macam kat atas tadi, hehee. Mak aku syak adik aku si Boy buat, dia ni memang tak dinafikan nakal yang teramat. Teruk juga la si Boy kena rotan nak suruh mengaku ada amik tau tak duit ayah dengan aku punya. Si Boy jawab tak. Firasat aku nafikan sebab nakal-nakal si Boy serius memang tak pernah buat kes macam ni tapi kesan baiknya start dari kes ni si Boy jadi baik sikit, hahaa baru ada akal budak ni.

Lepas duit hilang, baru ayah aku start sakit. Aku dah tahap nak menangis pun ada cuma tak terkeluar. Nak solat, makan, buang air semua ayah tak boleh buat sendiri. Ada masa aku adik beradik tolong ayah ambikkan wuduk. Ayah solat dalam keadaan baring kalau dia nak bangun untuk duduk atau berjalan ayah cakap badan dia sakit sangat. Tak tahu nak terang macam mana tapi masa ni keluarga aku tak terurus sampai aku terpaksa ponteng sekolah, kena tengok kan adik adik aku. Abang aku masa ni sekolah asrama, so harapkan aku anak kedua yang paling tua kat rumah, tolong mana patut. Mak ada bawa ayah pergi hospital. Peliknya doktor cakap ayah aku takde sakit apa apa. Periksa d***h, anggota dari atas sampai bawah semua ok.

Family belah mak aku siap pesan berkaitan beg duit bungkus dengan plastik bagi “benda” tu tak boleh buka. Petua orang tua-tua. Makcik aku siap boleh nasihat lagi nak tahu benda tu datang tau tak taburkan bedak kalau ada kesan tapak kaki yang pelik-pelik maknanya betul “benda” tu datang. Lagi advance ubuh biji kacang hijau bagi “benda” tu seronok main boleh aku adik beradik tangkap. Huhuu teori mana la makcik aku pakai ni. Memang takdenya aku nak buat, cari penyakit tenguk budak hijau tu buat apa. “Benda” yang aku cerita ni sebenarnya toyol bagi yang tak faham.

Bahagian adik-adik aku kena, nampak kelibat lari dari satu tempat ke satu tempat masa dia orang mengaji lepas maghrib, ruang tamu panas padahal dah buka kipas laju. Ada yang selalu nampak kelibat hitam lalu depan bilik abang aku. Bilik abang aku dekat dengan dapur. Sampai kesudah adik adik aku takut nak pergi bilik air. Rupanya mak aku pun ada nampak kat bilik ayah. Dipendekkan lagi cerita parent mak ayah aku (datuk nenek kita orang) suruh bawa berubat. Alhamdulillah amik masa juga ayah nak sembuh. Orang yang ubatkan ayah aku ada bagitahu, ayah ada terlanggar tempat makhluk halus duduk secara tak sengaja. Dalam power ayah aku ni makhluk halus tu saja nak usik sebab ayah boleh dikatakan kaki surau masjid. Senang cerita orang kuat agama. Pada masa yang sama ada orang lain yang hantar “benda” kat family kami angkara dengki. Tapi tak diberitahu siapa. Sebenarnya ayah aku memang jenis tak percaya benda benda halus ni sebab tak pernah kena. Dah kena sekali ni baru nak beringat.

Aku pun memang jenis malas nak amik pusing tapi start dari kejadian ni adik aku pernah kena rasuk kat sekolah asrama abang aku masa melawat kat sana. Diikuti aku mula boleh detect benda tak elok nak berlaku. Member aku cakap “psycho”. Paling kerap kena dekat politeknik. Bayangkan aku belajar kat pantai timur, family tinggal dekat selatan. Aku boleh tahu keadan mereka dulu tanpa mak aku sampaikan. Itu belum orang terdekat sekeliling aku. Yang pernah kena dengan aku mereka akan cakap aku pelik dan misteri. Hahaaa stress wei sebenarnya, bukannya “istimewa” macam orang lain anggap. Sekadar nampak kelibat kena kacau jangan kata la. Adik aku yang terakhir lahir (tambah ahli) proses pembesaran umur dia meningkat, ada makhluk halus cuba ganggu. Katanya nak berkawan. Sekarang aku dan adik beradik dah membesar, adik aku si Boy tadi dah boleh ubatkan orang sampai ada orang panggil dia tok bomoh, hahaa. Alhamdulillah jadi orang adik adik aku semua.

Begitulah permulaan gangguan aku kepada kejadian kejadian yang berikutnya. Nak pesan satu je kalau yang tak nampak tu tak perlu gedik gedik nak try cari hantu. Orang yang boleh nampak ni sebenarnya pun tak ingin nak tengok hantu. Tamat.

.

penulis
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 comments

  1. umah aku pun penah kene camnie. aku duduk flat. duit mak ayah aku slalu hilang banyak pulak tu. last2 ayah aku buh kacang hijau dekat tangga nak naik rumah smpi depan rumah. dah kene tangkap dah pun. benda tu org blok lain punye. beragak laa pun nak buat. ingat kita kaya ke mende.

  2. Betul..sy stuju.. sbb tergolong dlm golongan yg boleh nmpk.. kalaj bole xnk nmpk tp mmg nmpk..cmne???huhu..

    1. Nk tny makhluk2 ni mmg sentiasa ad ke? Ke jap2 muncul jap2 hilang..curious jap. N x takut ke kalo nmpk

      1. Dye xnmpk slalu..tp hari2.. depends lh pd bdn kte..kalau letih, stress lg bnyk kena ggu..mula2 tkot..slalu mngis..tp lme2 dh biasa.. kena jaga amalan lh..yakin pd allah tu kena tggi.. tiada spe yg bole bg mudarat selain Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.