Rumah sewa di Sepang

Assalamualaikum kepada readers di luar sana. Pertama sekaliu aku nak ucap terima kasih jikalau admin post cerita ni.

Tahun 2006, aku dan keluargaku berpindah ke sebuah rumah di Sepang atas tuntutan kerja abahku. Abahku seorang penguatkuasa di Petaling jaya. Jadi mulanya kami cuba cari rumah sewa berdekatan di PJ tetapi tiada . Cari punya cari jumpa sebuah rumah apartment di Sepang . Memandangkan rumah tu hanya sejam perjalanan nak ke PJ ayah pun bersetuju untuk pindah ke sana.

Mulanya aku rasa sangat gembira kerana rumah itu berdekatan dengan bagan lalang jadi kami boleh berjalan ke sana. Tetapi kegembiraan itu hanya kekal selama 5 tahun sahaja.

Selama 5 tahun duduk di situ tiada masalah tetapi pada suatu hari aku dan keluargaku pulang ke kampung untuk menjenguk atuk dan nenek ku di Pahang . Hampir sebulan kami menetap di sana kerana atuk dan nenek sakit dan tinggal lah abangku seorang diri di rumah. Abang ku menuntut di politeknik Nilai jadi perjalanan nya ke sana hanya mengambil dalam masa 30minit sahaja.

Suatu hari abangku berjaga
sampai lewat malam untuk menyiapkan assignment yang diberi. Tiba-tiba kawannya telefon mengatakan dia ingin menumpang kat rumah kami untuk satu malam. Abangku hanya membenarkan sahaja tanpa banyak soal. Nama kawannya Haziq. Haziq sampai lewat dalam pukul 11.30 malam.

Nasib abangku belum tidur lagi. Abangku menjemput dia masuk . Malam tu mereka tidur lena tetapi pada pukul 3.00 pagi abangku terbangun dan dia pergi ke tandas . Tiba-tiba dia mendengar satu bunyi bising dari tingkat atas. Abangku mendengar dengan teliti bunyi itu.

Tiba-tiba bunyi bising itu tadi tiada seakan sunyi sepi, tetapi abangku dengar bunyi kawannya Haziq seperti mengigau. Abangku pun segera membersihkan diri dan keluar dari bilik air. Ketika abangku masuk ke bilik dia dapati kawannya sudah tiada di atas katil .Ketika itu abangku tak syak apa-apa. Dia terus sambung tidur. Dalam tak lama tu tiba-tiba dia dengar bunyi seperti orang mengeram di sebelahnya.”grrrrr…” Seperti bunyi orang yang sedang marah. Abangku pun pusing kan kepalanya kebelakang. Abangku sangat terkejut kerana terlihat seekor lembaga bermata merah merenungnya seperti hendak menelan.
Abangku apa lagi dia terus bangun dan cabut lari dari rumah. Dia decide nak lepak mamak .

Dalam setengah perjalanan tiba-tiba dia teringat akan kawannya Haziq itu.dia pon patah balik. Masa nak masuk rumah tiba-tiba ada orang telefon . Nama Haziq tertera.

“Hello, Haziq…….kau kena keluar dari rumah aku tu…..cepat! Aku tunggu kat luar”.

Tiba tiba di talian sana dia terdengar seperti perempuan menangis . Bulu roma abangku tetiba naik . Talian di sebelah sana menjawab,

“Nak, ni makcik ibu Haziq. Haziq dah tak de nak. Dia kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke rumah kamu.”

Berderau d***h abangku.

“Betul ke ni makcik . Macam mustahil je sebab tadi baru dia masuk rumah sembang sembang gelak ketawa dengan dia macam mana bole accident pulak ni makcik?”

“Betul nak. Anak makcik Haziq di hospital Putrajaya.”

Abangku terkejut tak terkata apa dah. Sepatah perkataan pun tak terluah dari mulutnya. Tiba-tiba dia terdengar seseorang bisik di telinganya,

“Kenapa? Kawan kau m**i ke?hihihi…”

Abangku tak cakap banyak terus dia blah dari situ. Abangku bergegas ke hospital dan benarlah kawannya Haziq accident dan tidak dapat di selamatkan. Al-fatihah untuk arwah.

Selepas dari kejadian tu, abangku tak berani nak masuk rumah tu. Abah decide bawak abang pergi berubat Darussyifa’ terdekat bagi memulihkan semangat abang.

Selepas dari kejadian itu, kami pon berpindah di rumah baru yang abah beli sendiri di Kedah . Alhamdulillah…

Nanti aku akan cerita pulak kisah rumah baru tu…terima kasih kepada yang sudi baca kalau admin siarkan cerita aku akan kusambung cerita rumah baru itu. Sekian…

Hantar kisah anda ; fiksyenshasha.com/submit

#kamicomel

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

6 thoughts on “Rumah sewa di Sepang”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.