#Fizi : Khadam Bumi Kenyalang

Assalamualaikum warga FS,admin dan sebagainya. Bertemu kita lagi kali ini. Saya Hafizi Abu Bakar,29 tahun dan bapa kepada sepasang anak yang comel. Sebelum bermula saya ingin meminta maaf untuk entry yang sebelum ni jika ianya tidak sampai tahap keseraman yang diingini. Untuk entry kali ni saya ingin memaklumkan segala nama watak adalah ditukar atas sebab ianya akan menghantui saya sekiranya apa-apa berlaku.

Sebelum saya nak teruskan cerita saya nak jawab soalan dari komen entry sebelum ini.ada yang pertikaikan walaupun saya tau dira duduk sekali dengan syuk tapi saya masih inginkan dira adalah kerana bak kata orang kalau dah suka yang buruk pun jd indah kan. Lagipun tak semua orang itu sempurna lakunya. Jangan la pertikaikan Dira. Dia pun manusia juga dan layak untuk disukai dan disayangi. Tak gitu? Lagi satu jangan lah kita menilai orang dari luaran saja atau cara hidup mereka walaupun kita tau ia baik atau sebaliknya. Maaf jika terpaksa saya beri jawapan kat sini kerana ia sensitif buat saya.. harap faham.

Bismillahirrahmanirrahim……

Jika tiada harga mampu mengantikan tempat dia , nyawa pun sanggup aku pertaruhkan!!
“barissss … barissssssss… sedia!” suara ketua kompeni memecah kesunyian. Tappppp … tapppp ! bunyi hentakan kaki pelatih PLKN kem Oya,Sibu,Sarawak. Dengan kemas dan teratur membetulkan barisan setelah disusuli arahan dari ketua kompeni masing-masing. Aku sebagai ketua platun 3 kompeni Alpha sentiasa bersedia untuk berkhidmat.
“senanggggg.. diri! “ arah ketua kompeni itu lagi. Dengan sekelip mata siap tersusun semua pelatih pada pagi itu menantikan arahan untuk PT pagi. Setelah siap menerima taklimat dari ketua masing-masing , kesemua keluar barisan untuk memulakan aktiviti pagi itu.

“leftenan muda Hafizi!” herdik seorang ketua kompeni memanggil aku. “jilaka. Aku sebelah kau je pun apahal nak jerit” aku merungut sendirian. “ ya kapten!” balasku tegas dan bersemangat.

“arahkan platun kamu untuk berbaris untuk agenda tengahari ini!” arah kapten Darren (ketua kompeni Alpha). Darren merupakan ketua kompeni Alpha dimana aku sebagai orang kanan kompeni Alpha merangkap ketua platun 3. Terdapat 3 platun dalam satu kompeni. Siapa yang mengikuti PLKN akan faham situasi ini.

Okay kita intro semula kisah ini. Aku dipilih untuk mengikuti program PLKN di Sarawak Bumi Kenyalang. Begitu teruja apabila diberitahu aku dapat kem diluar semenanjung. Mak dan ayah juga tidak putus-putus member nasihat supaya jaga keselamatan dan jangan tinggal solat. Jika mengikuti kisah aku sebelum-sebelum ni akan faham kenapa aku di jaga rapi oleh mak dan ayahku. Seberangkatan aku ke Sarawak. Pelbagai perasaan terbit dalam jiwa muda ini.

Mesti ramai kawan baru,awek cun dan macam-macam lagi.tapi malangnya sesampai di airport aku diberitahu cuma 35 orang peserta saja dari semanjung Malaysia yang kebanyakanya dari KL!.

Sesampainya kami di kem Oya, semua peserta diminta lapor diri untuk tentukan kompeni mana mereka akan sertai. Aku dipilih ke kompeni Alpha.setelah selesai orientasi kami pun masuk ke dorm masing-masing. Setelah memilih katil aku memperkenal kan diri dengan rakan-rakan dorm. Majoritinya adalah kaum iban. Hanya seorang saja dalam dorm itu yang berasal dari semenanjung. Awalnya aku rasa sedikit down sebab tidak faham loghat mereka, tapi aku teringat pesan mak dan itulah penguat semangat untuk teruskan latihan di kem itu. Setelah seminggu tiada apa yang pelik dan aku mula pandai bertutur loghat melayu Sarawak.

Dan aku aku dah mula kenal dengan kawan-kawan yang berlainan agama. Pada mulanya dengan mereka ini tiada apa yang seram atau pelik pun. Tapi ada seorang budak ni aku panggil dia Jackson. Ya memang nama Jackson pun. Berbangsa iban dan beragama kristian. Seperti yang ramai ketahui kaum iban majoritinya mengamalkan budaya animisme atau bahasa mudahnya kepercayaan kepada roh-roh atau semangat halus. Aku ni merupakan kawan baik kepada Jackson. Dia merupakan anak kepada ketua rumah panjang ditempatnya.

Senang cerita dia ni ada khadamnya sendiri yang diberi oleh bapa bertujuan untuk lindungi Jackson. Dah nama kursus kan lama pula tu 3 bulan. Jadi kes kecurian tak lekang di telinga. Memang ada kecurian berlaku di kem ini. Dan salah satu mangsanya adalah aku. Damm dah la jauh dari mak ayah, handphone pula kena curi. Nak mengadu kat jurulatih apa la dia boleh buat dan memang salah aku sebab tak simpan kat mereka pada hujung minggu. Aku yang sangat susah hati ketika itu cuma berdoa agar jumpa balik telefon tu. Jadi aku beritahu pada Jackson yang telefon aku hilang. Aku nak hubungi mak dan ayah pun tak boleh sebab tak ingat nombor.

Selepas 3 hari aku kehilangan telefon , Jackson memanggilku pada suatu malam masa aku syif aku berjaga untuk mengawal.
Jackson : fizi kitak mok tauk sik mana fon kitak?
Aku : aok. Mun mek sik pat fon mek camya mok kol bos mek.
Jackson: mek boleh tolong kitak,Cuma kitak lboh padah siapa2.
Aku : okay.

Aku mengikut Jackson ke belakang tandas dorm kami. Aku syak si Jackson yang ambil telefon aku, yela tiba-tiba je ajak aku pergi belakang tandas. Ditambah belakang ada hutan tebal je. Mana lah tau ada rasa belas kasihan pada aku lepas aku cakap nanti mak dan ayah risau aku tak hubungi mereka dan mereka pun tak dapat nak hubungi aku. Bermacam persoalan yang bermain diminda ketika itu. Sampainya kami di belakang tandas itu aku lihat ada sebatang lilin juga seperti mangkuk. Tak pasti apa tujuan digunakan barang-barang tersebut.

Jackson memberitahu pada aku bahawa dia akan menyeru khadam dia untuk pergi mencari telefon aku. Ada juga dia cakap nak kenakan sekali tak si pencuri itu. Aku hanya berdiam saja tak berikan sebarang jawapan. Dan bermulalah ritual pemujaan tersebut. Jackson membaca mantera yang berbahasa iban itu. Aku kurang faham bahasa iban kerana dialek nya lain dari melayu Sarawak. Cuma yang aku faham dia menyebut “ roh aku milik kamu, jasad aku tatapan kamu, jiwa aku untuk makanan mu sebagai balasan aku menyeru engkau datang dengan segera” lafaz Jackson sambil memejamkan mata.
Keadaan sangat sunyi ketika itu tanpa sebarang bunyi. Angin yang meniup tenang saja. Tiba tiba lilin tadi terpadam.

Dalam beberapa saat saja menyala kembali. Tapi kali ini sudah ada satu lembaga berdiri dihadapan Jackson. Baru je nak buka langkah seribu Jackson memegang aku. “lboh riso gilak bah,benda tok mek punya” pesannya. Aku memberhentikan langkah. Semakin aku amati lembaga ini semakin membesar pula dia. Jackson memberi arahan pada ‘haiwan’ dia sambil mencucuk ibu jarinya sedikit dengan jarum dan member kepada lembaga tersebut.

Sekilas pandang saja sudah lenyap lembaga tersebut. Jackson memesan pada aku supaya jangan menceritakan kepada sesiapa, tentang kejadian malam itu sehingga kami menemui telefon aku. Setelah tamat syif, aku kembali ke dorm untuk melelapkan mata. Sambil memikir apa hasilnya dari tindakan aku tadi. Adakah aku sudah menyimpang dari agama ataupun tidak. Memang aku akui aku takut tapi masih berfikiran waras untuk tidak mempercayai tindakan Jackson tadi. Aku menghormati kepercayaan Jackson dan memegang janji yang kami menterai sebentar tadi. Baru saja nak lelapkan mata seorang budak menjerit dari luar dorm.

Tolonggggggg … tolongggg!!!! Semua pelatih terbangun akibat terkejut dengan jeritan itu. Aku keluar untuk melihat apakah gerangan jeritan itu. Ramai juga yang keluar mengikut serta menyaksikan dram pagi buta itu. Ada seorang peserta tengah berlari lintang-pungkang kea rah tandas. Yang peliknya bukan budak yang berkawal. Ni budak dorm kompeni Delta. Apa dia buat sampai ke tandas dorm Alpha ni. Pelik ! ramai yang kejar juga budak tu takut apa-apa jadi pada dia. Tapi pada mata aku dia dikejar lembaga yang sama Jackson seru tadi.

Ahh !! kenapa lembaga itu mengejar dia?
Jackson berdiri sebelah aku ketika itu dan kami saling berpandangan. “nanga fizi,miak nun curi enset kitak” terang Jackson pada aku. Nak rasa kagum pun tidak,nak bangga pun tidak tapi memang beria budak tu lari. “siapa suruh cari pasal” kataku dalam hati. Setelah keadaan kembali reda, aku menghampiri budak yang mencuri tu untuk mendapatkan kepastian. Yang lebih memalukan budak tu budak KL kot. “kau curi enset aku kenapa?” tanyaku sedikit tegas. “mana ada.kenapa nak tuduh2 ni” dia nafikan.

“betul kau tak curi?aku bagi kau peluang terakhir untuk mengaku dan aku berjanji tidak akan memberitahu kepada sesiapa” aku mula main tarik tali dengan si pencuri. Masih berdegil juga budak ni. Betul kata pepatah “sapa yang nak mengaku kalau berak tengah jalan”. Aku menyuruh budak itu berdiri sambil menunjuk kearah ‘haiwan’ Jackson. “kau nampak tu?” soalku sambil menunjuk. “kau nak aku suruh si Jackson ni minta ‘benda’ tu makan kau?” aku mengugut.

Terketar-ketar budak tu mengangguk dan mengaku dia yang ambil. “kan senang kalau kau mengaku dari tadi. Takde lah aku bersusah payah nak mengunakan makhluk tu” bentak aku pada dia. Jackson berlalu pergi meninggalkan aku dengan budak itu sendirian. Setelah memulangkan telefon aku budak itu meminta maaf dan merayu agar tidak menceritakan pada sesiapa. Keesokkan harinya aku mendapat berita budak itu demam panas dan diminta pulang ke KL atas sebab-sebab tertentu. Aku tidak lah memuja kehebatan Jackson atau khadamnya, aku masih waras lagi untuk bezakan baik atau buruk.

Selepas kejadian itu, Jackson bertanyakan pada aku sesuatu.
Jackson : kitak boleh nangga hantu ?
Aku : kenak kitak Tanya kdak ya?
Jackson : menar sik?
Aku : aok. Mek boleh nangga makhluk2 halus,
Jackson : mek tauk mun kitak nunjuk pada miak tok hantu mek.
Aku : mek masih nangga hantu kitak.

Aku mengakhiri perbualan itu. Hari-hari aku di kem sudah tidak seperti biasa lagi sejak kejadian tempoh hari. Aku semakin kerap menyaksikan ‘haiwan’ yang tak patut aku nampak. Bukan seorang dua yang ada penjaga malah lebih dari berpuluh orang. Ada satu kejadian, sorang budak iban ni memang bermusuh dengan sorang lagi budak ni.

Dorang ni kira kenal dari sekolah lagi mungkin satu kampung. Akibat dendam sudah menguasai diri mereka bertarung secara halus. Ada satu malam ketika aku sedang mengawal ,terdengar satu suara. Dengan pantas aku pergi meninjau kawasan berkenaan. Seperti satu gelanggang dah aku tengok dorang ni. Budak-budak iban tengah beradu.

Masing-masing dengan belaan masing-masing. Mungkin dendam mereka akan terlerai malam ini. Mereka akan buktikan kehebatan masing-masing. Aku berjala n perlahan-lahan menghampiri budak-budak tu. Slow and Steady bak kata omputeh la. Tiba-tiba bahu aku disentuh oleh sesuatu. “ah,sudah.apa pula kali ni” getusku perlahan. “tenang jak Fizi” tiba-tiba ia bersuara. Aku dengan yakin menoleh untuk melihat siapa yang menyebut nama aku rupa-rupanya Jackson. Dia memesan padaku supaya jangan masuk campur dan jangan tegur.

Jika salah langkah aku yang binasa nanti. Menurut Jackson mereka sedang beradu untuk menyelesaikan masalah peribadi jadi kita jangan campur. Aku membatalkan niat untuk meleraikan mereka. Yang pelik sepanjang ‘pergaduhan’ mereka tiada satu jurulatih atau sesiapa yang datang dan sedar. Cuma aku ,Jackson yang kebetulan berjaga malam itu bersama aku dan si petarung tu je. Yang paling dasyat aku tengok masa salah sorang dari mereka memegang sebatang pokok kelapa.

Dengan begitu mudah diangkat pokok tersebut untuk digunakan sebagai senjata. Habis di layangkan kiri dan kanan pokok tu kearah lawan dia. “patut lah kau kuat dalam semua aktiviti.rupanya………” kata-kata aku terhenti bila mana aku melihat ‘haiwan’ mereka merenung aku. Kedua-duanya merenung aku. “ jauh kitak kalo mauk selamat!” jerit salah sorang dari mereka. Jackson ku lihat telah hilang. Cepat betul kau hilang Jackson. Aku yang ketakutan terus melarikan diri masuk ke dalam dorm dan tidur. Berkawal ntah kemana, solat entah kemana tak dapat aku fikirkan lagi. Keesokkan hari aku demam panas. Dibawa ke hospital untuk mendapatkan ubat.

Setelah sembuh salah sorang dari mereka yang beradu malam itu datang kepada aku. “kitak boleh nangga benda halus kah?” soalnya. Aku mengangguk perlahan. “lboh iso,mek sik kaco kitak,kitak lboh madah siapa2 pasal malam ya boleh sik?” pinta budak tu. sekali lagi aku diminta supaya tidak memberitahu sesiapa kat kem tu. “tapi mek boleh nanya sik” sambung budak tu lagi. “ boleh,mok nanya apa?” soalku kembali. “siapa miak yang selalu dengan kitak?muka nya sama dengan kitak ho” budak itu kembali bertanya pada aku.

Setahu aku mana ada siapa yang muka macam aku. Jackson agak gelap sedikit kulitnya. Jauh sekali nak sama muka dengan aku.”maksud kitak Jackson kah?” tanyaku mendapatkan kepastian. Dia hanya mengelengkan kepala. Aku memberitahu pada dia yang Jackson je selalu dengan aku. “Jackson ya mek kenal,tapi miak tok mek sik kenal dan nya bukan miak kem tok mek rasa” terangnya. Aku terkedu mendengar penjelasan budak tu. siapa?siapa yang ada selalu dengan aku? Pasal gangguan tiada sepanjang program itu.

Aku bersyukur kerana tidak diganggu. Tapi aku tidak berapa tenteram kerana sering melihat ‘haiwan’ berkeliaran. Dah macam pesta je aku tengok dorang ni. Ada yang berantai besi ada yang gemuk dan macam-macam la. Yang tak bertuan pun ada tapi seolah-olah takde arah tujuan, mungkin sebab itu kot orang selalu diganggu sebab benda tu takde hala tuju. Kesian.

Mungkinkahhh dia………….?
Okay tamat lah sudah kisah sewaktu berada di PLKN. Iannya tidak la seseram mana yang korang mahukan Cuma sekadar pengongsian yang aku alami sewaktu di tempat orang. Tidak bermakna aku mempercayai kepercayaan mereka sewaktu disana. Memang aku rasa dilindungi dan aku percaya yang hanya Allah yang selalu melindungi aku. Dengan keizinanNya juga aku diberikan kelebihan untuk dapat melihat perkara-perkara halus. Siapa tau siapa yang selalu ada dengan aku seperti yang budak iban tu cakap? He he he he.. adakah dia Si …………..

Sekali lagi hamba menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya cerita hamba mengandungi isu sensitive . baik dan buruk datangnya dari diri kita sendiri. Apa saja bangsa kita jangan la kita pertikaikan bangsa lain. Cerita ini tiada sambungan. Siapa gerangan yang mengikut saya kat kem itu mungkin korang tau jika ikut kisah saya sebelum ini. Jaga makan,jaga pakai dan jaga jaga dengan sesiapa yang ada di sebelah korang. Hahahahahaha

Salam Rindu Hafizi Abu Bakar.~

.

Fizi
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

47 comments

  1. Hai Abg Fizi..Nice story…Kmk pun Biak Sarawak… I’m Iban..Utai nyk ngai dikagau ke dik haiwan or khadam… Kmi ke iban nggau ke utai nyk *Penemu* .. Ku pun bc mata ke-6…
    Fan Abg Fizi and Sicelupar from Sarawak..^_^
    Urang Panggau nempap bukit nyadi emperan,iko ular berbelit dalam bulan..

    1. Bc mega org iban sama maca cerita dalam FS towk. ^_^
      Ku ingat aku kedirik aja. Hehe… Au, enti nitih ka kitai iban, kitai ngangau utai nyak penemu @ penyaga munyi ka mak aku. Tapi nitih ka cda bala melayu, khadam. Sama mega reti ya. Laban ya nyaga tuan ya.
      Be cheers !!!

      1. bisi…aku kawen ngn iban juak….tp sik pandey jako iban..nemu mimit2 jak..hahahhahaha…laki aku pon ada juak tp nya sik cayak…

    1. tu laa..main teka2 jer bab bahasa sarawak..agak2 kena dgn konteks jalan cerita…tibai jerlah faham..harap2 betul

  2. cite mmg seram giler…penat otak nk faham wei…bagus la nk dedahkan bahasa sana tp boleh x translate ckit….

  3. miak/biak = budak
    kitak = awak
    mek/kamek = sy
    mun = bila
    padah/madah = cerita /bagitahu
    ctok/tok = sini/ni
    kdak = macam

    1. jenuh nak faham kan perbualan ko fizi…yg aku faham cuma sik…sik tu maksudnya tak, kan? tu pon aku belajar dari telemovie yg popular dlu…ape erk aku tak ingat tajuk dia…tp seangkatan dengan Block 404..

  4. maaf buat pembaca yang yang kaumnya iban. saya tau kat sana panggil penemu tapi untuk kelancaran pembaca saya sebut khadam. sama eti juga dengan penemu. ramai yang dari semenanjung tak faham cakap sarawak. even saya sendiri pun bahasa iban tergagap-gagap.harap maaf jika ada membuat orang sarawak sensitif. bukan itu maksud saya untuk buat warga sarawakian teras.. ampun kan saya 🙂

  5. maaf ya jika ianya mengandungi kesensitifan kaum. saya tidak berniat untuk membuat kaum iban terasa. saya sangat menghormati kaum iban seperti mana saya menghormati Jackson. dan sehingga sekarang masih berhubung dengan jackson. jackson membenarkan saya berkongsi pengalaman kami. harap dimaafkan . Peace.

  6. jeboon — kalau daring join sy pun tak tahu apa akan jadi. mungkin kat sana dia gugup kot tengok ada ramai ‘kawan’. hehe

    1. Mesti geng khadam/penemu kat sana jelesssss tgk Daring sbb Daring kan tall dark and handsome gituu…
      Heheheheheh…

  7. Hi Fizi, I tak faham dialect Sarawak haha. So kalau boleh nanti buat lah translation sekali dalam () hehe

  8. thank kepada sesiapa yang memahami bahasa melayu sarawak. bagi yang kurang memahami minta maaf ya. bukan tidak mahu translate ke bahasa melayu tapi saya mahu mengekalkan dialog antara saya dengan jackson ketika kejadian dan keaslian cerita itu. boleh saja kalau saya nak olah dan buat sedikit penambahan tapi ianya akan jadi fiksyen, so saya akan kekalkan segala konten dalam kisah ini sebagai mana dialami. harap maklum

    1. huhu..klu translte () cmtu pom ok kot. semua org bleh fhm. bru best nak bce. smbil2 bleh blaja bhse len.

      1. Haah betul. Kpd pencerita² atau yg nak cerita dlm FS ni klu Gina bahasa lain…tulis je bahasa asal yg jadi perbualan tu tapi masukkan skali translation nya spya dua² ada… 1)nk kekalkan originality
        2)semua org faham.
        Happy ending…huhuhu
        Terima kasih

  9. Can someone do us a favour? Tlg translatekan dialog2 dlm dialek sarawak tu… pls….. tq tq tq!

    1. Jackson : fizi kitak mok tauk sik mana fon kitak? (fizi. awak nk tau tak mana fon awak?)
      Aku : aok. Mun mek sik pat fon mek camya mok kol bos mek. (Ya. Kalau tak dapat fon saya.. mcm mana nak kol bos saya)
      Jackson: mek boleh tolong kitak,Cuma kitak lboh padah siapa2. (saya boleh tolong awak, cuma jangan cakap kat sapa2)

      “lboh riso gilak bah,benda tok mek punya” pesannya. (Jangan risau sangatlah, benda ni saya punya.)

      “nanga fizi,miak nun curi enset kitak” terang Jackson pada aku (Tengok fizi, budak tu yang curi enset awak)

      Selepas kejadian itu, Jackson bertanyakan pada aku sesuatu.
      Jackson : kitak boleh nangga hantu ? (Awak boleh tengok hantu?)
      Aku : kenak kitak Tanya kdak ya? (Kenapa tanya mcm tu?)
      Jackson : menar sik? (Betul x?)
      Aku : aok. Mek boleh nangga makhluk2 halus, (Ya, saya boleh tengok makhluk2 halus)
      Jackson : mek tauk mun kitak nunjuk pada miak tok hantu mek. ( Saya tahu bila awak tunjuk kat budak tu hantu saya)
      Aku : mek masih nangga hantu kitak. (Saya masih tengok hantu awak)

      Setelah sembuh salah sorang dari mereka yang beradu malam itu datang kepada aku. “kitak boleh nangga benda halus kah?” (Awak boleh tengok benda halus ke?) soalnya. Aku mengangguk perlahan. “lboh iso,mek sik kaco kitak,kitak lboh madah siapa2 pasal malam ya boleh sik?” (Jgn risau, saya tak kacau awak, awak jgn bagitau siapa2 pasal malam tadi boleh tak?) pinta budak tu. sekali lagi aku diminta supaya tidak memberitahu sesiapa kat kem tu. “tapi mek boleh nanya sik” (tapi saya nak tanya boleh tak?) sambung budak tu lagi. “ boleh,mok nanya apa?” (Boleh, nak tanya apa?) soalku kembali. “siapa miak yang selalu dengan kitak?muka nya sama dengan kitak ho” budak itu kembali bertanya pada aku. (siapa budak yang selalu dgn awak? muka sama mcm awak)

      Gigih bebenor nak translate nyer..hehehehhehe…

  10. Ya baruk cerita,nemu semandin…menar,kena hormat yang lain.baruk yang lain hormat kitak juak.Masing2 punya pegangan.Rindu sarawak even bertahun udah ditinggal.Buat penulis sambung gik cerita lain..cerita yg berik pengajaran..huuuhaaaa…

  11. Apuuu, berdarah telinga sia bca. Haha, tp bgus jg maintainkan bahasa asl pencerita. Mcm urang sabah bilang, sadap dibaca/ didengar/ ditingu. Ada kick. Silent reader jg dr sabah. Asl ada cerita dr sarawak especially uitm samarahan ya, msti sik tinggal (alumni uitmcs1). Kwn mek dlu slalu pesan slalu hati2 dgn bdk2 iban, jgn main lps ckp (kmk tok mulut blh thn juak), bru tau knp. Tp best mun dgr miak iban berklaka, apa tek? Nak nemu ku, wai? Betul sik? Haha..lupa2 igt, kwn mek miak course ladang si amy (iban enthusiast-she always emphasise her speaking cara ibanese). Campin jua serita ko ni fizi, sia ingatkn kwn sia sb sma nama, dia pun piji. Klau ada lg serita ko time di sarawak kasi serita sj. Siuk di bca. Sia kasi dua ibu jari!??

  12. Menarik ah cerita abang fizi ni. Walaupun bahasa sarawak dulu belajar sikit dengan ex gf. Tapi still boleh faham sikit2. Terima kasih sudi berkongsi cerita abang fizi. Terbaik.

  13. Best cite ad pengajrn.. tp btul lh klu pg mne2 kena jga diri, sikap,percakpn dn hormat culture bangsa lain brulh semua akn diprmdhkn.. tk rugi jd org yg sopan santun n brbudi bhsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.