#FSN – Nenek Rokiah (Part 1)

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan Follower FSN..kali ini episod yang saya bawakan adalah jenis Fiksi..serba sedikit saya akan terangkan tentang maksud fiksi :- Cerita fiksi berarti cerita rekaan (invented), bukan cerita kejadian atau keadaan sebenarnya. Cerita fiksi tertulis biasanya dalam bentuk cerita. Cerita Nenek Rokiah adalah berunsur rekaan tetapi diambil dari beberapa kisah benar sebagai jalan cerita. Semoga kita semua terhindar dari Gangguan Iblis dan syaitan…

-Disebuah rumah dikampung Pangku-

Suasana malam itu nyaman,hening dan damai. Fikri sedang duduk menghadap keluar jendela. sambil ditangannya memegang sebuah buku nota menulis puisi.

Sepi….

Sunyi malam ini…. membawa aku kepada memori…

Saat melihat dikau kali terakhir…

…………

Penulisannya terhenti tiba-tiba.matanya tertumpu seseorang diluar jendela rumahnya. Eh…!! siapa pula lah malam-malam ni melepak dibawah pokok tu.!!?. fikri terlihat sesusuk tubuh sedang duduk dibawah sepohon pokok besar di jalan utama kampungnya.Susuk tubuh itu nampak samar dan kabur kerana agak jauh juga jarak pokok itu dengan rumah nya. puas diamati namun tetap juga fikri tidak mampu mengecam susuk tubuh itu.

ahhh..biar jela..!! baik aku siap kan puisi aku.!

Baru sahaja dia ingin menyambung tulisannya..zappppppp..!! sesuatu melintas laju di hadapan tingkapnya. “Allah..!” Fikri sedikit terperanjat, dia menjengah keluar tingkap. tetapi tiada sesiapa di luar. fuhh..!! perasaan je kot..!. Fikri menutup tingkap biliknya,bimbang jika ada sesuatu atau cubaan menceroboh rumahnya.

-Di bawah pokok besar-

Razi,shakir dan Badrul sedang duduk melepak,salah seorang dari tiga remaja kampung ini lah yang dilihat oleh fikri sebentar tadi. lagi dua terlindung disebalik pokok.sambil duduk diatas motor yang ditongkatkan.

Cindailah mana.. tidak berkias

Jalinnya lalu..rentah beribu

Bagailah mana..hendak berhias

Cerminku retakkk aaa…aaa… seribu

Razi menyanyi lagu cindai yang popular dinyanyikan oleh Dato Siti Nurhaliza satu tika dahulu. badrul pula pantas melihat shakir sambil mencebik kan bibir kearah Razi. isyarat menunjukkan yang badrul tidak bersetuju dengan nyayian Razi, kerana lagu itu dikatakan berhantu. walaupun tidak pernah dilalui oleh mereka.tetapi lebih baik mencegah dari merawat.

papppppp…. satu tamparan hinggap di bahu Razi. kelihatan Shakir lah yang menampar,kerana marah dengan nyanyian Razi yang semakin asyik melayan perasaan.

“kau dah kenapa pukul aku.!!” Razi bertanya,seperti tidak tahu akan kesalahan nya.

“yang kau memalam nyanyi lagu tu kenapa..! sekarang dah pukul 11 lebih kau tau..!!” balas shakir.

“alahaaiii…apa masalahnya..! lagu je pun..bukan aku nyanyi lagu Ulek Mayang..!!” Razi seakan tidak berpuas hati.

“lantak ko lah…orang cakap tak nak dengar..!” tiba-tiba badrul menyampuk.

Bagai tidak berpuas hati, tiba-tiba Razi menyanyikan lagu Ulek Mayang..!

Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala…..
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri…..
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala…..
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua……

Shakir terus menoleh ke arah Razi sambil mengerutkan wajah nya..Badrul pula seakan sudah malas berkata-kata. Razi tersenyum puass kerana dapat menyakat dua orang kawan nya itu.

tiba tiba…..

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning …..

terdengar sayup suara perempuan tua menyambung nyanyian Razi, shakir yang berada diatas motor terus menghidupkan motor nya. badrul dengan pantas melompat naik dan diikuti Razi. Motor dipecut laju,segala lubang dan bonggol habis dilanyak.Diatas motor badrul tidak habis-habis membebelkan Razi.!.Mereka terus menuju ke warung Wak hassan yang terletak tidak jauh dari situ,

“Kau nyanyi la lagi…!..kenapa ikut lari..!” Badrul seakan mengherdik Razi yang hanya duduk diam sambil meneguk air kopi O suam.

“Sorry la..” balas Razi perlahan, mengaku kesalahannya.

“Haaa..korang ni kenapa..? aku dah nak tutup kedai baru nak datang..! muka masing-masing pucat ni kenapa..?!” tiba-tiba wak hassan menegur,sambil duduk dimeja mereka. warungnya pun dah tiada pelanggan. jadi apa salah dia duduk sekali dengan mereka.

“Tak ada apa wak..si Razi ni..Dia boleh nyanyi lagu ulek mayang.!..sekali ada suara perempuan tua nyanyi sama..” balas Shakir sambil menjeling kearah Razi, semua kesalahan terletak pada Razi ketika itu..!

“Kau pun satu Razi..pergi nyanyi lagu macam tu..kenapa..?..suara tu macam mana?” wak hasan seakan berminat ingin tahu.

“suara perempuan tua, wak…..” nyampuk badrul..

“Dah-dah…..jangan gaduh-gaduh…korang cepat minum..pukul 12 wak nk tutup kedai.balas wak hasan..cuba menenangkan keadaan” sambil bangun untuk mengemas dapur nya.

Razi,Shakir dan Badrul terus meneguk laju air mereka yang sudah sejuk, dan terus pulang kerumah bersama wak hassan.

Kisah mereka diganggu semalam tidak hebah dikampung, mungkin kerana gangguan itu atas kesilapan sendiri. tetapi malam itu mereka duduk di warung wak hassan bersama Wak Daeng iaitu ketua kampung mereka. riuh rendah warung wak hasan ketika itu, Razi,Shakir dan Badrul duduk di belakang meja ketua kampung.sambil-sambil mereka memasang telinga untuk mendengar apa yang di bualkan oleh Ketua kampung dengan Ajk-ajk kampung.

Krukkkk…krukkk…… tiba-tiba perut fikri berbunyi. Ahhh…!! time-time macam ni lah dia mintak makan..!, fikri terus kedapurnya untuk melihat jika ada lagi baki makanan yang boleh dimakan ketika itu. haaa…! kosongg…aduhhh..nampaknya kene ke warung Wak hassan la ni..!. Fikri melihat jam didinding menunjukan sudah pukul 10.55 malam. ayah dan ibu nya sudah lena dibuai mimpi. perlahan-lahan dia membuka pintu supaya tidak menganggu ibu dan ayahnya yang sedang tidur.

Baru sahaja fikri naik keatas motor, dia turun semula.. Baikk aku naik basikal je…warung bukan jauh sangat pun…sambil dia mencapai basikal jaguar ayahnya. perlahan-lahan fikri mengayuh, sampai di pokok besar jalan utama kampung itu tiba-tiba ada kelibat putih melintas, suasana yang gelap dan hanya mengharap lampu dinamo dari basikal menyuluh, Fikri tidak dapat memastikan apakah yang melintas.selepas melepasi pokok itu disisi jalan sekujur tubuh berbungkus putih,kainnya kotor dipenuhi tanah lumpur.

“Poconggg..!!!!!” fikri menjerit sambil terus mengayuh basikalnya dengan pantas. waktu itu basikalnya terasa bagaikan berat dan perlahan. sehabis kudratnya dipaksa. untuk mengayuh laju.

“Allah…Allah…Allahh…!!” hanya itu yang mampu di ucapkan, sehingga sampai di warung wak hassan, tanpa memberhenti kan basikal, Fikri terus melompat turun dan membiarkan basikalnya sedikit berjalan lalu jatuh, ketakutan menguasai dirinya.Sambil terketar-ketar dan tercungap-cungap, Fikri menunjukkan kearah jalan besar. KEtua kampung,Razi,Shakir,Badrul dan semua yang ada disitu semua tercengang, pelik melihat gelagat Fikri,.

“Kamu ni kenapa fikri.? macam kene kejar anjing?” ketua kampung bertanya, kerana pelik melihat gelagat Fikri

“saya….sayaa……..”sambil tercungap-cungap

“Kenapa kamu..?” ketua kampung memintas apa yang nak dikatakan oleh Fikri,

“Saya…” belum sempat lagi hendak bercakap

“kau kenapa??” Shakir pula menyampuk,tidak sabar ingin tahu

“kena kacau pocongg..!!” balas Fikri

“Kah..! kah…! kah.., apa yang kau mengarut ni,mana ada pocong tu wujud,mengarut je semua tu…banyak sangat tengok movie la ni..!! ” Razi mentertawa kan Fikri,

“Eleh..semalam siapa yang ikut lari..?!” kata badrul pula sambil mencebik kearah Razi..

“BEtul…saya nampak pocong dekat dengan pokok besar tepi jalan tu, berbungkus dengan keadaan kain putihnya kotor dipenuhi lumpur..!” Fikri cuba meyakin kan semua orang

“Sudah-sudah Fikri..mari duduk dahulu..ceritakan dengan tenang…”kata ketua kampung cuba menenangkan keadaan.

Wak Hassan baru sahaja keluar dari dapur sambil membawa makanan yang di tempah oleh ketua kampung tadi,Fikri pula terus duduk bersama Razi dan dua sahabatnya,

“ehh..kenapa macam riuh je ni..” wak hassan bertanya sambil melihat keliling warungnya

“tak ada apa lah wak, ni si Fikri…katanya kene kacau pocong..” balas ketua kampung.

“hah…. macam mana ceritanya..? semalam si budak tiga orang ni kena..!” kata wak hassan sambil turut duduk disatu lagi meja kosong.

“ehh…biar betul??..cuba ceritakan…” kata ketua kampung sambil memusing kan bdannya menghadap mereka berempat..

Fikri pun memulakan ceritanya,siap mengayakan waktu dia melarikan diri. sesekali ketua kampung dan ajk kampung yang ada tergelak kecil melihat gelagat Fikri melarikan diri. selepas Fikri habis menceritakan kisah nya. Shakir pula menceritakan apa yang mereka lalui semalam. tempat hampir sama. cuma keadaan berbeza, mereka hanya mendengar suara, tidak kena seperti Fikri.

“ishh..kau semua ni pengaruh tv kuat..sudah-sudah…tak perlu mengarut lagi…baik minum kopi O tu..nanti sejuk dah tak sedap..!” kata ketua kampung sambil emmusingkan kembali badan nya dan menyambung perbincangan mereka.

Fikri pun sudah mula tenang, perutnya pun kembali berbunyi..baru dia teringat yang dia hendak ke warung wak hassan kerana lapar.

-Keesokan paginya-

Cerita Fikri diganggu pocong,pantas menular kesetiap pelusuk kampung.bagaikan cerita panas.Ada yang percaya dan ada yang tidak. maklumlah, dizaman serba canggih dan moden ini, mana ada hantu..yang ada pun rumah hantu.!

Mak senah dan MAk timah sedang sibuk mengatakan tentang hantu pocong yang menganggu Fikri,tetapi tiba-tiba datang mak Su iaitu seorang yang lebih berfikiran moden dan jauh ke arah teknologi, menyatakan dia tidak mempercayai segala hantu iblis ni…

“alahhh senah..!! timahh..!! kau tak payah percaya lah dengan cerita si Fikri tu..ntah-ntah yang dia nampak tu Guni tepung orang tercicir” nyampuk Mak su

“bukan nak percaya bulat-bulat..tetapi berjaga-jaga..bimbang kalau kita pun kena,..” balas mak timah..

Pada fikiran mak timah dan mak senah ada betul juga kata si Mak su tu, mana tahu guni yang dilihat sangkanya hantu pocong.sedang mereka sibuk bergosip. kelihatan Nenek rokiah atau nama pangilannya nek kiah, sedang mengayuh basikal tua yang agak usang,dihadapan basikalnya ada bakul yang dipenuhi barang-barang dapur seperti sayur dan ikan.

“Assalamualaikum nek kiah, kemana tu..?” mak su menegur.

“salam…baru balik pasar” jawab nek kiah sambil memberhentikan basikalnya.

“nek kiah…ada dengar cerita tak?? si Fikri tu jumpa pocong..!” tiba-tiba mak senah menaympuk.

“yeka..? bila dia nampak?” tanay nek kiah, tetapi dengan wajah tenang

“semalam malam nek kiah…”balas mak timah pula

“yang keluar malam siapa suruh,,malam kan waktu mereka(iblis)…”kata nek kiah sambil tersenyum menampakkan gigi palsu emasnya.

Selepas berborak serba sedikit,nek kiah pun meminta diri untuk balik kerumah,banyak kerja yang hendak dilakukan. Ada seorang yang bakal bersalin dalam masa terdekat ni. jadi dia kene sentiasa ada dirumah,takut-takut jika orang datang mencarinya.

Allahu akhbar….~~~ allahhhhhh hu akhbarr.~~~~ suara azan magrihb sudah berkumandang, hampir semua pintu rumah dikampung itu sudah tertutup rapi, termasuklah rumah Mak timah, mak senah dan mak su.

Nek kiah pula sedang sibuk duduk mengubat pesakitnya yang datang dari luar, nek kiah bukan hanya sebagai bidan malah dia juga digelar bomoh. mengubat penyakit-penyakit mistik dan misteri.Selepas selesai merawat pesakitnya, dan pesakit sudah pulang. nek kiah terus menutup pintu rumahnya..

“Haisshhhhh…kesikkkk la aku..!! kau ni tak sabar-sabarr ke..!!” tiba tiba terdengar suara pekikan nek kiah memarahi sesorang,sedangkan dia hanya sebatang kara.

Suara nek kiah marah hanay sekali, kemudian sunyi semula. begitulah kadang-kadang yang didengari oleh jirang terdekat nek kiah.mereka tidak pernah ingin bertanya,siapa yang dimarahinya. bimbang nek kiah marah pada mereka.

-Dirumah MAk Su-

“Abanggg.. mari makan..ajak anak-anak sekali..” mak su memangil suaminya untuk makan malam.

Tanpa dipangil oleh suaminya, anak-anaknya sudah turut ikut kedapur. selesai makan malam.sisuami terus duduk menghadap Tv, manakala anak-anak pula masuk kebilik menyambung siapkan kerja sekolah. begitulah harian mereka. Mak Su pula sibuk membasuh dan mengemas dapur. sedang mak Su sibuk membasuh pinggan mangkuk tiba tiba,dibalik tingkap singkinya kelihatan samar-samar lembaga putih, Mak su terperanjat kerana benda itu muncul terlalu dekat dan dia tahu benda itu berbungkus,Mak su bukan jenis cepat percaya, maklum la dia jenis berfikiran moden, lagi pun waktu itu baru pukul 8 malam. di fikirannya memikirkan ada orang cuba menakukannya.

Mak su mencapai jag air yang sudah dibasuhnya tadi,sambil mengisi air untuk disimbah ke orang yang cuba menakukannya, dia akan pastikan apa bila dia membuka tingkap, dia akan terus menyimbah..! perlahan-lahan tangan dia membuka ansel tingkap dan apa bila sudah dibuka..tiba-tiba jag ditangan jatuh ke singki,MAk su terpaku bagai jantung direntap. Kini dihadapannya Satu lembaga berbungkus rapi,dengan wajah Hitam mengerutu dan berkopeng.. mata putih terbeliak..berada dekat dengan nya malah berhadapan dengan muka nya,. lembaga itu adalah Pocong. tiada ungakapan yang terlahir dari mulut Mak su,.tetapi terus dunianya gelap jatuh.

Apabila mendengar bunyi sesuatu jatuh di dapur,suami Mak su terus berlari dan melihat isterinya sudah terbaring tidak sedarkan diri. Pada waktu itu, hanya nek kiah lah difikirannya, pantas dipanggil nek kiah datang ke rumah.

“Dunia gelap..! dunia.. maya! aku seru segala semangat,,! pergi jangan diganggu lagi..!! bla…..bla…blaa….” mentera dibaca oleh nek kiah..sambil dikemenyan kan Mak su yang terbaring tidak sedarkan diri,

Selepas dibaca beberapa kali, perlahan-lahan mak su membuka mata, dan terus menerpa ke arah suaminya,dalam keadaan mengigil dan pucat,.

“kenapa ni..!” tanya suaminya..

“pocong bang..!! pocong..!” balas mak Su sambil memeluk erat suami nya,,ketakutan

Nek kiah hanya melihat gelagat Mak su yang sudah kehilangan semangat.tadi siang kemain hebat berbicara..bila nampak terus terketar tak terkata… bisik hati nek kiah..

“Saya mintak izin pulang dulu ya” nek kiah meminta izin.

“iya nek kiah..nak saya teman kan ke..? ” tanya suami Mak su,

“tak mengapa..kamu teman kan isteri kamu tu” balas nek kiah sambil keluar dan tersenyum.

Selepas kejadian yang menimpa Mak su, maka kecoh la. kampung mereka dengan kehadiran Pocong, malah bukan mak su saja yang kena..ramai lagi sudah terserempak. mak su pula demam hampir 3 hari,semenjak baik dari demam mak su selalu dibawa berubat dengan nek kiah..kerana dikatakan dia terkena Badi,Mungkin kerana Mak Su melihat ebrdepan dengan Pocong itu tempoh hari,

Nek kiah mula menjadi tempat rujukan orang kampung, pelbagai petua diminta.. ada juga yang meminta tangkal untuk mengelakkan dari diganggu.waktu makan pula suasana kampung itu mula sunyi, ketakutan yang menyelubungi jiwa orang kampung menyebabkan mereka takut untuk keluar diwaktu malam.

Ketua kampung pula cuba menyelesaikan masalah itu, baginya masalah Makhluk ghaib ini tidak wujud, dan dia antara yang tidak mempercayai apa yang terjadi pada kampung nya.

“Assalamualaikum…Wak daenggg….” duara Razi memberi salam.

“Waalaikumusalam..ye..haaa ada apa ni..? pepagi dah datang?” tanya ketua kampung pelik melihat anak muda itu datang kerumahnya di pagi hari.

“Wak daeng, saya nak tanya sikit la..”

“masuk dulu sini..haa nak tanya apa?” soal ketua kampung apa bila Razi sudah turut masuk dan duduk,.

“boleh tak kalau kita buat bacaan yassin setiap hari di masjid..?”

“boleh..tu boleh..tapi korang kena lah datang juga,..ni cuma ada 2 or 3 orang je datang,,” kata ketua kampung separuh memerli.

“heee..heee maaf wak…nanti saya ajak kawan-kawan saya sekali.”

Cadangan Razi nampaknya dipersetujui oleh Ajk-ajk kampung dan mereka bersepakat membuat bacaan yassin setiap hari dimasjid.dan semenjak Bacaan yassin setiap hari dilakukan, kuranglah kes penampakan dan gangguan Pocong dikampung nya, tetapi masih ada yang berjumpa nek kiah untuk mendapatkan tangkal.

-Dihadapan rumah Nek kiah-

Sunyi pagi itu,,kosong tiada orang.,pintu pun masih tertutup rapat.Kelihatan Ketua kampung bersama dua orang kampung.mereka membawa anak ketua kampung yang sedang pengsan tidak sedarkan diri.

“Assalamaualaikum,..nek kiahh…ohh nek kiaahh…” ketua kampung menjerit memanggil nek kiah.

“waalaikumusalam..hahhhh ada apa Wak daeng?”tanya nek kiah.

“Anak saya ni nek kiah…!! tadi dia meracau lepas tu pengsan..!” balas ketua kampung sambil menunjukkan anaknya yang sedang didukung di bahu.

“kejap..aku ambil barang..” kata nek kiah sambil masuk kembali kedalam rumah.

Ketua kampung meletakkan anak nya di pangkin hadapan rumah nek kiah. Pangkin itu memang dibuat nek kiah untuk mengubat pesakitnya. jika pesakit wanita dewasa barulah berubat didalam rumahnya.

Nek kiah pun datang kearah anak ketua kampung kemudia di sapukan sedikit air yang sudah dijampi dimuka anak ketua kampung..

“Macam mana boleh jadi macam ni? cuba cerita…” kata nek kiah ingin tahu.

Ketua kampugn pun menceritakan, sewaktu anak nya itu sedang bermain dihadapan rumahnya, tiba-tiba dia dengar anaknya menjerit,kemudian ketua kampung terus lari ke halaman rumah untuk melihat apa yang terjadi, Apabila sampai, dia lihat anaknya sudah terbaring ditanah sambil meracau-racau.lepas tu bila saya baca ayat suci dan azan kan. dia pengsan tak bangun-bangun..tu saya bawa jumpa nek kiah.

“owhh..” kata nek kiah sambil tersenyum sinis..

“MAcam mana ni nek kiah..?

“kamu bawa balik air ni., bagi dia minum pagi..tengah ari dan malam…haaa lagui satu..kamu sudah ada tangkal.?” tanay nek kiah kepada ketua kampung

“haaaaa!! tangkal? tangkal apa?”

“tu lah kau degil,keras kepala..! tangkal utnuk lindung kau dan keluarga la..nah kau ambil tangkal ni..aku dah bacakan ayat…jangan risau ayat al Quran juga yang aku baca..” kata nek kiah sambil menghulurkan kepingan kain dilipat berwarna merah.

” kalau begitu,nek kiah bagi kan tangkal untuk semua keluarga saya..” balas ketua kampung.

“esok kamu datang lagi ambil..tangkal aku dah habis..tinggal tu je satu..bagi anak kamu dulu simpan atau pakai.” kata nek kiah.

Nampaknya Ketua kampung juga sudah termakan dengan cara nek kiah, dalam diam dia sendiri sudah semakin percaya akan nek kiah. nek kiah pula tersenyum gembira..kerana kini semua orang kampung mengharapkan nya..!!

“Kau ni..!! tak reti sabarrr ke..!! kalau tanpa aku… kau tak akan dapat makan tahu tak..!! kau bukan hebat mana pun..!!” suara herdikan nek kiah kedengaran. tidak diketahui..pada siapa yang dimarahinya.

“Kau menipu..!! kau mempergunakan aku..!” hari itu ada satu suara lemah membalas herdikakn nek kiah.

“Kau sudah berani melawan ya..!!”

Kemudian suasana rumah nek kiah kembali sunyi..

-Di Warung Wak hassan-

Kelihatan Razi,Badrul dan Shakir sedang lepak minum,jam baru pukul 8 malam. sedang mereka duduk minum, tiba-tiba disapa

“Assalamualaikum..” suara seorang lelaki dari arah belakang mereka

“waalaikumusalam..”balas mereka serentak sambil menoleh..

Semua tergamam..terpaku kerana melihat seorang lelaki berjubah putih dan berserban, sambil di tangannya memimbit beg baju. Shakir terus meluru kearah lelaki itu dan berpelukkan. itu adalah muiz sahabat baik mereka sewaktu dari kecil.mereka saling berpelukan.

Muiz seorang remaja yang dahulunya nakal, dan selalu disumpah seranah oleh orang kampung Pangku..Sekian lama dia menghilangkan diri,selepas kematian ibu dan ayahnya dahulu,kini Muiz muncul kembali dengan perwatakan yang berbeza saat dia meninggalkan kampung.

“Waaahhh sejak bila kau jadi ustaz ni Muiz..?” Razi bertanya sambil melihat sahabatnya itu.

“lepas aku keluar dari kampung dahulu, aku masuk sekolah Pondok untuk mempelajari tentang Agama..” jawab Muiz sambil tersenyum..

“bagus juga lah kau dah balik..lagi bagus kau dah belajar bab agama..dah jadi ustaz..!! boleh tolong orang kampung ni..!” kata Shakir pula. sambil menarik tangan Muiz untuk duduk bersama mereka.

“Kenapa dengan kampung kita..?” Tanya Muiz pelik..

“kau tahu tak..!! baru-baru ni..orang kampung asik kena ganggu je..!! pocong lah..hantu lah..haisssshh..” badrul menyampuk sambil mengeluh..

“Ketua kampung tak buat bacaan yassin ke..? tahlil ke..atau cuba ikhtiar cara lain..?” Muiz mempersoalkan

“kau jangan tanya pasal ketua kampung..!!dia pun dah termakan hasutan si Nek kiah bidan tu..!!..harapkan pegar..pegar makan padi..!” rungut Razi

“Hahahahaha…macam tak sesuai je peribahasa kau tu Razi..” balas Shakir sambil mentertawakan Razi..

Mereka rancak berbual, maklumlah sudah sekian lama tidak berjumpa dengan Muiz.!! tetapi ada sebab utama lain muiz pulang kekampung halamannya itu..iaitu Cinta..!! Cinta ialah seorang gadis manis dan lemah lembut yang duduk di hujung kampung, Cinta adalah dari keluarga yang Bahagia, dan lebih kuat berpegang pada Agama. Ayah Cinta pula Imam di kampung Pangku, tetapi keluarga mereka belum termakan dengan hasutan nek kiah dan tiada gangguan pun yang berani menghampiri keluarga mereka..!

“Eh…Cinta ada lagi tak ?? ” tanya muiz tiba-tiba

“Ada..tapi macam kau tak tahu pula..! bukan senang nak tengok dia..susah nak nampak dia keluar rumah..maklum la..keluarga dia islamik..” Balas Badrul.

“Kau berubah ni..sebab dia ke?” Shakir pula bertanya.

“tak lah..aku memang berubah sebab lepas ayah dan ibu aku meninggal..aku terfikir..hanya aku lah anak tunggal mereka..kalau aku tidak doakan mereka..siapa lagi?? jadi aku tak nak seksa ibu ayah aku..sebenarnya kitalah yang menyeksa mereka di alam sana kerana amalan dan sikap kita”balas Muiz, sayu mengenangkan kembali peristiwa yang meragut nyawa kedua orang tersayang nya.

“Perghhh..Deepp..!! kau nya kata-kata…sentap aku dengarr..!!” balas Badrul seakan kagum dengan perubahan sahabatnya..

“haaa…Saiful pula mana?? korang tak lepak dengan dia ke? sehat tak dia?” tanya Muiz baru teringat akan sahabatnya lagi seorang itu..patutlah dia rasa macam ada yang kurang.

Razi,badrul dan Shakir hanya saling berpandangan, tiada jawapan yang mampu mereka bagi,. Muiz pula sedang menanti jawapan.!

“Kenapa kau orang diam je..?” tanya muiz pelik.

“Sebenarnya..dah lama juga Saiful keluar dari kampung dan tidak pulang-pulang..Kesian mak ayah dia ngan adik dia fikri. selalu tertunggu-tunggu kepulangan Saiful..” kata Razi

Muiz termenung seketika,teringat kembali saat mereka berlima di zaman persekolahan. kenakalan mereka, dan persahabatan mereka.Tetapi Muiz telah keluar dari kampung semenjak selepas tamat persekolahan,iaitu selepas kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapa nya,

“Eh…! oder la makan ke..minum ke..!” pelawa Shakir..

“tak apa lah..aku baru lepas makan tadi,sebelum kesini.” balas Muiz sambil melihat kearah dapur dan tepi Warung Wak hassan.

Muiz dapat melihat makhluk halus seperti beruk sedang duduk ngankang diatas kuali,dengan mata besar bulat merah sedikit terbonjol keluar, manakala di tepi kedai Wak hassan pula kelihatan Seekor lagi makhluk yang hampir sama, tetapi agak besar sedang duduk tersandar melihat kearah Mereka.Tetapi muiz buat-buat tidak melihat mereka, dan muiz tahu itu makhluk pelaris yang digunakan Wak hassan.

Setelah malam semakin larut, mereka semua pun pulang kerumah, disebabkan Shakir,Razi dan Badrul menaiki motor yang sama, tidak dapatlah Muiz menumpang.tetapi muiz tidak kisah,malah lebih seronok berjalan kaki bagi nya.

Sambil melangkah,sambil itu juga lidahnya memuji yang ESA..

Hiiiii…hiiiiii..hiiiiiiiiiiiii~~~ tiba-tiba hilaian tawa gadis menyerbu cuping telinganya, namun Muiz buat tidak tahu sahaja..dia ingat akan pesan guru nya.. “jangan kau layan jika itu bukan urusan kamu, dan ingat..!! Allah itulah sebaik pelindungmu.!”, Muiz melangakah tenang.. Namun Iblis itu tidak pernah mengalah,,! Uuuuuweekkk…!!! uuuuuwweekk….!! kini suara tangisan bayi pula memecah kesunyian jalan utama itu,..Muiz masih melangkah tenang, tiba-tiba… Gedebukkk…!! bunyi sesuatu terjatuh..dan benda itu jatuh betul-betul berhampiran hadapannya, Muiz melihat sesuatu yang dibalut kain putih, sepanjang 1 kaki lebih berada diatas tanah dihadapan nya,,

Muiz memperlahankan langkahnya, dengan berhati-hati dia melangkah mendekati balutan itu, “Subahanallahh..!!!” kalimah suci itu terpacul keluar, apabila melihat balutan itu adalah tubuh bayi yang tidak berkepala,dan dipenuhi d***h yang masih segar dan pekat,

‘Bismillahir-rahmanirrahim’

allaahu laa ilaaha illaa huwa alhayyu alqayyuumu laa ta/khudzuhu sinatun walaanawmun lahu maa fii alssamaawaati wamaa fii al-ardhi man dzaa alladzii yasyfa’u ‘indahu illaa bi-idznihi ya’lamu maa bayna aydiihim wamaa khalfahum walaayuhiithuuna bisyay-in min ‘ilmihi illaa bimaa syaa-a wasi’a kursiyyuhu alssamaawaati waal-ardha walaa yauuduhu hifzhuhumaa wahuwa al’aliyyu al’azhiimu

Sambil berjalan Muiz meneruskan bacaan ayattul kursi berulang-ulang sehingga sampai kerumahnya, dia tahu makhluk tadi masih mengikutnya, Aura Negatif itu masih terasa dipersekitarannya,Muiz melihat rumah peninggalan Arwah kedua ibu bapa nya, sayu dengan keadaan rumah yang semakin usang dan buruk dimamah usia. Perlahan-lahan pintu dibuka …Kreeeeeeeuuuuuuukkkkk… bunyi ensel pintu kuat,menunjukkan pintu itu sudah sekian lama tidak dibuka.Muiz masuk lalu membuka semua tingkap dan menghadap kiblat, lalu bergemarlah Azan yang dilaungkan oleh Muiz didalam rumahnya,agar keluar jin Iblis dari rumah itu.

Selesai Azan dilaungkan,Muiz menutup kembali semua tingkap rumahnya, habuk ditingkap beterbangan apabila tingkap ditutup kembali,

“Heii manusia..!! mengapa kau menganggu rumah kami..!” kedengaran suatu suara garau menegur Muiz.

“Apakah ini benar rumah kamu wahai Jin yang dilakhnat Allah,.?”

“manusia sombongg..!! tidak kah kau tahu kami yang menghuni disini dahulu..!”

“ini rumah ibu bapa ku.. kalian yang menumpang dirumah ku..”

“Rumah ini sudah lama ditinggalkan..!”

“itu bukan alasan untuk kalian mengambil alih rumahku..lebih baik kalian keluar atau akan aku panaskan keadaan rumah kalian dengan kalimah Suci..!” Muiz mengugut.

“Erghhhhhh” suara garau itu mendenguss marah,namun seakan terpaksa akur dengan arahan Muiz.

Keadaan menjadi sunyi semula..Muiz membersihkan serba sedikit barang-barang didalam rumah, jam sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi..tetapi muiz masih mengemas serba sedikit rumahnya yang sudah dipenuhi habuk ,Muiz mempunyai kelebihan melihat dan berbicara dengan Jin,tetapi adakala dia juga tidak sedar akan kedatangan bangsa jin itu,

Allah hu akhbar..!! Muiz memula kan solat sunat di 1/3 malam itu. begitulah Rutin Muiz setiap hari di Sekolah pondoknya dahulu.Selepas selesai Solat sunat pagi itu, tiba-tiba kedengaran sesuatu dibahagian dapur rumah nya, muiz dengan tenang bangun dan cuba melihat bunyi apakah yang didengarinya itu.

Apabila Muiz Sampai didapur, dia sedikit terkejut melihat satu lembaga berbungkus (pocong) sedang berdiri tegak di sisi meja.

“Bissmillah……..”

Muiz membaca beberapa ayat suci Al-Quran,tetapi makhluk itu masih berdiri tidak berganjak walau sedikit pun,Muiz tahu.. dari pada rupa bentuk dan wajah Makhluk itu..ia bertuan..!!

Muiz masih tidak berganjak juga, kini muiz berhadapan dengan satu lembaga yang agak sukar di usir..mulut Muiz tidak putus dari bacaan ayat-ayat suci al-quran,tiba-tiba Muiz rasa tubuhnya seakan diikat.Panas,dan lebih teruk dadanya seakan sukar bernafas..!, Makhluk dihadapannya juga melawan dalam diam..!

Muiz cuba melangkah perlahan, kakinya seakan terasa berat,ingin melangkah satu tapak pun bagaikan ada beban yang besar diikat dikakinya, sedang dia cuma melangkah setapak demi setapak itu, tiba-tiba… Gedebukkkkkk…!! bunyi dadanya dihentak kuat..nafas muiz jadi tidak teratur dan seakan berat,Dia cuba menarik nafas dalam-dalam…tetapi paru-parunya bagaikan tidak berfungi. Pocong itu tidak berganjak kehadapan atau pun kebelakang..masih ditempat yang sama..wajahnya hitam gelap,dengan kain kapannya yang sudah lusuh,serta bau hanyir, sedikit sebanyak juga membuat hati Muiz sedikit ketakutan.

Dalam kepayahan dia melangkah,Muiz tiada cara lain..dia harus melawan makhluk ini, membunuhnya..!! atau terus mengusir nya..!! tetapi siapalah Muiz yang layak m******h,..walaupun dihadapannya adalah musuh..!! tetapi itu tetap juga Makhluk Allah..

Tiba-tiba Muiz berhentikan usahanya untuk melangkah,dia perlu menyimpan tenaga dalamannya,Mulut Muiz Lantang membaca Ayatul kursi, dan beberapa Ayat ruqyah,bacaan itu semakin lama samakin Muiz lantangkan,makhluk itu sedikit tergugat,tiba-tiba hilang, dan zappp dia muncul semula..!! tetapi dihujung dapur berhampiran pintu belakang, seakan ia berundur..Makhluk itu tidak melompat-lompat seperti dalam cerita masyarakat…

Sukar benar makhluk itu berundur..Muiz pula semakin kepenatan..Bertempur mengunakan kebatinan adalah lebih berat dah penat berbanding bertempur mengunakan zahir..pada pertempuran Zahir kita mampu melihat pergerakan lompat,megelak dan menyerang mengunakan senjata..tetapi pada Batin ia lebih kepada kerohanian, kekuatan aura..! dan lebih sukar apabila kita cuba menyerang mengunakan kekuatan rohani.

Muiz meneruskan bacaannya tanpa henti dan tiba-tiba Zaaappp!…..Pocong itu hilang, muiz kebingunggan..adakah makhluk itu sudah melarikan diri..? huhhhh muiz menarik nafas panjang.dan menganggap Pocong itu sudah pergi meninggalkannya.Muiz memusingkan badannya..dan kini Pocong itu berhadapan dengannya,,sangat hampir sehinggakan dia tidak tahu berapa hampir jaraknya dengan pocong itu,Semangat Muiz sedikit lemah kerana terkejut..mungkin itu yang diinginkan makhluk itu..!! ingin melemahkan semangat Muiz agar dia lebih mudah menyerang…Muiz sekilas pandang melihat wajah pocong yang kehitaman dan berkuping itu,

“Eh…macam aku pernah lihat wajah ini..!” hati muiz berkata sendirian.Zaapppp.! pocong itu menghilangkan diri,mungkin Amaran darinya kepada Muiz bahawa dia tidak gentar sedikit pun dengan ilmu yang Muiz ada.

Muiz kembali di ruang tamu,dan duduk tersandar kepenatan. nampaknya itu pengalaman pahit hari pertama dia kembali ke kampung halamannya..Muiz tertidur dalam kepenatan.. jam pada waktu itu sudah pukul 3 pagi, dan muiz baru sahaja melelapkan mata.

seawal jam 5.30 pagi Muiz sudah bangun dari tidurnya,dan bersiap membersihkan diri sebelum menuju ke surau kampungnya,Sampai sahaja disurau kelihatan Bilal dan imam sudah ada diperkarangan surau,

“Assalamualaikum,imam”..Muiz memberi salam sambil menghulurkan tangan kearah imam Ismail untuk berjabat,iaitu imam dikampung dan ayah kepada Cinta.

“Waalaikumusalam,,,Muizzz kan..?” tanya imam ismail seakan terkejut.

“iya saya imam..Muiz Degil dahulu..hehehe” balas muiz sambil ketawa kecil, apabila menyebut nama samaran yang dipanggil oleh orang kampung.

“Alhamdulillah Muiz..berubah dah kamu sekarang”

“Semuanya atas kehendak Allah jua imam..”

“syukurr,,dah marilah kita masuk kedalam”

Siapa sangka Hidayah Allah memilih budak yang Nakal seperti Muiz dahulu..Jangan hanya melihat kehidupan silam seseorang lalu kita menghukum..Subuh itu Muiz berjemaah dengan hanya 4 orang sebagai makmum,

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Muiz berjalan seiring dengan imam. lagipun rumah mereka tidak berjauhan hanya selang serumah sebelum sampai kerumah Imam.

“Imam..boleh saya tanya sedikit.?” Muiz memulakan bicaranya pagi itu.

“boleh..apa nya.?”

“Dengar cerita..kampung ni kena gangguan Jin,,betul ke..?

“he…he..he…Muiz….Jin itu sememang nya Wujud dan ada dimana-mana..ditambah lagi dengan Iblis dan syaitan..tidak mustahil dikampung kita ada.Cuma mungkin sebelum ini mereka tidak meganggu,tetapi kali ini sengaja menyakat..” balas imam ismail, sambil tersenyum..

“owhh..jadi betul lah ye..hehehehe” muiz hanya gelak kecil. teringat akan peristiwa yang baru dilaluinya tadi.

“Haaa…kamu duduk seorang ke dirumah?? sampai sini bila..?kemana kamu menghilang dahulu?” tanya Imam ismail, baru dia teringat yang Muiz sudah lama tidak pulang kekampung.

“saya baru saja sampai malam tadi imam..iya imam..nampaknya duduk seorang jela..ayah dan ibu dah tiada..sebelum ni saya menuntut ilmu Agama di sekolah Pondok..yela…saya saja yang tinggal untuk membanggakan mak ayah di akhirat kelak..” balas Muiz sayu..

“ohh..sabarr ye..yang hidup pasti m**i..nanti jika nak bersarapan..datang lah kerumah..” kata imam ismail cuba menukar topik.

“insyallah imam..saya pulang dahulu ya..” Muiz meminta izin setelah sampai di hadapan rumahnya,tidak jauh dihadpan itu sudah sampai dirumah Imam..

Apabila imam ismail masuk didalam rumahnya,imam melihat isterinya serta Cinta sedang sibuk menyiapkan makan untuk sarapan pagi, Cinta anak gadis sulongnya.yang seusia Muiz. dan pernah Disukai oleh Muiz satu ketika dahulu.

“Cinta..kamu hantar kan sedikit makanan ke rumah Muiz..” kata imam ismail tiba-tiba

“haaa…!? Muiz Degil tu ke abg?” isteri imam ismail bertanya,kerana pada pengetahuannya sudah hampir 5 tahun dia tidak pulang ke kampung.

“iya…tadi saya ada berjumpa dengan nya,bagus dah budak tu.berubah dah..saya jumpa diSurau,,dia baru sampai sini semalam..kesian duduk seorang..” balas imam ismail.

“Alhamdulillah..balas isterinya.

Tiada kata bantahan dari Cinta,lantas terus dia membungkus kan sedikit nasi goreng untuk sarapan pagi itu dan menuju kerumah Muiz. Mana kala Muiz pula baru ingin hendak merehatkan tubuhnya yang kepenatan.

“Assalamualaikum….” suara lembut Cinta menerjah kecuping telinga Muiz..

“Waalaikumusalam..siapa tu.?” balas Muis sambil bangun dari duduknya.

“Cinta,,,,”

“ehh…kenapa Cinta?” tanya muiz setelah pintu dibuka.

“ayah suruh bagi ini.” sambil menghulurkan bekal nasi goreng yang dibungkusnya

“terima kasih,,kirim salam pada emak dan ayah ye..”balas Muiz sambil tersenyum.

Cinta berlari anak pulang kerumah,mukanya merah padam menahan malu, Lelaki yang dahulu dikenali dengan kenakalan nya,tetapi baik pada mata cinta, sebenarnya Muiz banyak membantu Cinta sewaktu disekolah jika ada pembuli atau yang menganggu Cinta,pasti akan di marahi Muiz.sehinggakan Cinta menaruh hati pada Muiz dalam diam.

Alhamdulillah…..Muiz bersyukur sambil membawa bekal yang diberikan kepadanya tadi menuju ke dapur.tiada di sangka pagi itu akan menerima rezeki.Muiz menadah tangan berdoa dan mengucap syukur lalu makan dengan penuh kesyukuran.di matanya masih terbayang wajah Cinta yang Malu sewaktu menyerahkan bekal itu, semakin manis Cinta sekarang, bisik hatinya.

Hari ini Muiz hendak berjumpa rakan-rakannya..ingin sangat dia duduk sembang sambil cuba mengajak rakan-rakannya mengikut langkahnya.Sekurang-kurangnya tiada lah lagi pandangan Hina kepada mereka.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.