#FSN – Nenek Rokiah (Part 2)

“Assalamualaikumm….. Razii…..” Muiz memberi salam, jam 10 pagi, dia sudah terpacak dihdapan rumah Razi.

“Waalaikumusalam…Ehhh Muiz..awal kau datang,,dulu pukul 10 malam baru muncul..”kata Razi, menyakat sahabatnya

“Saja nak duduk sembang dengan kau orang,lama dah aku tak dengar cerita korang.”

“Kami macam ini sahaja la Muiz,” Aku masih menguruskan kebun ayah aku.

“Shakir dengan Badrul?”

“mereka kerja di kilang kayu yang dekat dengan pekan tu.” balas Razi.

Muiz dan Razi terus bersembang di anjung rumah, sesekali gelak tawa mereka kedengaran, ceria betul mereka..Sedang seronok mereka bersembang, kelihatan Nek kiah lalu dengan basikal buruknya, Muiz melihat Nek kiah tanpa berkelip. Matanya tajam melihat nek kiah.

“Assalamualaikum..” Muiz menegur nek Kiah,

“Salam,” balas Nek kiah sambil menoleh kearah Muiz,pandangannya sedikit pelik kearah Muiz, kerana tiada orang luar yang berani melihatnya, apatah lagi menegurnya. Kerana tubuh Nek kiah yang membongkok, berambut panjang yang di sanggul kan, serta kulit nek kiah yang pucat menyebabkan wajahnya nampak gegelung hitam dikeliling matanya, itu sudah cukup menakutkan budak-budak dengan menganggap nek Kiah sebagai nenek kebanyan.

“Nek Kiah dari mana?” muiz sengaja ingin ajak bermesra..dia tahu nek kiah tidak suka di ajak bersembang.

“Dari pasar,” balas nek kiah tanpa menoleh, dan meneruskan kayuhannya.

Muiz terus memandang nek kiah sehingga jauh.

“Weii,kau kenapa tengok nek kiah macam tu..?!” Razi bertanya,pelik melihat gelagat Muiz.

“ehhh…tak ada apa lah..dah lama tak nampak dia..banyak dah berubah” balas Muiz, sedikit terkejut dengan pertanyaan Razi secara tiba-tiba tadi.

“Yela tu kau..! dia sama juga macam dulu..masih sebagai bidan.”

“Ha…Ha..Ha…iyaaa…ok lah.. aku balik dulu ya..nak kemas rumah..nanti petang insyallah kita jumpa lagi..” Kata Muiz sambil bangun dan besalaman.

Sambil mengemas rumahnya..muiz sibuk memikirkan..Nek Kiah.!! kenapa macam bukan nek kiah..!! hati Muiz bermain soalan sendirian.

-Rumah Nek Kiah-

“Arghh..!! budak tu dari mana..?! ini semua menyusahkan aku.!” nek kiah berkata sendirian,

“hiiii..hi..hi..hi.. kau kata..kau hebat..?!” suara perempuan membalas kata-kata nek kiah.

“Diamm kau..!!” nek kiah berang ditertawakan.

“jangan kau sombong..! kamu juga manusia biasa. ilmu hanya secebis garam.!” balas suara itu

Nek kiah termenung seketika, kemudian dia kedapur menyiapkan barang untuk rawatan dan tangkal yang bakal diambil oleh ketua kampung. Bau kemenyan mula menyelubungi rumah Nek kiah, Ilmu yang digunakan nek kiah, memang terang salah. dengan jampi mentera ditambah pembakaran kemenyan. sudah cukup memperlihatkan ilmu itu adalah salah dari segi Agama.

“Assalamualaikum..”Suara Wak daeng kedengaran dari luar.

“Wa.salam” nek kiah menjawab,tetapi selalunya tidak penuh.

Nek kiah keluar membawa barang yang dijanjikan kepada Ketua kampung,dengan dapatnya tangkal dari nek kiah..! mereka rasa selamat. hingga hampir lupa pelindungan terbaik adalah dari Allah..!

Petang itu Razi,Shakir dan Badrul kelihatan menuju ke rumah Muiz. sekadar untuk duduk-duduk bersembang kosong, tetapi Muiz ada perancangannya.Muiz ingin membawa kawan-kawannya itu mengikut jejaknya.kerana itu dia mengajak mereka semua datang kerumahnya.

“Haa…alang-alang kau orang semua dah ada sini. nanti solat magribh kita jemaah sama-sama di surau.” kata Muiz.

Shakir,Razi dan Badrul tiada seorang pun yang mengatakan tidak..semuanya diam tanda setuju, walaupun dalam keterpaksaan.

Magrihb itu mereka seiringan berjalan kaki ke surau. imam ismail dan beberapa orang kampung melihat pelik kearah mereka. maklumlah, sebelum ini 3 sahabat itu memang susah untuk nampak di surau..melainkan ada majlis.

Mereka berempat meneruskan duduk disurau hingga ke isyak. dalam masa menunggu waktu isyak, Muiz sempat membaca Al-Quran dan diajak sekali 3 sahabatnya itu. sekurang-kurangnya mungkin suatu hari nanti hati mereka terbuka untuk berubah.Isyak sudah pun selesai, kini mereka berempat cadang untuk duduk minum di warung wak hassan dahulu.Muiz tidak membantah kerana dia tahu, untuk menarik golongan seperti mereka, Muiz mesti kena bijak mengatur masa dan membawa secara perlahan-lahan.

Seperti biasa,Muiz tidak minum atau makan apa-apa di warung wak hassan. ada sahaja alasan yang akan diberikan.

“Esok kan korang cuti..?” Muiz bertanya.

“A’ah..kenapa?? ada projek ke..?” tanya Badrul

“Apa kata malam ni korang tidur rumah aku.?”Muiz memberi cadangan..

“Aku ok je..”jawab Razi sambil melihat dua orang lagi sahabatnya.

Mreka semua bersetuju untuk tidur dirumah Muiz, nampaknya Muiz perlahan-lahan cuba mempengaruhi mereka.Selepas habis minum mereka berempat berjalan kaki pulang kerumah muiz.Ketika mereka berjalan sambil bergurau senda, Nek Kiah berselisih dengan mereka, didalam bakul nek kiah ada satu bungkusan kain putih.

“Assalamualaikum nek kiah..” tegur Razi, antara yang paling celupar.

“salam,” balas nek kiah tidak lengkap

“Nak kemana memalam ni nek kiah.?” tanya razi lagi,muiz hanya diam memerhati.

“pulang ke rumah” balas nek kiah sambil memberhentikan basikal nya.

” nak kami teman tak?” razi memberi khidmat masyarakat

“tak mengapa,nek kiah boleh pulang sendiri..” balas nek kiah sambil memulakan kayuhan nya semula.

Setelah agak jauh nek kiah berlalu, Shakir terus menampar bahu Razi, Marah dengan sikap Razi yang terlalu rajin bersembang pada waktu begitu.Muiz hanya tertawa kecil melihat gelagat Shakir dan Razi,manakala Badrul hanya melihat telatah sahabatnya itu.

“Kau marah sangat dekat aku kenapa..? kan aku tegur je?” tanya Razi apa bila Shakir memukul nya.

“Kau dah tau nek kiah tu bomoh kan..! yang kau tegur waktu macam ni kenapa..?” balas shakir sambil mengetap bibir..geram betul dia dengan si RAzi.

“Laaa..relax la..tegur je..kau ingat bomoh tu semua pakai hantu ke..kau takut nek kiah tu hantu?” Razi mula dengan celupar dia..

Shakir tidak membalas tomahan Razi, dia tahu jika terus berbalah sampai bila pun tak akan habis. lagi-lagi berbalah dengan si Razi,

Sampai sahaja dirumah Muiz, mereka semua terus terlentang diatas simen ruang tamu, Muiz pula terus masuk kebilik air dan mengambil wuduk.dia ingin membaca Al-Quran dahulu seblum melelapkan mata sebentar.

“Eh muizz..kau nak solat apa pulak..? jam baru pukul 11 lebih.” Tanya Badrul, pelik melihat muiz mengambil wudhuk.

“Aku nak baca Al-Quran kejap,”balas muiz sambil menuju kebilik utama,iaitu bilik arwah ayah dan ibunya,dan sebenarnya muiz ingin membaca kan yassin untuk kedua ibu bapanya.

Badrul kembali baring, melepaskan kepenatan berjalan kaki tadi.baru sahaja lima minit sudah kedengaran dengkuran halus Razi dan shakir..Badrul tertawa sendirian. “Mudah sangat tidur..” bisik hatinya.

Habis sahaja bacaan Yassin dan doa,tiba-tiba Muiz terlihat satu lembaga sedang duduk diatas almari baju bilik utamanya itu dengan gaya seakan mencangkung rambut kasar menutup kehadapan,Mungkin kerana sudah terlalu lama ditinggalkan kosong rumahnya, maka makhluk-makhluk ini sudah bertapak dan tidak mahu berpindah.

“Bissmilaah…….” Muiz mula membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk menghalau makhluk itu.

Tetapi malangnya baru beberapa ayat dibaca. terdengar suara jeritan dan tangisan dari ruang tamunya.

“Arrghhhhhhh….Huuuuuuu…huuuuuuu~…huuuuuu~”

Muiz bangun dan menuju ke ruang tamunya,terkejut melihat Badrul sedang duduk mencangkung di atas meja tamu sambil tertunduk menangis.Bunyi tangisan dan jeritan Badrul mengejutkan Razi dan Shakir.Pada mulanya Razi yang sedang mamai itu cuba memarahi Badrul,tetapi apabila dia melihat keadaan Badrul yang diluar jangkaannya,terus dia terloncat sedikit kebelakang dan terlanggar kaki Muiz.

Muiz sedang berdiri diam dengan mata terpejam. Seakan bertafakur.Apabila Razi dan Shakir melihat keadaaan dua sahabat nya itu, mereka jadi tidak menentu. tidak tahu adakah itu gurauan atau mimpi mereka. Badrul masih menangis sambil diselang seli dengan jeritan tawa. Muiz pula diam terpaku, Shakir dan Razi duduk bersandar seakan berpelukan di antara Badrul dan Muiz.

“Allah…Allah…” Mulut Razi menyebut Nama Yang Maha Suci itu

“Weiii..! buat la sesuatu..!” Kata Shakir hanya mampu tergamam.

Tiada apa yang mampu mereka lakukan.Hanya berpelukkan sesama mereka,dengan harapan Badrul dan Muiz kembali normal.Bila dilihat dengan mata kasar,Bagai tiada apa yang berlaku antara Muiz dan Badrul.Tidak seperti dalam Filem-filem Hantu yang pernah dilihat oleh Razi dan Shakir. tetapi pada Rohaninya berlaku pertempuran hebat seakan pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat, Saling menyerang..sesekali bertahan, tetapi itu semua hanya pada Kerohanian yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar.

Bukkkkk…!! tiba-tiba Muiz terjatuh melutut, Badrul diatas meja jatuh kebawah. Kedua-dua sahabat yang berpelukan tadi gamam,mahu tolong atau tidak, kerana mereka tidak tahu Apakah yang merasuk kedua-dua sahabat mereka itu.

“Haaa…Haaa…..Haaaa…jadi la lakonan korang..!” Tiba-tiba Razi ketawa terbahak.

“Prappppppp..Satu tamparan,” hinggap ke muka Razi

Razi memandang Shakir dengan 1001 persoalan. terkejut dengan tamparan hebat dari Shakir, seumur hidupnya tidak pernah ditampar.

“Kau kenapa tampar aku?” Razi mempersoalkan tindakan Shakir.

“Kau gelak macam setan tu kenapa..! aku ingat kau kene rasuk tadi.” balas Shakir dengan wajah marah,

“Aku ingat dia orang sengaja takut-takutkan kita.” Razi berkata dengan nada sayu.

“huhhhh!!” Shakir mengeluh dengan sikap Razi.

Muiz membuka matanya dan melihat kearah Badrul yang sudah tidak sedar kan diri.Razi dan Shakir menarik nafas lega apabila melihat Muiz membuka mata dan pergi kearah Badrul,diikuti oleh dua sahabatnya itu.

“Nampaknya aku kene buat sesuatu..!”Muiz berkata sendirian,

Razi dan Shakir meriba tubuh Badrul, walaupun tidak disuruh. mereka berani apabila melihat Muiz menghampiri Badrul. Tetapi lembaga yang dilihatnya tadi itu tidak ubah seperti neK kiah.. cumaa wajahnya tidak keterlihatan.Sebenarnya angkara siapa semua ini..? adakah kedatangan Muiz tidak disenangi..?

Kejadian yang baru terjadi tadi menyebabkan Muiz lebih berjaga-jaga, kini dia memagar sekeliling rumahnya. Razi dan Shakir hanya duduk melihat tingkah laku muiz memagar,Badrul pula masih dalam keadaan lemah. Dia baru sedar selepas disapukan air yang dibaca Ayat suci Al-Quran ke mukanya.

Selepas selesai memagar, Muiz duduk menghadap sahabat-sahabatnya itu. difikirannya sekarang ingin mencari punca kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikampungnya.

“Shakir,..sebenarnya berapa lama dah benda-benda pelik ni terjadi.?” Muiz bertanya sambil tepat memandang kearah mata shakir.

“tak pasti,tapi semakin kecoh dalam lebih kurang dua minggu,” balas Shakir.

“kau orang pernah mintak tangkal dekat nek Kiah tak?” tanya shakir lagi,cuba menyiasat.

Ketiga-tiga sahabatnya itu mengelengkan kepala,tanda mereka tidak ada memakai tangkal, Kemudian Muiz Menyuruh sahabat-sahabatnya itu menceritakan kejadian-kejadian yang telah terjadi dan berapa ramai yang sudah menjadi mangsa, dari apa yang di ceritakan kini muiz tahu bahawa ada beberapa keluarga yang tidak diganggu. Antaranya keluarga imam ismail dan keluarga Fikri.

Muiz merenung seketika sambil berfikir, otaknya ligat mencari punca segala kejadian aneh itu, dia masih terbayang-bayang lembaga yang seiras gaya nek kiah tadi, tetapi Muiz tidak mahu bersangka buruk dan bercadang untuk menyiasatnya sendiri.

“Sudahh lah..!! mari kita tidur, nanti solat subuh kita tanya dengan imam ismail.” kata Muiz,sambil membaringkan tubuhnya.

Sahabat-sahabatnya turut ikut tidur, mereka tidur dalam ketakutan. Tidak disangka perkara sebegitu terjadi.

-Jam 5:00 am-

Muiz terjaga, lantas terus bersiap membersihkan diri,dan mengejut sahabat-sahabatnya sekali. agak liat juga mereka bangun kerana sudah terbiasa meninggalkan solat subuh, tetapi apabila dikerah mereka semua tetap bangun.

Sewaktu jalan pulang dari menunaikan solat subuh, Muiz dan Shakir telihat kelibat seseorang disebalik pokok besar dan menghilangkan diri apabila kehadirannya disedari.

“Eh….kau nampak tak tadi?” tanya Shakir rambang kepada sahabat-sahabatnya.

“Nampak apa.?!” balas Razi melilau matanya mencari.

“Aku nampak juga..!” tapi tak apa, dia pun dah lari..balas Muiz.

Badrul hanya diam membisu, mungkin keletihan atau mungkin dia masih mengantuk. Sampai sahaja dirumah. Muiz mula mencari idea untuk memerangkap lembaga yang menganggu mereka orang kampung selama ini. tiada cara lain, dia terpaksa pulang ke sekolah pondoknya untuk meminta bantuan dari gurunya.

Setelah berfikir sehabisnya, Muiz pun menyatakan hasrat untuk kembali ke pondoknya untuk beberapa hari..Keputusan yang dibuat oleh Muiz itu tiada halangan dari sahabat-sahabtnya.

“Nanti korang tolong tengok-tengokkan rumah aku ni ye..” pesan Muiz kepada sahabt-sahabatnya.

“Kau jangan tak balik semula lak nanti.” Razi membalas, terasa baru sahaja semalam muiz balik kekampung,

“Jangan risau,mungkin hanya dua atau tiga hari” balas muiz sambil tersenyum, lalu bersalaman.

Tiga orang sahabat itu memandang sayu melihat Muiz semakin jauh dan akhirnya hilang dari pandangan dibalik pokok besar.

-Di sekolah pondok-

“Assalamualaikum…” Muiz memberi salam, apabila tiba di hadapan pondok lamanya.

“Waalaikumusalam..” balas Seorang Guru tua berumur 80an.di bahunya tergantung kain serban sambil ditangannya memegang tongkat untuk membantunya bergerak.

“Subahanallah..Muiz.. kenapa kamu ni..?” kata gurunya sambil menghampiri muiz dan memegang kedua bahu muiz.

“Benda kecil je Tok Guru,” balas muiz..

Guru Muiz yang mempunyai kelebihan juga, turut nampak kecederaan anak muridnya itu, Dari apa yang dilihat oleh Gurunya, Muiz telah di sihir.. tetapi siapa yang menyihirnya,.? sedangkan Muiz baru sahaja pulang ke kampung,

Kerana itu sebenarnya Muiz mencari gurunya, kerana dia sudah mengetahui dirinya telah disihir. Muiz sengaja merahsiakan dari kawan-kawannya agar tiada perasaan takut menghantui sahabat-sahabatnya itu.

“Muiz…apakah kamu ada bersengketa dengan sesiapa?” tanya Gurunya sambil merawat muiz.

“Pada hemat saya, tiada sengketa. Cumaa…..”

“Cuma apa..?” guru nya pantas mencelah.

“Cuma saya ada berkelahi dengan beberapa makhluk yang menganggu penduduk kampung. tetapi saya tiada menyerang mereka. saya ingat pesan Guru.

Tok Guru hanya diam meneruskan rawatan kearah anak muridnya.

“Uweekkkk…….” Muiz muntah,tersembur d***h bercampur nanah.

Tok guru nya melihat muntah itu sambil dahinya berkerut.

“Dari apa yang kamu muntah ini, seperti sudah tiga atau empat hari.” kata Tok Guru.

“Hurm…” Muiz hanya diam, kerana dia sendiri tidak tahu bila sebenarnya di terkena sihir itu. tetapi yang pasti dia menyedarinya sewaktu berlawan dengan lembaga seakan Nek kiah.

Muiz terus berfikir sambil cuba mengingatkan kembali setiap hari yang dilalui..tetapi tiada dapat dikenal pasti bila dia disihir. Sambil dirawat, muiz menyatakan hajatnya untuk mengajak gurunya itu ke kampung halamannya.

Tok Guru mengetahui motif utama Muiz ingin membawa Guru itu ke kampung halamannya, maka dipersiapkan segala barang untuk bergerak pada hari esoknya.

-Di kampung Pangku-

“Dah empat hari Muiz tak balik, kata nya nak balik dalam 3 atau 4 hari…” Keluh Razi, teringat sahabatnya tu.

“Sabar lah..mungkin dia tengah sibuk..” balas Badrul, cuba memberi harapan.

Sebenarnya Muiz sedang dalam perjalanan Pulang ke kampung halaman, tetapi kini dia membawa satu matlamat. iaitu pembongkaran..! dan akan menghapuskan kepercayaan orang terhadap cara nek kiah.

Malam itu diwarung wak hassan kelihatan beberapa orang kampung serta 3 sahabat itu sedang duduk menikmati makan dan minum..dari jauh samar-samar kelihatan satu susuk tubuh sedang menghampiri warung.Razi,Shakir dan Badrul menanti penuh debar. mereka yakin Razi kembali seperti dijanjikan….

“Assalamualaikum..” Saiful memberi salam sambil tersenyum

“Waalaikumusalam,,” jawab mereka bertiga serentak

Tidak disangka..Muiz yang di nanti tetapi Saiful yang kembali..! adakah ini dinamakan pertemuaan kembali..!. maka berbual dengan rancaklah mereka sehingga tidak sedar akan kedatangan Muiz.

“Assalamualaikum…kemain rancak semua berbual..” muiz memberi salam dari belakang.

“Waalaikumusalam” jawab mereka, sambil menoleh. dan terpampang lah senyuman kegembiraan.

Malam itu satu pertemuan kembali.setelah sekian lama. Muiz dan Saiful menghilangkan diri dari kampung, kini mereka kembali dengan watak yang sangat berbeza,Saiful juga sudah berubah, tidak seperti dahulu. Dia lebih banyak beperwatakan positif dan bersangka baik.

Tok Guru Muiz pon memperkenalkan diri, mereka saling berkenalan dan duduk bersembang sehingga larut malam.Wak hassan pun sudah mula mengemas untuk menutup kedai.

“Ok lah..Jom balik..dah lewat malam ni.” kata Muiz kepada mereka semua,

“Jom…terima kasih banyak lah sebab berkongsi cerita dan ilmu ye tok guru” kata razi kepada tok guru.

Mereka bersalaman lalu semua pulang kerumah masing-masing dengan penuh kegembiraan.Saiful bagaikan tidak sangka bahawa Muiz juga sudah berubah,sangkanya Muiz masih sama seperti dahulu.

“Bagus juga sahabat-sahabt kamu tu ya Muiz” kata tok guru sambil berjalan seiringan dengan muiz.

“Mereka baik tok,,cuma macam tok ajar..Manusia ini jika dia masih percaya kepada Allah..insyallah mereka masih ada jiwa yang bersih..” balas muiz sambil tersenyum

“cuba kamu bawa lah mereka bersama kelak..jangan dibiarkan sahabat kamu terjatuh,,”pesan tok guru

“insyallah tok..”

Sampai sahaja dirumah Muiz, Tok guru pun menunaikan solat sunat. begitulah tok guru bila di waktu malam hari.

-Rumah Fikri-

“Assalamualaikum…!!” Saiful memberi salam..

“WAalaikumusalam” jawab Fikri,sambil belari kearah pintu untuk melihat siapa yang datang diwaktu tengah malam.

“Eh…abg…!!” jerit fikri terus membuka pintu.

“Mana mak ayah..?” tanya saiful sambil melihat kekiri dan kanan.

“Tidur lah..dah pukul berapa ni..”

“ohh..heheheh..tak mengapa..esok saja abg bersalaman dengan mak ayah”

Saiful pun meluru masuk kebiliknya..di campak beg bajunya di tepi almari. dan terus merebahkan tubuhnya..Lega..!!! itulah perkataan yang keluar dari hati nya. sedang dia terbaring, tiba-tiba dia teringat akan sesuatu barang yang di bawa nya pulang. Saiful kembali mencapai beg bajunya,kemudian menyelongkar satu persatu..dia lupa dimana dia meletakkan barang itu. Arrghhh..!! waktu beginilah dia mahu hilang..!!

-Rumah Nek kiah-

Rong kowo natuuumuii, ilungg kawa..!!

Sowooo…jaaaikuiii kataaai..!!

Wiborong saka hamakui..!!

Kelihatan Nek Kiah sedang membaca mentera jampi serapah.sambil tangannya mengibas-ngibas asap kemenyan.

itulah yang selalu dilakukan nek kiah.mengunakan jampi mentera untuk melakukan perubatan ataupun rawatan jarak jauh mahu pun dekat. Khurafat..!! tetapi ada orang kata itu Adat..!!

Nek kiah mengeluarkan sekeping gambar, lalu dilayar kan diatas asap kemenyan beberapa kali.sambil tersenyum kepuasan.

Tiba-tiba angin kuat menghembus kearah nek kiah dan kemenyannya, dan kepingan gambar itu terbang terlepas dari tangannya. Nek kiah bangun sambil membeliak kan biji mata nya..!

“Kurang ajar..!! berani kau ganggu aku..!” teriak nek kiah sendirian.

nek kiah mengambil kembali gambar itu,dan memulakan semula.tetapi kali ini bara kemenyannya terpadam..! nampaknya ada yang sedang menganggu kerja-kerja nek kiah.

“Kenapa si tua..? kau rasa tercabar..?” suara wanita memerli nek kiah..

“Diam kau..ini bukan urusan kau..!” tempik nek kiah.

“bukan urusan aku,.tetapi kau mengunakan aku,..” balas suara itu.

“errrhhhhh” degus nek kiah sambil bangun dan mengambil beberapa batang colok.

Kali ini nek kiah memang ingin berlawan habis-habisan. ingin dia tewaskan siapa yang menganggunya.

Kemenyan dibakar kembali didalam mangkuk tembaganya dan 2 batang colok mula dibakar sambil dibaca beberapa mentera. raut wajah Nek kiah kali ini nampak sangat begis dan serius. akan di lawan siapa yang menganggu tugasnya.

Nek kiah duduk bertafakur,dengan mata terpejam ditangan masih memegang colok,sesekali terdengar degusan nek kiah..seakan marah atau mungkin sedang berinteraksi..!!

“Apa urusan kau menganggu aku..!!” tiba-tiba nek kiah bertempik marah..

tetapi tiada suara balasan yang kedengaran,bacaan mentera diteruskan. Mata nek kiah secara tiba-tiba terbuka. Bruuuhhhhh….. d***h tersembur keluar dari mulutnya, Nampaknya nek kiah seperti cedera.!!

“Ha…Ha..Haa….”terdengar suara wanita mengelakkan nek kiah..langsung tiada rasa belas kasihan.

Colok ditangannya terus terjatuh kelantai dan terpadam.nek kiah terus bangun lalu mencapai air penawarnya sendiri dan minum.

-Dirumah Imam Ismail-

Sunyi sepi keadaan rumah,tenang.tetapi Cinta masih belum tidur, matanya terkebil-kebil teringatkan Muiz. hatinya masih ada perasaan kasih pada Muiz,sungguh berat untuk dia berterus terang kepada muiz.

Tetapi dia tahu,nanti pasti Saiful akan cemburu.kerana saiful juga menyukainya Cinta, Ahhh..! serabut… Cinta dalam dilema bermain perasaannya. inilah kelemahan manusia.mudah berkasih mudah bermain jiwa..!

Muiz pula sedang sibuk duduk membaca surah yassin, begitulah setiap malamnya,kerinduaan kepada ibu dan ayahnya, akan diganti dengan membaca surah yassin sebagai pengubat rindu.Muiz tahu ada sepasang mata sedang memerhatikannya..dan dia masih mencari milik siapakah mata itu..!

Badrul, Razi dan Shakir sedang nyenyak dibuai mimpi, kehidupan mereka seakan mudah, bagai tiada masalah menjalani hidup-hidup yang mendatang.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

FateStayNite

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

17 thoughts on “#FSN – Nenek Rokiah (Part 2)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.