GAGAL

Semalam aku hangout dan balik agak lewat malam. Tapi aku pergi balik naik grab aje. Jadi balik malam tu dalam jam 12 malam pun aku pickup grab.

Macam biasalah aku mundar mandir tepi jalan tunggu grab datang. Dalam 15 minit macam tu aku nampak sebuah kereta Axia warna kelabu datang. Usha nombor plat, sama dengan driver grab aku. Tak tunggu lama, buka pintu, masuk.

Aku usha driver ni macam muda lagi, kurus orangnya. Berjambang dan berkumis sikit.

Dalam 10 minit kami masing-masing diam, tiba-tiba je driver tu bertanya,

“Cik nama apa?”. Aku pun jawab lah nama aku Salmah dan aku kembalikan pertanyaan tu semula pada dia.

“Farhan, nama saya Farhan. Kalau nak lebih mudah, boleh panggil sayang. Hehe.”

Bro ni cuba nak ngusik, tapi aku senyum jelah.

Perjalanan rumah aku ni dalam 30 minit jugalah, tapi kalau tengah malam takde jem apa semua, harus pantas je sampai. Tapi entah weh, aku rasa lama sangat dalam kereta ni. Padahal jalan lengang je, brother ni pun bawa kereta lancar.

Aku terus main henfon je sepanjang perjalanan. Tak banyak aku berborak pasal aku dah penat. Yang memecahkan hening sunyi dalam kereta masa tu cuma suara dari waze.

Tiba-tiba brother grab ni bersuara,

“Cik, betul ke rumah cik masuk kawasan jalan ni?”

Aku nampak driver tu dah mendepankan badan ke stereng. Maybe nak pastikan dia takde langgar apa-apa dekat jalan kecik macamtu, gelap gelemat pulak tu.

Aku iyakan jelah. Memang jalan ulu sikit.

Lepastu kan, tiba-tiba kereta terhenti. Tersengguk-sengguk. Ahh apa benda pulak ni wehhh!

“Aduhhh cik kereta saya buat hal lahhh!” Driver tu hentak-hentak stereng. Marah agaknya. Aku dah cemas ni, celah-celah semak pulak dia nak rosak.

“Habis tu cemana ni?” Aku bertanya.

Kami pandang memandang, taktahu nak buat apa. Lepastu driver tu keluar nak cek kereta dia, Aku pun samalah keluar pasal dah panas.

“Cik rumah jauh lagi ke?”

“Taklah jauh, depan tu je. Tapi takut saya nak jalan sorang-sorang gelap ni.”

“Apa kata saya temankan sampai rumah. Kereta saya ni, nantilah saya call member.”

Aku anggukkan je. Jadi berjalanlah kami sesama. Rumah aku adalah jarak dalam 15 minit kedepan. Jalan kaki memang rasa jauh.

Korang nak tahu, masa kami jalan ni, kami nampak sebuah kereta berhenti tepi jalan. Enjin terpasang. Kami nampak seorang lelaki tengah pegang cangkul sambil korek tanah.

“Apa benda dia buat tu Farhan?”

“Taktahulah cik. Kereta rosak juga ke? Nak tanya?”

“Haa cubalah, awaklah pergi tanya.”

Kami pun pergilah dekat dengan orang tu, bagi salam. Aku rasa masa mendekat, macam ada bau-bau hamis semacam.

“Bang buat apa ni?” Farhan tanya.

Abang tu tak toleh. Tapi dia stop dari korek tanah. Aku biar je Farhan yang bertanya-tanya. Lepas beberapa minit tercegat, tiba-tiba brother tu toleh dekat kami.

Weh, muka abang tu buruk siaa! Busuk! Ni bukan manusia ni! Bau tengik oi! Kami menjerit!

Farhan toleh kearah aku, DIA MENJERIT sekali lagi!

Dia lari tinggalkan aku. Sial betul dia ni. Laju dia lari. Aku cuba kejar dia, dari berkejaran sampai aku terpaksa terbang dekat dia. Mengilai-ngilai aku panggil dia.

“Farhann, kau kena tolong aku. Tolong semadikan mayat aku Farhannn ~.”

Farhan mendekati kereta dia, masuk kedalam kereta. Aku terus singgah atas bumbung kereta, aku ketuk-ketuk bumbung kereta.

“Farhannn ~ tolong aku Farhann. Dah bertahun mayat aku dekat situ. Tak siapa pun jumpa. Kesian dekat aku Farhann, aku m**i d*****h ~,” hilai tangis aku keluarkan, aku tujahkan muka kecermin hadapan kereta.

Tapi sayang, masa tu pulak kereta Farhan elok balik. Terus dia hidupkan enjin, dan pecut sekuat hati.

Tapi aku terbang lagi, aku memandang dia dari sisi cermin pemandu. Farhan memandang aku, hampir saja dia terbabas.

Farhan makin memecut hingga akhirnya aku berputus asa untuk mengejar. Aku hinggap di dahan pokok, aku menjerit mengilai.

Aku gagal lagi!

Sampai bilalah aku akan terkubur di sini. Sudah banyak kali aku usahakan membawa manusia memberi petunjuk, akhirnya mereka semuanya sama seperti Farhan.

Dan seperti biasa selepas puas menangis, aku buka apps grab. Aku rate 2 star pada servis Farhan. Aku tak puas hati.

Belum pernah aku rate 5 star untuk mana-mana grab driver. Mungkin lepasni aku boleh cuba MyCar pulak.

Hahahhaha! 😂

-TAMAT-

Karya Admin : Salmah Melor

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 62 Average: 3.9]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.