Gajah Terbang

Salam semua peminat kisah seram, sudah lama aku tak menaip kisah seram atau mistik kali terakhir aku hantar cerita seram kat laman Fiksyen Shaha bertajuk Kisah Di Ladang Sawit pada tahun 2020. Kali ini pulak aku ingin mengisahkan tentang kisah mistik yang terjadi kepada abang aku yang juga bekerja di ladang.

Abang yang aku panggil Jas ketika itu baru saja bekerja dengan sebuah syarikat perladangan di Rompin, Pahang, yang mana ketika itu beliau baru saja beberapa bulan selesai kerja menanam pokok kelapa sawit selapas membuka kawasan hutan untuk dijadikan ladang sawit.

Suatu hari Jas memberitahu abah aku ladang yang dijaga beliau sekarang diserang oleh sekumpulan gajah walaupun sudah pasang pagar elektrik untuk halang serangan gajah namun gajah tetap serang tanaman sawit dan banyak tanaman sawit dimusnahkan dan dimakan menyebabkan banyak kerja perlu dibuat seperti kena ganti dan tanam anak sawit baru. Hal ini menyebabkan Jas ditekan oleh pihak atasan dan perlu bertanggungjawab dengan apa kerugian yang disebabkan serangan gajah tu.

Selepas memberitahu kepada abah tentang masalah itu, abah cakap kat Jas yang abah akan ajak Pak Cik Naz untuk membantu buat “pagar” untuk halang serangan gajah secara berterusan. Abah minta Jas cuma sediakan beberpa kayu pancang sepanjang pinggang untuk di pacak mengikut perimeter sempadan ladang dengan hutan yang terkena serangan gajah.

Lepas tu pada hari nak pasang “pagar” abah, pak cik Naz dan Jas terlebih dulu menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah semoga apa yang diikhtiarkan ini dapat dimakbulkan. Usai solat hajat, abah beritahu kepada pak cik Naz dan Jas cara nak pasang “pagar” iaitu dengan memancak kayu dengan jarak antara 200 meter ke 500 meter untuk satu batang kayu sepanjang perimeter sempadan kawasan serangan gajah dan semasa berjalan untuk memacak kayu hendaklah sentiasa membaca ayat kursi. Jadi kerja pasang “pagar” berjalan lancar seperti yang dimahukan.

Selepas beberapa minggu selesai kerja pasang “pagar” , Jas beritahu kat abah bahawa sekumpulan gajah tu tidak lagi kelihatan menyerang kawasan ladang tetapi ada pekerja ladang beritahu Jas yang gajah mengamuk di kampung orang Asli bersebelahan ladang sawit ini. Tetapi Jas merasa pelik sebab anak pokok sawit tetap dimusnahkan seperti serangan gajah sebelum ni.

Jas beritahu abah jugak ketika periksa kawasan yang diserang gajah tu, Jas tengok dalam parit sempadan ladang terdapat banyak kesan tapak kaki gajah tetapi di dalam kawasan ladang sawit bersebelahan parit sempadan tiada kesan tapak kaki gajah namun terdapat banyak kesan tapak kaki gajah pada kawasan anak pokok sawit yang dimusnahkan yang mana jaraknya lebih kurang 1 kilometer daripada parit sempadan ladang.

Abah cakap kat Jas: ” ehh, tak kan gajah boleh terbang, pelik ni. kalau dalam parit sempadan ada banyak tapak mesti kat dalam kawasan ladang sebelah parit sempadan ada banyak tapak gajah jugak”. Jas pun jawab sambil ketawa: “tu la abah, pelik jugak, Jas rasa ni gajah terbang ni. Power betul gajah ni”. Abah jawab sambil mengerut dahi :”pelik ni, tak pe nanti abah tolong”.

Selepas beberapa hari, ada seorang pesakit datang kat rumah abah minta tolong abah untuk rawat pesakit tersebut dengan perubatan Islam. Dalam proses merawat pesakit tersebut tiba-tiba pesakit tersebut tidak sedarkan diri dan mengerang seperti bunyi gajah. Abah pun bertanya pada pesakit yang tidak sedarkan diri tu: “siapa kau?.kenapa kau datang sini”. pesakit tu jawab: ” aku jin gajah. Aku ikut anak kau ke sini”. Abah pun jawab: ” ohh, kaulah yang kacau anak aku kat ladang sana yek. apa masalah kau sebenarnya?”.

Pesakit tu jawab: ” kau yang kacau aku, halang aku buat kerja, aku cuma ikut arahan tuan aku dan aku yang menjelma jadi gajah mengarah gajah-gajah yang ada kat situ serang beribu anak pokok sawit tu”. Abah kelihatan seperti garang ketika menyoal pesakit tu: ” dah tu kenapa kau ngerja anak sawit tu?. siapa tuan kau?”. Pesakit tu jawab: ” tuan aku pekerja indon di ladang tu. kalau banyak anak pokok sawit yang musnah, lagi banyak kerja tanam semula anak pokok sawit yang tuan aku dapat dan lagi tinggi upah yang tuan aku terima”.

Abah pun jawab: ” ohh, macam tu yek. Aku akan panggil tuan kau. sekarang kau keluar dari sini atau kau nak bertempur dengan aku”. Pesakit tu jawab: “aku nak keluar dari sini… aku tak mau duduk disini sebab terlalu sakit disini”. Abah pun keluarkan jin gajah tu daripada pesakit dan panggil tuan kepada jin gajah masuk. Abah bertempur dan mengalahkan tuan kepada jin gajah dengan mencabut ilmu yang ada pada tuan jin gajah itu secara perubatan Islam.

Selepas itu Jas beritahu abah serangan gajah tidak lagi berlaku dengan ketara cuma serangan babi pulak berlaku tetapi tak lah ketara macam serangan gajah dulu. Hanya sedikit saja serangan gajah berlaku musnahkan dua ke tiga pokok sawit berhampiran sempadan. Jas bertugas di ladang tersebut selama 5 tahun dan selepas itu Jas berpindah dan bertugas ke ladang lain di Pekan, Pahang.

Selepas Jas berpindah, penyelia ladang di ladang yang Jas betugas dulu beritahu terdapat gajah mengamuk dan melanggar lori sawit sampai terbalik. Penyelia ladang tu berasa pelik dan berkata: “masa Tuan Jas jaga sini tak de pun gajah mengamuk sampai terbalik lori”.Namun, Aku dapat rasakan kesan “pagar” tu telah dibawa sekali berpindah dengan Jas sebagai penjaga ladang tu. Semua itu adalah ujian untuk Jas daripada yang Maha Kuasa. Sampai disini saja kisah aku coretkan, maaf jika ada kesalahan kosa kata.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment