Gangguan Blok 2

Assalamualaikum kepada para pembaca fs, pertama sekali saya nak berterima kasih kepada admin fs kerana menyiarkan kisah saya.

Saya bahasakan diri saya sebagai ‘aku’. Kisah aku bermula semasa aku masih bersekolah di SMK ***.

Masa tu aku form 5, nak dekat SPM dah waktu tu so memang akan ada kelas tambahanlah kalau kat sekolah kitorang. Kelas tambahan kitorang ada dua sesi, petang dan malam.

Sekolah kitorang ada tiga blok. Blok 1(kiri) untuk lower form, blok 2 office guru and pejabat(tengah) dan akhir sekali blok 3 untuk upper form.

Ada satu hari ni aku otw nak gi kelas addmath, masatu aku kat blok 1. Kalau nak pergi blok 3 wajib lalu blok 2. Aku jalan sorang-sorang time tu sebab kawan aku yang lain awal dah sampai. Masa aku nak lalu blok 2 tu aku ternampak kain putih jatuh dari tingkat atas, laju je tapi aku masih ingat lagi camne dia jatuh. Macam tornado berputar tu camtulah dia jatuh.
(Aku tak ceritakan ngan kawan aku sebab sampai je kelas kena bebel ngan cikgu)

Yang tu tak seram lagi tapi gangguan ‘epik’ berlaku pada malamnya. Kawan aku Amel (bukan nama sebenar) memang lemah semangat sikit kalau bab-bab hantu jadi kalau kelas tambahan malam je mesti nak berkepit ngan aku, rimas (jangan kecil hati kalau kau terbaca cerita ni huhu). Kelas kitorang start pukul 7.30 aku sampai sekolah lebih kurang dalam pukul 7.10. Aku nampak Amel duk sorang-sorang main phone. Aku pun peliklah sejak bila budak ni berani duk sorang-sorang malam-malam. Aku tegurlah Amel ni tapi riak wajah dia pucat, aku biarkan manatau sebab hari dah malam kan. Lagipun memang gaya dia kadang-kadang macamtu

7.25 malam kawan-kawan aku yang lain tiba dan kitorang terus ke kantin. Aku tak perasan sangat si Amel ni sebab aku busy cerita ngan kawan aku. Kitorang satu batch kelas kat kantin untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini. Beberapa minit kitorang belajar lancar je sampailah si Amel ni mintak kebenaran nak ke tandas. Cikgu kitorang suruh kami temankan tapi Amel taknak. Kitorang biarkan jelah sebab tandas tak jauh sangat dan dia pun dah besar panjang taklah risau sangat.

Tak taulah apa jadi tapi kami dengar Amel teriak macam kena kejar hantu. Kami terkejut lah jugak and then aku dan beberapa orang lelaki yang lain pergi tengok dan cari Amel. Yang lain memang dah kecut habis dah. Kantin kitorang kat blok 2 dan kitorang nampak Amel berlari dari blok 1 sampai 3. Wehh laju bhai benda tu waktu tu aku masih ingat. Cara dia berlari tu macam orang patah kaki tapi masih laju. Kitorang ada panggil nama dia tapi dia tak dengar dan tak nak layan. Benda ni berlarutan selama lebih dari 10 minit sampailah Ustaz datang(Cikgu kitorang call). Aku kata epik sebab ada scene ustaz ni lawan jin dalam si Amel ni. ‘Amel’ lari ke tingkat paling atas dan panjat dinding macam nak terjun. Sebelum tu ada gak pelajar yang naik nak tahan dia tapi ‘Amel’ terlalu kuat(aku tak naik sebab kecut dah)

Si ‘Amel’ tu nak jatuh dah tapi nasib ustaz sempat tahan. Badan Amel waktu tu ke depan dan aku rasa memang akan jatuh bagi manusia biasa tapi dia tak. Amel kekal macam tu sambil teriak-teriak masa ustaz baca something kat dia. Benda tu keluar jugak dari badan Amel dan kitorang tolong angkat dia pergi kantin. Ramai pelajar masatu dah balik aku pulak lupa nak inform parents aku alahaii.

Cikgu suruh aku call parents aku dan balik dan aku buat. Aku lihat Amel sebelum aku balik, mata dia renung tajam aku weii waktu tu. Walaupun ustaz kata benda tu dah keluar tapi aku masih was-was. Aku undur jauh sikit dan dia masih renung aku bapak seram sejuk aku waktu tu. Aku pusing dan pergi tempat kawan-kawan aku yang lain.

Parents aku sampai dan aku ceritakan kat diorang. Dulu ayah aku sekolah kat sana, dan dia kata memang akan ada hari tertentu benda ni akan mengacau. Aku tanya kenapa ayah aku tak bagitau aku sebelum ni. Ayah aku kata dia takut aku nangis. Oh dan ayah aku kata dulu ada pelajar perempuan kena buli kat sekolah aku tu sampai dia patah kaki. Akhirnya dia memutuskan untuk membu nuh diri di blok 2 tu(aku tak pasti kalau perkara ni betul atau tak)

Lepas kejadian tu, si Amel hanya pergi kelas tambahan petang je. Nasib aku tak cerita kat dia apa jadi kat aku dulu. Aku respect kat kau mel sebab masih nak belajar even lepas lalui semua benda tu.

Sekian itu sahaja kisah saya. Maaf atas segala kesilapan ejaan dan terima kasih kerana membaca

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

krap
FOLLOW FB KAMI.

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.