Gangguan di Rumah Lama

Terima kasih kepada admin kerana telah publish cerita saya yang bertajuk ‘Bala selepas berubat’. Terima kasih juga kepada pembaca yang sudi membaca tulisan saya. Pada yang bertanya dimana lokasi Meru tersebut, lokasinya adalah di Meru Klang. Saya ada terbaca juga mengenai ada yang bertanya bagaimana dengan ustaz yang recommend kan kami dengan Wak tersebut. Kami tak ambil pusing, kami percayakan dia sebab gelarannya ustaz, takkan dia nak perkenalkan kat orang sembrono. Nombor ustaz Tajul tu saya minta maaf, kerana ibu saya bertukar telefon dan nombornya sudah hilang. Mohon maaf jika ada yang mahu meminta share nombor ustaz tersebut. Tetapi untuk tidak menghampakan, anda boleh mencari ustaz Tajul di Jalan Belimbing, orang disekitar kenal dengan Ustaz Tajul.

Baiklah kita beralih kepada cerita gangguan yang dialami kami, seperti yang saya janjikan dalam perkongsian yang lepas. Ianya bermula sekitar tahun 2002, saya di dalam darjah tiga. Kawasan perumahan kami ini adalah kawasan taman perumahan, seperti yang kalian boleh bayangkan. Kami tinggal di taman perumahan yang terletak di Pekan Kapar, Klang. Masa kami baru sahaja berpindah disini, boleh dikatakan tidak ramai lagi penduduk, hanya sebilangan penduduk sahaja yang ada disini, namun boleh dikatakan ayah memilih lokasi ini, kerana waktu itu rumah disitu agak murah harganya berbanding hari ini. Terlalu banyak gangguan di yang dialami, tetapi jangan kalian risau, saya akan susun kronologi gangguan yang dialami kami sekeluarga,

Cerita 1: Makhluk besar, hitam dan berbulu

Kejadian ini berlaku sebelum kami berjumpa dengan wak. Waktu ini, hanya saya tiga beradik sahaja. Tidak silap saya, ayah bekerja shift pagi, saya bersekolah sesi petang dan adik yang kedua taska sesi petang, tinggalah adik lelaki saya yang masih lagi bayi. Jika ayah bekerja shift pagi, biasanya dia akan sampai kerumah sekitar jam tiga atau pun paling lewat, jam empat. Waktu itu teknologi tidak secanggih sekarang, Cuma ada SMS sahaja. Ayah menghantar sms kepada ibu “Abang balik jam 3 nanti, nak pisang goreng tak, yang kat Meru 4 ni?” Tanya ayah di dalam SMS. “abang jangan lupa belikan pisang goreng dengan cucur udang sekali, ye.” Balas ibu. Tidak lama kemudian, ibu terdengar bunyi kereta ayah. Ibu pun pura-pura tidur. Nak pula adik kami yang bayi itu tidur kekenyangan. Ibu sendiri dengar ayah memasukkan keretanya di dalam rumah, pagar rumah ditutup dan juga ibu terdengar ayah masuk ke dalam rumah, meletakkan plastik makanan di atas meja. Ibu masih lagi berpura-pura tidur, asalnya nak bergurau lah. Ibu juga membuka sedikit mata, melihatkan kelibat ayah yang membuka pintu bilik sedikit untuk menjenguk sama ada ibu tidur atau tidak, kemudian pintu bilik ditutup. Tidak lama kemudian, sms masuk. “abang balik lewat, ada meeting pula.” Itu pesanan ayah kepada ibu menerusi sms. Berderau darah ibu, siapa yang mengintai di pintu tadi, Ibu terus menelefon ayah, ayah mengatakan yang memang dia di tempat kerja. Segera ibu keluar dari bilik. Kereta, ayah TIADA! Plastic makanan yang ibu dengar sepertinya diletakkan diatas meja TIADA!!. Ibu syak, ada orang masuk. Sewaktu ibu mahu mengambil telefon bimbitnya di dalam bilik, dia terlihat akan lembaga besar setinggi tingkap bilik saya, hitam dan berbulu cuba untuk keluar dari tingkap bilik saya. Ibu segera menelefon jiran sebelah untuk membantu, setelah diperiksa tiada tanda orang pecah masuk. Masa tu , ayah fikir mungkin ibu penat, lagipun tidak mencederakan sesiapa. Bermula dari kejadian itu, gangguan demi gangguan selalu menyelubungi keluarga kami.

Cerita 2: “Abang, bukalah mata..”

Masa ni kami dah empat beradik, adik lelaki yang bayi tu pun dah besar. Ibu latih dia untuk tidur sendiri. Malam pertama, berteman sehingga dia lena tidur. Sama juga malam kedua dan malam ketiga. Masuk malam keempat dia sendiri ingin tidur bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Katanya dah besar, nak sunat. So dia nak latih berani lah katanya. Waktu ni semua ada kat rumah. Adik lelaki kami ni tidur di bilik yang saya pernah ceritakan ada loteng di atasnya. Mungkin dia penat waktu siang, jadi dia agak lena tidur. Sedang dia lena dibuai mimpi dia dikejutkan dengan suara ibu. Katanya ibu berbaring sebelah dia, memeluk dia dengan erat. “Abang.. bangun sekejap… buka mata.. sekejap sahaja…” panggil ibu. Tetapi adik saya Cuma balas “abang penat, abang nak tidur.” Balas adik saya. “Sekejap sahaja… buka mata… sekejap je nakk” adik saya pun berpaling dan membuka mata. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat ibu yang memanggilnya itu berubah rupa kepada seorang nenek tua berkedut dan matanya merah bak saga. Rambutnya putih menggerbang. Menyeringai kearah adik saya. Adik saya segera berlari kebilik ibu dan ayah lalu menangis. Satu rumah terang benderang kerana ayah tak nak dia dalam ketakutan. Tiada apa pun. Esoknya adik saya demam terkejut. Maka keesokan harinya kami berempat tidur di ruang tamu.

Cerita 3: Tulang kongkang.

Kongkang, ni saudara mara beruk rasanya. Entahlah saya. Sains masa spm pun B+ je mampu. Loteng ni ibu dan ayah letak pinggan mangkuk, periuk, dan juga majalah serta komik gila gila ayah zaman dia muda dulu, ada juga televisyen lama. Ibu suruh saya kemas sebab ibu ada bau kewujudan Che Ti (Tikus). Masa tengah kemas saya nampak satu mangkuk transparent kecil yang biasa berisi pudding tu ada di atas loteng. Isinya seperti tulang. Tapi tak tahu lah tulang apa. Kebetulan hari itu juga, pakcik saya datang, ibu saya segera menunjukkan tulang itu kepada pakcik saya. Katanya itu adalah tulang kongkang. Katanya ada ‘benda’ seperti khadam lah, yang meletakkan tulang tersebut. Tujuan memporak perandakan ibu saya. Masa tu ibu saya terkenal dengan masak memasaknya, kalau ada doa selamat ke, majlis kecil kecilan. Itu lah agaknya orang dengki. Tapi nak buat macam mana, bukan kita minta. Orang yang minta. Kita hanya buat atas permintaan. Ibu kata ilmu syirik ni bukannya infiniti, ibu beserah je lah, ibu dah ampunkan dosa dia. Senangkan urusan dia ‘disana’.

Cerita 4: Saya yang degil.

Masa ni darjah 5, saya akui saya mula degil tak nak dengar cakap ibu, dan memang takkan nak dengar cakap ayah. Tak tahu sebab apa. Entahlah. Senang cerita saya mula malas sembahyang, malas belajar, UPSR tahun depannya sahaja. Masa ini ayah bawa saya berubat dengan orang yang tidak sepatutnya. Wak yang saya ceritakan pada perkongsian sebelumnya. (kami berjumpa sebelum, kes tumit kaki ibu) Dia kata saya ni hati dah gelap sebab arwah atuk ada kacau saya semua, dia suruh mandi air yang dia dah limaukan serta dia dah garamkan. Okaylah, ibu ikutkan. Katanya ikhtiar supaya dengar cakap. Yang anehnya, masa dia ubatkan saya, saya rasa rimas dengan bacaan dia yang saya tak dengar tu. Hanya mulut terkumat kamit. Lepas tu dia kata dia nampak arwah atuk saya merangkak minta tolong sebelah saya. Tak masuk dek akal arwah atuk saya bukan sebarangan orang. Tapi saya ni seolah dikunci dan ibu ayah juga sepertinya senyap kerana wak itu recommend by ustaz . Namun selepas kejadian yang menimpa ibu, dan rumah kami kerap diganggu, ayah tidak lagi mahu berjumpa wak tersebut. Kami dengan ustaz tu, lost contact. Sedikit kesinambungan berkenaan cerita ‘bala selepas berubat’ tu, kan saya ada kata yang wak tu ada letakkan 4 bunjut kain bewarna putih di 4 penjuru rumah. Isi dalam kain putih itu adalah pocong. Salah satu pocongnya ada didalam bilik saya, kerap menganggu watu tidur saya. Namun saya diamkan. Dengan alasan mungkin itu bayangan saya kerana terlalu banyak membaca mastika.

Cerita 5: Makhluk yang suka menyerupa.

Cerita ini selepas berubat dengan wak. Ini diceritakan oleh adik sepupu saya, dan makcik saya kerana mereka yang mengalami sendiri. Yang ini terjadi pada tahun 2012. Masa tu kenduri sunat adik saya. Jadi malam tersebut saudara mara sebelah mak bermalam di rumah saya. Malam tu, sepupu saya mahukan selimut, sebab sejuk sangat. Kemudian dia nampak adik nombor dua saya, jadi dia meminta kepada adik saya, selimut. Adik sepupu saya tidur di dalam bilik yang ada loteng tu bersama mak cik saya. Adik saya mencari selimut di balik ampaian di bilik tersebut. Bilik itu sudah pun dalam keadaan gelap, makcik saya sudahpun padamkan lampu. Lalu makcik saya bertanya sama ada jika adik saya jumpa atau tidak selimut tersebut, adik saya terus lagi mencari. Makcik saya terus memanggil adik saya “Angah jumpa dak selimut tu,” Tanya makcik saya. Sekali pintu bilik dibuka. “Makcik, panggil angah ke?” soal adik saya sambil membuka pintu separuh. Terdiam seketika makcik dan adik sepupu saya. “Angah ada masuk bilik ka tadi?” soal makcik saya. “Tak lah, angah tengok tv kat depan.” Kata adik saya. Adik sepupu saya berbisik kepada makcik saya, “Mak, adik takut, kak ngah depan pintu, ‘kak ngah’ yang lagi satu dok ligan cari selimut mak, adik takut.”
Cerita 6: Gangguan di loteng dan juga makhluk sebesar rumah.
Masa ni saya tingkatan 3, malam tu saya tak pergi tusyen. Sebab malam tu, cikgu kami mahu membincangkan kertas peperiksaan percubaan tidak silap saya. Subjek matematik. Saya gagal teruk. Jadi malas lah saya nak pergi, sekali terkantoi dengan ibu sebab saya tidak mahu ke tusyen, ibu pun hantar ke tusyen dengan ibu duduk bersama dalam kelas tusyen. Tidak lama kemudian ibu terima panggilan dari jiran, yang katanya adik adik saya semua dalam rumahnya. Ibu saya segera balik, bersama jiran makcik empunya rumah yang saya pergi tusyen tu. Sampai dihadapan rumah, makcik tersebut tidak bagi ibu saya masuk, kerana dia terlihat susuk makhluk sebesar rumah dihadapan pintu cermin, selepas membaca sedikit doa dan zikir ibu dan makcik tersebut pun masuk, ibu saya kata sewaktu dia melewati bilik ke bilik bulu romanya tegak dan seakan akan ‘benda’ tu ada di sekeliling. Adik saya menceritakan yang dia mahu kedapur untuk mengambil air, tiba-tiba dia nampak kelibat kanak kanak dengan kaki yang terjulur dari atas loteng bermain di tangga loteng, adik saya ingin melawan rasa takut dengan membaca ayatul qursi, namun gangguannya lagi dasyat seakan-akan menguji keimanan adik saya. ‘benda’ tu mengetuk-ngetuk tingkap, melompat di atas loteng, ‘benda’ tersebut juga bermain dengan pintu bilik air, sekejap buka, sekejap tertutup. Adik-adik saya tidak dapat keluar dari pagar, kerana ibu saya membawa kunci dia terlupa kunci pendua ada pada ayah. Ayah kerja malam waktu itu. Lalu mereka memanjat tembok ke rumah jiran sebelah. Maka ayah balik secara emergency dan ayah sendiri membaca yaasin untuk memagar rumah. Memang malam tersebut malam yang sangat menyeramkan. Semua isi rumah ayah biarkan terang.

Cerita 7: kami berpindah, namun siapa yang bermain di dalam rumah?

Setelah kami berubat dengan orang yang salah, dan menerima padah, dan juga setelah kami berubat secara syifa’ dengan Ustaz Tajul, ibu merasakan ibu sudah tiada hati mahu tinggal disitu. Lalu ayah mengambil keputusan untuk berpindah kerumah baharu. Jadi kami pun berkemas, hampir separuh barang telah kami masukkan kerumah baharu, kemudian malam tersebut kami tidur di dalam rumah baharu. Keesokan pagi, kami kerumah lama untuk mengambil beberapa barang kerana jarak taman lama dengan taman baharu tak jauh dalam 2.5 KM sahaja. Saya menaiki motor bersama ayah. Jiran kami bertanya “Oh, awak tak tidur sini ke malam tadi” soalnya. “Eh, tak kami tidur rumah baharu, sebab nak kemas apa yg patut.” Jawab saya. “Malam tadi, siapa yang main dalam rumah. Saya ingat adik adik awak ke, sebab tu saya tak kisah sangat. Sekali nampak awak baru nak datang pagi ni. Saya terdiam, seram pun ada. Jiran sebelah rumah pun ada cakap dia sering dengar suara budak-budak bermain dalam rumah tu, dia ingat adik adik saya, tetapi kami semua sudahpun berada di rumah baharu.

Akhirnya kami Berjaya keluar dari rumah angker dan alhamdulilah, segala usik usikan gangguan itu telah pun tiada. Alhamdlulillah. Ada juga rakan-rakan ibu cakap, semasa ibu tinggal dirumah itu keadaan rumah itu usang, dan bila mereka masuk mereka akan berasa seram sejuk. Namun mereka tidak mahu bercerita kerana mahu menjaga hati ibu. Rumah itu pun sudah banyak orang yang menanam benda tidak sepatutnya, menghantar ikut angin lah. Tak faham dengan orang yang tamak dan dengki ni. Takpelah maafkan mereka. Dan dua tahun selepas kami pindah dari rumah tersebut, dengar cerita ada pasangan india yang tinggal dirumah tersebut. Jiran kami cerita, mereka nyaris sahaja berbunuhan. Suaminya ada cerita kepada jiran saya “Rumah ini banyak ‘panas’ la abang, saya sama isteri kalau keluar banyak elok, tapi kalau kami tinggal dalam ini rumah, mesti gaduh. Mesti mahu hantam” Jiran saya tiada komen. Apa yang kami alami lagi teruk dari dia. Lima bulan selepas itu, pasangan india itu pun pindah. Masuk pasangan seterusnya, tapi baru dua bulan sudah pindah. Kini rumah itu dihuni pasangan india lain, tak tahu seberapa lama mereka boleh bertahan, Sekian.

Saya mohon maaf jika ada yang tidak seram, saya berkongsi pengalaman saya. Saya berterima kasih dan menghargai sangat kepada pembaca FS yang sudi meluangkan masa membaca rantaian gangguan saya ini. Seperti saya katakan pada awal, niat saya hanya ingin berkongsi dan sedikit pesanan ringkas, kita sebagai manusia tidak perlulah menyimpang ke jalan yang bertentangan dengan agama jika mahu bersaing dengan seseorang. Berjaya atas usaha sendiri dengan doa. Dan jangan pernah ada perasaan dengki, kerana itu adalah penyakit hati yang membinasakan. Salam sayang kepada semua. Terima kasih tidak terhingga FS.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

12 thoughts on “Gangguan di Rumah Lama”

  1. sebab kejahilan dan kebodohan manusia rumah tu kadi kotor.. da buat jadi kotor pakai blah mcm tu tak fikir effect pada penyewa seterusnya.. bangang

    Reply
  2. Pada aku family dia bukan jahil. Dorang kena musibah. Then ada yang rekemen.. dia on terima sbb dh tak tahan.. senang citer family dorang ni mangsa keadaan

    Kalau aku pun tak tahan dok rumah hantu blama2. Tak tenteram aku.

    Reply
    • yup..sokong 200%…sbb cite nie jadi sebelum die jumpa ngan wak hantu tue kan…means, rumah tue mmg da berhantu la kan… xpe2 asalkan da selamat kamu sekeluarga keluar dari rumah tue ok la..alhamdulillah sbb xde ap2 halangan yang berlaku mase nk kluar dr umah tue…

      Reply
  3. Assalamualaikum penulis. Saya tinggal di Pekan Kapar, in fact saya lahir di Pekan Kapar. Boleh saya tahu, adakah Taman Perumahan yang penulis pernah tinggal itu Taman Seri Kerayong? Tentang Ustaz Tajul di Jalan Belimbing, Meru tu, memang betul. Tahniah , cerita anda bagus.

    Reply
  4. Kalau tak seram pun apsal nak mintak maaf? Aku lagi suka cerita sebenar dari cerita rekaan. Tak seram pun takpe. Tapi ni kira seram la jugak.

    Reply

Leave a Comment