#Butirstar: Awak Boleh Nampak Dia ke?

Assalamualaikum semua!

Dah lama saya tak post cerita dekat FS. Baru-baru ni saya agak sibuk dengan kerja dan tak sempat nak tulis.

Kali ni, saya nak ceritakan pengalaman saya ketika menemani sepupu saya pergi berubat. Sepupu saya ni perempuan dan dia selalu kena ganggu dengan jin. Dia mula sakit ketika dia umur 15 tahun kalau tak silap saya. Lepas berubat kali pertama, alhamdulillah dia okay. Dua tahun kemudian, jin lain pulak yang ganggu dia.

Kebetulan masa tu saya cuti seminggu (study leave), saya tinggal di rumah pakcik memandangkan rumah saya memang sangat jauh. Saya memang selalu je balik rumah pakcik kalau cuti pendek atau hari minggu. Masa ni, sepupu saya kena ganggu dengan teruk. Malam-malam dia tak dapat tidur sebab jin tu ada dalam bilik dia. Saya pun dapat rasa tapi tak nampak sangat. Samar-samar je. Dia sengaja tak nak bagi sepupu saya tu tidur.

Satu malam, saya ajak dia baca Yaasin lepas solat Maghrib. Dia baca sikit-sikit, kemudian berhenti dan tenung saya. Saya buat tak tahu sehinggalah saya selesai baca Yaasin. Pakcik saya mengambil keputusan untuk pergi ke rumah ustaz yang dia kenal. Sebelum ni pun, sepupu saya pernah berubat dengan dia. Pada mulanya, sepupu saya setuju nak pergi. Dalam perjalanan, dia asyik tanya nak pergi mana. Dan dia nak balik rumah. Nasib baik dia tak mengganas sangat malam tu. Cuma dia marah-marah suruh pakcik pusing balik rumah.

Sampai rumah ustaz tersebut, sepupu saya tak nak masuk rumah. Saya tarik tangan dia dan paksa dia masuk. Waktu tu dia tunduk je dan saya dapat rasakan ada benda masuk dalam badan sepupu saya sebab dia pegang erat tangan saya sampai saya rasa ada angin masuk melalui kuku saya.

Ustaz tersebut panggil sepupu saya dengan saya sekali. Dia suruh sepupu saya lepaskan tangan saya tapi dia tak nak. Ustaz suruh saya baca Ayatul Kursi bersama dengannya secara kuat. Apa lagi, terus sepupu saya menjerit dan lepaskan tangan saya. Isteri ustaz tu tarik tangan saya dan cakap benda tu cuba masuk dalam badan saya dan dia baca ayat Ruqyah. Tangan saya dah okay katanya. Saya tak rasa apa-apa pun masa sepupu saya genggam tangan. Cuma rasa pelik sikitlah.

Ustaz tu suruh pakcik saya bawa sepupu saya dan ikut dia ke belakang rumah. Saya pun ikut sekali. Sepupu saya meronta-ronta. Sakit katanya. Kawasan belakang rumah ustaz tu tak ada bumbung. Memang senang untuk buang jin. Ustaz cakap ada lima ekor jin yang masuk. Lepas selesai berubat, sepupu saya menangis dan dia nampak sangat lemah masa tu. Isteri ustaz papah dia masuk dalam bilik buat sementara. Saya dan pakcik ikut ustaz tu ke ruang tamu semula. Ada pesakit lain untuk dirawat. Yang ni kena buatan bibik Indon. Siap cakap Indonesia kot!

Masa ustaz tu sedang buat rawatan, saya sedang menikmati teh o suam dan pisang goreng. Saya duduk dekat atas lantai masa tu sebab dah ramai yang duduk atas kerusi. Saya pun terpandanglah sebiji buah yang sangat pelik dalam piring. Buah tu ada tiga lekuk. Saya pun ambil buah tu untuk tengok dengan lebih dekat. Kemudian, adalah seorang lelaki ni, umur dalam lingkungan 20-an menegur saya.

“Kenal tak buah apa ni?” tanya dia. Dia memakai baju ala-ala pahlawan zaman dulu.
“Tak kenal. Macam buah limau,” jawabku.
“Ini buah limau yang orang jarang jumpa. Di kedai tak ada limau ni. Kena masuk hutan,” katanya sambil tersenyum. “Awak ni asal mana?”

Saya pun jawablah, salah sebuah negeri di pantai timur. Dia pun cubalah cakap dialek negeri saya. Kami gelak-gelak masa tu. Ustaz yang dah selesai berubat menoleh ke arah saya dengan wajah yang pelik.

“Awak nampak ke dia ni?” tanya ustaz sambil menuding ke arah lelaki yang duduk depan saya. Lelaki tu sekadar tersenyum sahaja.

“Nampak,” saya mengangguk.

Masa tu, barulah saya perasan yang semua mata tertumpu ke arah saya.

“Ada mata special-lah ni,” balas ustaz sambil tersenyum. Pakcik saya cakap dia kagum dengan kebolehan saya boleh nampak benda-benda halus ni.

Bila sepupu saya dah pulih sikit, kami pun bertolak pulang. Ustaz pesan sebelum kami balik supaya jangan berhenti berzikir dan baca apa-apa saja ayat Quran sebelum tidur. Sampai di rumah dah dekat pukul dua pagi. Saya dan sepupu dah mengantuk. Kami pun masuk bilik dan tidur. Sepupu saya tidur di atas katil manakala saya tidur dekat bawah sebab katil single je.

Baru je nak lelap, sepupu saya kejutkan saya. Dia cakap dia takut sebab ada perempuan duduk dekat belakang pintu. Masa tu kami tak tutup lampu sebab dia masih tak berani nak tidur dalam gelap. Saya dalam keadaan mamai nampak ada seorang perempuan rambut menggerbang sedang berdiri di belakang pintu. Dia tenung kami lalu menyeringai. Sepupu saya semakin takut dan perempuan tersebut semakin galak mengusik dengan ketawa mengilai. Saya terus baca Ayatul Kursi secara kuat. Perempuan tu pun marah lalu menerpa ke arah kami. Sepupu saya pengsan. Saya pula cuba mempertahankan diri.

Tiba-tiba, perempuan tersebut tercampak ke dinding. Dia menjerit kesakitan. Muncul la lelaki yang saya jumpa dekat rumah ustaz tadi. Dia berdiri di hadapan saya, ada sebilah pedang di tangannya.

“Jangan takut. Saya datang untuk membantu,” katanya sambil menoleh ke arah saya.

 

Perempuan tadi marah dan ingin menyerang semula. Lelaki tersebut menetak perempuan tu dengan pedang dan perempuan tu menjerit lalu hilang.

“Dah, pergi tidur. Kesian sepupu awak. Kena temankan dia sampai dia betul-betul pulih. Insya Allah, lepas ni benda tu tak ganggu dah,” katanya.

Saya mengangguk lalu mengucapkan terima kasih.

Alhamdulillah, dua hari kemudian, sepupu saya semakin pulih. Dia dah berani tidur dalam gelap tapi masih perlu berteman. Saya pun itulah kali pertama dan terakhir berjumpa lelaki yang menyelamatkan kami malam tu.

Agaknya boleh jumpa lagi tak?

#butirstar

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit

Makluman: Gambar yang digunakan di atas adalah hiasan semata-mata.

Sumber gambar: Abd Khabir Mohd Ali..

butirstar
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

19 comments

  1. bunian kot…biasanya lau jelmaan yg sebijik mcm manusia, pastu menolong plak tak lain dan x bukan bunian la 2…bunian nie golongan jin islam…maybe dye dtg dari golongan bunian yg memerangi jin kafir…saya pun pernah jgk didatangi oleh bunian…siap tlg kejut solat subuh lagi…bile g berubat, pak sdre sy bgtau dye yg dtg tue puteri bunian…niat nk menjaga saya sebab saya slalu tlg org kne rasuk…btol atau pun tidak wallahualam….

  2. saya pun biasa jugak didatangi jin islam. ada yang memang datang untuk membantu kalau ada benda lain kacau. kadang-kadang, kalau balik kampung saya drive sorang-sorang, memang ada yang meneman. seronok sebab tak mengantuk….haha!

    1. tapi butirstar…harus diingatkan bahawa kadang2 ad jugak jin kafir yang mengaku islam…ada satu kisah berlaku dizaman nabi, diceritakan bahawa ada satu golongan jin islam datang bertemu dengan nabi Allah Muhammad dan mereka berkata bahawa golongan jin yang selalu membantu manusia bukanlah dari golongan jin islam….mereka adalah golongan jin kafir yang angkuh kerana kehebatan mereka,,,tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyesatkan umat manusia…wallahualam…

  3. Yini tajuk manyak menkonfius kan saia.. saia itu tirbaca buritstar…. saia mintak sorry kepada ini admin sama itu penulis.

  4. Saya terbayang lelaki tu mcm laksamana sunan…watak laki dlm novel bagaikan puteri…hahaha…btw best citer awk

  5. @karupiah: pd pendapat sy, butirstar tu maksud dia

    butir= biji
    star = buah star/kundang yg bijinya warna unggu

    sy rasa, penulis ni org kelantan.. satu kapal ngn sy,hihi…
    kipidap writer. sedak crito..nullis v banyok sikik deh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.