Gangguan Hamil

Assalamualaikum hai semua pembaca FS.sebelum tu aku nak minta maaf kalau jalan cerita aku macam serabut almaklumlah jenis tak pandai nak olah cerita.kisah ini dah lebih 6 tahun berlalu.masa itu tahun 2011 semasa aku hamil anak sulung.

Sebenarnya sebelum tu tahun 2010 aku hamil tetapi keguguran tidak tahu sebab apa doktor pun tidak tahu.Lepas 5 bulan aku keguguran itu aku hamil semula pada tahun 2011.

Dijadikan cerita semasa usia kandungan aku dalam 5 ke 6 bulan macam tu suami aku terpaksa bekerja di luar kawasan jadi tinggal lah aku dengan mak aku saja di rumah.hampir seminggu suami aku kena kerja luar.

Rutin di rumah macam biasa lah bangun pagi subuh nak solat subuh aku pun ke bilik air di dapur rumah,kebetulan aku malas nak buka banyak-banyak lampu jadi memang sengaja aku biarkan ruang tamu dan dapur gelap cuma lampu bilik dan bilik air sahaja aku buka.

Semasa nak ke bilik air aku rasa macam ada yang memerhati tapi aku tak layan sangat takut perasaan je kan.Lepas keluar bilik air aku pon masuk ke bilik hendak menunaikan solat subuh tapi aku biarkan pintu bilik terbuka malas nak tutup.masa tahiyat akhir aku bagi salam pertama “assalamualaikun w.b.t” dengan tiba2 aku terdengar suara yang sangat garau dan kasar ,suara seperti lelaki turut memberi salam “assalamualaikum………” aku yang belum lagi beri salam ke kiri tergamam dan terus memberi salam terakhir tapi aku cuma sebut dalam hati tidak berani sebut salam dengan jelas takut ada yang ikut lagi.

Cepat-cepat aku gagahkan diri untuk toleh ke belakang dan ternyata tiada apa-apa cuma ruang tamu aku yang gelap gelita, terus aku tanggalkan telekung aku tutup pintu kuat-kuat dan naik ke atas katil dengan perut aku tengah membesar itu sambil menunggu hari siang dan menunggu suami aku pulang.

Mengigil juga aku masa itu mana tidaknya dah lah mak aku tidur lagi,dengan mengandung lagi.tunggulah aku sampai hari cerah dan suami aku pun sampai.Aku pun lega sebab tiada apa yang serius terjadi tapi silap rupanya.

Setelah beberapa minggu kejadian usia kandungan aku sudah 6 bulan.Malam itu kami hendak lelapkan mata dah.Jam menunjukkan jam 11.30malam.Suami aku ini jenis letak kepala kat bantal je terus tidur.

Di dalam bilik kami ini katil kami betul-betul di sudut bilik.Boleh bayangkan tak,seusai suami aku tidur aku masih tidak boleh tidur jadi aku belek-belek handphone,tiba-tiba aku terdengar satu suara perempuan menangis sangat mendayu-mendayu.Bila aku cuba amati suara itu betul-betul dekat dengan tingkap tepi katil kami,bahagian luarnya dekat garaj kereta.

Aku mula panic terus aku kejutkan suami aku yang kebetulan sememangnya dia tidur tepi situ dan aku tidur di bahagian tingkap yang dekat kepala katil.Suami aku pun buka mata terkejut sebab aku kejut dia dengan cara agak kasar aku goncang badan suami aku,dan suami aku cuma buka mata dan aku yang dalam ketakutan bertanya pada suami aku yang dia dengar tak bunyi apa lalu suami aku terus suruh aku diam “ssyssss”…suami aku cuba amati bunyi itu,aku terus genggam lengan suami aku dengan kuat.

Suami aku terus membaca ayat qursi aku pun ikut sama baca tapi dalan keadaan ketakutan dan tiba-tiba suara perempuan menangis itu berpindah pula dekat tingkap kepala katil paling hampir dengan aku.punya lah aku takut sangat aku genggam lengan suami aku dengan kuat sangat.

Lagi kuat aku baca ayat qursi lama-lamaan suara itu macam naik ke pokok getah belakang rumah aku.Lepas itu suara itu makin jauh dan terus jauh ,sayup dan hilang.

Allahuakbar..luruh jantung rasanya.lepas itu suami suruh tidur padahal aku pun tak pasti apa yang suami aku dengar itu sama macam aku dengar jadi aku biarkan sahaja malam itu berlalu sebab hendak tunggu esok baru aku tanyakan pada dia.malam itu memang susah nak tidur tapi suami dah lena macam tiada apa-apa pun.

Esoknya dalam tenghari sikit baru aku mula tanya pada dia apa yang dia dengar malam tadi dan pada mulanya dia tidak mahu menjawab pertanyaan aku bila aku desak baru lah dia jawab dan nak tahu apa jawapannya “abang dengar perempuan menangis sangat dekat, di sebelah saja”.Allahu. Jadi apa yang aku dengar malam itu betul lah.Sebetulnya kalau hamil kena hari-hari amalkan ayat qursi.syaitan suka berdamping dengan ibu hamil lagi-lagi anak sulung dan sampai sekarang aku masih tidak tahu punca aku keguguran dahulu aku cuma anggap bukan rezeki aku.wallahualam

9 thoughts on “Gangguan Hamil”

  1. Ada binatang yg cari makan malam2 berbunyi macam orang menangis. Belum tentu tu hantu. Kenapa tak cuba tengok utk pastikan? Tapi hantu mungkin jugak.

    Reply
  2. Pada tahun lepas, waktu subuh Solat jemaah suami depan, anak2 dan saya. Dlm rakaat ke dua, ada suara lelaki Assalamu alaikum! saya kaku. Dia ckp lagi assalamu alaikum! saya terpaksa tengok arah depan tepi suami xpi x ada apa2. Ke sujud , saya doa, dia ckp ameen padahal saya doa perlahan. Tiap doa dia ckp ameen. Lepas habis saya tanya suami ada dengar dia kata tak. Bila saya solat maghrib pun sama xapi suami pulak yg dengar. dia pun seram nak balas kuat2. 2 hari lepas itu, perut saya sakit seperti dulu waktu kena santau mknan. Seminggu saya ruqya dan muntah . Suami pulak dpt kerja selepas kami sengsara 4 bulan suami dibuang kerja dan side business hancur. Duit tak ada mkn pun apa2 yg ada atau yg diberi org. Satu doa saya ialah Allah tunjukkan Jika say masih ada sihr dlm perut. Sihat kan saya dan beri rezeki utk suami berkerja.

    Saya rasa ya ini pendpt sahaja, mungkin puan dah ada benda dlm badan. mungkin suara itu kasi petanda sesuatu akan berlaku. Dan benda itu dihantar.

    Reply

Leave a Comment