Gangguan Kota Lama Dubrovnik

Aku merupakan seorang frequent traveler. Ini merupakan kisah benar yang aku alami sewaktu menginap di sebuah hostel tua di Kota Lama Dubrovnik. Kisah ni tak der la seram sangat, tapi inilah pengalaman di kacau hantu omputeh.


Hari makin gelap…pemandangan indah di sepanjang Lautan Adriatic di sebelah kananku sudah semakin kelam ditelan kegelapan malam..Lautan Adriatic, seindah dan secantik namanya. “Goodnite beauty! See you again on tomorrow!” Haha..terasa sewel bercakap dengan laut. Tapi sumpah, Adriatic sangat mendamaikan.
Bas yang kami naiki sudah menghampiri stesen bas utama Dubvronik. Siapa yang tidak kenal dengan Dubvronik, salah satu pusat peranginan tepi pantai terkemuka di Eropah yang terletak di selatan negara Croatia.
Aku masih ingat lagi, malam Christmas 2015. Suasana di stesen bas agak suram dan sepi. Tidak ada ramai pengunjung. Siapa nak naik bas malam-malam Christmas Eve ni melainkan kami. Penduduk tempatan sudah pasti sibuk meraikannya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan. Aku dan Yenney jer yang sibuk nak travel memandangkan jadual perjalanan kami agak pack. Beberapa penumpang bas yang lain mungkin nak balik kampung asal mereka.
Turun dari bas, kami menyeret beg kami yang beratnya macam batu menuju ke arah tempat menunggu teksi. Macam mana tak batu, ni adalah negara ketiga dalam siri pengembaraan kami kali ini.
Kelihatan hanya 3 teksi yang berada di situ. Teksi tu pun bukan teksi berdaftar. Hanya kereta sapu. Pakcik teksi sedang lepak-lepak menghisap rokok sambil menunggu penumpang. “Tak raya ke pakcik ni?” Getus hatiku. Tapi, kalau semua orang beraya, siapa pula nak bawak teksi kan? Kahkahkah..
Setelah menunjukkan alamat hostel dan mencapai persetujuan harga, maka kami masuk ke dalam perut teksi. Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup dari arah lautan sangat nyaman sekali. Walaupun ini adalah musin sejuk, tapi Dubvronik bertuah memiliki cuaca mediteranean.
Teksi yang dinaiki menyelusuri pinggiran pantai sepanjang menghala ke Dubvronik Old Town. Ya, kami akan tinggal dalam Kota Lama aka dalam The Walls of Dubvronik, tempat pengambaran siri televisyen The Game of Thrones. Siapa tak teruja kan? Begitu la perasaan kami. Excited woi!!
Teksi berhenti dihadapan Pile Gate. Kenderaan tidak boleh masuk ke dalam Kota Lama katanya. Baheks la pakcik! Harap la kami tak kena tipu. Setelah turun, kami berdua bersama beg yang berat cam batu itu melepak di depan Pile Gate (pintu utama masuk ke Kota Lama) . Di kiri dan kanan Pile Gate terdapat pepohon oren yang lebat buahnya. Iskhh..Geramnya tengok..
Kami duduk melepaskan lelah seketika setelah penat menaiki bas selama 4 jam dari Mostar, Bosnia ke Dubvronik, Croatia. Lama giler nak tunggu lepas immigresen di sempadan negara.. Kematu bontot oi!
Aku mendongak ke atas memerhatikan binaan tembok yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO list of World Heritage Site itu. Tembok yang mengelilingi Kota Lama itu dibina pada kurun ke -14 Masehi telah berusia ratusan tahun. Tinggi dan kukuh sekali buatannya. Tidak ketinggalan juga kelihatan agak spooky di bawah remang –remang cahaya kuning lampu.
Pintu Pile Gate dibuat dari kayu yang sangat utuh. Aku membayangkan peperangan yang pernah berlangsung di sini ratusan tahun yang lalu. Sudah pasti Kota yang gah ini pernah disimbahi darah. Brrr…tetiba ku rasakan bulu roma mulai meremang. Haishh…
“ Jom mayte! Kita gerak cari hostel tu (nama hostel dirahsiakan). Hari pun dah makin malam ni.” Aku menarik Yenney yang leka memerhatikan orang yang lalu lalang. Oh ya, tempat tinggal di Dubvronik sangat mahal ok! Hostel yang kami book itu hanya satu-satunya backpackers hostel yang paling murah dan terletak betul betul dalam The Walls of Dubvronik.
Nak masuk ke dalam Kota Lama ini, kami perlu mlalui Pile Gate itu. Tapi dah melepasi pintu itu, bukan jalan straight yer. Bengkang bengkok dan perlu melalui beberapa buah tembok pula. Mungkin strategi supaya ia tidak mudah diterobosi oleh musuh perang.
Wow! Sungguh meriah suasana dalam Kota Lama Dubvronik ini. Kami disambut dengan gerai-gerai Chrismat Bazaar yang menjual macam-macam cenderamata di sebelah kiriku dan fountain lama yang membekalkan air minuman bersih di sebelah kananku. Sekeliling kota dikepung oleh tembok yang tinggi dan tebal. Sebagai seorang yang claustrophobia (fear of confined place) aku terasa sedikit sesak nafas.
Akibat leka dengan menyinggah di gerai-gerai, aku tertinggal pulak kertas booking alamat hostel di salah satu gerai. Dushh! Geram pulak dengan kecuaian diri sendiri.
Ingat-ingat lupa, aku mencari nama lorong ke hostel tersebut. Boskoviceva 15, seingat ku. Setelah 40 kali trial and error, maka kami sampai juga di lorong yeng terletak di hujung kota. Gelap dan sunyi pulak lorong itu. Kami memandang ke atas and guess what?? Tangga nak naik ke atas menuju ke hostel tinggi macam tangga Batu Caves! Haha tipu lah…separuh dari tu jer..
Aku pandang Yenney dan Yenney pandang aku. Kami pandang beg batu kami. Matilanakkk! Setelah bersusah payah memerah keringat mengangkat beg dan akhirnya di tolong oleh seorang mamat traveler dari Korea yang kebetulan lalu di situ, maka kami sampai la kat hostel yang dituju. Fuh lega! Hari sudah semakin larut malam dan perut sudah semakin berkeroncong.
Suram saja cahaya dari luar. Tiada tingkap untuk menerobos pandangan ke dalam. Kami mengetuk pintu bercat hijau tua itu. Setelah beberapa ketukan, seorang wanita berbangsa Croats datang membuka pintu. Ahh ..nasib la cantik, kalau dibuatnya nenek kebayan yang buka, mau aku lari bertempiaran.
Suasana di hostel sangat kelam dan sunyi. Nak sangat duduk dalam Kota Lama kan, amekkau! Tiada pengembara lain di situ. Penjaga hostel juga memaklumkan bahawa beliau akan bercuti berapa hari menyambut Christmas dan meninggalkan nombor telefon untuk kami hubungi. Tidak lama kemudian ada seorang minah dari Egypt berambut kerinting halus mendaftar masuk tetapi beliau memilih untuk tinggal di tingkat satu. We are all alone on the ground floor! Maka bermulalah usikan-usikan manja oleh makhluk ghaib yang akhirnya main kasar nampak!
Selesai check in, kami masuk ke bilik. Luas biliknya. Dilengkapi dengan almari solek dan tempat untuk mengisi pakaian. Tilam dan duvetnya kelihatan sangat empuk. Dinding dan lantai bilik itu diperbuat dari batu (cobbled stone) yang sudah berusia ratusan tahun ku kira. Aku menyentuh dindingnya yang sangat sejuk itu. Seram. Dapat kurasakan aura negative di bilik itu.Kutarik tangan ku. Ku tarik katil supaya tidak menyentuh dinding itu. Ku jenguk ke bawah katil untuk memastikan tahap keseraman di bawah katil..haha nampak tak paranoidnya di situ.
Malam pertama menginap di situ, jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Yenney sudah berbaring baring di katilnya sambil melayan internet.
Setelah menyusun barang-barang untuk mandi dan bersolat, aku membuka pintu yang menghubung antara bilik dan dapur dimana tandas terletak di bahagian dapur hostel. Pintu itu adalah dari jenis sliding.
Ku buka, pintu tu tertutup. Seolah-olah ada sesuatu yang menolaknya kembali. Ku buka lagi, dia tertutup lagi. Ku buka lagi dan lagi dan lagi…Aku husnuzon lagi, mungkin binaan bangunan ini senget ke bawah menyebabkan pintu tertutup sendiri apabila dibuka.
Tapi lama-lama aku naik geram . Aku warning pintu tu..Oiii jangan main-main laa..aku nak pegi mandi ni! Barulah pintu itu berhenti tertutup sendiri. Hahahha psycho plak rasanya gi marah pintu. Bulu romaku sudah mula meremang. Kenapa setelah aku marah baru dia berhenti tertutup sendiri. Adakah?? Alamak, terasa menyesal dengan keceluparan sendiri.
Jam 3.00 pagi aku terbangun dari tidur. Terasa ada sesuatu berpusing-pusing disekitar katil ku. Time-time ni la jugak terasa nak pergi toilet. Kalau travel time winter ni manjang nak pi toilet. Ku lihat Yenney sudah lena dibuai mimpi . Harap mimpi indah la mayte oi! Ku buka sliding door itu, dah tak de benda yang main tolak-tolak tu. Aku lega pintu itu sudah static terbuka. Aku tinggalkan pintu bilik itu terbuka. Terbuka ok!
Setelah selesai urusan mengosongkan pundi kencing, aku kembali semula ke bilik. Aku lihat pintu bilik tertutup dengan sendirinya. Apa pula permainanya kali ini. Geram betul la. Kali ni bukan setakat tertutup, tetapi siap berkunci ok!! Dah ‘dia’ main kunci –kunci plak. Aku terkurung kesejukan di luar bilik! Main kasar nampak!
Hantu sejenis apakah yang seronok sangat main kunci-kunci pintu ni. Tak kelakar weh! Aku terbayang mesti hantu mangsa perang Kota Lama Dubvronik ni. Pakai topi besi cam Trojan dan perisai besi tu. …Haishh sekeh kepala kang. Tapi ada kepala ke? Kahkahkah..
Sempat lagi ku pandang sekeliling dapur sambil berdoa. Jangan la nampak apa-apa. Kalau nampak pun, harap-harap handsome la! Eyes as blue as the ocean ker..kahkahakah..apa aku merepek ni….
Tangan tak henti mengetuk pintu bilik dengan harapan jangan la si Yenney ni tidur mati. “Mayte buka pintuuu!!” Jeritku berkali –kali. Rasa nak nangis di bucu dapur!
Akhirnya ku dengar derapan kaki Yenney. Terpisat-pisat minah tu membuka pintu yang berkunci dari dalam. “Ko kunci pintu ke mayte? “ Tanya ku.
‘Ehh..mana ada la..kan aku tido..” jawab Yenney .
Abis tu siapa pula yang kunci pintu ni…hmmm…kami cuba tidur kembali kerana perlu bangun awal pagi untuk menerokai bumi Dubvronik ini..Syukur gangguan hanya lite-lite sajor..
Keesokan malamnya, kami tiba di hostel jam 10.00 malam juga setelah penat merayap dan juga berkunjung ke rumah seorang kawan yang menyambut Christmas. Seperti semalamnya, hostel sangat sunyi. Aku pandang Yenney dan Yenney pandang aku lagi…kami rasa agak krik—krik lagi..
Malam itu usikannya lebih hebat…aku terasa sangat panas walaupun suhu di luar sana sangat sejuk. Aku pusing ke kiri dan ke kanan. Terasa ada angin panas menghembus muka ku, menyapa kepalaku dan berpusung-pusing di sekitarku.…ada sesuatu di sekitar ku yang tidak dapat ku lihat tetapi dapat kurasa ..i can feel the presence..gitteww..aku membaca ayat-ayat Kursi untuk melawan perasaan itu. Penat bertarung, akhirnya aku terlelap seketika.
Jam 2.00 pagi aku terkejut dari tidur terdengar pekikan Yenney. “Auzubillahiminassyaitonirrajim! Bismillahirrohmanirrahimm!!” Jerit si Yenney sekuat hati.
Alaaa…apa pulak ni..Aku bingkas bangun tapi tak berani nak pergi ke katil Yenney. “Mayte! Ko ok tak? “ tanyaku dari jauh..
“ada benda kacau aku la mayte! Dia kacau waktu jaga sampai la dalam mimpi” adu Yenney.
Mesti minah ni dah blurr so tingat baca Bismillah jer..kahkahkah..lawak plak si Yenney ni.
Main kasar nampaknya. Kami memutuskan untuk mengambil wudhuk dan membaca ayat-ayat Al Quran. Setelah keadaan reda, kami terasa tersangat penat dan tertidur dengan sendirinya. Ia tidak berakhir di situ kerana aku dihadiahkan dua ketoi lebam sebesar penumbuk berwarna biru birat di tangan kiri apabila bangun pada paginya. Tak cukup main sakat-sakat, ‘dia’ main gigit-gigit la pulak! Hahaha…
Nasib la itu malam terakhir kami berada di situ, kalau tidak entah apa lagi auta makhluk tu. Mungkin bosan semua orang pi sambut Christmas kot, maka dia nak main cak-cak dengan kami.
Esok paginya kami bangun pagi untuk mandi laut seketika. Walaupun musim sejuk, tapi suhu air lautnya masih suam (boleh tahan lagi setakat nak celup-celup kaki tangan). Kami meninggalkan wang bayaran hostel dalam laci di kaunter seperti mana yang dipesan oleh wanita Croat si panjaga kaunter. “Just leave the payment in the drawer” gitu katanya.
Then kami pack barang untuk meninggalkan Kota Lama Dubvronik yang menyimpan misterinya yang tersendiri itu, menuju ke Montenegro. Byebye Dubvronik!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

17 thoughts on “Gangguan Kota Lama Dubrovnik”

      • aku pon agak mate jugak.. tapi ejaannye buat aku kompius.. ntah aku ke dah tak ikot peredaran zaman.. maklum lah pekataan up to date kan org guna kat socmed.. aku mane de seme tu.. da tua.. hagaha

        Reply
  1. Bila aku baca kat part penulis cerita pasal pasar yang meriah… teringat plak suasana pasar malam raya tahun lepas emmm… tahun ni x sempat nak rasa suasana pasar malam raya

    Reply

Leave a Comment