Wad Bersalin Tapi Pantai

Wad Bersalin Tepi Pantai

Mac 2016.

Kandungan baru 22w.

Aku rasa tidak sedap hati. Contractions sering aku rasai. Kejap datang, kejap pergi. Tapi betul ke contractions, ni?
Macam biasa, aku switched on denial mode.
Aku tetap pergi kerja macam biasa.
Bersiap untuk ke tempat kerja, aku rasa ada kebasahan pada panty liner.
Ketuban, kah? Oh tidak.. Ini baru 22w, kalau betul bocor, apa jadi, ya?
Takpe, pergi kerja dulu.

Balik kerja, contractions makin kuat.
Aku bawa diri berehat.
Esoknya Selasa, aku minta MC. Dua hari! Sebab contractions rasa makin menyengat.
Plan untuk rehat di rumah sahaja. Perasan dah, ada macam basah lagi, tapi abaikan sahaja.. Sebab Khamis ada appointment, nanti sana baru cerita.

Khamis.
Memang appointment dgn hospital pakar.
Check temperature, ada demam.
Cerita kronologi kejadian, tepuk dahi doktor pakar di hadapanku.
“Ini bahaya!!!”
Ujarnya geram.
Masuk wad jawabnya.

Doktor datang ke bilik.
Doktor minta maaf, bila diperiksa contractions, doktor jangkakan baby akan keluar dalam tiga hari. Malangnya hospital kecil ini tiada kepakaran untuk sambut baby premie semuda itu.
“Awak perlu kami pindahkan ke government hospital, ya..”
Aku angguk perlahan.
Air mata tak usah cakapla… Mengenangkan kepayahan untuk survive babyku sepertti yang doktor ceritakan tadi.
PPROM.

Hospital government sukar untuk terima kes aku.
“Kalau, kami bawa hospital kat kampung, boleh doktor?”
Doktor tersentak.
“Bagus idea makcik. Pusat ibu bersalin kat situ baru lagi. Mesti banyak facilitiesnya. Tapi saya risaukan perjalanan nanti.. Boleh balik kampung, kalau balik malam ni jugak. Sebab saya dah bagi ubat stop contractions, pun ada lagi contractions ni.. Saya bimbang baby keluar dalam kereta. Ketuban pun dah leaking..”

To cut it short, pulanglah kami malam itu ke kampung halaman.
Dengan tiket emergency.

Jam satu pagi terus ke emergency, terus admitted.

Malam pertama, akibat letih perjalanan, aku tidur lena sekali.

Malam kedua, aku khusyuk baca novel sehingga jam 12.45 malam. Baru teringat belum solat isyak. Nasib baik tandas dalam wad sahaja. Wad kelas kedua, katil berempat, kongsi satu tandas. Wad yang sangat selesa. Air cond setanding hospital swasta tempohari, tapi wad ini pastinya adalah free of charge bagi kami penjawat awam.
malam itu hanya aku berdua sahaja.
Seorang lagi room mate masih berjalan ke hulu ke hilir menahan sakit bersalin.
Aku hulurkan kaki perlahan untuk turun dari katil.
Angin bertiup perlahan. Aku mendongak ke arah tingkap. Langsir tidak terselak, kenapa angin dapat menerjah masuk ke dalam bilik?
Iya, wad aku duduki ini berada betul-betul di tepi pantai. Pantai yang dulunya sering menjadi tapak “Pesta Pantai”
Temasya Pesta Pantai yang dahulu kala, adalah ritual pemujaan semangat pantai.

“Umbuk, mayang di umbuk…”
Kedengaran nyanyian disulami suara ombak menderu.

Eh, aku salah dengar ke ni?

“Umbuk dengan, jala jemala…”

Aku berjalan perlahan ke katil bahagian depan, yang menempatkan room mate aku.
Dia yang baru masuk ke bilik kami merapati.

“Su, kau pasang radio, ke?”
“Radio apa pulak… Tengah2 sakit ni ingat aku ada masa nak dengar radio… Aduhhh..”
“Takdelah, aku dengar orang menyanyi.”
“Eh, aku pun dengar orang nyanyi.. Itu yang aku masuk semula ke bilik, aku ingat kau yang nyanyi. Sedap benar suara kau..”
“Gilos. Aku nak nyanyi? Aku mana pandai nyanyi.”

Sunyi.
“Hana, kau rasa tak apa yang aku rasa?”
“Rasa jugak. Jom teman aku ambil wudhuk. Ko dah semayang? Jom semayang.”

Kami solat bersama.
Dan malam itu kami tidur dengan aman.
Diganggu oleh nurse yang sentiasa memantau kesihatan kami, adalah..
Biasalah tu, apa guna admit ward kan?

Malam seterusnya, aku solat awal. Pada sangkaanku, aku lewatkan solat yang jadi punca gangguan.

Malam ke sebelas.
Petang itu adik hantar novel baru dibelinya. Aku seoerti biasa, khusyuk membaca.
Aku terjaga pukul tiga pagi apabila dikejutkan oleh doktor pelatih.
Doktor Cheun katanya.
Baik budaknya.
Malam, sebelum tidur, biasanya kami akan menarik tirai untuk melindungi cubicle kami. Jadi bolehlah kami tanggalkan tudung sewenangnya ketika tidur.
Dr. Cheun ni duk hello hello belakang tirai untuk kejutkan aku. Dia tak masuk ke dalam cubicle aku selagi aku tak ready pakai tudung.
Bagus, kan? Betapa dia hormat kepercayaan kita..

“Eh, baru pukul tiga, doktor? Awalnya.. Saya rasa saya baru je lelap”
“Sorry ah.. I know you have to get enough rest here, but this is my duty, big sorry, teacher. Kita ambik d***h awal, supaya kita boleh hantar lab untuk your blood test awal..”
Dalam hati aku kagum sangat dengan budak Cheun ni.
Sempat dia study fail aku waktu-waktu macamni. Kalau dia tak study, amna dia tahu aku teacher, kan? Nurse pun panggil aku cikgu je.

6 botol kecil d***h.

“Eh, kenapa banyak sangat, doktor? Biasa satu tube je..”
“You know, teacher.. Your white blood counts dah increased.. Sangat banyak increasement. So kita kena buat baaanyak test nak tau infections yang buatkan you leaking. Understand ya?”
Aku angguk

“Ok, siap. Now you boleh tidur. Boleh bangun lewat. D***h dah ambik, yippee!!”

Aku senyum aje lah..
Tidur.

“Puan… Assalamualaikum puan.. Puan dah solat isyak, belum?”

Aku menggenyeh mata yang sangat berat kurasakan.

Seorang nurse yang biasa melayan borak kami berdiri di hadapanku.

“Biasa lepas solat isyak, puan mengaji. Hari ni saya tak dengar puan mengaji. Dah pukul lima lebih ni.. Sempat lagi kalau belum solat.”

Aku segera turun dari katil, bergegas wudhuk dan solat isyak.
Baharu sahaja aku menarik selimut, nurse tadi dengan doktor yang memantau keadaanku datang.

“Puan Hana, kami nak ambil d***h puan.. Sebab… Sel d***h putih puan makin naik la.. Jadi kami nak test punca infection. ”

“Eh, tadi dah ada doktor yang ambik d***h saya. Dr. Cheun nama dia. Baik sangat budak tu”

Aku nampak nurse mencubit peha doktor tersebut. Doktor merenung nurse.
“Budak mana pulak Cheun tu?”
“Mana ada.. Doktor pelatih hari ni Nadiah tu. Demam budak Nadiah tu, duk tidur di kaunter. Tu yang tak ada orang ambik d***h lagi.. Kan saya dah cakap..”
“Habis tu, ni patient cakap ada..”
“Ala doktor…”

Mereka bersok-sek di hadapanku.

“I can hear it, doc? May I know what goes around?”

“Takpe puan.. Puan tidurlah dulu. Nanti saya datang lagi”
Ujar nurse.

Mereka berlalu sambil nurse berkata
“Doktor tak ingat ke… Kan kat sini..”
“Syy.. Patient is listening”
Tingkah doktor sambil sekilas dia menjeling ke arahku.

Jam 8.45 pagi
Nurse lain pula datang bersama doktor pelatih perempuan, bertudung labuh memakai mask. Ini kut doktor yang dikatakan demam tu.

“Maaf, puan.. Pada fail ini tidak tercatat yang d***h puan sudah diambil untuk hantar ke lab.. Jadi kami perlu ambil d***h lagi ya?”

Habis, 6 tiub darahku pergi mana?

– Cikgu Hana

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Farhana
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

23 comments

  1. Gilooorrr…
    Patot siap YIPPEEE bagai dpt 6tiub d***h…
    Mau Si Cheun tu pastu dok mabuk ketum layan blood party…
    Huhuhuhuu sereemmm…

    1. Mau pasni klu akk msk wad tetbe Doktor dok yippe lepas amik d***h akk sepak sesiap…
      Tak pon pasni klu ade org amik d***h kena bace ayat kursi x putus2…
      Kot hantu, bior x kuor d***h tu…

      1. Hahahahahhahaaaa

        Lawak la Kak Yulie!

        Mungkin boleh ajak nurse teman kut.
        Silap saya time tu, biasanya ada nurse temankan doktor muda2 ni, tapi haritu takde pun, saya tak tanya pulak kenapa takde. Mengantuk sangat katakan.. Main hulur je lengan.
        Berhuhu lah akhirnya..

        1. kita dulu masa first baby pon ada doc pelatih amik blood kita sorang2 je takda nurse teman.. sama la kes leaking cmni.. btw baby cikgu survive ke tak..

    2. Pandai pulak tu dia amik d***h guna jarum. Professional betul bukan gigit tengkuk ke ke ape. Agaknya hantu spital ni pun dah educated hari-hari duk tengok doktor amik d***h.

  2. Cikgu ke yg komen kt cerita lagu ulik myg tu psl pnh dgr lagu yg sama kt tepi pantai? Klu dia amik d***h tp xde effect kt cikgu bagus la.jgn tetiba lps dr haritu cikgu sakit2 ke..krg d***h ke..tu yg x elok..smoga cikgu n baby sihat

  3. ni mesti hospital bangunan baru tepi pantai tu.. mmg ade wab baru Ibud an Anak kat HSNZ.

    lagi2 lagu ulik mayang…. sah2 ler….

    btw, sape doc cheun tu, mesti siasat sejarahnya.

    doc nadiah? ni kes thn 2014-2016 ke. ade doc pelatih nama nadiah kat situ.

  4. Saya tak faham 1 perkara, kalau ikut cerita doc cheun tu macam banyak kali jer jumpa cikgu…. Adakah dia manusia dan mahluk itu menyerupainya atau doc cheun itu mmg takder

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.