Gangguan Makhluk Halus Di Dalam Rumah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, terima kasih admin kalau admin publish cerita aku. Nama aku Su, bukan nama sebenar dan umuraku dah cecah 30 tahun. Ini kisah aku dan keluarga aku yang selalu diganggu makhluk halus di dalam rumah aku. Aku tinggal di kampung halaman aku di Negeri Sembilan. Aku adalah peminat fiksyen shasha dan selalu baca cerita-cerita di fiksyen shasha. Ok cukup intro aku.

Mungkin pada sesetengah orang, cerita aku ni taklah seram mana pun tapi pada aku yang selalu alami perkara-perkara seram ni, memang terasalah jugak meremang bulu tengkuk aku ni. Ni kisah aku yang pertama. Sebelum aku mula2 sakit akibat benda-benda halus ni, aku pernah rasa macam ada orang yang belai rambut aku masa aku tengah tidur.

Sejak dari tu, aku selalu kena histeria. Setahun lebih jugak aku kena histeria. Masa aku sakit dulu, aku dan ibu selalu dengar bunyi orang ketuk dinding bilik aku dan bilik ibu dengan satu rentak yang sama setiap kali kami dengar bunyi tu. Rentak tu cantik sangat, memang ibu selalu panggil aku dengan cara ketuk dinding dulu kalau aku tak dengar atau nak kejut solat subuh. Tapi cara ibu ketuk tak sama macam cara benda tu ketuk.

Biasanya memang aku akan pergi tengok ibu aku dalam bilik. Ada masa benda tu akan ketuk dinding waktu ibu aku solat. Aku ingat ibu yang ketuk. Bila datang tengok, ibu elok tengah solat masa tu. Jadi aku tau la siapa yang ketuk dinding tu, kadang-kadang time kami tengah tidur pada waktu malam dia akan ketuk jugak dinding bilik kami. Selepas aku dah sihat, seolah2 aku selalu merasakan kehadiran makhluk-makhluk halus tu semua. Walaupun aku cuma merasa kehadiran benda=benda tu semua, aku tetap seram.

Tahun lepas, sewaktu aku tengah tengok youtube, ibu aku pergi ke belakang dapur. Tiba-tiba aku terdengar ibu marah-marah pada aku suruh buka kunci pintu dapur. Kami bertekaklah jugak sekejap. Aku nafikan yang aku kunci pintu dapur tu sebab memang aku tak ada pergi ke dapur pun waktu tu. Akhirnya kami mengalah jadi aku tau la siapa yang kunci pintu dapur tu, adalah dalam 3 kali pintu rumah kami terkunci dengan sendiri, kadang perasaan marah pun ada, geram jugak aku kadang-kadang tu asyik kena kacau je dengan benda alah tu.

Bulan 9 tahun lepas, aku ada tolong kawan aku uruskan perkahwinan anak dia. ku dan seorang lagi kawan aku jadi orang kanan semasa kenduri sedang berlangsung kami tinggal di homestay sebelah kubur. Semasa aku berada di homestay tu, waktu tengah malam ada jugak aku dengar kakak ponti menangis ada ada jugak ternampak macam orang melintas dengan sekelip mata.

Pada esoknya aku demam sewaktu aku uruskan kenduri kawin anak kawan aku, waktu tu aku dah demam panas bila balik dari homestay sebelah kubur tu, waktu petang masa aku tengah tidur sebab masih lagi demam, tiba-tiba pintu bilik aku terbuka sendiri seolah-olah ada orang yang sedang meninjau aku. Mula-mula aku nampak pintu tu terbuka sedikit, bila aku tegur , aku tanya ibu ke tu? Terus dia lepaskan pintu bilik aku sehingga terbuka habis.

Bila aku tengok tak ada orang pun, aku pergi tinjau ibu keluar dan tengok jika ibu ada, rupanya ibu aku tengah tidur di atas sofa. Aku tanya ibu, dia cakap dia tak bangun pun jadi aku dah boleh agak siapa punya kerja. Kali kedua, pintu bilik aku terbukan dan sekali lagi aku bertanya ibu yang kebetulan tengah angkat kain baju di ampaian berdekatan dengan bilik aku. Ibu cakap ibu nampak sendiri pintu bilik aku terbuka sendiri.

Buat pengetahuan semua, rumah aku ada 2 tingkat bilik aku di tingkat atas tingkap atas rumah dengan bilik aku memang jauh. Tak logik kalau angin tingkap yang tolak pintu bilik aku. Waktu kejadian kedua, kebetulan tengah hujan lebat dan ribut di kampung aku. Beberapa hari lepas kejadian kedua, aku, ibu dan ayah aku lalu di kubur yang bersebelahan dengan homestay aku duduk tu.

Bila aku cerita, di situlah homestay aku duduk tu, tiba-tiba kereta kami terhenti betul2 di kubur tu. Selepas kejadian kereta kami terhenti di kubur tu, tak ada lagi dah kejadian pintu bilik aku terbuka sendiri. Agaknya dia dah balik ke kubur balik kot. Mungkin sebelum ini benda tu ikut aku kot, dia suruh aku pulangkan dia balik ke tempat asal dia, agaknya sebab tu dia buat gitu delkat aku untuk dia bagi tau dia ikut aku balik.

Dekat rumah aku, sebenarnya memang ada perkampungan bunian. Aku mengaku aku pernah mimpi aku ternampak ramai sangat bunian dalam kawasan rumah aku. Arwah atok aku jugak pernah cerita yang memang ada perkampungan bunian dalam kawasan rumah aku, arwah atok aku pernah jumpa dulu orang bunian. Arwah atok aku ni memang ada sikit kelebihan melihat benda-benda halus ni selalu je aku dengar bunyi orang bertukang tengah-tengah malam, agaknya dia nak betulkan rumah dia kot. Biarlah. Asalkan dia tak munculkan diri dia depan aku..

Sebenarnya banyak lagi gangguan yang aku alami dari dulu. Cuma Alhamdulillah sekarang dah makin kurang gangguan-gangguan di rumah aku. Kalau korang minat dengan cerita aku dan kalau admin publish cerita aku, nanti aku akan cerita lagi gangguan-gangguan lagi seram yang aku alami selama ni. Setakat ni saja cerita yang aku nak kongsikan. Tangan aku dah letih nak tulis.haha.ok semua moga cerita aku ni tak buat korang kecam aku dan bosan dengan cerita aku. Aku sudahi dengan ucapan assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

43 thoughts on “Gangguan Makhluk Halus Di Dalam Rumah”

  1. Tak yah dah cerita.. x best pun… cerita anda berterabur…sekejap itu sekejap ini.. point x sampai.. lemau…
    “Jadi aku tau lah sapa punya kerja”.. 3 kali kot aku jumpa ayat ni…
    Overall aku bagi 10 markah… (markah penuh 1000)

    Reply
  2. Aku naik jelak dengan tukang Komen kat mana2 story fiksyenshasha. Penulis ni cerita pengalaman dia, bukannya nak keluar novel 500mukasurat nak jual bagi korang baca. Faham konsep la. Hidup tak rilek langsung -_-“

    Reply
  3. Rasa nk terkeluar blk isi perut aku ni baca cerita ko sambil makan. Klu nk cerita lg, baiki dlu la penulisan tu. Nk share tu ok lah tp kalau point xsampai xguna juga ko cerita panjang2 pun.

    Reply
  4. Cerita dia OK. Ringkas jer. Bolehla..

    Yang aku xleh terima cerita Siapa Lissa.. Bila baca jer rasa bodoh sampai sekarang…

    Reply
  5. Seram / Tak (2 marks) = 0
    Gaya bahasa (2 marks) = 0
    Penyampaian (2 marks) = 0
    Real / Fake (2 marks) = 1
    Whole story (2 marks) = 0
    .
    Comment : 1/10 je lah boleh kasi. Tak seram langsung. Penyampaian ke laut cina selatan. Gaya bahasa yang tunggang langgang. Buang masa baca cerita sampah mcm ni. Hahaha. Aku komen jujur. Klau best, 10 markah. Klau tk best, terima la satu je. Hahaha. Sekejap kt homestay. Skjap kt rmah sndiri. Pastu kat rumah sndiri tk bgitahu, ayah dia buat apa. Ayah dia muncul last2 cerita. Sblum tu pergi mana. Tak perlu menulis lagi. 😂😂.

    Reply
  6. Apa je yg kita tulis, kita cakap, mengambarkan pesonaliti diri sendiri walau pun org yg dengar dan baca tu x kenal siapa kita. Itulah maruah diri sendiri. Diyaumarmahsyar kelak tetap akan dihitung sebagai sebahagian dr amalan buruk kita. Jd berhati2lah.

    Reply

Leave a Comment