Gangguan Rumah Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera. First, terima kasih kepada admin kerana sudi mempertontonkan penulisan yang tak seberapa ini. Ok, aku memang mengikuti kisah-kisah dalam FS dan dah lama terniat nak kongsi kisah tapi tak berapa yakin dengan gaya penulisan. Tapi kali ini aku redah je harap semua enjoy, huhu. Kisah ni sebenarnya dialami oleh isteri aku dan aku bersama menghadapi.

Aku seorang yang kuat hijabnya (Alhamdulillah) dan memang tak pernah nampak benda halus ni kecuali rasa meremang bulu roma, dan sememangnya aku tak hingin nak lihat sebenarnya. Paling terbukti masa operasi pemadaman api hutan (BOMBA) di waktu maghrib aku bersama beberapa anggota lain. Kawan aku tegur jangan toleh kanan tapi dengan pantasnya aku toleh tapi tak nampak apa-apa sedangkan kawan aku dan anggota lain semua nampak kelibat putih tinggi beberapa kaki je dari tempat kami. Tapi setakat itu saja kisah aku. Cerita ini terjadi pada tahun lepas masa aku dan isteri baru pindah rumah yang baru dibeli oleh kami.

Sebelum aku masuk rumah lagi (time renovation), kawan aku (yang lain, tapi boleh rasa) dah bagitau yang ada ‘something’ tertanam kat rumah tu. Tapi aku anggap rumah tu kepunyaan aku jadi tak perlu takut jika ada yang duk dalam tu sebab aku akan halau bila pindah nanti. Dan bila aku pindah masuk isteri aku ada perasan yang dalam rumah tu agak suram suasana, aku selalu buka Ruqyah dan azan ditengah rumah dengan niat nak menghalau jika ada benda halus dalam rumah. Lagi satu isteri aku selalu mengadu rumah sentiasa nampak kotor walaupun 3-4 kali mengemas, tapi aku anggap biasa sebab rumah belum masuk banyak barang jadi cepat berdebu.

Dalam seminggu kami tinggal di situ, aku mula perasan yang isteri aku selalu mengadu sakit kepala. Sakitnya seolah-olah macam dicakar dan diramas kepala tu sampai selalu menangis-nangis. Banyak kali juga aku berulang-alik ke klinik bawa isteri aku namun kesakitan dia tak juga kurang-kurang, dan kawan aku yang pernah bagitahu ada something kat rumah minta bawa pergi berubat jadi aku pun berkira-kira nak bawa pergi. Untuk makluman pembaca, isteri aku ni jenis kuat solat dan selalu mengaji, jadi pada aku patutnya susah jika ada benda halus nak mengacau dia. Tapi tak tahan tengok dia kesakitan aku bawak dia pergi berubat dengan seorang pengamal perubatan, nama dia Pak Raja (bukan nama sebenar pun).

Semasa berubat aku boleh lihat isteri aku menjerit sakit bila “sesuatu” dikeluarkan dari celah jari kaki, buka sekali dua pak Raja keluarkan, lebih 10 kali. Dan paling nampak bezanya bila pak Raja keluarkan menerusi ubun-ubun, terus nampak cerah muka isteri aku. Alhamdulillah lepas berubat aku tanya pak Raja apa yang mengganggu isteri tapi pak Raja cuma senyum dan pesan makhluk ni ada di mana mana. Cuma kita kena sentiasa beringat dan mohon perlindungan dari Allah S.W.T. Pak Raja juga berpesan yang bila seorang pernah diganggu sebolehnya cari ikhtiar dapatkan pendinding tapi bukan yang syirik tapi cari yang sesuai  dan mengikut syariat agama kerana bila sesuatu dikeluarkan akan ada satu jalan dalam tubuh yang makhlus halus lain boleh nampak dan masuk. Aku angguk je dan balik kerana sangka dah berakhir. Namun sangkaan aku meleset…

Selang 3 hari isteri aku tiba-tiba tumbang, sakit makin teruk sehingga langsung tak berdaya nak bangun. Aku memang buntu habis, dengan pantas call family mertua aku (tinggal tak jauh) mintak tolong. Bila sampai mertua aku minta bawa ke rumahnya, aku ikut je dan aku cerita dari awal sampai akhir punca sakit tu. Ayah mertua aku terus je malam tu juga bawak pergi isteri aku berubat dengan kenalannya yang dipanggil nama Wak sahaja. Malam tu Wak mengubat dan benda yang sama macam Pak Raja bagitau ada sesuatu mengganggu isteri aku. Wak juga bagitahu yang benda tu macam nak menguasai isteri aku tapi belum berjaya. Malam tu isteri aku pulih dan Wak minta sediakan bahan macam limau, bunga 3 jenis dan beberapa bahan (bahan biasa je, tak ada yang nampak cam menyirikkan) dan perlukan 4 hari nak tahu punca.

Keesokan hari, isteri aku minta kebenaran nak bekerja sebab dah lama sangat cuti (masa kejadian isteri aku baru sebulan bekerja ditempat baru dan sentiasa bekerja di ofis keseorangan). Memandangkan dah lama bercuti dan kerja pun masih baru, aku benarkan. Lepas hantar ke tempat kerja isteri, ofisnya tingkat 3 dan bangunan tu hampir 2 tahun tak ada penghuni sebelum syarikat isteri aku mengambilalih. Aku tak menganggap ada masalah kerana kawasan situ masih banyak kedai lain beroperasi. Dalam 3 jam isteri aku bekerja, dia call aku minta ambik dia, sakit dia datang balik.

Aku dengan cepat bertolak dan dalam telefon dia bagitau “nampak” susuk tubuh wanita berambut panjang dan tiada muka di hadapan kereta yang aku drive. Aku pelik camne dia nampak sebab aku dalam perjalanan sedangkan dia di ofis. Tanpa banyak soal aku cepatkan drive untuk sampai ke ofisnya. Then masa aku naik atas nak jemput, aku nampak isteri aku menutup mukanya pada meja. Dengan cepat aku sapa dan dia bergegas ingin turun ke bawah.

Di dalam kereta isteri aku banyak diam. Aku tanya camne keadaan dia. Dia masih macam kecelaruan dan of course masih sakit, perlahan-lahan dia becerita. Masa dia tengah buat kerja, tiba-tiba dia terasa sakit kepala sangat-sangat, masa yang sama jugak dia nampak satu susuk tubuh berbungkus putih tepat-tepat dipintu masuk ofis. Memandangkan memang kepala tengah sakit, dia cuba endahkan dengan menutup muka dengan tangan dan merungkup pada meja.

Dalam pada itu juga “makhluk” itu tiba-tiba berada disebelahnya dan halakan muka pada isteri aku. Dalam hatinya cuba berdoa agar tidak diganggu lebih lagi dan pada masa itu juga dia call aku. Dan masa dia pejam mata, dengan jelas dia boleh nampak aku memandu dan ada lembaga di hadapan kereta. Aku terkesima sekejap dan macam respek gak sebab dia tak pernah jumpa tapi masih boleh bertenang dalam keadaan sakit, mungkin hikmah dari tabiat isteri aku suka mengaji dan solat sunat.

Hati aku makin panas. Lepas hantar isteri balik rumah mertua (memang lepas sakit aku minta keluarga mertua aku jaga sebab aku bekerja shift) aku balik ke rumah dan ke bilik-bilik sambil berkata “apahal nak ganggu keluarga aku padahal ni rumah aku, berambus sekarang”. Terasa bulu roma meremang tapi tiada apa-apa, jadi aku bersabar sampai tarikh yang Wak janji nak mengubat. Pada malam tu aku tidak ikut sebab kerja (kalau emergency boleh balik, keje sebab anggota tak cukup) jadi aku menunggu dengan sabar saja.

Dalam jam 10 malam aku mendapat mesej dari ayah mertua, tengok gambar dan terasa seram kerana gambar tu menunjukan dalam botol terdapat satu bungkusan (sebijik en. P*Cong) dengan kain yang buruk. Menurut Wak itu adalah tangkal yang ditinggalkan oleh owner lama yang membela P*cong tapi melepaskan kemudian (siot je tinggal kat rumah). Bendanya tu dari seberang laut jadi benda cuba mencari tuan baru. Kemudian isteri aku pulak jadi pilihan tapi Alhamdulillah benda tu tak berjaya nak masuk, tapi menurut Wak jika lambat kemungkinan benda tu akan menguasai isteri aku jugak. Terkedu aku dengar.

Selepas berubat, Alhamdulillah isteri aku makin pulih, dan sihat macam dulu. Wak pun bagitahu dia dah buang benda tu jauh-jauh dan InsyaAllah takkan ada lagi. Isteri berehat 2 hari sebelum masuk kerja balik, dalam sejam masuk kerja sekali lagi dia call mengadu sakit datang balik. Tapi kali ni lain rasanya macam ada yang mencakar kepala, aku buntu. Tempat Wak aku tak tahu jalan, mertua aku lak kerja luar kawasan time tu. Aku call kawan aku dan minta dia bawa kembali ke rumah Pak Raja (Pakcik yang mula-mula mengubat isteri aku).

Malam tu juga aku pergi rumah Pak Raja. Masa pak Raja pandang isteri aku, dia seolah bukan tengok isteri aku, tapi tengok atas kepala isteri aku. Aku bercerita panjang lebar tentang hal rumah dan sekali lagi pak Raja cakap, makhluk halus ni ada di mana-mana. Cuma kita kena pandai jaga dari dan “pagar” diri kita agar terlindung darinya. Pak Raja mulakan rawatan dan kali ini aku kena pegang isteri aku sebab sakitnya menjadi-jadi. Cuma kali ini tak banyak 3-4 kali tapi paling susah bila tang kepala.

Pak Raja tarik kuat-kuat akhirnya dapat dan masukkan dalam botol. Pak Raja secara spontan berkata yang ganggu awak ni perempuan rambut panjang kan? Isteri aku bagitahu pernah nampak masa aku drive je tapi tak tahu apa yang mengganggu. Pak Raja jelaskan yang makhluk tu dari ofis isteri aku. Sebelum ini yang dari rumah aku yang sudah dibuang. Cuba bila dibuang akan ada satu laluan yang boleh dinampak oleh makhluk lain dan makhluk itu cuba mendekati isteri aku dan telah tercapak atas kepala (kurang asam betul).

Kali ini aku datang sudah dipesan oleh kawan aku supaya minta Pak Raja ajar cara-cara pendinding agar makhluk lain tak lagi menggnggu. Pak Raja menjelaskan dia boleh ajar tapi dia akan terangkan dulu caranya dan ambil masa tanya kepada ustaz-ustaz atau orang alim tentang pnedinding yang diterangkan salah atau tidak. Jika yakin tidak salah dari sisi agama, baru berjumpa dia kembali. Selang 2 hari aku yakin dan isteri aku juga yakin untuk mengambil pendinding dan mula belajar dari pak Raja.

Pendindingnya cuba kena amalkan zikir dan percaya pada kuasa Allah s.w.t yang Maha Melindung. Dan Alhamdulillah semenjak hari itu tiada lagi gangguan dan isteri aku boleh melihat sekali -ekala makhluk secara tak nyata tapi tiada perasaan takut lagi tetapi sangat jarang dapat lihat. Dan aku juga bila bekerja boleh mengatasi rasa takut bila ada operasi yang melibatkan kematian. Kisah ini aku taip panjang lebar agar dapat berkongsi kepada pembaca-pembaca lain kerana aku akan melupakan terus kisah ini. Dan bersyukur dengan kuasa Allah s.w.t yang Maha Melindungi hamba-hambaNya.

Ridzuan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

5 thoughts on “Gangguan Rumah Baru”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.