Kisah ini berlaku pada 2008 di mana aku dan isteri telah dikurniakan anak pertama pada tahun tersebut..sememangnya setiap kali musim perayaan kami akan balik ke kampung sebelah isteri kerana keluarga aku tinggal berdekatan dengan kami kat sini.
Pertama kali kami pulang berhari raya bertiga dengan anak perempuan kami ketika itu mencecah usia 6 bulan.Kami adalah keluarga terawal sampai di kampung ketika itu.Anak aku ni menyusu badan selalunya ok je tapi kali ni lain skit.. setiap kali isteri aku nak menyusu,anak aku menangis teruk kadang – kadang sampai lembik.Walaupun dia hisap gak susu tapi tak macam selalu minum sikit je pastu menangis lagi sampai tertido.Benda ni berlarutan dua hari.Pada mulanya,aku takde la syak pape mungkin sebab anak aku tak selesa lagi kat sana..jadi aku anggap anak aku menangis tu biasa la..
Malam raya macam biasa la kaum perempuan paling sibuk..masa tu pun adik beradik isteri aku dah ada kat situ jadi meriahlah suasana malam tu..masa tu aku dari ruang tamu nak ke dapur..tiba-tiba aku terhidu bau kemenyan yang kuat sangat..sampai kat dapur aku tanya la dengan isteri aku “eh!sape pulak yang rajin bakar kemenyan malam-malam ni”..isteri aku balas “mana ada orang masa rendang guna kemenyan bang..tapi saya pun memang ada bau kemenyan gak daripada tadi”..daripada riuh nak sambut raya bertukar jadi riuh semua duk cari daripada mana punca bau kemenyan tu..untuk pengetahuan..kat situ ada dua biji rumah je..rumah mak mertua dengan rumah adik dia..memang sah takde sape-sape bakar kemenyan..lama-lama bau tu pun hilang..jadi semua sambung keje yang tertangguh tadi..
Tiba-tiba anak aku terjaga dan menangis..macam biasa la nk susu la tu..tangisan anak aku makin lama makin kuat..mcm nk terkeluar anak tekak..aku pun bangun masuk dalam bilik..aku tanya la apahal ni?..isteri aku jawab dengan nada agak tinggi “ntah laa..nak susu tapi bila bagi taknak..ntah apa la yg dia nak ni” ..masa tu mak mertua dan kakak ipar pun ada kat situ..anak aku masih menangis walaupun mak mertua aku cuba pujuk..isteri aku bangun dan terus menuju ke tandas..dia masuk bilik dan capai telekung untuk menunaikan solat isya’..isteri aku ni jenis yg memang solat awal waktu..tapi apsal malam ni lewat pulak..mungkin tadi sibuk kat dapur kot tu yang terlewat solat..selesai solat isteri aku cuba menyusu kan anak kami..anak kami nampak sedikit selesa menyusu dan terus tertido
Hari raya pertama kami lalui mcm biasa melawat sanak saudara di rumah mereka..sehari suntuk jugak la beraya..
Alhamdulillah anak aku pun ok..Azan Maghrib berkumandang..aku tengok isteri aku masih relaks layan henpon..aku diamkan je..selepas itu isteri aku ambil giliran untuk solat..daripada Maghrib sampai ke Isya’ anak aku masih menangis..menyusu taknak..letak dalam buai taknak..aku dah pening sbb kesian tengok dia menangis..aku hilang punca..isteri aku dah mula membebel..bertambah pening aku dibuatnya..yang lain pun cuba pujuk tapi takde hasil gak..
Mak mertua aku telefon seorang abang ni..abis je dia bercakap terus aku tanya “macam mana mak?”..”Abang Mat suruh sumbat kain dalam mulut anak aku supaya tak menangis” jawab mak mertua aku..fuhhh!panas je telinga aku dengar jawapan Abang Mat tu..dia ingat anak aku ni menangis saja-saja ke?..telefon berdering..mak mertua aku jawab panggilan tersebut..jom siap kita pegi rumah Abang Mat..aku ikutkan je walaupun hati aku panas pasal jawapan yg dia bagi kat mak mertua aku tu..dalam hati aku cakap sampai sana dia bagi jawapan pelik lagi memang aku tinju muka dia..masuk dalam kereta terus anak aku senyap..bagi susu pun ok je..takde masalah..
Sampai je rumah Abang Mat tu..mak mertua aku pun cerita la apa yang jadi..Abang Mat tu tengok anak aku..”baik budak ni..takde apa pun”..kata Abang Mat..dia minta isterinya pegang anak aku tu..Abang Mat minta izin untuk tengok isteri aku..dia minta isteri aku buka semua gelang dan rantai sambil duduk berlunjur..”taknak mak..taknak..tolong” rayu isteriku kepada mak mertua aku..dia punya merayu lain macam..Abang Mat cakap takde pape berlunjur je..”tolong buka sliding door tu luas-luas” arah Abang Mat kepadaku..Abang Mat mengeluarkan kayu kecil daripada poketnya..isteri aku menangis sayu..sayu yang menyeramkan!..aku terpaku..sedih pun ada..cuak pun ada..perasaan bercampur baur..dia selit kayu tu diantara ibu jari kaki isteriku..”kau keluar sekarang..ini bukan tempat kau..
wow …best cerita ni.. Cara cerita pun terusun
Wuuu, seram woo klau jenis saka yg main singgah2 jer ni ???????
terbaiklah bro!
Kesian isteri dia kne tumpang tanpa sedar..
Jalan cerita kemas dan menarik.
well done!
?
owh…padan la anaknye menangsi…dye nmpk muke rimau