Gangguan Seram

Terima kasih admin kerana siarkan cerita aku. Nama ku Sharon (bukan nama sebenar). Aku berasal dari Kuching, Sarawak dan merupakan peminat tegar FS. Di kesempatan ini, aku nak kongsikan pengelaman seram yang berlaku di rumah mak mertua aku pada awal tahun 2019.

Rumah mak mertua aku rumah kayu moden dan ada bawah rumah. Jadi sesiapa yang datang dari dapur akan kedengaran tapak kaki, ataupun berjalan di area ruang tamu. Ruang tamu mak mertua aku ni agak luas dan besar. Bila tiap kali balik rumah mak mertua, aku dan suami memang suka tidur di ruang tamu depan TV. Bukan tidak ada bilik tidur, ada tapi lagi selesa tidur ruang tamu.

Semasa kejadian seram berlaku bapak mertua aku baru sahaja meninggal dunia akibat Kanser. Malam tu aku dan suami tidur macam biasa. Entah kenapa aku terbangun dan terdengar tapak kaki seseorang berjalan area ruang tamu. Masa tu aku tidur tutup muka guna bantal. Bunyi tapak kaki jelas kedengaran macam berjalan mengelilingi ruang tamu. Masa tu hanya Tuhan saja yang tahu betapa takut nya aku. Takkan mak mertua aku kot yang bangun pagi-pagi jalan mengelilingi ruang tamu. Jadi Aku paksa mata untuk tidur. Tak tahu bila masa aku terlelap dan bila terbangun hari dah cerah.

Kejadian seram kedua berlaku dekat suami aku sendiri. Pada malam yang sama juga dia kena ganggu. Bayangkan mata dia terbuka tapi badan tidak dapat bergerak seolah- olah diikat. Nak tahu suami aku nampak apa? Dia nampak seorang budak perempuan berambut panjang menutupi seluruh muka, duduk di sebelah tempat dia baring. Betul2 tepi dia sambil menghadap muka suami. Budak perempuan itu seolah-olah macam bercakap tetapi tidak kedengaran.

Lagi menyeramkan makluk tersebut menggoyangkan badannnya. Masa tu suami nak kejutkan aku, tapi tak dapat sebab seluruh badan kaku. Nak gerakkan tangan pun tidak dapat. Dia nampak aku lena sangat tidur. Lepas tu perempuan tu macam perlahan-lahan menghilang macam kabus. Baru badan dia dapat bergerak. Pagi tu aku pelik kenapa dia bangun awal, sebab selalu nya dia yang paling lambat bangun. Rupa-rupanya, dia pun kena ganggu juga.

Sampai sini sahaja pengelaman seram aku nak kongsikan. Maaf sekiranya cerita kurang seram dan ayat kurang menarik. Ada masa aku akan kongsikan kisah seram yang berlaku di rumah panjang, tempat aku membesar. Ganggguan lebih kepada suami aku. Terima kasih kerana sudi membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Lia

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.