Gangguan Wanita Bertelekung

Sekitar tahun 2010, masyarakat dunia sedang dilanda demam Piala Dunia, pada ketika itu ramai lelaki termasuklah aku. Pergi kerja dengan mata rabak, jiwa kusut seandainya pasukan pilihan kalah. Lebih parah kepada kaki kaki judi. Sebagai kaki bola yang berdedikasi, hampir setiap perlawanan aku dan Hafiz akan cuba kami nikmati. Namun ini merupakan permulaan kisah-kisah seram dalam hidup kami.

Sebelum aku menghidangkan korang dengan babak-babak seram. Aku cerita sedikit latar belakang aku dengan Hafiz. Kami merupakan dua sahabat baik di IPTS tersebut bersama-sama bermain futsal dan melayan bola sepak. Hafiz merupakan anak jati Melaka. Manakala aku sebagai anak polis yang sering merantau. Pada tahun itu, aku berkelana di Melaka, dan orang tua aku memang mempunyai sebuah rumah teres di Bukit Katil. Ketika itu orang tua aku masih bertugas di Negeri Sembilan, bagi menjimatkan kos, aku duduk rumah itu seorang diri. Kadang-kadang Hafiz dan beberapa rakan lain datang menemani.

Cerita seram kami bermula pada perlawanan di antara England menentang Jerman, perlawanan Piala Dunia ni kebiasaannya main pagi-pagi buta. Dan biasalah bagi anak-anak muda, melepak dekat mamak sambil melayan bola merupakan satu tradisi bagi setiap kempen Piala Dunia. Aku masih ingat perlawanan tersebut tamat pada jam 3.15 pagi, dan aku melepak mamak di sekitar kawasan bukit beruang Melaka. Mamak tu berhadapan Petronas Bukit Beruang, aku rasa mamak tu pun dah tutup sekarang ni. Perjalanan balik ke rumah pula memakan masa kira-kira 20 minit. Pada ketika itu aku membonceng skuter Hafiz, berbekalkan skuter Modenas Karisma yang dinaiki oleh dua lelaki badan yang sedap. Korang pasti boleh bayangkan betapa terseksanya skuter tu nak bergerak.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, terdapat sebuah masjid yang baru dibina berhampiran JPJ Melaka. Ketika menghampiri selekoh sebelum masjid, kami melihat seorang perempuan bertelekung putih seperti tergesa-gesa untuk ke masjid dan jalannya pula seperti melompat-lompat. Hafiz sebagai anak jati Melaka, mempamerkan bakat melatah apabila terkejut dengan kejadian ini. “Bodoh… Apa pulak depan kita ni.” Hafiz mula mengomel kerana terkejut. “ Kau relaks la piz, orang nak pergi sembahyang.” Aku ketika itu sehabis baik berfikiran positif, walhal aku yang selalu mengelabah. Dengar je cakap aku, Hafiz kembali tenang mengawal skuternya dengan penuh karisma.

Dua tiga detik setelah kami melepasi perempuan itu, aku pun pelik kenapa aku dan Hafiz tak toleh tengok perempuan tu. Sebab kebiasaannya norma manusia akan tengok benda pelik. Tiba-tiba aku teringat untuk tengok jam tangan aku. 3.30 pagi. Aku mula cuak, aku tepuk bahu Hafiz. “Piz, 3.30 orang sembahyang apa?” Aku bertanya kepada Hafiz. Secara spontan dia memberhentikan skuternya. Dan perempuan itu dah takde dekat situ. Kami gelabah. Hafiz tanpa berfikir panjang memecut skuternya. Tapi laju mana sangatlah yang mampu dipecut dengan skuter yang sering lupa untuk diservis.

Sampai sahaja dirumah aku, Hafiz buat keputusan untuk tidur sahaja dirumah aku. Aku tanpa berfikir panjang aku bersetuju. Aku pun bukan berani sangat. Kami melepak diruang tamu, untuk menghilangkan rasa gementar, kami berborak. Sehingga aku merasa mengantuk, Hafiz duduk diatas sofa sambil bermain laptop dan aku baring dibawah untuk melelapkan mata. Aku terlelap. Ketika aku terlelap aku didatangi mimpi perempuan tadi. Dalam mimpi itu, perempuan bertelekung itu ajak aku naik ke tingkat atas. Untuk makluman pembaca. Rumah aku ni 2 tingkat dan oleh kerana aku selalu duduk sorang-sorang. Aku hanya mengunakan bilik bawah sahaja. Bilik atas ada 2 lagi bilik dan 1 bilik air. Aku memang jarang sekali naik bilik atas. Dan dalam mimpi tu, dua tiga kali perempuan itu menyeru untuk aku naik ke tingkat atas. Sehingga aku sendiri bercakap dalam tidur. Aku taknak. Dan aku terus tersedar dan aku bangun duduk. “Apa yang kau taknak?” Hafiz mula pelik dengan sikap aku. “Perempuan tadi ajak aku naik atas Piz.” Kami masing-masing terdiam. Hafiz mengarahkan aku untuk mandi dan bersihkan diri. Kemudian dia pula membersihkan diri. Kami tidak berani tidur sehingga azan subuh.

Setelah kejadian tersebut, keesokkan harinya kami masih lagi melepak di mamak sambil berborak hal semalam. Ketika itu jam menunjukkan jam 11 malam, Hafiz minta diri untuk pulang awal. Aku pun terus balik ke rumah. Niat memang hendak tidur awal. Aku pun masuk kebilik, aku baru nak terlelap aku lihat hanset aku berbunyi. Panggilan dari Hafiz segera aku jawab. “Woi… kau duduk rumah tu hati-hati. Aku baru lepas kena. Benda tu ikut aku tadi”. Aku hanya mampu berserah, aku sendiri tak pernah mendengar suara Hafiz yang cemas. Tiba-tiba, BUKKKKKKKKKKKKKK….. kedengaran bunyi barang dihempas kasar. Aku hilang arah, namun aku kuatkan hati untuk terus tidur.

Pagi itu aku lihat, helmet aku hilang dari atas meja makan. Bila aku cari helmet aku dah berada berhampiran pintu rumah. Munkin bunyi semalam bunyi helmet aku tercampak. Siapa yang campak aku tidak pasti. Aku terus mencari Hafiz untuk melihat keadaannya. Aku lega melihat dia tenang menjamah nasi lemak. Dia pun membuka cerita apa yang terjadi kepadanya semalam. Sewaktu Hafiz dalam perjalanan nak balik rumah, dia melalui kawasan perkuburan islam. Tiba-tiba lampu jalan semua terpadam dengan skuternya jadi berat. Di baca segala surah pendek yang dia tahu, baru skuternya kembali normal dan ketika dia menoleh kawasan kubur tersebut tiba-tiba kembali berlampu dan kelihatan sosok tubuh wanita bertelekung!

Petang itu juga aku meminta pendapat jiran aku yang biasa berhadapan dengan pekara-pekara seperti ini. Dia datang kerumah aku, mula memagar kawasan rumah aku. Dan meminta untuk aku setiap kali maghrib cuba solat dibilik bahagian atas selain aku perlu sering naik membersihkan habuk dikawasan bilik atas. Aku akur dengan permintaannya, munkin terlalu lama aku tidak membersihkan bilik atas rumah ini.

Kisah ini merupakan permulaan bagi beberapa lagi kisah-kisah mistik aku. Terima Kasih kepada yang sudi membaca.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 thoughts on “Gangguan Wanita Bertelekung”

  1. aku dulu pernah duduk rumah kos rendah 2 tingkat sorang – sorang. macam kau la floor atas mmg tak pernah jejak langsung. sekali sapu dia punya habuk dah boleh timbang kilo .

    tapi alhamdulillah masa tu FS belum ada. dan aku takde terpikir pun apa – apa walapuun sorang – sorang duduk kat rumah berinternet sampai malam – malam buta tak tidur lagi. syukur – syukur.

    Reply
  2. Dalam mimpi tu ianya bermaksud untuk si owner tu pi solat kt ataslah ye? Sbb tu org yg memagar tu kata suruh pi solat at situ dan pi bersihkan sekali.. Betul tak? Kesimpulanya.. Benda2 mcm tu benda yg bukanya nk berniat jahat untuk diri kita.. Tapi di sebaliknya nk menyuruh kita buat perkara yg baik.. Sbb ianya tidak mengambarkan dirinya yg bukan baik..

    Reply

Leave a Comment