Gelang Kaki Berloceng 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga FS. Penulisan aku sebelum ni Gelang Kaki Berloceng 2. After ni semua cerita aku, aku still bubuh tajuk Gelang Kaki Berloceng jugak even kali ni tak ada kena mengena dengan gelang kaki (jangan kecam adik dengan soalan apa kena mengena apa kena mengena pulak eh). Sebab aku rasa dengan tajuk tu je korang boleh kesan penulisan aku yang tak seberapa ni huhu.

Oh ya, btw terima kasih tau uolls sudi baca cerita I yang tak kreatif dan tak berapa seram tu. Yelah untuk setakat ni aku ni jenis yang boleh dengar dan nampak samar-samar je. Bukan yang full nampak punya. Alhamdulillah, dengan itu adik bersyukur. Siapa tak bersyukur oi. Nampak samar-samar ni pun terenjot enjot jantung aku ni kan pulak nampak full. Uish mintak simpang la.

Okay, post yang lepas aku ada mention pasal lift kan? Ha, meh meh adik nak cerita. Sewaktu aku kecik, anggaran umur sebelum tadika la. Aku memang dibesarkan dengan rumah apartment. So bab turun naik lift ni memang tak ada masalah la untuk aku. Sampai lah aku ternampak lembaga hitam tinggi gila mak oii dalam lift tu. Start tu la aku agak fobia dengan lift. Bukan sebab terkurung ke apa. Tapi untuk masa kita kecik, sejenis lembaga pun dah cukup seram dah untuk kita kan.

Sampai lah satu masa yang mana aku dah meningkat remaja, jiwa berkobar kobar untuk sambung belajar. Aku menyewa lain apartment dari kes gelang kaki berloceng tu. Which is masa ni aku dah meningkat ke semester yang seterusnya. Semester berapa den tak hengat. Kali ni apartment aku menyewa tu di tingkat 8. Dengan penghuni seramai 10 orang. Masa ni aku sebilik dengan Lia.

Apartment ni bentuk dia lain sikit. Tak macam normal apartment. More pada condo la susunan dia. Bilik ada 3 tersusun sebelah menyebelah. Bilik aku kali ni tengah-tengah (tobat taknak bilik paling hujung) haha. Toilet pulak sebelah bilik no 3 which is bilik paling hujung. Dapur menghadap ruang tamu. Senang cerita apartment ni dia banyak selok belok ah. Susah kan nak bayangkan? Haha sorry.

Satu malam tu, macam biasa duduk bujang ni masing-masing panas bontot nak duduk rumah kan. Ada je tempat nak ditujunya. Ada yang balik kampong, dan ada yang keluar buat group discussion. Aku pulak masa ni hanya keluar buat assignment dengan 3 orang groupmates aku yang aku namakan Jep, Amir dan Siti di sebuah restoran Arab yang berhampiran dengan apartment aku. But still kau kena guna transport la nak ke sana. So kami pun buat assignment sambil mulut pokpek pokpek.

Pokpek punya pokpek, tah macam mana boleh terbukak cerita hantu. Aku memang suka cerita cerita mistik ni. Aku pun layankan aje cerita depa ni. Amir menceritakan pengalaman dia dengan kak Pon. Si Jep pulak menceritakan pengalaman dia dengan kak Poch, aku dan Siti macam biasa lah tukang dengar dan memberi respon ‘Wehhh seram doh’ sebanyak yang mungkin. Actually aku dah start meremang lama dah, Tapi disebabkan aku syok sangat dengar cerita depa, aku buat tak endah je.

Time ni turn Jep menceritakan pengalaman dia dengan kak Poch. Sampai tahap klimaks cerita Jep ni, tiba-tiba angin berdesup dekat kami dan tinggalkan bau yang busuk. Aku tak tahu nak explain macam mana busuk dia. Tapi memang busuk yang amat. Kami terdiam. Sebab orang kata kalau ada bau busuk ni, jangan tegur. Aku dah dapat rasa yang benda ni memang bersama dengan kami since kami start bercerita tadi. Tak sempat Jep habiskan cerita dia part klimaks tu, Siti dah bersuara untuk ajak balik. Dia dah start rasa tak sedap hati. Btw, Siti ni bukan housemate aku ye. Jadi kami pun balik berasingan sementara aku, Jep dan Amir balik sekali sebab kami tinggal di tempat yang sama, cuma lain block je.

Masa dalam kereta, bau busuk tu tak hilang. Kami keras membatu dan sunyi je dalam kereta masa tu. Aku percaya, masing-masing rasa ada sesuatu. Ye, memang ada sesuatu. Dalam masa yang sama, aku fikir macam mana aku nak naik lift sorang-sorang kejap lagi ni. Tingkat 8 pulak tu. Takkan aku nak naik tangga, lagi scary sebabkan pengakhiran cerita tadi bab kak Poch, aku teringat satu movie Indonesia bertajuk ‘Pochong’. Movie tu kan ada part Poch dekat tangga. *incase kalau korang tahu la movie ni. Huhu.

Sampai je tempat park kereta, aku mintak Jep dan Amir hantar aku naik sampai depan pintu rumah. Nasib baik Jep dan Amir ni kawan susah senang bersama, haha. So kami pun menyusur ke arah lift. Tekan button ‘UP’ dan ketika itu lift di tingkat 15. Lama jugak kami menapak dekat depan lift. Tapi masa ni, bau busuk dah hilang. Kami pun beranggapan benda tu dah pergi. Tapi…

“Tinggggg…” bunyi lift dekat level kami. So aku Jep dan Amir pun masuk lift sekali dengan arus angin agak kuat ke arah lift dan start bau busuk balik. Kami pandang antara satu sama lain. Kami memang kenal sangat angin dan bau busuk tu. Tengah tengah pintu lift tertutup tu, tiba-tiba satu kain putih yang kotor tersepit di celah pintu lift. Terbeliak mata aku. Ayat yang terkeluar dari mulut aku hanya ‘Guys…’

Naiklah kami ke level 8 dengan bertemankan kain putih yang tak tahu datang dari mana. Sampai level 8 which is rumah aku. Pintu lift tadi terbuka, tapi peliknya kain tu terus lesap dengan bau-bau sekali hilang! Kami ni fikir nak cepat balik je, memang tak fikir la kain apa, dari mana apa semua. Amir dan Jep hantar aku sampai depan pintu rumah. Amir pesan dekat aku sebelum masuk rumah, baca Ayat Kursi dan 3 Qul. Masuk rumah basuh kaki dulu. Aku pun ikut la pesan Amir tu.

Selesai baca semua, aku pun bukak pintu rumah aku. Aku nampak Lia tengah tidur dekat rumah tamu. Aku pun hembus nafas lega lah sebab ada orang dekat rumah. Tinjau setiap bilik, semua kosong. Sangkaan aku masa tu semua balik kampong. Aku pun terus ambil tuala dan menyusur ke bilik air. Bilik air aku ni, tingkap dia arah kaki lima level kitorang tau. So, kalau kau mandi, orang yang lalu lalang dekat kaki lima tu tahu la haha.

Sepanjang aku dalam rumah tu aku tak ada rasa apa apa yang pelik. Sampai la aku ke bilik air untuk memulakan step mandi yang pertama, aku terrrrrrrnampak rambut panjang tersidai dekat tingkap bilik air tu. MasyaAllah diknon oi taktahu nak buat apa langkah aku masa tu macam terhad sangat. Nak jerit tapi tak dapat. Apatah lagi nak baca Ayat Kursi. Lidah ni kelu. Baru nampak rambut je tu.

Aku berlari ke bilik, ambil bantal dan selimut tidur sebelah Lia. Aku cuba tidur, tapi aku tak dapat. Aku mengereng sebelah kanan dimana aku menghadap tingkap ruang tamu dan membelakangi Lia. Tingkap ruang tamu tu memang kami selalu tutup sikit je dan langsir pun kami selalu ikat sebab kononya nak dapat angin malam. Tingkap tu pulak kebetulan tak bergrill.

Tengah-tengah aku cuba nak lelapkan mata, tiba-tiba bunyi orang ketuk tingkap tu. Aku ni tah lurus ke apa, terus pandang tingkap tu. Hmmm lagi sekali kain yang sama tersidai dekat tingkap tu! Aku terus tepok si Lia sebab dah takut sangat. Conversation kami jadi macam ni….

Aku: Lia, Lia.. Bangun la teman aku jap. Aku takut ni.

Lia: Takut apa.. *tiada pergerakan hanya suara sahaja

Aku: Bangun la Lia! Aku tak memain ni! *sambil goncang tangan dia. Sejuk tangan dia..hm..

Lia: Jangan takut. Tidur je. Aku ada sebelah ni. *sayu suara dia

Jenis aku nak kacau orang tengah tidur ni memang taklah. Bila dia kata macam tu, aku pun put trust on her la. Aku tarik selimut aku, aku ubah posisi menghadap Lia sambil pejam mata. Dalam hati baca ayat Kursi sebanyak yang mungkin. Tengah-tengah baca ayat Kursi tu, aku dapat rasa macam ada angin lalu lalang depan muka. Aku tak berani nak bukak mata. Aku teruskan jugak baca ayat Kursi sampai la aku tertidur.

Keesokan pagi tu, aku dengar bunyi pintu rumah ada orang bukak. Oh ada orang balik la tu, dengus hati aku. Aku celik je mata, tengok Lia tercegat depan pintu sambil cakap….

Lia: Beb, sorry aku keluar tak bagitahu. Battery fon mati.

Aku: Okay.. *aku masih mamai lagi

Lia: Berani pulak kau tidur sorang malam tadi?

Aku: Ha? *mata terbeliak hilang semua mamai

Lia: Yelah, selalu kau takkan nak tidur sorang punya.

Aku: Habis malam tadi kau pergi mana??

Lia: Aku tidur rumah kakak aku malam tadi tak sempat bagitahu kau.

Aku: *diam dan banyak benda bermain dalam fikiran aku.

Demam terus aku lepas kena kejadian malam tu. Persoalan kain putih tersepit tak habis aku fikir, dia tambah pulak persoalan siapa yang tidur dengan aku malam tu. Start kejadian tu aku nekad next sem aku nak cari rumah bawah takde lift lift lagi. Huhuhu. Oh ye si Siti, Amir dengan Jep aku taktahu lah apa cerita. Sebab aku tobat nak tanya hal kejadian malam tu.

Cakap pasal rumah bawah ni, ha memang next sem tu aku menyewa rumah bawah. Apa, korang ingat rumah bawah pun aman damai la? Nanti aku cerita part rumah bawah pulak ye. Okaylah, seram sejuk adik menaip cerita ni. Nanti adik sambung lagi ye. Chow~

13 comments

  1. Kali ni okay laa cerita kau. Seram pun seram. Sebaik ada kawan2 laki kau dalam tu. Kau nampak tak betapa bergunanya kaum lelaki. Haha.

  2. Aku pernah duduk 1 apartment ini, tinggi sangat tingkat belas juga, aku ingat aku mimpi ada orang kena bunuh kat tingkat itu? rupanya aku pun tak tahu sampai sekarang, tapi yang peliknya aku rasa aku nampak pula orang kena bunuh itu dan cara dia mati, tapi hantu itu kejar aku sampai depan rumah yang aku duduk tu, dan dia cuma attract rumah aku duduk. Dari lift lah dia ikut.Tapi masa naik itu cuma tak sedap hati je,
    Tempat lain pula, memang ada 1 lagi tempat dekat sungai dan belakang galeri kat situ mmg dah ada kes bunuh masa aku datang, perempuan mati juga tapi tingkat 10, bukan 13.Perempuan yang mati itu btl2x jadi kawan aku ,aku pun tak tahu macam mana. INI PUN AKU INGAT INGAT LUPA. DAN RASA LAH
    WASALAM BY
    X YAH LA BACA CERITA MISTIK LAGI MISTIK HIDUP INI RASANYA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *