Gelang Kaki Berloceng 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera abang abang akak akak yang setia dengan Fiksyen Shasha malah sudi melayan cerita yang adik kongsikan sebelum ni. Kita dah nak masuk Gelang Kaki Berloceng 5 dah, yeay! Jangan tanya kenapa tajuk Gelang Kaki Berloceng even tak ada kena mengena. Nahh baca dari no 1 okay, adik ada explain. Cerita adik tak ada sambungan stay tuned to be continued and whatsoever. Huhu.

This time aku nak cerita kejadian sewaktu aku duduk asrama. Masa ni sebelum aku menyewa di apartment lagi ye. Ada sorang classmate aku, aku namakan dia Ika. Ika ni masa aku baru baru kenal, dia lain dari yang lain. Bukan lah sampai tak ada hidung ke apa, bukan. Dia ni lain macam kalau kau jalan dengan dia, tiba tiba dia melambai dekat seseorang tapi bila kau pandang siapa yang dia lambai tu actually tak ada siapa pun. Bila aku tanya dia, “kau lambai siapa?” tapi Ika balas dengan senyuman je. Setiap kali aku tanya, mesti dia balas dengan senyuman je. Masa tu pulak aku tak pernah tahu pun istilah hijab terbuka ni semua. Selain dia melambai tu, Ika ni jenis gelak sorang-sorang. Misteri kan? Haha.

Cerita macam mana aku boleh tahu dia ni hijab terbuka, ha meh nak cerita. Asrama tempat aku belajar ni ada 3 aras. Normally aras 3 tu senior yang duduk. Bilik aku aras 2 sama aras dengan Ika. Bilik Ika ni mengadap (seberang) bilik aku. Selang satu bilik aku, toilet. Depan bilik aku, macam normal asrama la, ada tembok di mana kau boleh nampak aras 1 dan 3. Dekat tembok tu ada ampaian baju. Roommate aku time ni aku namakan dia Fara. Fara ni jenis social sikit berbanding aku. Lols. Tapi dia baik tau, sangat sangat memahami aku. Btw nak inform uolls, kes lesbian tengah hangat dalam asrama I time tu, ahaks.

Habit aku memang suka mandi tengah malam. Lagi lagi bila duduk asrama, aku rasa waktu malam je yang tak ada istilah berebut toilet. Tapi memang betul pun. Setakat aku stay asrama tu, memang waktu malam toilet kosong je. Tak tahu la kalau toilet asrama korang macam mana kan. So setiap hari pukul 11pm-12pm tu memang waktu aku mandi, cuci kain, sidai kain dan sebagainya. Aku settle kerja aku around 1am-2am macamtu. Almost everyday ye akak akak abang abang. Sampai roommate aku tanya, “kau ni tak takut ke pergi toilet malam malam sangat?”. Aku cuma jawab, “As long as tak ada dengar apa-apa cerita, aku okay je”. HUHUHU.

Sampai lah satu malam ni, around 11.30pm. Keadaan dah mula sunyi. Aku pun apa lagi, capai tuala and toiletries serta baldi yang penuh dengan kain untuk dicuci. Dalam perjalanan nak ke toilet, kebetulan Ika ada dekat depan bilik dia tu. Dia tegur aku, “Ui, pintu bilik mandi ada banyak. Jangan kongsi satu bilik mandi pulak bila berdua tu” (refer pada kes lesbian aku cakap tadi). Aku pandang Ika, aku sengih je. Dalam hati aku macam, “WHAT!? BERDUA?! BILA MASA?!”. So aku assume yang aku salah dengar.

Sampai dalam bilik air, aku tak ada rasa sesuatu yang mistik pun. Sambil dok belek belek rambut aku depan cermin buat peace & pose bagai nak rak, aku ada dengar someone dalam toilet belakang aku ni. Maybe buang air kot. So aku buat tak endah jela. Aku pun menuju ke shower room paling hujung. Letak toiletries aku dan sangkut tuala belakang pintu. Depan shower room tu macam ada sudut dimana ada banyak paip untuk berwudhuk. Actually asrama aku ada je washing machine. Tapi kena bayar pakai syiling. So aku rasa benda tu macam leceh la.

“Lama jugak budak dalam toilet tu, tak keluar keluar”, bisik hati aku. Tengah syok memberus, aku nampak Ika masuk toilet. Menonong je dia masuk dekat toilet yang ada someone tu. Tak sempat aku nak cakap toilet tu ada orang, terus dia tutup pintu. I was like, “OMG DIA LESBIAN KE??” hurmm mentality aku memang tak boleh pakai langsung time ni. Aku buat tak endah je dan aku assume dia tengah berjimba la dalam tu. Aku pun sambung memberus. Jangan tanya aku eh ada dengar apa apa tak masa mereka berjimba tu. Aku berus pakaian aku guna berus sabut. Kau tahu la berus sabut bunyi dia macam mana, SHRETT!! SHRETT!! Bunyi dia. Berdengung toilet tu bunyi berus sabut aku je. Haha. Selesai mencuci pakai, aku beralih ke shower room. Bila aku selesai mandi semua, aku pun keluar bilik mandi. Sempat jugak aku tinjau toilet Ika masuk tadi, tapi dah tak ada orang pun toilet tu. “Wah, pantas!”, dengus hati aku. HAHAHA. Aku pun bersansur ke bilik, dan terus sidai baju. Settle kerja, aku tidur.

Keesokan hari, aku tanya Ika dia dengan siapa dalam toilet berdua duaan tu. Ika menafikan benda tu. Dia kata lepas dia tegur aku time aku nak masuk toilet tu, dia terus lena sampai ke pagi. Aku mula rasa tak sedap. Aku tanya dia, betul ke kau nampak aku berdua nak masuk toilet tu. Dia cuma jawab, “Kau hati hati la, kalau boleh tak payah mandi mencuci malam malam”. Persoalan dia siapa yang aku nampak? Siapa yang Ika nampak? Seram sejuk jugak aku nak ke toilet lepastu. Tapi……aku degil.

Sampai la satu malam ni, aku nak ke bilik air untuk mandi. Memandangkan semalam aku dah cuci sebaldi baju. So malam ni aku free sikit lah. Tak lama lepastu, aku dengar orang ada orang masuk toilet. Bunyi dia menuju arah sebelah shower room aku. Dia hayun tuala dia sampai boleh tembus shower room aku. Bila aku pandang, guess what?! Bukan tuala tau. Tapi kain warna putih. Syok-syok mandi ni, PAPPP!! Lampu toilet terpadam, serentak bunyi jeritan tah mana datang dalam toilet tu. Aku assume black out je asrama aku tu. Gigih adik meraba raba cari pintu keluar. Tengah meraba raba tu banyak kali jugak aku tersinggung kain dalam toilet tu. Kain apa? Tak tahu. Perjalanan nak ke pintu rasa jauh sangat.

Bila sampai pintu keluar toilet, aku tinjau semua asrama terang benderang. Tak ada black out. Aku cuba pasang suis lampu, lampu menyala seperti biasa. Tapi bila aku tengok dalam toilet tak ada sesiapa pun. “Mana pergi orang yang jerit jerit tadi? Dan mana pergi orang sebelah shower room aku tadi? DAN KAIN SIAPA YANG AKU TERSINGGUNG TADI?”, bisik hati aku. Sambil aku memikir kes tu, aku dah mula rasa sejuk satu badan. Aku menuju ke bilik Ika. Aku ajak Ika tidur bilik aku kebetulan Fara balik kampong. Ika mula-mula macam tak nak, tapi bila aku paksa, dia okay je.

Ika tidur tempat Fara which tingkat atas, aku tidur bawah (katil double decker). Tengah lena tidur, aku dengar Ika menangis tersedu sedu. Ah sudah! Aku tinjau dia, dia duduk dalam keadaan tutup muka dekat lutut tu (maaf taktahu nak explain macam mana keadaan tu). Aku tanya dia kenapa. Dia diam dan nangis. Maken lama dia menangis maken kuat. Sampai aku baca ayat Kursi 3-4 kali depan dia, lama lama tu dia diam. Bila dia diam tu, aku suruh dia tidur. Nasib baik dia bukan kena sampuk ke apa. Huh.

Keesokan pagi tu aku tanya dia kenapa dia nangis. Dia kata masa aku datang bilik dia ajak teman tidur tu, dia ada nampak ada benda belakang aku. That’s why mula-mula dia tolak. Tapi dia kesian dekat aku, dia pergi jugak. Cuma dia tak tahan sampai dia nangis tu sebab benda tu berdiri dekat tangga katil aku sambil tenung dia. Rupa dia? Bila aku tanya Ika, Ika kata lagi baik tak payah tahu. Masa ni belum terjawab lagi hantu jenis apa yang mengikut aku tu.

Start tu lah aku tahu, Ika ni memang jenis boleh nampak punya. Full nampak okay, bukan samar samar. Kesian aku rasa. Tapi dia kata memang dari kecik dia ditakdirkan begitu. And aku ada tanya dia, “Dekat asrama ni, apa je yang kau selalu nampak?”. She said “Poch.” AND I WAS LIKE OKAY LEPASNI AKU TAKNAK PERGI TOILET MALAM MALAM LAGI! SEKIAN TERIMA KASIH. CHOW~

Loading...

7 comments

  1. Aku nak ckp, haa padan la ngn muke ko..degil nak mamposss.. Gi la mandi malam2 lg.. Aku kt hostel dlu mlm2 g toilet pn berlari.. kencing tu pun klu blh nk smbil berlari je.. seram oi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *