Gelang Kaki Berloceng 6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kawan kawan FS. Kalau korang ingat atau perasan aku penulis Gelang Kaki Berloceng 1-5, la ni aku nak cerita part 6 pulak. Actually aku terlupa nak cerita dekat korang before aku tamat pengajian, aku jadi student praktikal dekat satu company area Shah Alam. Company apa dan seksyen berapa aku takmoh kasitahu. Haha.

Aku praktikal 6 bulan dan menyewa di flat. Aku just sewa bilik je untuk seorang. Penghuni dalam rumah tu ada 4 orang termasuk aku. Sikit kan? Yela rumah cik jeww. Huhu. Flat aku sampai tingkat 5. Rumah yang aku menyewa tu tingkat 4. Tak ada lift, engko kena naik tangga turun tangga tak kira malam atau siang, haha. Durjana nya flat tu, block aku lampu tangga dia memang tak pernah menyala. Kalau ada yang menyala pun dia berkelip kelip je. Scary kan? Nasib baik aku ni jenis taknak fikir kan sangat. Kalau tak, setiap naik tangga aku menangis.

Office aku pulak memang dekat je dengan rumah sewa aku. Around 5mins je. Kelebihan tempat kerja aku ni, waktu kerja flexible. Office tu guna bila ada staff nak ambil barang, then chow. Aku je selalu full time dalam office tu sorang sorang. Office aku pulak level 3. Naik tangga jugak ye, tak ada lift.

Dan selalu nanti aku la orang pertama yang akan bukak pintu office, aircond setiap ceruk aku bukak. Bilik aku paling hujung (Perlis), toilet dan surau paling hujung jugak (Johor). 6 bilik staff berderet (Kelantan, Terengganu, Pahang). Kira kalau kau nak pergi toilet dan surau kau kena tempuh bilik yang berderet tu. Training room pulak berhadapan dengan bilik bilik yang berderet tadi (Penang, Perak, Melaka). Hopefully korang faham la position negeri negeri tu eh, hihi.

As a practical student, waktu kerja aku office hour. Lepas kerja tu selalu aku pergi jogging dekat Tasik Shah Alam. Almost everyday. So dah jadi kebiasaan aku naik turun tangga durjana tu setiap senja. Okay, mula cerita dia bila mana aku tengah siap siap nak pergi kerja. Bila sampai tempat kerja, aku macam biasa lah, bukak aircond dan pagi pagi tu biasanya aku akan pasang ayat ayat Quran dalam office tu.

Dalam sejam macam tu, boss aku sampai. Dia bagi aku kerja, dan dia kata dia ada appointment maybe tak balik office dah lepas tu. Dia lepaskan tanggungjawab untuk jaga office tu dekat aku. Sambil aku jawab “okay” tu sambil hati berbisik ‘habislah aku’. Aku nampak boss aku rushing. Bila boss aku chow, tinggallah aku seorang.

TING TONG….!! TING TONG..!! bunyi bell door office aku. Memandangkan pintu office aku tu jenis kaca transparent, memang seluas alam la kau boleh nampak apa apa dekat luar tu. Aku keluar bilik, aku nampak ada sorang budak kecik (perempuan) depan pintu berdiri, lambai lambai aku. Aku pun lambai la balik. Because I thought that girl anak salah sorang staff sini ke apa. Bila aku lambai tu, dia terus lari ke tangga.

Aku nampak dia blah tu, aku tinjau la kot kot ada mak or ayah dia ke. Tapi tak ada pun. Aku buat taktahu aku terus masuk bilik balik. Sapppppp otak aku berjalan dengan jayanya. Aku terfikir ‘HOW CAN SHE PUSH THE BUTTON?!’ Loceng tu tinggi weh. Mustahil budak kecik tu boleh tekan loceng tu. Berpeluh dah aku.

Aku tengok jam dah pukul 4.30pm. Ada lagi sejam nak balik rumah. Tapiiiiii sejam tu macam sehari. Nak masuk Asar, aku pun beransur ke surau. Bila aku nak angkat takbir, aku dengar lagi bunyi door bell. Kalini bunyi dia annoying gila. TINGGG!! TINGGGG!! TINGGG!!! Takdan nak bunyi TONGG! dia punya laju tekan bell tu. Semakin tak khusyuk aku solat. Sampai salam terakhir, loceng tu baru berhenti. Kau bayangkan apa aku rasa time tu. Scary + geram. Scary sebab teringat hal budak kecik tadi. Geram sebab bunyi loceng durjana tu haih.

Bila aku keluar tengok tak ada orang. Aku dah syak dah budak kecik cinonet tadi punya hal ni. Tengok jam dah nak pukul 5pm, aku siap siap nak balik. Shut down computer & aircond, aku rentap bag then chow dari office misteri tu. Tengah tengah nak turun tangga ni, aku dengar ada someone ketuk pintu office aku kuat nak m**i! Perghh menyumpah seranah dalam diri ni wth la nak kacau aku. KENAPA AKU!? Memang tak lah aku nak pandang weh. Mau kejong aku dekat tangga durjana tu kang.

Sampai bawah, aku lega gila bila nampak cahaya matahari. Yela tangga office aku tu gelap sebab memang tak ada ruang untuk tinjau alam luar. Harapkan lampu kalimantang je lah. The best is masa tu aku taka da rasa ada benda mengikut ke apa. Kira masa tu aku rasa memang aku dah selamat la. Lol selamat sangat. Balik rumah, aku siap siap shoot pergi jogging. Balik jogging dalam 730pm, naik tangga flat tu yang berkelip kelip lampunya. Fuhh alhamdulillah tak ada perkara mistik berlaku. (Kahkah saje kasi nervous!)

Malam I think dalam pukul 9-10 macam tu, tak ingat sangat. Aku dapat text dari boss berbunyi begini…

Boss: Lina, you datang office sekarang. I tertinggal kunci office. (memandangkan boss aku tahu aku duduk dekat dengan office)
Aku: Baik boss. (dalam hati was like pahal do kau nak kacau malam malam aku)

Actually memang aku betul betul lupa hal budak cinonet siang tadi tu. Slumber je aku chow ke office. Malam malam macam tu aku tak jalan kaki, aku naik kereta. Tak berani la non jalan malam malam sesorang dibuatnya ada peragut ke penculik ke, naya. Sampai office aku tak ada nampak kereta boss aku pun.

Masa tu aku syak dia naik kereta kawan dia ke apa. Aku pun terus naik office tengok tak ada pun boss tercinta aku ni. Bukan setakat boss, batang hidung manusia pun tak ada. Aku try call boss aku tiba tiba suara perempuan ‘Sorry, please try later.’ Ahha orang tua ni pahal nak m**i kan handphone pulak, dengus hati aku.

Tengah tengah call boss tu, pappp! Lampu kalimantang terpadam. Aku terkejut dan taktahan takut, aku jerit berdengung tangga tu dengan suara aku je. Boleh pecah gegendang telinga aku rasa. Aku dah tak pedulik boss ke apa ke. Untung handphone ada torchlight. Nangis weh aku turun tangga, bukan tipu ni. Dari tingkat 3 tu, korang tolong lah bayangkan huwaaaa! Aku tengok torchlight aku gigil je aku pegang. Turun slow gila takut terjatuh punya pasal. Memang orang kata langkah besar kalau takut, tapi bukan untuk tangga yang gelap gelita. Daripada aku terjatuh dan makan masa nak bangkit better aku turun perlahan lahan.

Hahh, dalam slow slow aku turun tu. Tiba tiba bunyi “STRINGGGG!!!…STRINGGG!!!..” bunyi macam kunci kereta kau seret dekat pemegang tangga yang besi tu. Bunyi dari atas tingkat office aku dan bunyi tu macam ke arah aku (masa ni aku dah dekat tingkat 2). Untung tingkat 2 lampu kalimantang berfungsi dengan baik. Kalini memang besar langkah aku. Setiap setengah tangga aku lompat terus ke bawah. Terer tak? Omg kesian gila aku.

Sampai dalam kereta sambil nangis nangis telefon kawan area Subang Jaya. Malam tu memang aku bermalam dekat sana. Aku taknak balik rumah. Sebab aku tak confident nak naik tangga flat tu pulak. Aku dah lemah semangat. Tak kuat aku nak balik flat, nak hadap tangga flat pulak. Fobia la konon. Malam tu jugak aku cerita dekat kawan aku kejadian yang menimpa aku. Untung kawan baik hati kasi menumpang satu malam.

Keesokan Subuh aku gerak awal ke flat untuk bersiap siap ke tempat kerja. Nak taknak aku kena balik flat untuk tukar baju dan barang barang keperluan aku untuk ke office semua dalam flat. Hurm. Selesai semua aku terus chow pergi office. Dalam perjalanan naik tangga tu, aku berbackgroundkan Surah Yassin dalam handphone aku dengan volume yang cukup meyakinkan aku setan setan durjana ni akan takut.

Bukak pintu office, aircond, pasang ayat quran dalam computer terus aku masuk bilik aku. And guess what…HANDPHONE BOSS AKU ATAS MEJA AKU!!! Kencang jantung aku dupdapdupdap. Macam mana handphone ada dalam bilik ni? Bukan dia tertinggal kunci ke semalam? SIAPA YANG TEXT AKU!?

Tengah aku cemas memikirkan kejadian tu tiba tiba “TINGGG TONGGG!!!..TINGGG TONGG!!..” bunyi doorbell. Terperanjat aku sampai aku sakit kepala la cerita dia. Tengok tengok boss aku, masyaAllah lega gila bila nampak boss rasa nak pelok ehh. Terus aku mengadu dekat boss “boss ada text saya malam tadi? Tp hp boss ada dekat office. Macam mana tu boss?” Boss aku tak toleh ke aku langsung, dia cuma berdehem SAHAJA. Sambil dia berdehem tu, dia menuju ke arah toilet sana. Aku pun syak boss ni dah taktahan nak buang air aku rasa. Aku pun patah balik masuk bilik aku.

“TINGGG TONGGG!!..TING TONGGGG!!” bunyi doorbell lagi. Kalini aku syak staff lain nak ambil document ke apa. Sesampai je aku dekat pintu office tu AKU TERNAMPAK BOSS AKU! Silap masa ni aku tak pengsan je. Lutut dah terketar sambil aku toleh lorong ke arah toilet, aku nampak boss aku jalan ke arah aku. Dilema aku mana satu setan mana satu boss ni? Aku toleh balik dekat pintu office, boss aku lambai lambai aku suruh bukak pintu. Aku toleh ke arah toilet balik, ‘boss toilet’ dah hilang. Cepat cepat aku capai button open dekat pintu tu. Terus aku cakap…

Aku: Boss, maaf lambat. Saya terkejut boss sampai.
Boss: Takpe. I datang ni sebab nak ambil handphone I tertinggal dekat office. Semalam rushing sangat.
Aku: Ohh *dlm hati SIAPA YANG TEXT AKU SURUH DATANG MALAM MALAM TU?

Dekat 2 bulan lebih aku seksa sorang sorang kena gangguan datang tah dari mana sampai la ada budak praktikal baru masuk. Alhamdulillah ada kawan. Start dari tu, kami kalau kena kacau pun setakat budak cinonet yang tah dari mana datangnya. Selalu sangat dia main doorbell tu. Aku rasa office tu mistik sebab jarang berpenghuni. Sampai la dia dihuni dengan benda benda mistik ni. Syukur, aku settle praktikal aku dengan jayanya. Tempat kerja tu memang tak lah aku nak jejak lepasni. First and last. Cuma aku selalu terfikir, siapa la gerangan budak praktikal yang terkena selepas aku tu, huhu. Chow~

*maaf cerita tak ada kena mengena dengan gelang kaki. Kalau nak tahu kenapa, baca cerita daripada part 1 ^^

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

14 thoughts on “Gelang Kaki Berloceng 6”

  1. iye2 jer gambar gelang kaki.. rupanyer bunyi doorbell.. ting ting ting tong..
    serammmm gak bile yang masok tu rupa boss…

    Reply
  2. giler kentang…klu akk..mmg dh pengsan…adooiiii…tang “bos” tu plak ..pagi2 lg dia dh muncul ye…mmg seram laaa…

    Reply
  3. Hampeh punye boss…
    Dahlah opis haunted, tertinggal2 hs plak…
    Dahler antu zmn skrg canggih, leh send sms bagai…
    Menyusahkan org btol aarrr…
    Klu hakak yg kena tu dik, mmg akk dh amukkan boss tu…
    Lengkali jgn nk cuai sgt…
    Huh…!!!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.