Gelang Kaki Berloceng 7

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Aku penulis cerita Gelang Kaki Berloceng 1-6. Latest post aku pasal aku praktikal. Ada yang tanya ‘Tak suspicious ke dengan boss?’ Hmm kita tak terfikir pun boss ada kena mengena dengan kejadian tu. Aku ni kiranya memang percaya la benda benda mistik ni. So nak persoalkan benda tu dari mana, siapa tuannya memang aku surrender. Malas nak pikio haha.

Aku banyak pengalaman kena kacau. Sampai orang kata dah lali. Tapi lali tak lali jugak, bila masa kena kacau tu kalau boleh menangis, aku menangis je. Kahkah. Cuma aku ni tak pernah nampak lagi. Setakat dia menyerupai tu standard lah, selalu jugak aku kena. Tapi kali ni aku tak nak cerita hal tu. Aku nak cerita kejadian selepas aku habis menduduki last paper which is aku dah boleh berangkat dari tempat aku belajar dan juga ‘rumah bawah’ yang haunted tu (rujuk Gelang Kaki Berloceng 4).

Aku dan 4 lagi roommates telah merancang untuk pergi bercuti sebelum masing masing berangkat pulang ke kampong halaman. Kami plan tak jauh pun, Port Dickson je. Sebabnya, kitorang plan last minit. Masa tu pulak dah hujung hujung tahun. Memang fully booked la. Untung kami dapat booked satu bilik. Cuma tak berapa nak istimewa la view dia. Kami kisah apa, nak enjoy punya pasal haha. Mak aku siap pesan lagi, “Jangan terlampau suka ria. Solat jangan tinggal”. Jadi serba salah aku nak huha huha sangat haha.

Sesampai je hotel tu, ‘wahh, selesa betul bilik ni, cantik!’ Bisik hati aku. Kami naik lift tingkat 4 dan terus menuju ke bilik no 48 which is paling hujung. Check in bilik, unpack barang barang. Pemilihan katil sudah pun dibuat. Ika pilih satu single bed, Siti juga satu single bed. Manakala aku, Lia dan Nana berhimpit bertiga. Untung katil king size. Dannnnn of course aku pilih position tengah kan kan haha. Settle hal dalam hotel, kami bercadang untuk bersantai tepi pantai. Posing sana posing sini, hari pun naik senja. Bab bab pantai kalau time time senja ni memang aku tak berani sangat. Jadi, kami pun beransur ke bilik bersihkan diri dan solat maghrib. Then kami pun turun bawah cari makanan.

Malam pertama. Sebelum tidur, kami layan satu horror movie dekat laptop Lia. Berbekalkan lampu bathroom saje masa tu, sebab Ika & Nana ni jenis tidur awal. Kalau bercahaya, mengganggu katanya. Tabiat kawan aku si Siti ni pulak, every single thing yang dia buat dia mesti nak snapchat (masa tu instastory belum wujud). Sampai satu part klimaks ni, kebetulan Siti tengah record movie tu about 10sec je, then dia dengar dan tengok balik hasil recording dia. Terus dia ketuk bahu aku and our conversation was like….

Siti: Lina, kau dengar ni.
Aku: Ha? *blurr sambil capai hp Siti letak ke telinga
Siti: Dengar kan?
Lia: Korang ni kenapa?
Aku: Eh kau ada humming ke tadi Lia?
Lia: Mana ada. Apahal?
Aku: *hulur hp ke Lia
Lia: wtf weh ni suara siapa doh. Bukan suara kita ni. Pahal bunyi dia dekat sangat dekat kita?
Siti: Kau try playback balik part aku rakam tu.
Lia: *Lia playback, kami bertiga dekatkan telinga dekat laptop.
Aku: Tak ada humming pun dalam movie ni.
Lia: Warning kot.

Laju je Lia tutup laptop dia. Kami pun beransur untuk tidur. Aku tak pasti masa ni diorang dah betul betul lena ke buat buat lena. Yang pastinya aku memang tak dapat lena la malam tu. Normal bagi aku sebab jenis aku kalau first night tidur tempat baru, badan dan otak aku akan ambil masa untuk biasakan suasana tu. Tak tahu la kalau engkorang ada jugak penyakit yang sama macam aku. Kalau ada, yeayy sep! Pusing kanan, pusing kiri tetap tak boleh tidur. Dengan otak aku tak habis habis memikirkan suara siapa yang humming merdu bak Meriam Pontianak Harum Sundal Malam tu.

Sambil sambil aku tak boleh tidur tu, aku dengar bunyi langsir dekat sliding door tu ditiup angin. Bila aku toleh, memang ye langsir tu ditiup angin. Tapi, angin tu datang dari mana? Sedangkan sliding door tertutup rapi. Puas aku fikir sambil menatap sliding door yang misteri tu. Entah berapa lama aku menghadap sliding door, aku pusing badan aku arah lawan sliding door. Tiba tiba aku nampak Ika tengah duduk bersila toleh kepala ke arah aku dengan mata terbeliak. Siap dia humming lagu yang sama dalam rakaman Siti. Fuhh masa ni berderau jantung aku. Bila aku nak kejut kan Lia, Ika terus baring balik. Aku tak pasti yang tu Ika atau ‘Ika’. Dekat Subuh aku baru ada perasaan mengantuk nak tidur.

Sedar sedar dah pukul 10 pagi. Memang aku dah rancang untuk swimming pagi tu. Yang aku perasan waktu tu cuma ada Nana saje. Tengah menikmati angin laut mungkin. Aku tanya Nana mana yang lain, dia kata diorang semua awal awal pagi dah turun ke laut. Tak banyak soal dah aku terus ajak Nana turun join aku swimming. Nana pun okay je. Masa dalam lift, aku cerita hal malam tadi dari kes humming tu sampai lah kes Ika terbeliak mata tu. Nana respond dengan senyuman je! Huh.. Sampai level G, pintu lift terbukak. Kami bertembung dengan Lia, Siti, Ika dan NANA! Mata aku terbuntang habis. Aku toleh belakang tengok lift kosong. Siap kena perli dengan budak budak ni lagi, “Berani pulak turun lift sorang sorang?hahaha”. And I was like WEH AKU NAK BALIK!

Fikir punya fikir, aku decided untuk stay lagi satu malam sebabnya esok pagi kami dah nak check out hotel durjana ni. So dah alang alang tu, stay ajelah. Takkan nak spoil mood orang lain pulak tiba tiba nak ajak balik kan. Puas aku pujuk hati ni untuk stay. Mood suka ria aku dah berkurang. Hmm. Aku rahsiakan hal ni pada kawan kawan aku. Dan aku tahu, Ika tahu hal ni. Sebab? Sebab dia kan satu satunya kawan aku yang penuh dengan misteri huhu (rujuk Gelang Kaki Berloceng 5).

Malam kedua. Kami tak layan movie dalam laptop dah, serik. Apa yang kami buat malam tu, kami keluar dari hotel pergi ke tempat yang boleh bersiar siar la area PD sana. Makan ikan bakar, beli ole ole untuk family, macam macam lagi la. Kiranya time ni aku mengubati diri aku supaya lupa akan kejadian yang lepas, fuhh ayattttt haha. Balik hotel, kebetulan aku orang pertama yang sampai bilik dulu. Yang lain masih tergedek gedek berjalan ke arah aku. Aku masuk je bilik tu, aku terperasan ada satu benda I think that one is rambut kot. Sebab aku rasa macam dia perhatikan aku, bila aku pandang, dia hilang. Lebih kurang macam main cak cak la. Tapi sekali je dia tinjau aku, lepas tu dia hilang. Aku agak memang ada benda.

Sesampai je budak budak ni, kami pun mengambil turn untuk mandi. Memandangkan aku orang pertama yang sampai, jadi aku mandi dulu la. Bila aku masuk toilet, aku perasan toiletries semua bersepah. Ada dalam tab, ada atas lantai. Pelik, takkan housekeeping lagi menyepahkan pulak kan. Aku kutip satu persatu, aku susun tempatnya semula. Mujur masa aku mandi tak ada benda pelik berlaku. Selepas turn aku mandi, Ika terus masuk bilik air. Tak tahan nak buang air kata nya. Aku pun biar aje la. Bila Ika keluar, muka dia lain. Aku dah dapat agak. Aku tanya dia kenapa, dia kata ada benda rambut panjang dok ngintai belakang langsir shower tu. TAHNIAH LINA KERANA ENGKAU DAH BERMANDI MANDA DENGAN SI DIA TADI HA-HA-HA -____-

Niat hati nak datang sini nak bercuti. Tapi rupanya kena hati hati, hmm. Aku cuma berharap masa berlalu dengan pantas, AKU NAK BALIK! Kami betul betul letih malam tu, jadi kami semua tidur awal. Sedap sedap aku tidur, aku rasa selimut aku ditarik. Aku duduk, pandang kaki aku, siapa pulak yang tarik selimut ni? Bisik hati aku. Yang lain memang tak sedar langsung. Tiba tiba bunyi tombol pintu hotel tu macam ada orang bukak. Aku turun katil, and guess what? AKU NAMPAK PINTU TU TERBUKAK!! Angin luar bertiup masuk bilik membuat aku bertambah meremang. Siapa yang tak tutup pintu tadi ni? Takkan ada perompak kot dekat hotel ni? Aku pergi dekat pintu tu, aku terbau benda wangi sangat. Tapi aku tak terpedaya. Cepat cepat aku tutup pintu balik. Masa aku nak menuju ke katil, aku nampak Lia dekat balkoni. Aku pun join dia la. Masa ni Lia dok belai belai bunga kaler merah dekat tangan dia. Mana datang tu aku tak was was pun. Sebab kawasan hotel kami memang banyak bunga tu. Jadi, perbualan kami seperti….

Aku: Lia, siapa yang keluar bilik tadi? Pintu depan tu tak tutup. Bahaya weh. Kita ni anak dara semua..
Lia: Aku lupa nak tutup pintu. *sambil cium bau bunga
Aku: Kau pergi mana? Risau aku, aku ingat perompak ke apa.
Lia: Aku pergi car park, letak bunga ni dalam kereta kita. Wangi.
Aku: Ohhh. Okayla, aku sambung tidur. Jangan lupa tutup sliding door tu.
Lia: *senyap..

Esok pagi, siap siap untuk check out. Kami terus menuju ke car park. Masuk kereta, perghhh harum gila bau bunga si Lia ni letak. Perbualan kami pun macam ni….

Nana: Apesal banyak sangat buka dalam kereta ni woi? Korang ada beli bunga ke semalam?
Aku: Kau tanya Lia apa kerja dia malam tadi.
Lia: Eh, pahal aku pulak?
Aku: Kau yang kata dekat aku malam tadi kau letak bunga ni dalam kereta.
Lia: Banyak lah kau. Kau ni daripada dulu pelik pelik (KAHKAH)
Aku: Ha? Bukan kau ke malam tadi…..
Ika: Dah dah.. sekarang ni bilik kita check in tu memang berhantu.
Aku, Nana, Lia, Siti was like WHATTTTTTTT?!!

Ika kata, bilik tu sebenar dah lama tak berpenghuni. Maybe yang kacau aku tu ‘penghuni’ ghaib dalam bilik tu. Ika nak bagitahu kami, tapi Ika tak sampai hati nak rosakkan holiday kami. Yela, lepas ni semua dah buat haluan masing masing. Nak jumpa mesti susah. Jadi Ika tutup dulu cerita ni daripada kami. And ada satu point daripada Ika yang buat aku tak boleh lupa. Ika kata, ‘Tapi aku pelik, kenapa korang boleh happy dalam bilik hotel yang penuh dengan sawang dan tak berlangsir serta fasiliti tak berapa baik’. OMG KESIAN GILA KAMI. Untung tak ada selfie dalam bilik. Kalau tak, mau kejong semua dalam tu. Metro muka surat depan aku rasa. Jangan tanya hotel mana. I takmoh kasitahu, bahaya.

*pulangkan gelang kaki manik hijau saya admin 

12 thoughts on “Gelang Kaki Berloceng 7”

  1. Aku perasan jugak cerita gelang kaki berloceng part 6 tu guna gambar kaki patung pakai gelang kaki tu..dah la ade 1 lagi cerita pakai tajuk yang sama..konfius aku..hahaha…

    Reply
  2. imaginasi IKA kot yg bsawang xde langsir tu.. xkn la hotel nk bagi bilik gitu? mungkin laa..huhuu seram weh.. mohon PM tepi nama hotel n No.Bilik.. sbb slalu jgk bcuti kt PD 🙁

    Reply
  3. Kalo dh nmpak bersawang naper ika tu x g tanya pihak hotel je? Ntah yg bg kunci bilik kt korang pn misteri huhu…x pn diorg mmg bg bilik lain tp benda tu bwk koranh gi situ …maybe lah ^_^

    Reply

Leave a Comment