Kawan ni tak suka mukadimah panjang-panjang ni. Sebab dah selalu baca cerpen, jadi mengerti sudah perasaan baca intro berjela-jela. Maka cerita ni bermula di instituisi kolej di utara tanah air. Kira-kira tujuh ke sembilan tahun lalu (tudia). Pada ketika tu kami pada malam hari memang tiada aktiviti. Pelajar bebas melakukan apa sahaja, dari menyiapkan kerja tutor yang terbengkalai sehingga bersembang lebat sesama sahabat.
Kawan ketika itu terperuk di bilik study blok asrama berkira-kira sama ada menyiapkan report lab atau berpura-pura busy dengan “walkman” di telinga. Tidak semena-mena pihak pengurusan kolej membuat latihan kebakaran atau “fire drill” bak kata manusia barat secara mengejut. Maka berbondong-bondonglah kami ke dataran di mana tempat seringkali diadakan perhimpunan “outdoor” dijalankan. Kalau perhimpunan rasmi kami buat di dewan. Seperti lazimnya latihan kebakaran, laluan kecemasan, cara-cara memadam api juga langkah-langkah keselamatan adalah intipati ceramah yang diterima secara paksa rela oleh kami.
Ramai yang mengeluh mengenangkan kerja-kerja terbengkalai dan semestinya ramai yang mengantuk bila latihan yang sejak pukul 10 malam jejak sehingga pukul 12 tengah malam. Dalam suasana bosan berselang lawak2 hambar pakcik bomba yang cuba menaikkan suasana riang di dataran. Mata kami mula menikmati keindahan langit yang dipenuhi bintang bergemerlapan. Tiba-tiba sebutir tahi bintang melintas atas kami. Bersorak dan bertepuklah kami beramai-ramai kerana jarang sekali tahi bintang melintas. Tahi orang mungkin selalu.
Kemudian tahi bintang kedua pula. Seterusnya ketiga, keempat dan berterusan hingga berbelas banyaknya. Keadaan di dataran semakin galak bila mana setiap kali tahi bintang melintas setiap kali itu kami bertepuk dan bersorak. Tapi keadaan makin pelik bila tahi2 bintang tu seperti melintas di keempat-empat penjuru kami. Kiri, kanan, depan dan belakang. Semua nampak seperti fenomena biasa yang dinamakan “meteor shower” sehinggalah tahi bintang terakhir melintas di hadapan dataran yang mana terletaknya perpustakaan kolej. Besar dan berasap persis bunga api ketika sambutan kemerdekaan.
Ketika itu lah seorang pelajar perempuan menjerit kerana histeria. Pakcik bomba mengarahkan anak buahnya untuk mengawal pelajar tuu. Tapi kemudian pelajar lain pula yang kena. Berjangkit dari seorang ke seorang yang lain sehingga keadaan di dataran ketika itu huru-hara. Felo meminta pelajar lelaki untuk melaungkan azan. Tapi makin dilaungkan azan makin banyak pelajar yang kena histeria. Malam itu sahaja beratus-ratus pelajar perempuan histeria sehingga kami pelajar lelaki terpaksa membantu. Kerana kudrat mereka yang luar biasa.
Bayangkan kawan dan seorang pelajar lelaki yang lain terpaksa memegang seorang pelajar perempuan bertubuh kecil tapi kudratnya luar biasa. Kami berhempas pulas untuk membawanya ke masjid di mana rawatan dijalankan. Keadaan di masjid bagaikan medan perang bila perawat-perawat luar dijemput datang kerana kurangnya tenaga perawat di kolej. Ustaz sudah buntu malah ada di antara kami yang punya sedikit ilmu turun membantu. Benar atau tipu wallahuaklam. Bertaburan garam, biji-biji tasbih juga lada hitam di lantai masjid. Kami pelajar lelaki diminta untuk membaca Surah Yassin di masjid manakala pelajar perempuan di dalam bilik. Mereka sama sekali tidak dibenarkan berseorangan.
Apa yang kawan perasan suasana kolej ketika itu begitu panas. Walapun malam itu berangin. Kawan malam itu sahaja berulang-ulang membaca surah yassin sehingga tiga kali di dalam. Sehinggalah ketika bacaan ketika kawan merasa ada hembusan angin kuat dari arah kiri melintas dan lantas seorang pelajar perempuan terkena histeria untuk kali kedua. Meremang bulu roma kawan dan lantas kawan menghabiskan bacaan yassin dan balik ke bilik. Rupa-rupanya kawan tidaklah seberani mana.
Histeria berlarutan sehingga sebulan. Dalam bilik kuliah, dalam makmal, ketika riadah petang hinggakan ke malam hari. Sebulan itu, kolej kami dalam langkah berjaga-jaga. Bacaan quran diputar di corong masjid hampir 24 jam. Itulah serba sedikit cerita histeria besar-besaran yang berlaku di kolej tempat kawan belajar dahulu. Mungkin kerana kolej ketika itu masih baru dan dibina atas bekas hutan. Maka ada penghuni lama yang masih tidak berganjak.
Moral of the Story, jangan bergalak ketika fire drill. Mana tahu esok2 dapur terbakar.
Sekian
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
What the??? ? ?
kondem org lah kuat kau ni..bace je la..xsuke blah..cepuk kang
Yg berapi lalu tu ada org hantar tp angin kencang jadi terkena dekat pelajar lain. Moral of the story jika nk pandang sesuatu tempat even hari mlm, kena berselawat. Insha Allah xkena
Kmk!!!!!
KMK!! Aku ada time tu..
KMK kann. Sy student 2016/2017 ?
Punchline sampai. Terbaik!
Hahaa..tahi bintang last yang paling besar pastu pecah2 mcm bunga api..panjang lg kisah..dgn dak lelaki brsilat…prempuan pegi dkat dewan atas gym tgh2 mlm time histeria tu..
Mangsa! Kolej Matrikulasi Kedah batch 2009/2010 nih.
kondem org lah kuat kau ni..bace je la..xsuke blah..cepuk kang
Block c1 tingkat tiga ke empat yg bertentang dengan blok B1. Bilik tu guna lagi x sekarang? Masa kami batch 2008/2009 dah tak pakai.. bilik kami blok b1 tingkat 4 so bertentang dengan bilik blok c1 yg tak digunakan tu.. katil saya pulak tepi tingkap.. selalu menghadap bilik tu.. dulu jenis pesyen malas tutup langsir.. malam malam jer nampak gerak gerak langsir bilik tu.. pakej dengan cermin bilik tu yg besar dan panjang.. duk nampak mcm kelibat org lalu lalang ja dalam bilik tu..
Batch2 yg baru ni..blik2 kt tingkat atas skali dh ade pkai x skrang..haha
Batch last year , block c bilik atas tu tak penuh pun dgn student ada bnyk bilik kosong
Hahahaha..ade citer yg tingkt 4 punye
Kenapa dgn tingkat 4 tu .saya dulu budak kmk tahun lepas batch 2016/2017 .ada jugak dgr dak2 ptd cita sbb saya duduk block c tingkt 3 diorang cita ada kes b***h diri
Crita sal tingkat 4 tu dgr dr senior lepas2 gak…senior yg sblum kjadian ni…tp xtau la betol ke tidak
Aku pun ade sini, first so call tahi bintang tu aku nampak dekat blok b dan c, benda ni lintas atas kepala kami-kami yang berbaris nak ke dataran tu. Cahaya dia macam flash kamera tuh. Tapi yang pasti dekat kolej ni banyak jugak penampakannye.
Apa maksud bergalak?
Over excited la lebih kurng mcm tu mksdnya..
huhu… sape nk sngka.. rupenya tahi bintng ada y mngundang pdah..
penah dulu msa kecik aku jln nk blik rmh dgn mak dan adik aku, nmpk mcm tahi bintng terbang rendah la.. aku dan adik aku siap tnjuk2 tegur..
mak aku kata ada org nk tuju ilmu, tp klu org tgur besenya ilmu dia tu xjd nnty..
owh…kalau org tegur benda yg nak di tuju ilmu tu benda tu xjd erk?baru taw..info nie..hihi
I not understand this story😅