Saya ialah seorang penari di Kampung Budaya yang terletak di Indonesia. Panggil saya Yan. Bagi saya untuk menjadi penari tradisional ni kena ada kekuatan mental yang tinggi dan harus sedia dalam apa jua keadaan. Well easy to say , kena get ready on time and practice sampai kita rasa yakin dengan persembahan kita kan. Jadi tidak kira lah siang atau malam. Mesti ramai yang ingat penari tradisional ini sangat best dan menarik kan ? Tapi tidak bagi saya. Mari saya ceritakan kenapa.
Saya ni jenis yang on time kalau melakukan sesuatu perkara. Jadi selaku ketua kepada pasukan atau sebagai wakil kepada kelab kebudayaan ini saya memang agak strict sikit kalau bab masa ni. So bagi mana-mana ahli kumpulan yang lambat masuk or salah step ( kena fasih dengan step pada hari itu juga ) saya akan ajar sehingga mereka faham dan mengambil tindakan ( selalu ceramah atau mengugut gaji kena potong , well jahatnya saya hahaha ) . Saya tahu ramai yang marah dekat saya , tapi , tidak mengapa saya faham. Tetapi mereka pun kena faham tanggungjawab saya dan saya diamanahkan untuk mendisplinkan mereka.
Back to the topic , semuanya bermula semenjak kami mendapat khabar mengenai seorang ahli baru. Nama dia Alya ( bukan nama sebenar ) . Alya ni seorang pendiam namun dia agak friendly bila tamat kelas tetapi di tempat kami berlatih dia memang sangat senyap dan tidak berbicara satu patah perkataan pun. Bila ditanya dia hanya mengangguk dan menggeleng , kadang-kadang tu dia langsung tak jawab apa-apa. Pelik tapi itu lah Alya. Mungkin dia hendak fokus lah tu. Kami sentiasa bersikap positif dengan dia kecuali Tasha ( bukan nama sebenar ). Tasha ni agak menjengkelkan orangnya. Dia ni boleh dikatakan si mulut celupar lah dekat sini. Agaknya dia dengki kot sebab kawan-kawan kami yang lelaki mula rapat dengan Alya.
Pada suatu hari , kami mendapat khabar bahawa kelab kami dipilih untuk membuat persembahan di hotel. Dengar kata untuk majlis makan malam. Kami pun sangat teruja kecuali Alya. Dia hanya mendiamkan diri. Tasha ni pula tergedik-gedik macam cacing kepanasan bila dapat berita itu. Dia punya lah tak sabar. Jadi saya membuat keputusan untuk membuat latihan mulai malam esok. Mereka pun setuju sebab majlis ini diadakan pada 4 hari yang akan datang.
Saya pendekkan cerita. Sesudah sahaja semua sampai di tempat latihan , kami pun terus memulakan latihan kami dengan warming up dan berlatih ( oh ya lupa , kami memilih tema tarian orang jawa dan half Malaysia ). Selesai sahaja berlatih , saya melihat Alya termenung. Saya pun pergi menyapa dia. ” Alya , are you okay ? Is there anything wrong ? You can share with me if you want .” Lalu dia pun menjawab , ” No thanks. Im okay and everything is fine .” Alya pun berlalu pergi meninggalkan studio itu.
Macam biasa , saya ialah orang yang terakhir keluar dari studio tersebut. Sebelum saya keluar , saya seperti terpijak sesuatu. Saya pun hairan gelang siapa pula yang terjatuh dekat lantai ini. Tanpa banyak soal , saya mengambil gelang itu dan berlalu meninggalkan studio itu. Esok sahaja lah saya memberikan gelang ini kepada pemilik dia.
Dalam perjalanan ke tempat parking , saya rasa seolah-olah diperhatikan. Saya pun menoleh namun tiada siapa pun disitu. Saya mengorak langkah dengan sangat cepat dan terus masuk ke dalam kereta. Saya berasa agak lega sedikit. Mungkin saya keletihan dan tidak cukup rehat.
Sampai sahaja di rumah , saya pun terus menghempaskan diri di atas katil itu , maklumlah saya tinggal keseorangan disini. Rindu pula rasanya nak balik Malaysia. Saya pun memejamkan mata sebentar selama 5-6 minit. Selepas 5 minit , saya pun pergi mandi.
Setelah selesai mandi , saya pun terus mengambil komputer riba dan menyambung cerita korea yang saya download minggu lepas. Saya ni peminat drama korea . Tanpa saya sedari jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Saya pun menguap banyak kali dan nampaknya mata dah nak tidur. Saya meletakkan komputer riba di sebelah tempat tidur dan terus memejamkan mata. Beberapa minit lepas itu , saya dikejutkan dengan bunyi hentakan yang sangat kuat di bahagian dapur , seolah-olah bunyi kerusi jatuh. Saya pun bangun dan pergi menjenguk. Saya on suis dapur namun keadaan di dapur seperti biasa sahaja. Tiada apa pun yang mencurigakan. Saya pun tutup suis itu , tetapi masa saya hendak pergi ke bilik , saya terhidu bau yang tidak menyenangkan di merata tempat. Bulu tengkuk saya meremang seperti ada ‘sesuatu’ dibelakang saya. Saya pun membuka langkah tanpa menoleh ke belakang. Saya terus menutup pintu bilik saya dan menutup mata dan juga berharap agar itu hanya adalah imaginasi saya sahaja.
Namun sekali lagi saya terhidu bau kemenyan yang sangat kuat dan saya berdoa di dalam hati agar apa pun benda itu , dijauhkan dari saya. Saya membuka mata saya perlahan , kali ini saya terkejut apabila melihat beg galas saya mengeluarkan asap dan baunya seperti bau kemenyan. Saya pun perlahan mengorak langkah dan memberanikan diri untuk memeriksa beg galas saya.
Saya mengeluarkan semua barang di dalam beg galas saya itu. Setelah diperiksa , rupanya gelang itu yang mengeluarkan asap. Nampaknya pemilik gelang ini bukan biasa-biasa orangnya. Saya terdiam seketika , dan dalam beberapa saat , lampu bilik saya terpadam.
Saya menjerit dan berdoa agar tidak diganggu. Saya dikejutkan lagi dengan bunyi suara perempuan seperti suara seorang nenek dan dia berkata “kembalikan gelang pusaka ku “. Aku pun terus berkata ” Akan ku kembalikan gelang ini kepada pemiliknya dan janganlah engkau mengacau ketenteraman ku disini . Pergilah kau “. Suara itu diakhiri dengan bunyi ngilaian dan ketawa seorang nenek-nenek. Aku bersyukur kerana lampu bilik ku hidup kembali dan keadaan menjadi tenang. Sepanjang itu aku hanya memikirkan siapakah empunya gelang ini. Saya mengesaki Alya. Mungkin memang dia yang punya.
Keesokkan harinya , saya mendapat khabar mengenai Alya. Dia mengalami kemalangan yang sangat parah dan kehilangan kedua-dua kakinya. Saya dan rakan-rakan sempat melawatnya sebelum latihan. Maaf saya pendekkan lagi cerita . Setelah selesai latihan , saya menanyakan kepada mereka , ” Sesiapa disini ada kehilangan gelang ?” . Mereka semua menggelengkan kepala. Saya menjadi hairan. Siapa pula pemilik gelang ini ? Mereka pun meninggalkan studio dan macam biasa , saya ialah orang terakhir yang tinggal di studio.
Namun selepas beberapa minit lepas itu , Tasha kembali dan bertanya , ” Dimana kau letak gelang itu ? kembalikan dekat aku. Itu aku punya dan kau jangan banyak soal sebab itu harta pusaka nenek aku dan diamanahkan untuk menjaga aku . Kau ingat , kalau kau dedahkan kepada sesiapa mengenai perkara ini , aku akan pastikan hidup dan tidur kau tak lena .” Aku pun terdiam seketika dan jawab ,” Jangan risau , itu bukan masalah aku. ” Tasha pun berlalu pergi dan dalam masa yang sama aku menjadi agak ketakutan dan lemah. Tetapi aku menguatkan kembali semangat aku dan menjalankan hidup seperti biasa.
Dan aku rasa , perkara ini ada kaitan dengan kemalangan yang menimpa Alya sehingga menyebabkan dia kehilangan kedua-dua kakinya. Hanya Tuhan yang tahu apa yang sebenarnya terjadi. Sampai sini sahaja lah cerita yang saya hendak sampaikan. Jadikan pengajaran. Selamat membaca.
Sekian terima kasih.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
wow plot twist !