Menginap di Genting Highland, Gigi Jadi Jongang

Sewaktu umur aku 18 tahun aku kenal dengan seorang lelaki yang kini sah menjadi suami aku. Sebelum sebelum ni aku memang banyak teman lelaki tapi masing-masing bukan jodoh aku dan kerana ramai teman lelaki lah juga aku dapat kenal sifat dan sikap lelaki yang hanya segelintir sahajalah yang acuh dan tak acuh untuk hidup bersama kita selamanya. Akhirnya aku bertemu jodoh aku. Sebenarnya bukan ini yang aku nak kongsikan sebaliknya, kisah masa aku dan suami bercuti di sebuah hotel di Genting Highlands. Rasanya tak perlulah aku sebut tapi yang mana. Siapa pernah pergi mesti tahu kan antara hotel-hotel yang murah kat genting tu?


Kami bernikah tahun 2009, bulan April. Jadi suami aku ni masa tu kerja biasa aje di kedai runcit ulu yam dan kami pun masa tu menetap di ulu yam bharu. Siapa duduk situ mesti tau betapa dekatnya genting dengan ulu yam. So, nak pergi tu tak ada masalah. naik motor je lah kami masa tu. Suami dah tempah bilik bahagian bawah awal-awal tapi malangnya penuh dan tinggal bilik-bilik atas aje yang kosong. Masa tu nak atau tak suami terima sebab dah janji dengan aku nak bawa berehat erti kata orang baru-baru kahwin honey moon lah. Aku pula jenis dah janji harus kau tepati kalau tidak mencukalah  jawabnya. Tapi masa tu pun aku tak sedap badan dan tak seronok, nak bersuara nanti bila lagi nak pergi sebab kedai runcit payah cuti dan dia pun pekerja yang disayangi untuk bos dia buli (paham-paham sendirilah bila jadi kuli). Berangkatlah kami petang jumaat selesai dia hantar barang kedai dan minta kerja halfday masa tu. Macam aku bagi tau tadi kami hanya naik motor. Motor 125z masa tu, itu pun pinjam motor adik dia. Sampai dihotel tu nak dekat-dekat gelap dah pun dan suami aku pun telefon tokey cina yang dia kenal tu untuk bincang pasal bilik tu tadi.


Tokey cina tu pun bawalah kami berdua ke bilik tu dan aku tak ingat tingkat berapa dan yang pasti tingkat yang tinggi sekali sebab bunyi anginnya pun kuat dan memang sejuk betullah masa tu. Ok! Lepas tu tokey tu minta ic dan duit depositlah macam biasalah bila kita menyewa kan. Selepas dia bagi kunci dan dia pun blah dari situ kami pun masuklah dalam bilik tu. Masa tu aku ada nampak kasut kat bilik sebelah jadi pemikiran aku takdalah kami berdua aje yang duduk bilik tinggi-tinggi macam ni. Kami pun masuklah dengan rasa happy tak happy masa tu. Aku dengan kegatalan mulut serta celuparnya mulut masa tu pergilah cakap kat suami aku, “abang, bilik ni macam bilik yang direnovate jer. Macam tandas, kan?” Suami aku pun balalah apa yang aku cakap, “mana ada. Kalau iya pun, diam-diam sudah.” Kan dah kena marah. Padan dengan muka aku pun masa tu. Tapi mulut ni tak berhenti jugalah nak balas pun. “Abang tengok betul-betul. Ini paip yang biasa kita tengok dalam toilet, kan? Ish, seramlah! Entah-entah bilik ni dulu memang tandas. Lepas tu ada kisah mati dalam ni, sebab tu dia buat jadi bilik nak ubah semua,” selamba aje time tu mulut aku. Suami aku terus diam malas mungkin nak bersoal jawab dengan aku. Terus dia suruh aku pergi cuci badan segala bagai dan aku pun turut perintah ajelah.


Selesai cuci muka badan pun dah bersih, aku pun sarung baju. Aku ke meja solek nak tengok-tengok muka sikat-sikat rambut konon, masa tu suami aku atas katil lagi penat sangat kot masa tu. Yelah bawa motor mahu tak penat, berehat tidak, apa tidak, ikut pulak kemahuan isteri. Penatlah kan. Masa aku pandang cermin buat pertama kali aku tengok OK ajelah muke aku dan aku pusing kat suami aku nak tengok dia terlelap ke apa.

Masa aku berpaling semula muka kat cermin, memang terkejut aku tengok muka aku berubah; bergigi sedikit jongang dan nampak macam tua-tua kulit aku waktu tu. Aku cuba gosokkan mata aku, kot-kot khayalan aku aje. Sebab penat duduk atas motor tadi. Tapi apa yang berlaku lepas tu memang buat aku terus berlari melompat atas katil. Semakin lama aku lihat wajah aku dalm cermin tu, bukan sahaja jongang dan berkedut, bahkan kulit aku jadi kusam dan gelap betul! Memang taklah aku nak hadap cermin tu sekali lagi. Terus aku melompat sebelah suami aku. Dia apa lagi, terkejutlah tetiba aku melompat. “Ayang dah kenapa?” kena marahlah aku masa tu. “Abang tengok ayang sekarang ni jongang tak?” soal aku, “tadi ayang duduk kat cermin tu. Ayang pandang muka ayang buruk sangat. Jongang, kulit berkedut, lepas tu makin lama makin gelap.”

Suami aku terdiam memandang aku dengan muka yang pelik. “Khayalan aje tu. Iulah, tengok lagi cermin lama-lama!” Aku dengan masih tak puas hati ajak dia sekali pergi ke cermin tadi, “meh abang tengok,” masa tu pun aku masih memandang gigi aku jongang, tapi tak lagi berkedut dan gelap. Laju aje suami aku pusing kepala aku hadap muka dia, “dalam tu ayang nampak…” terus dia diam dan tarik aku ke katil. Hati aku dah tak seronok dan memang rasa nak balik je. “Abang, jom balik. Rasa tak seronoklah.” Angin pun lagi kuat bunyinya di luar walaupun tingkap tak berbuka. Pantas suami pujuk, “alah, kita tak kacau dia, kan?”

Elok saja lepas suami aku cakap macam tu, PAP! Lampu terus terpadam dan syukurlah dekat handphone ada torchlight. Dapat pasang terang sedikit. “Abang, jomlah balik!” aku pujuk lagi, “abang, ayang risaulah.”

Suami aku pun masa tu muka dah cuak tapi masih konon-konon cool, “orang sebelah kan ada? Dah, jom keluar jumpa owner dia. Boleh periksa kot, sebelah pun terpadam.” Aku pun angguk ajelah walaupun hati dah paksa-paksa berambus dari situ. Buka aje pintu kawasan koridor, ada lampu liplap-liplap dan bilik sebelah pun nampak gelap. Kasut yang ada tadi dah tak ada semuanya, sedangkan sebelum keluar bilik kami dengar suara gelak-gelak macam ada pasang television pun ada. Suami pun apa lagi, terus tarik aku turun jumpa tokey tadi dekat kedai runcit dalam hotel tu. Terus dia cakap tak jadi tidur, mahu balik. Urgent katanya dan minta tokey tu periksa bilik, lampu OK atau tak. Naik semula ke atas, semua OK. Tapi bilik sebelah kami tanya tokey tu sama ada orang ke tidak, tokey tu jawab tak ada orang dari sebelum kami masuk pun.

Suami ambil barang-barang, serah kunci, ambil ic, terus keluar turun balik ulu yam. Tak jadi nak honeymoon ke apa dah masa tu. Sepanjang perjalanan tu kami masing-masing senyap sebab takut risau semua ada. Tambah-tambah pula hutan keliling tepi kiri kanan dan waktu pun malam dah. Sampai di rumah, basuh kaki, masuk rumah baru suami aku cakap,” masa ayang melompat atas katil tu, abang tengok muka ayang sebijik macam orang tua gigi jongang. Abang cepat-cepat beristighfar dalam hati. Pejam mata, celik balik, baru nampak muka ayang. Itu pun macam jongang-jongang sikit.” Aku diam aje tak nak bersuara. “Itulah ayang mulut lancang sangat tadi!” Sesungguhnya memang aku kesal bermulut puaka tadi. Nak tidur memang aku peluk suami aku kuat-kuatlah pastikan itu betul laki aku.


Esoknya aku tanya suami aku, gigi aku masih jongang ke? Jawapan dia, “masih jongang.” Lepas beberapa hari baru aku dan suami aku lihat perubahan semula muka aku kembali elok. Ingatlah, jika dah masuk tempat orang, mulut dan adab haruslah dijaga. Serik aku. Ini aje kisah aku honeymoon tak jadi plus muka aku berubah. Jika ada rezeki disiarkan kali ini, thanks sangat-sangat kepada admin dan aku akan kongsi pula masa aku duduk dan kerja di Genting Highlands sebelum kahwin. Itu pun jika ada yang berminat nak baca.

OK, selamat membaca!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

40 thoughts on “Menginap di Genting Highland, Gigi Jadi Jongang”

  1. Ko ni pun gedik gila, mula nak g even berat hati pun lpstu da sampai nak balik. Aku harap ko memang da berubah la mulut x lancang klw masuk tempat mcm tu

    Reply
  2. Akak xbole bayang klau korang tido kat bilik tu malam tu..berani btulla..adhoc punya bilik korang dapat last minit.

    Pada akak..pcy pada kata hati.klau da rasa xsedap hati tu better xya teruskan..something goes around somewhere will goes happen..tunggang tblik da ayat akak? ikutla korang fhm.ker x.so…sebelum yg buruk bakal terjadi elok elakkan.sebab klau da jadi xguna dah.

    Citer best.cuma typo tu fenin sikit.kipidap.share lg keh

    Reply
  3. nasib kau balik dik.. kalau tunggu lama mau kau kena set jumpa dentist sebab nak kena pasang bracess.. hehe.. btw mana kak yulie.. aku da letak gravatar aku sendiri.. khas untuk kak yulie.. tapi tak full la.. nnt kang tak pasal singkong rindu akak mami dia ni memalam.. haha

    Reply
  4. Seram.sampai terbawa2 ke rumah.mesti jin tu ikut balik.sebab tu walaupun dah balik dr genting muka sis still lain kan.hotel tu macam pangsapuri ke?teruskan menulis pengalaman sis.tak sabar nak baca next story.

    Reply
  5. pasal cermin memang aku sendiri pun trauma. kt rumah bilik air aku xpasang cermin, dalam bilik aku letak cermin yang tidak setentang dengan katil.

    Reply
  6. NEK DLU GI GENTING DOK KAT 1ST WORLD…BERHANTU KE TAK ERK KAT SANA? PLAN NAK GI LAGI…KALI NI NAIK PENYAPU JE…YIHAAAAA~~

    Reply
  7. stressnya… tetiba berhari2 plk baru nk jd ok muke ni huhu

    so, owner tu mmg renovate ke bilik tu??

    penginapan kat mana ek di GH ni

    Reply
  8. Mesti penatnya lahai suami layan karenah dia. Ha tulah lain kali mulut tu jangan celupar 👻 Cha bagi 7/10 keep it up 😎!

    Reply
  9. 1 je aku nak komen, ko kena lebih menghargai suami ko. Dia byk berkorban utk tgk ko bahagia sbb dia ikhlas sygkan ko. Perangai tu matang la sikit ya. Kalo aku suami ko, dh lama mulut ko aku sumbat dgn stokin. Tq kerana sudi membaca komen ni

    Reply

Leave a Comment