Nenek Batu

Assalamualaikum semua pembaca FS. Kali ini Mira Maira nak menceritakan sesuatu yang berlaku kepada seorang adik saudara. Namanya Finah. Kejadian ini berlaku sewaktu Finah berumur 2 tahun kalau tak silap. Maaf kalau kurang seram.

Finah adalah seorang budak yang sangat comel. Gayanya, dengan rambutnya yang kerinting serta tutur percakapannya selalu buat semua orang terhibur. Dia ni sangat berdikari. Kalau berjalan, dia suka jalan sendiri, tak nak orang pimpin. Dan disebabkan perangai dia yang macam itulah sesuatu berlaku kepada dia…

Pada hari kejadian ni, ibu dan ayah Finah membawa dia dan abangnya Aris pergi ke sebuah chalet yang terletak di salah satu kawasan terpencil di Negeri Sembian. Hajat ke chalet tu adalah untuk menyambut hari lahir anak kepada kawan ayah Finah ni. Setelah majlis sambut hari jadi itu berakhir, hari pun sudah larut malam. Ibu dan ayah Finah serta abangnya pun bersiap untuk angkat segala barang2 dan berjalan keluar dari chalet untuk menuju ke tempat parkir kereta. Seperti biasa, si Finah ni berjalan tak nak pimpin tangan. Berkali-kali ayah dan ibunya tarik tangan dia supaya dipimpin, tetap dia melepaskan diri. Nak didukung, tangan pula penuh dengan barang2 yang lain. Berjalanlah si kecil ni seorang diri di belakang ayahnya. Tiba2…

“Adoii…!”

Ayah Finah yang lagi tadi jalan didepan pun menoleh kebelakang. Terlihat si Finah ni jatuh tersungkur.

“Itulah, ayah nak pimpin, tak nak. Kan dah jatuh! Sakit tak? Boleh jalan?”

“… chakit (sakit) ayah… Finah tak leh alan (jalan)… pain..” Jawab Finah dengan tuturnya yang pelat.

Ayah Finah terus letakkan barang-barang atas lantai dan terus mendukung anaknya. Dia pun mula panggil isterinya dan Aris untuk tolong angkatkan barang-barang tadi supaya dia boleh dokong Finah. Dia perasan, sewaktu nak dukung si Finah, dia rasa macam berat sangat si kecil ni. Padahal, Finah budak yang kurus.

Sepanjang jalan Finah merengek. Sakit kaki, katanya. Dari didukung ayahnya, Finah beralih dipangku oleh ibunya didalam kereta. Masih juga dia mengaduh. Ibunya pun cuba mengurut-urut kaki Finah yang dikatakan sakit. Bila saja dia sentuh kaki anaknya, tiba2 badan rasa meremang!
“Ada yang tak kena ni,” bisik ibu Finah didalam hati. Sepanjang perjalanan ke rumah, mulut ibu Finah tak berhenti membaca surah-surah lazim.

Sesampai saja di rumah, si Finah masih tak boleh berjalan. Kelihatan kakinya yang sakit tu sedikit bengkak. Ibunya terus mendokong Finah dan bawa dia ke dapur. Kebetulan, ibunya teringat yang dia ada mendapatkan air yang telah dibacakan surah2 tertentu dari seorang ustaz tempoh hari. Air itu ada tersimpan di dapur. Dia pun letakkan si Finah yang sedang merengek diatas kerusi dan dia pun mencapai botol berisi air tersebut. Setelah itu dia pun mula menyapu kaki Finah yang bengkak itu dengan air tersebut dengan niat didalam hati supaya apa saja yang mengganggu anaknya cepat pergi.

Setelah disapu kakinya, Finah pun didokong lagi oleh ibunya. Masih sakit, katanya. Tiba2 ibu Finah bersuara lantang, “Jangan kacau anak aku! Keluar!” Ibu Finah pun ambil lagi air tersebut dan disapukan lagi di kaki dan muka Finah sambil mulutnya berkumat-kamit membaca surah2. Itulah kuatnya naluri seorang ibu.

Tiba2 Finah bersuara, “Bye nenek..! Bye bye..!” Ibunya pun tengok muka Finah dan bertanya, “Finah cakap dengan siapa.? Finah bye2 siapa.?” Si kecil tu pun menjawab sambil menunjuk ke arah tingkap dapur, “Tuuu mummy… Nenek batu! Bye nenek!” Walhal rumah mereka tiada seorang pun nenek, hanya Finah, Aris abangnya, ibu dan ayah mereka.

Keesokan hari, bila diceritakan pada Mira Maira sekeluarga, kita pun bertanyalah pada Finah apa yang dia nampak. Dia kata, “Semalam ada nenek batu! Dia kan.. dia beshaaa (besar).. badan dia batu-batu. Dia angry Finah jatuh atas dia, tu dia swing-swing (bergayut) dekat kaki Finah ni. Mummy amik air, sapu2… terus nenek bye2 kat tikap (tingkap)… ”

Untuk pengetahuan semua, rumah Finah ni adalah sebuah rumah pangsa dan unit rumah Finah ni terletak di tingkat 12. Budak kecil, mana tahu bohong… betul tak?

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

FOLLOW FB KAMI.

82 comments

        1. tua menda? 19 tu muda lagi. baru nak mengenal erti kehidupan. hahahahah.

          ~ko kalau nak mintak nasihat ke apa ke. ko tanya cikbambam. cikbambam dah 40tahun makan garam dari ko.

          1. Haha..ok..masi muda..
            Aihh..tua gile umur cikbambam..jgn mngada medicakk..nanti kena marah ole singkong..hahaha

          2. cik bambam pon sebaya si singkong ke.. jadi tak jauh ahh umo gn kak mami.. ada jugak rakan2 baye2 kak mami.. ingat kak mami sorang je yg dah oldskool

          3. adududu..ngn bdk2 kecik ni aku berani nk tipu kak..
            ngn kak mami ni x berani plk nk tipu2..hahaha..
            tp umo lebih kurang singkong & kak mami je..
            kire rakan sebaya la jgk..hahahaha

          4. Ehem..ehem..aku perati je ko ni medicakk..???

            Patut ms mkn megi td asek tesedak je..keje ko rupe nye..hahaha..hey..aku muda lg tauuuu..?

          5. aku seru nama ko. bila ko takde, rasa, mcm mana ye nak ckp??? seolah2, tak beseri FS ni. hahahahahahaha

          6. hahaha..pandai ko eh..lepas bahan aku ko puji sweet2 plk..hahaha
            rasa nk sekeh je ko ni..hahaha

            **x perasan ke kite je yg borak kt sini?lari topik ni..nnt ade brader tu kejam plk..kahkahkah

          7. takut jugak ni kalau kena kecam. aku dah standby dah nak balas balik. tapi takpe.
            aku ada tips untuk ko bila ada yg kecam.

            ~bila ada yg kecam, KITA CABUT JE. huhu

          8. hahaha..yola tu nak balas balik..jap g sentap plk..hahaha

            ~gud idea..kalo ade yg kecam kite pindah komen kt setori lain k..hahaha

          9. kata nenek kak mami 19 tahun ni muda lagi medicakk kencing pon becabang lagi.. haha.. jgn marah revanz chido.. ko nak marah.. marah nenek kak mami

  1. mcm anak buah kite la senang nampak , nanti bile nampak dia akan bgtahu ‘ makjia dkt situ syahmi nampak hantu taw ‘ hmm makjia dia dah lah penakot …. adehhhhh

  2. Masa finah bye bye nenek tu terus aku pandang tingkap bilik aku..huhu

    Walaupun x seram tp terkesan la kat aku yg penakut ni..?

    7.5/10

  3. Kalo ank kawan syer suka tunjuk2…
    Haritu dia tunjuk2 kt ibu dia pstu senyum2…
    Ibu dia tnya “kakak tunjuk sape tu?”
    Dia jawab, “kakak tunjuk kawan ibu.. Dia ada kt sebelah ibu sambil main ngan imani (adik)”

    Huhuhuu…Creepy gilaa…

  4. Kadang2..generasi2 muda skg xnk cy bnda2 cmni.cakap orang tua kdg2 kita kne dgr.. Malam2 bwk anak kecik keluàr..senja2..g tmpat2 keras.kolotla..xd hantula..yerla kita yg tua2 ni bole tahan.tapi budak2?? Diorg ni suci.bersih.budak2 nih senang nmpk n senang tkena.

    Akak memang pantang tgk org bwk anak2 kcik g tmpt2 hutan cmni mlm2.budak meragam malam baru kau tau susah hati.yes..tawakkal kat Allah..btul..tapi bnda bole elak, elakkan la.cian tgk budak2.
    Nak cakap xbole.terus menerusla tgok bnda tu sepanjang malam. Meraung bagai..cianla kat anak…lindungi diorg.bkn dedahkn pd bnda2 halus ni

    Pnjg akak mbebel..sori..huhu..sedih n geram bcmpur2 bc cite maira ni.teremo sudda…

  5. betul lah.. budak mane reti menipu.. dia punya tahap tak reti menipu sampai orang tak tanya pon dia nak cerita.. anak2 kak mami semua mcm tu.. kalau nak jumpa atok gn nenek diorang da kena pesan awal2 hal kat uma jgn cite.. sbb pandai org lua ni korek cite kita laki bini kat anak2.. anak cite intro je nnt org mulalah tanya lepas tu apa jadi.. geram kak mami..

    1. sama la ngan adik den kak..dulu masa kecik2 kalo g kedai ibu den,setiap customer dtg mesti die bukak cite..”nak tau tak..kakak kite kan..bla..bla..bla..”..hangin je gua..huhuhu

      1. kan cikbam.. geram kak mami tau.. yg org lua lak asik tanya pastu pastu.. mmg galak la budak tu menggayakan cite.. siap buat aksu kak mami mengamuk kat asben lagi

    1. erm..tu lagi seram EL..
      selalu cikbambam dpt ayat tu cikbambam bg satu jelingan je..
      mesti dorg paham..terus x jadik mintak..hahahaha

        1. hahaha..cikbambam pakai kuasa mata je..dari mata cikbambam pun dorg da tau jawapan..hahaha..bak kata pepatah..dari mata turun ke hati..cia cia cia

          **kalo budak2 peluk EL xpe..jgn gadis2 mak budak plk yg peluk..no..no..no..

  6. ye betul budak budak memang takkan cakap bohong. Sama macam anak saudara aku. Dia main tegur je hantu dok bertenggek atas pokok. Kita yang dah tua ni seriau je dengar dia dok tegur benda tu.

    Rilek je dia cakap “Eh. Ada hantu atas pokok. Hai.!” Tak ke seriau naik segala bulu yang ada kat badan ni? Hahahahaaaaahaha

    Nice storyyyyy! Mira Maira ni sama ke dengan #Maira? hehe confuse pulak FF hehe

    1. Oiiii nenek… ada jgak si Finah ni nampak seakan spesis nenek kebayan… tapi dier panggil “nenek tunduk” sebab jalan bongkok2 kan mcm menunduk kan… Nnti lau ada masa… Mira citer nahh…

  7. comel je gaya Finah bercerita :” swing-swing kat kaki finah ni” patut lah berat…angkat finah sekali ngan nenek batu rupanya..hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.