RASUK

Assalamulaikum terima kasih FS kalau publish cerita ni, penulisan aku mungkin tak secantik author lain tapi aku cuba untuk sampaikan dengan sebaik mungkin.

Tahun 2014 sekolah menengah tempat aku belajar ada menjalankan perkhemahan perdana yang akan dihadiri pelajar yang terpilih termasuk aku tapi pelajar tingkatan 3 dan 5 wajib hadir sebab dia orang ada program sebelum peperiksaan besar, perkhemahan tu perkhemahan unit beruniform selama 3 hari 2 malam bermula dari hari khamis dan berakhir pada hari sabtu. Hari pertama habis je waktu persekolahan aku turun ke tapak perkhemahan yang berada bersebelahan bangunan sekolah untuk pasang khemah. tapak perkhemahan tu sebenarnya adalah hutan tapi ada sorang cikgu tebang pokok-pokok kat situ untuk jadikan tapak untuk berkhemah.

Petang tu lepas siap mandi aku solat berjemaah kat dewan dengan cikgu dan pelajar-pelajar lain selesai solat kita orang buat aktiviti malam yang cikgu dah rancang. Aktiviti berjalan sampai pukul 12 malam lepas tu cikgu bertugas suruh pelajar untuk beratur depan khemah untuk kira ahli sebelum masuk tidur. Mata aku masa tu segar lagi tak rasa mengantuk apatah lagi rasa tak sedap hati, sesetengah orang yang ada sixth sense dia akan dapat rasa benda buruk nak jadi tapi bukan aku.

Hari kedua aku bangun pagi awal dalam pukul 4:30 pagi nak mandi sebab aku tak boleh tidur malam tu tak selesa punya pasal. Siap mandi dan bersiap aku solat subuh berjemaah, habis solat subuh kita orang turun ke tapak perkhemahan nak sarapan pastu buat aktiviti pagi macam merentas halangan kat belakang sekolah. Pukul 12 tengahari aktiviti pun selesai aku balik ke tapak perkhemahan dengan bestfriend aku dari unit uniform lain yang aku letak nama Qiss dan dua orang kawan lain Lin dan Nur.

Macam biasa hari Jumaat lelaki akan pergi menunaikan solat Jumaat kat masjid yang tak jauh dari sekolah menengah kita orang. Sementara itu sempatlah pelajar perempuan rehat sekejap ada juga group senior yang memang ditugaskan untuk masak makanan untuk kitaorang. Pendekkan cerita berjalanlah aktiviti petang dimana kami pelajar dibahagikan mengikut group tetapi bercampur unit uniform aku Qiss, Nur dengan Lin berada dalam satu group yang sama.

Aktiviti ni aktiviti luar sekolah jadi kita orang kena berjalan dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain. Salah satu checkpoint adalah warung yang bersebelahan dengan kubur islam kat kampung aku. Kita orang jalan melintas kubur dengan suara riuh budak lelaki yang menjerit-jerit menuju ke kebun belakang kubur, tak paham aku perlu ke jerit-jerit macam tak pernah buat aktiviti luar padahal merentas desa tiap tahun. Oh iya kami di guide oleh 3 orang askar 2 orang lelaki dan 1 perempuan. Pelajar perempuan diberi amaran awal sesiapa yang tidak bersih jangan berendam didalam paya sebelum sampai ke paya.

Sampai je paya tu kita orang diarahkan untuk turun berendam dalam paya sambil berguling-guling dalam air. Habis berendam dengan baju basah kena berjalan lagi beberapa minit kedepan kena pulak masuk dalam lumpur dah serupa training askar padahal budak sekolah je. Aktiviti seterusnya aku dah tak berapa ingat tapi pukul 6 petang kita orang dipanggil untuk berkumpul di depan kubur sebelum balik semula ke sekolah. Aku tak tahulah perangai sesetengah budak lelaki kat sekolah aku ni jenis yang tak reti hormat kawasan kubur dia orang pergi keluarkan smoke flares benda alah yang berasap warna warni tu habis satu kawasan tu penuh dengan asap warna merah.

Setiap ketua kumpulan kira anak buah lepas cukup semua kami balik ke sekolah semula, sampai je sekolah kita orang tunggu mandi walaupun mandi ada yang tak sempat nak solat maghrib sebab tunggu giliran . Siap mandi kami bersiap untuk menunaikan solat maghrib sekali dengan isyak. Sementara tunggu waktu isyak kita orang baca surah Yasin sambil berzikir tiba-tiba ada satu suara yang menjerit kuat bila aku cari suara tu dia duduk di saf depan aku tapi agak jauh dari aku. Pelajar tingkatan 3 yang menjerit meracau kawan-kawan sebelah dia cuba pegang tahan dia dari berguling- guling tapi kawan dia sekali ikut menjerit. Keadaan jadi huru-hara dengan pelajar bertempiaran lari keluar dari dewan. Dewan sekolah aku ada dua satu kat tingkat 3 satu lagi dekat ground floor yang kami buat solat jemaah. Aku pun tarik tangan Qiss ikut yang lain lari berkumpul kat perhimpunan, ada yang dah menangis sebab panik cikgu pun ikut panik tapi boleh lagi tenangkan pelajar perempuan yang menangis.

Dari jauh aku nampak ustaz yang ikut perkhemahan tu cuba rawat 2 orang budak perempuan yang kat dewan. Tengah leka tengok budak yang kena rasuk sekali lagi aku terdengar jeritan suara budak perempuan yang kerasukan dalam kumpulan kita orang. Mata aku pun cuba menari budak peremouan yang kerasukan tu berharap bukan orang yang aku kenal rapat.

“Bawa jauh sikit takut merebak pada yang lain, yang lain jangan menangis baca Ayat Kursi berulang kali” cikgu Rokiah bagi arahan sambil bawa pelajar tu dibantu beberapa orang pelajar perempuan

Seorang demi seorang pelajar dipindahkan dari perhimpunan ke bilik agama sebab terkena ‘jangkitan’. Adzan dilaungkan oleh seorang pelajar lelaki bergema satu sekolah habis adzan je surah-surah lazim dibacakan. Cikgu buat pengumuman boleh call parent dan pelajar dibenarkan balik. Yang kelakarnya aku tak ingat nombor telefon mak aku tapi aku cuba call jugak guna public phone yang jawab call orang cina. Hahaha . Masa tu ramai dah orang luar datang nak tolong ubatkan budak kena rasuk salah sorangnya suami kepada cikgu yang bertugas tu sendiri yang aku namakan pak cik Ahmad.

Nasib lah baik classmate aku si Timah ni mak bapak dia satu tempat kerja dengan mak aku jadi Timah inform kat mak dia mak dia pun roger2 mak aku. Masa bapak Timah ni sampai sekolah dia masuk nak sign buku pengesahan parent bawak balik anak, bapak dia cakap kat aku mak aku dah on the way masa tu baru boleh rasa lega. Masa tengah tunggu mak aku sambil kehulu kehilir pikir tiba-tiba aku dengar jeritan dari lobi sekolah aku pun nak menyibuk tengok. Ada budak perempuan tingkatan 2 memaki hamun pak cik Ahmad dengan tudung dia tanggalkan pastu campak kat pakcik Ahmad

“EH SAKIT LAH BOD*H! ” tengking budak perempuan tu yang obviously bukan dia.

“Aku cuma nak rawat budak ni je kau tu keluar lah” lembut je suara pakcik Ahmad sambil tangan diletakkan kat atas kepala budak perempuan tu tapi tak sentuh pun kepala dia.

Tiba-tiba aku nampak kelibat mak aku dari jauh nak dekat dah dengan lobi aku pun berlari melintasi budak kena rasuk tu dah tak kisah dah yang penting aku nak balik. Ok cerita ni tak habis malam tu sebenarnya ada cerita dari point of view orang lain kalau cerita ni disiarkan aku akan sambung next part.

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 39 Average: 2]
Hijau Bumi

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.