Gila Atau Petunjuk?

Assalamualaikum.. Saya Linda.

Ada sesetengah orang akan kata saya gila sebab menceritakan perkara yang tidak masuk akal kepada polis. Tetapi bagi yang mengalami sendiri pasti akan setuju dengan naluri keibuan saya. Saya adalah ibu kepada Kasih, dan isteri kepada Kamal, seorang usahawan yang terkenal dan berjaya.

Namun, ada sesuatu yang berlaku kepada kami membuatkan suami saya jatuh muflis pada tahun 2016. Tak apalah, rezeki semuanya di tangan Tuhan. Satu hari, kami bertiga dijemput kawan rapat suami saya, Azman. Dia membuat satu reunion di rumahnya bagi mengumpul semua rakan perniagaannya termasuk lah suami saya.

Dipendekkan cerita, kami sekeluarga pergi kesana tetapi anehnya, apabila sampai disana, hanya kami sahaja yang datang ke rumah Azman. Mungkin semuanya busy bercuti maklumlah ahli perniagaan kan? Oh ya, Azman mempunyai seorang isteri bernama Suhaida. Umurnya lebih muda dari saya. Suhaida mempunyai paras rupa yang cantik.

Terdetik dihati saya ‘ Cantiknya isteri En. Azman ni. Tetapi mereka belum ada rezeki memiliki anak. Tak mengapalah, satu hari nanti akan datang rezeki untuk mereka.’ Kami pun dijemput ke ruang tamu, kemudian duduk di sofa yang kelihatan sangat cantik, gebu berwarna kuning.

“Mana yang lain?” tanya Kamal. “Oh, kejap lagi sampai lah tu. Lagipun, kau sampai awal sangat ni hehehe, jamuan pun belum siap.” kata-kata Azman membuatkan Kamal bertanya sekali lagi “Alamak, awal sangat ke, tak mengganggu korang ke?”. “Eh, tak apalah, saja aku jemput kau awal sebab aku nak bincang seperkara dua dengan kau.” “Kalau macam tu, jom lah berbincang diluar.” kata Kamal. Sementara itu, saya, Kasih dan Suhaida hanya tersenyum sesama sendiri.

Akhirnya Suhaida bertanya, “Akak nak air, mari saya tuangkan.” “Oh, terima kasih.” jawab saya. Dan kami berbual pendek mengenai isu semasa dan hal-hal wanita. Dalam pada itu, saya dapat rasakan ada mata yang memerhati kami bertiga. Sampailah ke hal anak, Suhaida tiba-tiba bertanya “Akak mesti rindukan Kasih kan?” Barulah saya teringat anak saya tiada disisi saya! “Eh, budak ni, mana dia pergi? Sekejap ye Suhaida. Kasih? Kasih?” Saya dah cakap dengan dia sebelum sampai ke rumah Azman untuk tidak merayau kemana-mana dan mengganggu tuan rumah.

Suraida yang hanya mengikuti dari belakang kerisauan. Saya merasakan yang anak saya hanya bermain nyorok-nyorok, seperti saya dapat rasa diperhatikan semasa saya seronok berbual dengan Suhaida. Tiba-tiba, saya dan Suhaida merasakan hanya kami berdua sahaja yang tinggal di rumah itu, kerana apabila kami memanggil Kamal, Azman dan Kasih dengan suara yang kuat, tetapi tidak berbalas. saya tidak tentu arah dan mula rasa tidak sedap hati. “Suhaida, kita kene buat sesuatu, akak rasa tak sedap hati ni. Saya mengambil pisau, dan menyerahkan satu lagi kepada Suhaida. “Pegang ni Su, sebagai alat pertahanan diri.

” Tiba-tiba Suhaida menjerit. “AAAAAAARRRGGHHHH!” kelihatan seekor lembaga besar; badannya hitam dan terlihat titisan d***h pada gigi dan tangannya terpacak di depan pintu dapur rumah Su, menghadap kami. Lembaga itu terus mengejar kami dan tanpa sempat berbuat apa-apa, lembaga itu menyambar Su dan mencakarnya. Saya lari sambil menangis terkejut dengan apa yang sedang terjadi, sekuat-kuat hati. Saya menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang datang. Tetamu yang sepatutnya berkunjung ke rumah Azman juga tidak kunjung tiba, rumah kelihatan suram dan gelap seolah-olah saya berada di alam yang lain. Saya cekalkan hati, saya bersembunyi dibalik sofa yang kami duduk tadi. Tidak sempat menghela nafas, saya terpandang Kasih sedang berlari keluar.

Lalu, saya kuatkan semangat pergi mengejar Kasih untuk menyelamatkan anak saya dari ditangkap oleh lembaga tersebut.. Saya terpaku apabila ada seekor lembaga diluar sedang cuba untuk mencekik anak saya. Saya jadi marah dan terus memberanikan diri menuju ke arah lembaga tersebut dan berteriak “Allahu Akbar!!! Jangan ganggu anak aku, setannnnn!!!!” Dengan menggunakan pisau, saya terkam dan tikam lembaga hitam tersebut dan mengambil anak saya kembali.

“Sayangg, sayang okay ke nak?” “Kasih tak okay mummy….isk isk….” menangis anak saya. “Ya Allah sayang??!!!!!!!” Teriak Kamal dari belakang saya. “Abang, saya dah selamatkan anak kita..” Kamal pegang saya dan memeluk saya dengan sangat erat sambil saya menutup mata dan menghela nafas lega. Tapi lama kelamaan, semakin kuat sehingga saya sukar bernafas! Saya lihat semula ‘ Kamal ‘ dan ternyata saya memeluk lembaga yang mencakar Suhaida tadi!!

CUKKKK! Saya tikam lembaga tersebut. Anak saya hanya menangis ketakutan di tepi meja kecil diluar rumah. Saya dapatkan anak saya tetapi belum sempat saya ke meja saya terdengar bunyi tembakan dan berkata “POLIS!! JANGAN BERGERAK DAN PUSING KE DEPAN PERLAHAN-LAHAN!” Saya memegang anak saya dan pusing ke arah polis. Kelihatan 4 orang polis dipintu kereta sedang memegang pistol menghala ke arah kami berdua dan sebuah kereta polis lagi menuju ke pekarangan rumah Azman dan Suhaida. Dengan tidak semena-mena, saya digari. “Eh, apa ni? Kasih, jangan tinggalkan mummy!!” Kasih berjalan pergi dan masuk ke dalam rumah Azman dan Su sambil menangis memandang saya. Dia cuba menghulurkan tangannya tetapi saya dan jauh dibawa pergi dengan kereta polis.

“Saya tidak bersalah! Saya cuba melindungi anak saya dari dicekik oleh lembaga hitam tu! Korang semua tak faham ke??!! Kalau korang semua tak percaya, pergi balik dan tengok dengan mata kepala korang sendiri lembaga hitam yang saya dah b***h tu! Kalau kena dekat anak korang sendiri, baru korang tahu!!!!!”

2018, Terkini – Seorang wanita, Linda Riana telah menikam 3 mangsa. Mangsa-mangsanya ialah 2 orang lelaki usahawan yang seorang merupakan suaminya, Kamal, seorang lagi rakan kongsi suaminya, Azman; serta Suhaida, seorang wanita yang merupakan isteri rakan kongsi suaminya. Pasangan suami isteri itu m**i ditempat kejadian manakala Kamal yang cedera teruk di perut, koma dan sedang dirawat di hospital. Pihak polis percaya pembunuh kemurungan disebabkan kematian anak perempuannya bernama Kasih, yang telah diculik dan d*****h pada 2016 bermotifkan dendam keatas usahawan tersebut.

Pembaca semua rasa.. saya layak tak untuk dipenjarakan…? Adakah lembaga tu masih hidup…? Bantu saya…. – Linda
(Dibawah sofa milik Azman dan Su).. “Mummy… Tolong selamatkan Kasih…”

Terima kasih FS kerana telah menerima cerita panjang dari saya..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

FIZA
Rating Pembaca
[Total: 27 Average: 2.6]

1 thought on “Gila Atau Petunjuk?”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.