UiTM, seminggu selepas Natrah pulang untuk rawatan kesan gangguan makhluk halus. Suasana kampus aman seperti biasa. Natrah, seperti kebiasaan juga, ke mana-mana secara berseorangan. Keadaan semakin teruk semenjak kes histerianya kecoh seluruh kampus. Dia semakin dipulaukan. Hidupnya semakin murung. Sentiasa berdoa dalam hati, masa berlalu dengan pantas supaya seksaan sebegini dapat berakhir.
Malam itu, Natrah berseorang di dalam bilik asrama. Barangkali kawan sebilik ada tugasan di bilik rakan yang lain. Natrah sudah lali ditinggalkan berseorangan tanpa makluman. Dia cuba lelapkan mata awal. Lampu ditutup jam 10 malam. Hatinya berdebar-debar. Tiba-tiba bulu roma meremang. Dia menyelubung seluruh badan dengan selimut. Persetankan rasa panas, getus hatinya.
Tiba-tiba, dalam keadaan mengiring ke kiri, Natrah merasakan angin sejuk di telinganya. “Nak, nak… Bangun nak…. Marilah teman nek….Hihihihi…..”
Bisikan kedengaran seraya angin bertiup di telinga. Kali ini nenek kebayan itu mula mengganggu secara berbicara kepada Natrah. Natrah memejam mata sambil hati dan mulut tidak lekang dengan zikir.
“Nak nyanyi apa tu nak…..nak dengar sikit….. Ajarlah nek…..Hihihi….” Nenek kebayan seolah-olah mengejek sinis zikir di mulut Natrah. Tidak lekang bisikan di telinga. Mengajak Natrah mengikutnya.
Bengang, Natrah menguak selimut ke tepi lalu duduk sambil menjerit,” Apa yang kau nak hah! Tak cukup lagi menyusahkan hidup aku?!” Serentak itu, muncul bayangan nenek kebayan, berjubah putih lusuh dan sedikit bongkok, di hadapan pintu bilik. Dengan gaya melambai-lambai supaya Natrah mengikutnya.
***
3 pagi. Studio seni. Berbekalkan hanya satu lampu dibuka di dalam studio, Natrah perlahan-lahan menyiapkan peralatan-peralatan untuk melukis. Kanvas dibentang pada papan kayu, palet lukisan diletakkan bersebelahan bekas tadahan air. Satu bekas tadahan dikeluarkan, kosong. Natrah menuju ke rak peralatan. Pisau cutter diambil lalu dia kembali ke kerusi di hadapan kanvas.
Tangan kiri diangkat. Ibu jari kanan menolak pisau cutter keluar, lalu dihiris dalam-dalam tangan kirinya sendiri. Merengkot bibir sedikit ke atas, seolah-olah menahan sakit. Air mata mengalir laju sejak dari tadi. Darah yang mengalir ditadah ke dalam bekas tadahan yang kosong tadi. Natrah hilang kawalan terhadap diri sendiri. Hanya memerhati, terperangkap dalam badan sendiri.
Setelah separuh penuh bekas itu, takungan dihentikan. Dengan tangan kiri yang terkulai layu, darah meleleh ke lantai. Suasana di studio yang sepatutnya hening, diselangi dengan hilaian dan ketawa nenek yang menyeramkan.
Tangan kanan Natrah mencapai berus, lalu disalutkan darah dalam takungan ke bulu berus. Natrah cuba menghalang, segala macam bacaan di dalam hati. Hanya air mata sahaja mengalir sebagai representasi perasaan Natrah. Dalam ketidak relaan, dia mula melukis. Hilai ketawa di sekeliling bagaikan sorakan riang.
Kira-kira 15 minit melukis, Natrah mula dapat mengawal diri semula. Dia berasa terkejut dengan apa yang dilukisnya. Tangan kanannya cuba menutup luka di tangan kiri, tetapi dia sudah sangat lemah. Mata semakin kabur, lalu dia jatuh terbaring di lantai.
Dalam sayup-sayup, kelihatan asap hitam mula berkumpul, membentuk watak makhluk berjubah yang tidak asing lagi. Penampakan yang masih kekal dalam bentuk asap. Asap tersebut mendekati lukisan berdarah. Di sebalik hud kepala, jeliran lidah kelihatan. Menjilat sedikit lelehan darah Natrah pada lukisan itu. Semakin rancak hilaian kedengaran.
***
Fahmi bangun melihat jam di telefon bimbitnya. 4 pagi. Dia tersedar daripada tidur awal, memandang semalam dia tidur juga awal. Satu pesanan mesej belum dibacanya.
“Tolong….” Ringkas mesej daripada Natrah. Fahmi tangkas bangun. Hilang rasa mamai. Bersiap sekadar perlu, kunci kereta dan wallet dicapai lalu dia bergegas keluar. Jarak dari rumah sewa ke kampus tidak jauh, namun dia perlu pantas. Mesej Natrah sudah lama sampai, sejak pukul 12 lagi.
Fahmi hanya ada dua kebarangkalian di mana Natrah berada. Bilik asrama, atau studio. Setelah menipu pengawal di pintu utama yang dia ada barang tertinggal dan perlu diambil segera, dia lantas memandu ke Fakulti Seni. Studio yang akan dicari dahulu. Asrama adalah tempat mustahil baginya untuk masuk.
Lampu studio dilihat terbuka dari luar. Fahmi segera masuk. Tubuh Natrah terkujur kaku di lantai. Diperiksa nadi. Sangat perlahan. Dia bingkas bangun dan menoleh ke arah kanvas. Tergamam. Lukisan yang terpampang membuatkan Fahmi gerun. Di capainya bekas sandang silinder milik Natrah, digulungnya lukisan itu lalu disimpan. Dia mendukung Natrah pergi. Tidak perlu panggilan kecemasan. Heboh satu kampus nanti.
***
Natrah buka mata. Sedar dari mimpi yang panjang fikirnya. Bingung dengan suasana sekeliling. Mengapa aku di hospital, getus hatinya.
Puan Nasuha tersenyum gembira, dalam sedu tangisan melihatkan keadaan anaknya yang satu ini. Dipeluk kejap. Natrah masih bingung. Fahmi turut bersama di situ bersama ayahnya, Encik Asmawi.
“Mak cik, pak cik. Saya minta izin bercakap dengan Natrah berdua sebentar ya? Ada hal penting untuk dibincangkan.” Permintaan Fahmi diterima, berlalulah pergi mereka keluar. Fahmi mengeluarkan sesuatu daripada beg sandang silinder. Lukisan berdarah itu dibentang di hadapan Natrah.
“Care to explain this? Kau dah hilang akalkah? Darah sendiri?!”
“Mi, bukan aku. Semalam, aku dirasuk. Apa aku buat tu, bukan aku. Aku dah cuba, tapi badan aku bergerak sendiri.”
“Jadi, apa nak buat dengan lukisan ni?” “Tolong bakarkan Mi. Please…”
Natrah menambah,”Oh, heboh ke kes ni?” “I got your back. Lepas aku bawa kau ke hospital, aku call housemate aku minta tolong kemaskan studio. Jangan risau, dia dipercayai. Jadi, aku bakarlah eh lukisan ni? Seram pula tengoknya.”
“Mi, sorry susahkan kau. Aku akan cuba discaj awal. Kau start dulu projek tu. Nanti aku join. Idea artwork proceed idea kau, aku setuju jer.” Fahmi hanya mengangguk, lalu beransur pergi.
***
“Woah, apa tu?” Lamunan Fahmi terhenti. Suri seperti teruja melihat bentangan kanvas berdarah itu. “Darahkah tu Fahmi? Wah, hebat projek kau ni. Berseni sungguh.”
“Not me. Aku nak bakar kanvas ni. Kau ada lighter Suri?” ” Dah kenapa nak bakar. Guna sajalah kanvas ni. Bukan susah pun. Apa warna kau nak pakai? Tema?”
Fahmi memandang lagi kanvas tersebut. Darah Natrah digunakan untuk lukisan pintu gerbang. Hanya itu semata di hujung kanan kanvas. “Tema pasir. Warna for sure brown colours”.
“Okaylah tu. Kau pekatkan warna dulu. Buat lukisan bertindih. Warna merah ni masih boleh dicairkan. Biar pekat sikit brown di area tu. Macam shadow. Boleh Fahmi, kau kan power. Rugi jer tak guna balik kanvas ni.
Fahmi hanya mengangguk, masih memfokuskan pandangan ke kanvas. Idea Suri bagaikan diterima. Suri tersenyum puas di belakang fahmi.
***
Lukisan 80 peratus siap. Suri datang lagi meninjau Fahmi di studio. Dilihatnya Fahmi duduk di meja berdekatan, sambil membaca sesuatu di telefon bimbitnya.
Suri menghulurkan minuman kepada Fahmi. “Terima kasih.” “Dah nak siap dah tu. Sikit lagi. Bila Natrah join kau projek ni? Senanglah hati dia, satu lukisan free partner dah buat. Taktik dia ni. Bukan tak tahu. Dah tak ada boyfriend, kau pula jadi mangsa.”
“Dia baru keluar hospital harini. Tangan cedera.” “Mi, aku tolong tambah sikit kat bawah tu. Natrah ada trademark ‘N’ dalam setiap karya dia. Aku buatkan ya,” ujar Suri sambil berjalan ke arah lukisan padang pasir itu. “Orait,” Fahmi memberi kebenaran, tanpa melihat. Mata masih tertumpu kepada telefon bimbit.
Suri membuka tudung botol kecil, berbentuk seperti minyak atar. Dituang isi botol beberapa titik ke atas palet lukisan. Titisan air pekat seperti darah hitam kemudiannya ditenyeh halus supaya bersebati dengan pastel coklat pada palet tersebut. Dilakarkan huruf ‘N’ di sudut bawah kanan. Senyuman jahat Suri tidak dapat dibendung lagi. Selesai tugasnya.
***
Galeria Andamas. Terpampang lukisan padang pasir pada dinding di sebelah kanan lobi galeri di Banting itu. Bagaikan rutin, Fahmi akan berdiri tegak memandang kosong pada lukisan hasil tangannya itu sebelum memulakan kerja. Masih segar di ingatan Fahmi kisah di sebalik lukisan itu, walaupun sudah empat tahun berlalu. Natrah entah di mana agaknya, getus hati Fahmi.
“Cantik lukisan ni.” Fahmi menoleh. Seorang lelaki berkot, beg bimbit di tangan, berdiri di sebelahnya. Juga memandang ke arah lukisan itu. “Encik berminat dengan lukisan ini?”
“Ya. Klien saya mahukan lukisan ini. Boleh saya jumpa dengan pengurus di sini?” “Saya Fahmi, pengurus merangkap pemilik Galeria Andamas. Mari ke office saya, kita berbincang.”
***
“RM40,000. Boleh?” Fahmi menghirup kopinya. “Encik Shauki cakap klien encik nama siapa tadi?”
“Cik Sarah. Dia sudah lama mahukan lukisan tu. Cuma dia sentiasa sibuk, sehinggakan saya peguam dia yang terpaksa buat urusan ini.”
“Cik Sarah tahu ke nama pelukis lukisan tu?” “Ya. Dia kata dia tahu. Sebab itu dia mahu beli.”
Fahmi terima tawaran itu, walaupun ragu-ragu dengan butiran pembeli. Setiap kali lukisan itu dipamerkan di mana-mana exhibition, nama pelukis hanya diletakkan sebagai N. Jika Sarah yang dimaksudkan ini tahu siapa pelukisnya, bermakna dia seorang yang meragukan.
“Man, kau nampak kan mamat baju kot baru keluar galeri tu? Ikut dia. Aku mahu maklumat tentang tuan dia, nama Sarah.” Panggilan telefon dimatikan. Berharap mata-matanya dapat menjalankan tugas dengan baik.
***
Parking lot Galeria Andamas. Sudah berbelas-belas galeri aku lawat. Semua hampa. Aku harap di sini ada lukisan itu. Kalau tidak ada juga, terpaksalah aku meminta kebenaran Pak Cik Asmawi untuk berkunjung ke rumah. Manalah tahu ada di rumah sahaja.
Aku keluar daripada kereta. Perasaan pelik menyambar. Inilah dia! Aku lantas membuka buku diari biru. Aku angkat tinggi-tinggi. Tidak syak lagi. Pemandangan kedua, lot parking, adalah parking Galeria Andamas. Berbunga hatiku. Sudah pasti yang dicari ada di sini.
***
“Apa? Sudah dijual?” “Ya, Encik Shahrin. Baru sebentar tadi dijual kepada orang lain.”
Ren mengeluh. “Berapa ribu dia beli? Siapa? Berapa ribu Encik Fahmi terima kalau saya nak counter offer?”
“Selalu kami tak dedahkan maklumat pembeli. Maaf. Counter offer juga tidak boleh. Melainkan jika Encik Shahrin mahu beli daripada pembeli itu, saya boleh menjadi orang tengah.”
Setelah berfikir masak-masak, Ren pun berkata,”Encik Fahmi harus faham. Saya hendak beli bukan untuk kepentingan sendiri. Saya perlu menolong pelukis. Lukisan itu dapat membantu pelukis. Dia sedang sakit teruk sekarang.”
Fahmi mengangkat kening tanda keliru. “Sayalah pelukis lukisan itu. Siapa yang encik maksudkan?”
“Ehhh, bukan Natrah yang lukis? Habis tu, kenapa ada tanda ‘N’?” Fahmi menjawab soalan dengan persoalan juga,”Macam mana kamu tahu ‘N’ untuk Natrah? Siapa kamu? Natrah sakit apa?” Nada Fahmi sudah berubah. Ren tidak lagi dianggap sebagai klien.
“Siapa saya tak penting. Yang penting, lukisan ini dapat membantu Natrah.”
“Bagaimana?” “Itu yang saya juga ingin tahu. Encik Fahmi cakap, encik yang lukis kan? Ada apa-apa abnormaliti pada lukisan tu?”
“Perlukah aku ceritakan?” Hati Fahmi berbelah bahagi. Diakui, semenjak memiliki lukisan itu, pelbagai perkara mistik berlaku kepadanya. Ada sahaja kelibat dan musibah menimpa. Akhirnya, dia memutuskan untuk meninggalkan lukisan ini sebagai hiasan di galeri miliknya. Tidak pernah lekang desas desus mengatakan bahawa galerinya agak keras. Ada sahaja laporan pengawal keselamatan mengatakan mereka diganggu pada waktu malam. Dia yakin, angkara lukisan itu. Anehnya, hari ini ada dua pihak ingin membeli. Ada udang di sebalik batu?
“Lukisan itu, bukan lukisan biasa. Ada kisah di sebalik penghasilan lukisan itu.” Menarik nafas panjang, Fahmi menambah,” Lukisan ini memang saya yang hasilkan. Abjad ‘N’ diletakkan sebab Natrah yang mulakan lukisan.”
“Maksud Encik Fahmi?” “Lukisan ini bertindih. Karya Natrah dipadam, atau ‘disembunyikan’ di sebalik padang pasir.”
“Pintu gerbang?” Fahmi tersentak dengan tekaan Ren. Dia mengangguk, masih tidak percaya lelaki di hadapannya tahu sesuatu lebih daripada yang sepatutnya.
“Baiklah Encik Fahmi. Saya sudah cuba sedaya upaya untuk membantu Natrah. Pilihan di tangan encik. Samada jualkan kepada saya, atau saya akan dapatkan secara salah. Terus terang saya beritahu. Saya terpaksa, dan saya minta kerjasama encik untuk membantu Natrah, kawan encik juga.”
Fahmi hanya berdiam. Ren berdiri pergi. Fahmi perlu membuat keputusan. Keputusan yang bakal mengubah nasib Natrah. Sudah lama tidak dengar khabar berita, cintanya yang bertepuk sebelah tangan itu.
***
“Bagaimana dengan lukisan itu? Berjaya?” Suara dari dalam rumah papan itu kedengaran. Shauki hanya berada di anjung di hadapan mendengar dengan gerun. ‘Kliennya’ kali ini menakutkan baginya. Dia menjalankan tugas untuk Suri, kerana mahukan sesuatu daripada wanita mistik itu.
Dendam pada Natrah membawa kepada terpesongnya Suri. Sayup kelihatan Suri muncul di pintu utama, di atas tangga. Langkah lemah gemalai, menuruni tangga. Berbaju kebaya merah, kain batik sedondon. Shauki meneguk air liur sendiri. Menawan, tetapi menakutkan.
“Ya, sudah berjaya. Bayaran sudah dibuat. Tunggu masa sahaja penghantaran dibuat ke sini.”
Suri ketawa puas. Bagaikan mengilai tengah hari terik. Shauki kecut. Mahu sahaja lari, tetapi hajat masih belum kesampaian.
“Nah, ambil ni. Sapu pada kening kamu setiap kali berjumpa dengan buah hati kamu tu. Jangan lupa juga calit pada badannya. Sudah, berambus kau dari sini.” Botol minyak pengasih dicapai, lalu dia berlalu pergi. Mahal harganya. Semata-mata minyak pengasih, wang digadai. Harga lukisan padang pasir sebagai pertukaran untuk minyak khurafat itu.
***
Suri duduk bersila dalam kegelapan malam. Mata tertutup, cubaan berkomunikasi dengan sesuatu. Di dalam hati, dia berkata,”Sudah jumpa budak hingusan itu? Kau sudah kerjakannya?”
Berselingan dengan dengusan berat, jawapan untuk Suri kedengaran di telinganya,”Dia insan terlindung. Bukan sihir, tetapi manusia peliharaan bunian. Aku cuba menyerang dia melalui mimpi….”
“Dan?” “Maaf, aku gagal. Aku berdepan halangan pahlawan-pahlawan bunian.”
Dicapainya cawan, dibaling ke dinding. Pecah lagi. Entah berapa kali berulang tabiat itu. Asalkan pelan gagal, habis semuanya mahu dihancurkan. Bencinya kepada Ren semakin membuak-buak.
“Kau, kau pastikan dia mati! Kita tunggu dia datang untuk Natrah, dan bunuh dia!” “Baiklah…hmmm.” Suasana hening ditingkah dengan jeritan kemarahan Suri. Tidak akan puas dia selagi tidak tercapai hajatnya.
***
Ren pulang dengan hampa. Keretanya dipandu tanpa arah tuju. Dilihatnya tangan kanannya. Bersih. Parut juga tiada. “Aduhai lah Adam ni. Bendul sangat. Apa aku nak jawab dengan Doktor Munsyi nanti pasal tangan ni. Takkan nak jawab aku prank dia kot haritu. Haisy.”
Ren akhirnya mengambil keputusan untuk menelefon Encik Asmawi. Panggilan terangkat. “Assalamualaikum pak cik. Saya, Shahrin. Pak cik ada di rumah ke? Boleh saya singgah sebentar?”
“Pak cik masih di hospital. Waktu habis melawat dalam pukul 7 malam. Dalam pukul 8 datanglah rumah pak cik. Boleh?”
“Baik pak cik. Minta maaf ganggu pak cik. Nanti minta tolong Syaza sharekan location kepada saya.” “Eh, tak ada masalahlah. Baik, nanti pak cik suruh Syaza mesej kamu.”
***
Satu lagi misteri terjawab. Masuk sahaja ke ruang tamu, Ren tertarik kepada lukisan besar terpampang di dinding. Lukisan rumah papan cantik, berlatar belakangkan padang luas dan bukit bukau. Rumah yang tidak asing lagi bagi Ren. Rumah yang Ren pernah kunjungi di alam lain. “Patutlah Pak Long nak sangat dia selamat,” getus hati Ren.
“Natrah sepanjang pengajian dahulu, kasihan. Banyak dia mengadu, tugasan hilang, dipulaukan, sabotaj, macam-macamlah. Ada dua tiga lukisan yang dia buat dicuri orang, buat dia marah sangat.”
“Lukisan ini pak cik, tak hilang?” “Hilang, tapi peliknya, lukisan ni adalah salah satu daripada dua lukisan yang dijumpai semula. Senang cerita, dipulangkan. Lain-lain hilang terus bila hilang.”
“Apa maksud pak cik, pelik?” “Natrah hilang lukisan di universiti, ada yang masih belum siap, macam lukisan ni juga. Kami jumpa lukisan ni di rumah ini, siap berframe. Natrah cakap, lukisan ini baru siap pada lukisan rumah sahaja, belum touch up pemandangan belakang. Kami jumpa, sudah lengkap macam yang kita lihat sekarang. Aneh kan?”
Ren mengangguk, sambil tersenyum hambar. “Ini kerja Adam. Pak Long suruh ‘curi’ untuk bina di sana.”
Nun jauh di Kampung Tinggal, Adam membuka matanya. Dia tersenyum sinis. Rahsia mereka sudah diketahui Ren. Sekarang, sudah sampai masanya untuk mencari Natrah. Semakin lambat, semakin ‘tenggelam’ Natrah di ‘sana’ nanti. Dicapainya kayu cemeti di tepinya. Senjata kegunaan Ren. Lalu, Adam menutup mata. Perang bakal bermula.
Kongsi kisah anda:Â http://fiksyenshasha.com/submit
12/10 aku tak pernah puas baca bro.. tip top..aku masuk dalam cerita kot..
update la ASAP..
Best
nak lagi bro. terbaik! skrg ni bukak FS je mst cari #gongpal dulu!
Superb bro..aku suke sgt penulisan ko..puas, rase cam makan sambal belacan..tak sabar tggu sambungan..
gongpal ni perempuan kan..
tak.lelaki.why assume me as perempuan?haha
sbb avatar ko kaler pink kot hahaha
cmne nak tukar avatar? nak letak ganas2 sikit. malu lah pink.hehehe
daftar kat http://en.gravatar.com/ tp bukan tukar avatar la..ko bole letak gmbar..
http://en.gravatar.com/ daftar kat sini..tapi bukan tukar avatar la..ni tmpt ko set pic untuk nama ko.
kena masuk gravatar bro tp bukan untuk tukar avatar masuk web tu untuk set pic.
Dialog antara ren dgn adam tu dah bole tahu yg gongpal ni lelaki. Kalo perempuan dia pnya dialog ada kelembutan..hahaha
MInta segera disambung. Adoi la, tak sabar nak baca sambungan. Citer the best. Konsep cerita yang sgt menarik. Terima kasih
sambung segera! best !!
Cepatlah update. Berdebar-debar nak tunggu sambungan. Dah part action-packed ni!
sambung cepattt!!
sambung cepat okay #gongpal. skrg dah jadi peminat setia awak.
Setuju dengan singkong & keju, x pernah puas baca cerita ni bro…sambung lagi weyy
mohon update dgn kadar pantas bergaya yer…tahap nak tau melampaui kelajuan cahaya dah ni 😀
woww..ternanti2 next episode.masing tertanya2 kenapa suri tu berdendam sangat dengan natrah?
Dengki melayu. Ada lagi bijak, macam tu lah. Hehe. Sentap aku kutuk bangsa sendiri. Huhu
Ye la btul jugak la tu,dengki sesama melayu.dengan yang lain xnak pulak kedengki.. Dunia oo dunia
alhamdulillah ada… bukak FS nk cari gongpal je…best sgtttttt ?
Halahhh. Sambung cepat . Story pertama cari mesti pasal ni. Best bro. Thumb up
ni klo buat filem confirm aku tgk walau dh 10 tahun tak tgk cete melayu kt wayang. huhu
biasa-biasa jer ni. xkanlah smpai masuk wayang.hahaha.
Lain feel bro kalau wayang ngan baca. kualiti berbeza nanti kecewa lagi pulak.hahaha
baca lagi best. blh bayang sendiri..hensem tak ren ni?hahaha
#gongpal . best 🙂
Besttttttt.. Cepatla gongpal dapat ilhamm.. Kalu buleh hari2 la update.. Sesak Napas.. Bila nak sampai penghujung ni.. Kalu novel compem dah Baca hat belakang dulu.. Tak sabaq Tunggu ending..
doa banyak2 admin approve cepat. Baru submit. Bersabar ya. Terima kasih kerana membaca.
Lama takbaca fs..sekali keluar cerita nih,,nice.. smbung cepat sikit ea
Bongpal ialah watak dlm cerita korea ‘Bring it on ghost’..betul tak gongpal?
tak tengok pasal cerita tu so xtau.haha.
tapi maksud nama lain tau gongpal dengan bongpal tu. Gongpal bunyi osem lagi, bongpal da macam nama org kampung jer.hahahaah
Harap sgd citer ni dijadikan novel…. boleh bayangkan mesti laku giler… bestnyaaa… hrap ada penerbit buku baca kisah ni ?
mohon sangat cerita ni dijadikan novel…best sangat…mcm sy pula yang ada dalam cerita ni…hehe…emosi habis…
makin menarik
best!
keep it up
Salam Gongpal…nk taw sgt ni citer benar ke rekaan..minat giler.. 20/10