#RuqyahCombatKit (edited version)

#RuqyahCombatKit

Assalamualaikum kepada para pembaca FS yang budiman. Nama saya Abu Khawlah (bukan nama sebenar). Saya selalu juga baca kisah-kisah di FS dan komen-komen dari pembaca. Saya lihat ramai yang bercerita tentang momen-momen bila berdepan dan diganggu jin yang mana kebanyakannya tak tahu nak buat apa. Termasuk juga bagi sesiapa yang terkena sihir. Bila kita takut kepada jin ia boleh menjerumuskan kita ke dalam perbuatan syirik sebab Allah hanyalah satu-satuNya yang patut kita takuti. Sebenarnya manusia Allah dah jadikan di atas muka bumi ni sebagai makhluk yang lebih mulia berbanding segala makhluk yang lain.
Sepertimana Allah sebutkan dalam surah Al-Baqarah surah ke 2 ayat 30 manusia Allah jadikan sebagai khalifah yang mentadbir bumi (termasuklah jin). Jadi bila kita takut ketika berhadapan atau diganggu jin ia akan menjadikan iman dan aqidah kita lemah. Sebenarnya jin yang takut dengan manusia dengan syarat kita beriman dan bertakwa kepada Allah. Kita boleh tengok contoh nabi Allah Sulaiman yang menguasai jin dan segala makhluk termasuk angin dan haiwan. Ifrit pon tunduk dan patuh pada nabi Sulaiman. Tapi kita bukanlah nak jadi sampai tahap nabi Sulaiman yang boleh memerintah jin, cukuplah sekadar kita dapat menjalankan tanggunjawab dan kehidupan kita atas muka bumi ni tanpa gangguan daripada jin dan syaitan. Sebab nabi Sulaiman dah kata hanya dia manusia terakhir yang akan menguasai jin.

Jadi persoalannya di sini apakah cara untuk berdepan dengan jin atau syaitan laknatullah serta sekutu-sekutunya? Jawapannya adalah dengan menggunakan Al-Quran. Ya Al-Quran adalah penawarnya. Allah telah menyebutkan dalam surah Al Isra ayat ke 82 “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman…” Jadi senjata dan penawar kita ada adalah Al-Quran bila kita hendak berdepan dengan jin dan syaitan laknatullah.

Insyaallah dalam beberapa siri penulisan yang saya berikan nama #RuqyahCombatKit saya akan kongsikan perihal sihir,jin, dan ain serta tips-tips dan cara-cara praktikal untuk menghadapi gangguan-gangguan tersebut yang mana ia boleh dilakukan sendiri tanpa perlu bantuan orang lain. Moga-moga dapat membantu kita semua supaya terhindar daripada Syirik dan hanya mengharapkan bantuan Allah serta hanya takut kepada Allah tidak selain dariNya.

Segala perkongsian yang akan diberikan ini bukanlah rekaan saya sendiri tapi ia adalah sepertimana yang telah diajarkan oleh seorang raqi (perawat) yang terkenal iaitu Syeikh Abdurraouf Ben Halifa. All credits belong to him. Saya hanya menyusun semula secara teratur dalam bahasa Melayu untuk memudahkan pembaca semua mengamalkan dan lakukan supaya tidak lagi mudah takut bila berhadapan dengan gangguan-gangguan syaitan dan iblis laknatullah. Walaubagaimanapun jika masalah yang dihadapi teruk maka anda perlu rujuk kepada perawat Islam untuk bantuan selanjutnya. Pastikan bukan perawat yang menggunakan jin juga kerana kemungkinan besar masalah anda akan menjadi semakin teruk.

Apa itu Ruqyah, Sihir, Ain dan Gangguan Jin?

Saya akan terangkan secara ringkas apakah itu ruqyah, sihir, ain dan gangguan jin. Penting bagi kita memahami dan membezakan setiap masalah ni supaya kita tahu cara untuk rawatan ruqyah bagi setiap masalah.
Ruqyah adalah rawatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Ruqyah yang saya akan kongsikan adalah ruqyah untuk mengubati 3 jenis masalah iaitu sihir, ain dan gangguan jin. Sihir boleh diibaratkan seperti penyakit. Penyakit yang dihantar melalui jin. Seseorang yang terkena sihir boleh jadi bersamanya ada jin atau tidak. Seseorang itu boleh juga ditimpa masalah yang seakan sihir tapi sebenarnya hanyalah disebabkan gangguan jin. Contohnya jin boleh jadi berminat dan menganggu kita disebabkan dia nampak kita berbogel ketika kita tanggalkan baju atau mandi atau buang hajat di tandas kalau kita tak baca Bismillah atau doa. Ain pula adalah penyakit yang terjadi disebabkan oleh pujian seseorang kepada sesuatu tanpa disekalikan dengan memuji Allah. Bila pujian tersebut tidak disertakan dengan ucapan Subhanallah, Masyaallah ia boleh menghilangkan barakah dan menyebabkan sesuatu yang dipuji ditimpa musibah. Pernah tak kita berjumpa dengan orang yang kalau dia puji orang lain nanti jadi benda tak baik? Sebab itu kalau kita ada anak yang baru lahir, elakkan dari berkongsi gambar di FB atau Insta untuk mengelakkan ain dari berlaku. Diantara ketiga-tiga masalah di atas sihir merupakan masalah yang paling teruk. Manakala ain pula boleh dirawat dengan kaedah ruqyah yang biasa.

Saya akan fokus tentang sihir sebab sihir adalah masalah yang biasa berlaku. Sihir boleh dihantar melalui 4 cara, melalui makanan dan minuman, dimasukkan ke dalam badan oleh jin, dihantar menggunakan simbol (saya akan terangkan kemudian jenis-jenis simbol dan kaitan dengan simptom yang dialami oleh pesakit) dan dihantar atau terkena melalui sentuhan fizikal. Bagi sentuhan fizikal contohnya kita melangkah atas barang sihir yang ditanam di depan rumah, tersentuh barang sihir, disapu pada badan dan pelbagai lagi cara. Boleh jadi kita terkena sihir secara tak sengaja akibat tersentuh barang sihir yang ditujukan pada orang lain.

Sihir yang dihantar melalui SIMBOL.

Sihir kebiasaannya dihantar menggunakan simbol dan dihantar dari jauh. Basic sihir adalah perkataan yang disebut untuk memuja syaitan. Perkataan atau mantera memuja syaitan ini akan dibacakan pada simbol-simbol sihir yang akan menghasilkan kesan sihir sama seperti simbol tersebut. Sebagai contoh, sihir yang diletakkan di dalam kubur atau menggunakan kain kapan akan menjadikan kehidupan seseorang itu seperti mayat, kehidupan tak boleh advance, muka pucat macam mayat dan rasa malas nak hidup tidak semangat. Kalau dibuang ke dalam sungai pula akan menjadikan kehidupan deras ibarat sungai contohnya ada duit tapi cepat habis atau selalu mimpi nampak sungai. Sihir yang menggunakan ikatan akan menyebabkan pesakit mimpi ular.

Contoh-contoh simbol yang digunakan dalam sihir, jenis-jenis mimpi dan kesan-kesan sihir tersebut.

1. Tali atau rambut yang di ikat: Mimpi ular. Kekangan dalam hidup.
2. Sungai: mimpi nampak air banyak.
3. Pokok: mimpi memanjat, terjatuh dari tempat tinggi, terbang dalam kapal terbang. Hidup berkitar di tempat/keadaan yang sama, tidak boleh keluar dari masalah.
4. Sungai/Laut: tidak dapat mencapai kejayaan dalam hidup, duit mengalir macam sungai. Mimpi air yang banyak.
5. Mangga/Lock: Mimpi dikejar atau bergaduh. Kekangan dalam hidup.
6. Lubang, jambatan atau perigi: mimpi tentang lubang, jambatan atau perigi, jatuh ke tempat yang dalam, hadapi masalah yang besar, duit habis.
7. Kubur: mimpi orang m**i, kubur, atau pengebumian. Rasa kesian, tertekan, lemah dan selalu penat, dan rasa malas hendak hidup.
8. Bekas tapak kaki seseorang (debu/habuk): mimpi duduk dalam kenderaan, perjalanan, dan memanjat. Mengalami masalah di kaki.
9. Baju: mimpi kanak-kanak atau bayi. Perkara buruk selalu menyelimuti diri.
10. Gambar: perubahan pada penampilan, Nampak hodoh, muka gelap. Mengalami penyakit di muka.
11. Rambut: selalu risau, masalah bertimpa-timpa, sakit kepada, masalah mental.
12. Tulisan: mimpi tentang orang lain, masalah dalam pelajaran.
13. Arang: sedih, selalu sangka buruk, sifat buruk
14. Api: mimpi api, bara atau asap. Rasa terbakar(panas) pada badan
15. Mangkuk: kehidupan ibarat tersekat, tak bolehmaju ke depan.
16. Patung yang dicucuk: rasa seperti dicucuk, sakit dibeberapa tempat pada badan.
17. D***h kotor: sakit berkait dengan d***h, masalah kesihatan yang tidak normal.
18. D***h h**d: mimpi d***h. Masalah dalam hubungan seks dengan pasangan dan masalah untuk mengandung. Rasa tidak suka pada suami.
19. Bangkai binatang: sakit yang teramat, serabut, muka serabut.
20. Anjing (singa, harimau dan yang seangkatan dengannya): mimpi anjing. Jadikan perangai buruk.
21. Ikan: mimpi ikan
22. Tulang: sakit tulang, sengal atau lenguh
23. Jamban/Najis: mimpi najis, berak, air kotor atau jamban. Jadikan seseorang tidak disukai.
24. Keldai: jadi bodoh, susah nak faham, degil
25. Seluar dalam/Bulu kemaluan: masalah hubungan seks, selalu mimpi erotic
26. Semut, anai-anai: rasa badan dicucuk-cucuk dengan pin atau jarum. Beratus jin dalam badan.
27. Lada: rasa panas macam dicili, selalu gelabah
28. Korban binatang atau manusia: mimpi daging. Hilang personaliti diri.
29. Patung atau berhala serta korban: mimpi topeng.
30. Kulit: masalah kulit

Jadi cuba anda cek semula mimpi masing-masing, pernah tak mengalami perkara yang disenaraikan? Kalau ada, kemungkinan kita sedang disihir. Tapi boleh jadi juga kita tidak disihir dan kebiasaannya sihir akan terjelma dalam mimpi. So watch out guys. Sihir sebenarnya akan mula melemah bila kita sedar masalah yang dihadapi sebenarnya berpunca dari sihir. Sebab bila kita tahu itu adalah perbuatan sihir maka kita akan mula mengawal segala perlakuan kita dan tidak hanya turutkan perasaan atau fikiran sahaja.

Perkara paling penting dalam merawat adalah untuk anda kesan adakah masalah yang anda hadapi itu berpunca dari sihir atau pon tidak. 4 jenis simptom sihir ialah kekangan dalam kehidupan (pekerjaan, kewangan, perkahwinan, anak-anak, pelajaran), masalah kesihatan (sakit perut, eczema, pelbagai jenis sakit, period tidak menentu, mandul, m**i pucuk dan psoriasis), gangguan mental (marah, tertekan, ragu-ragu, halusinasi, gila, dan susah fokus) dan yang terakhir mimpi. Kesan sihir sebenarnya ada 2 sahaja, kesan utama dan sampingan. Tujuan sihir dihantar kebiasaannya adalah untuk menganggu kelangsungan kehidupan seseorang dari segi perkerjaan, pelajaran, bisnes, keluarga, dan perkahwinan. Sihir yang dihantar akan menjadikan kehidupan seseorang itu serabut atau belajar sungguh-sungguh tapi results tetap teruk. Kesan sampingan pula adalah masalah kesihatan, cepat penat, masalah mental, dan masalah emosi. Kesan sampingan ini akan menjayakan tujuan utama sihir itu dihantar.

Jadi bila anda disihir perkara pertama yang perlu dibuat adalah anda kena tahu punca sihir tersebut. Caranya adalah dengan cek semula masalah-masalah yang anda hadapi. Kebiasaannya orang yang disihir akan mengalami pelbagai jenis mimpi bergantung kepada simbol sihir yang digunakan. Kalau tiada mimpi maka perlu cek masalah lain yang dihidapi contoh sakit-sakit badan, pening kepala, sakit perut, sakit lutut, eczema atau masalah-masalah lain yang mana anda pergi jumpa doctor pon masih tak sembuh-sembuh, kemungkinan puncanya adalah sihir yang ada di dalam badan.

Saya perasan yang ramai tak tahu nak buat apa bila disihir atau diganggu jin. Jadi saya akan kongsikan pula cara yang Syeikh Abdurraouf Ben Halifa ajarkan untuk merawat diri sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain.

1. Air Ruqyah.

Cara yang pertama untuk merawat menggunakan Ruqyah adalah dengan menggunakan air ruqyah. Cari bekas air yang berkapasiti 20-25L atau sekotak air minuman botol 1.5L dan bacakan surah dan ayat Al-Quran yang berikut: Al-Fatihah, Ayat Kursy, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas, Al-A’raf ayat 117-122, Yunus ayat 81-82, dan Taha 68-70. Bacakan 11 kali bagi tiap-tiap surah dan ayat pada air tersebut (jangan lupa bukak penutup botol itu ya). Untuk kesan yang lebih power boleh dibacakan lebih dari 11 kali mungkin 50 atau 100 kali. Air yang telah diruqyah boleh menghilangkan sihir, gangguan jin dan ain dengan izin Allah. Cara penggunaan air tersebut adalah dengan Minum 2 kali sehari (tak perlu sampai hilang haus, nanti nak kena buat banyak sangat pulak) dan mandi pada setiap petang dengan hanya menggunakan 1.5L air ruqyah bagi setiap hari (sebotol). Jika dibuat dibilik air, mandi dalam besen atau baldi besar supaya air ruqyah yang digunakan dapat dikumpulkan dan dibuang di tempat yang bersih, seperti di tanah luar rumah. Jangan buang air tersebut ke dalam lubang jamban dan tempat-tempat kotor dan yang seangkatan dengannya. Gunakan juga air ruqyah tersebut untuk sembur rumah (siling, lantai, dinding, pintu dan tingkap) pastikan spray semua tempat bukan penjuru rumah sahaja, atau tempat kerja dan kenderaan. Boleh juga disembur di kedai yang mungkin anda rasa telah disihir. Ruqyah ini juga boleh dibacakan pada minyak (cth: minyak zaitun) untuk disapukan di tempat yang sakit.

Jika ada masalah di perut atau masalah buang air besar dan anda suspek sihir atau ganguan jin, campurkan air ruqyah tersebut dengan daun sana (atau apa2 herba dan ubat yang boleh menyebabkan cirit birit aka. JULAP). Jika menggunakan daun sana renehkan selama 10 minit 1 sudu besar daun sana dengan 500ml air ruqyah. Air sana tersebut akan membuang sihir-sihir yang berada di dalam perut jika anda telah termakan atau minum minuman yang mempunyai sihir. Minum setiap pagi sampai hilang rasa sakit. Bila anda minum dan mengalami cirit birit tanpa rasa sakit itu tandanya sihir tersebut telah hilang. Lagi kuat sihir, lagi kuat sakit yang dirasai.

Untuk kesan yang effektif buat rawatan air ruqyah selama 12 hari. Kalau gangguan atau sakit masih kekal tambahkan lagi hari untuk rawatan. Tapi kebiasaannya 12 hari sudah cukup untuk menghilangkan sihir.

2. Tangkap atau B***h Jin Ketika Tidur

Cara yang kedua ni extreme sikit dan memerlukan keberanian. Jika anda tidak berani untuk melakukannya tanya balik diri anda adakah anda sanggup terus menerus dizalimi oleh jin dan tukang sihir? Sampai bila anda hendak biarkan diri anda sakit? Kalau anda sudah bersedia jom tengok macam mana nak buat. Kalau sebelum ni anda je selalu disakat dan dikacau, tapi kali ni anda yang menyerang. Untuk buat cara ni anda perlu bersedia sebelum tidur.
Sebelum tidur baca 3 Qul 3xkali, Ayat Kursy, doa sebelum tidur dan zikir-zikir yang biasa anda amalkan. Selepas tu, baca ayat 148 dari surah Al Baqarah “Aynama takunu ya’ti bikumu Allahu jamee’an, inna Allaha ‘ala kulli shay’in qadeer” yang bermaksud “Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu” (baca berulang kali 30x atau lebih) dan mohon kepada Allah sungguh2 untuk bawa masuk musuh anda (jin) ke dalam mimpi dan mohon kepada Allah untuk berikan kekuatan kepada anda untuk mengalahkannya. Kemudian tidur dengan niat bersungguh-sungguh nak tangkap jin tersebut seperti anda hendak memburu jin tersebut dan membunuhnya iaitu jin yang dah menganggu hidup anda sekian lamanya. Ulang setiap malam sampai semua jin-jin yang menganggu telah tiada. Semasa di dalam mimpi jika anda terjumpa dengan makhluk yang pelik seperti binatang, orang atau lembaga; kejar dan tangkap kemudian bacakan ayat kursy berulang-ulang sampai jin tersebut terbakar atau m**i. Mungkin juga bila di dalam mimpi nanti anda mempunyai senjata yang boleh digunakan untuk m******h jin tu, gunakan untuk menyerang KUMPULKAN KEBERANIAN ANDA DAN JANGAN LARI!.

Pernah tak anda dihempap semasa tidur? Rasa macam ada benda yang menahan anda dari bergerak? Jangan takut, lain kali kalau jadi lagi buat cara ni. Caranya adalah dengan menangkap jin tersebut. Ya tangkap. Macam mana nak tangkap? Genggam tangan anda kuat-kuat dengan niat nak pegang jin yang buat onar tu. Lepas tu, baca ayat Kursy. Kalau tidak boleh gerakkan lidah atau mulut, baca dalam hati. Baca berulang kali sampai anda boleh sebut menggunakan mulut dan sambung bacaan ayat Kursy tu berulang kali dengan nada suara yang kuat. Jangan lepaskan genggaman tangan tadi sampai jin tu terbakar, m**i atau mungkin dia akan lari. Yang pastinya insyaallah dia takkan datang lagi mengganggu anda.

3. Apa nak buat bila Nampak Jin (hantu)/ Penampakan?

Kadang-kadang cara jin mengganggu adalah dengan menampakkan diri dia depan kita. Tidak kisah lah dalam bentuk apa pun. Tapi satu fakta penting yang anda perlu tahu adalah, jin tidak boleh menjelma di tempat yang kita sedang pandang dan dia tak boleh menghilangkan diri selagi mana kita pandang dia. Faham ke tak ni huhu… Sebab tu bila kita ternampak jelmaan jin kemudian kita alih pandangan tempat lain bila tengok balik jelmaan tu dah hilang. Itu adalah kelemahan jin. Bila jin menjelma dalam alam manusia samada dalam mimpi atau real world jin itu dalam keadaan lemah sebenarnya. Kalau apa-apa berlaku kepada jin itu semasa jin itu sedang menjelma contoh kena baling batu, jin tu akan rasa sakit. Sebab tu kalau kita berjaya b***h jin dalam mimpi maksudnya jin tu memang betul-betul m**i. Yang tak m**i cuma iblis je, kiamat nanti baru dia akan m**i. Ok berbalik kepada bila nampak jelmaan jin nak buat apa. Pertama kena pandang jin tu tepat dekat mata dia. Bila kita pandang macam tu, jin tu takkan boleh lari, dia terpaku (jangan takut walaupun seburuk mana muka dia, waktu ni sebenarnya jin itu yang takut). Betapa hebatnya manusia Allah beri kelebihan dengan pandangan mata sahaja jin tu sudah tertangkap. Kemudian, baca ayat Kursy ulang-ulang sampai jelmaan tadi m**i (kalau dia jin kafir).

4. Memulihkan Rasukan/Histeria

Jangan panik bila kita berdepan situasi seperti ini. Selalu jadi di sekolah-sekolah kes histeria dan rasukan. Cara untuk merawat adalah dengan membacakan ayat Kursy di telinga pesakit dan chop leher pesakit tersebut dengan tangan anda seolah-olah pisau yang m*******l kepala jin tersebut. Tak perlu kuat sangat pon dah cukup untuk berikan kesan kepada jin tu. Bila jin tu rasa sakit dia akan lari. Bila jin tu lari jangan biarkan sebab dia akan datang balik dan kacau lagi, kali ini panggil balik jin tu semula masuk ke dalam badan orang yang dia rasuk tadi dengan membaca ayat 148 surah Al Baqarah macam ditulis di atas. Baca ulang2 sampai jin tadi muncul balik. Sekarang dia terperangkap sebab kita dah tangkap dia guna badan pesakit tadi dan kita berkuasa atas dia dengan izin Allah (reverse tadi dia rasuk, sekarang dia kena rasuk, lebih kurang macam tu la). Kemudian bacakan ayat Kursy dan chop leher atau anggota badan pesakit macam cara tadi sampai jin tu masuk Islam atau m**i. Cara nak ajak jin masuk Islam boleh baca di bawah.

5. Serang secara Mental

Ini adalah cara yang terakhir dalam merawat diri dari gangguan jin. Ada sesetengah orang yang mengalami masalah jin terikat dengan dia sebab jin tu sukakan dia (couple). Untuk selesaikan jin macam ni sebelum tidur cakap dengan jin tersebut (walaupun anda tak nampak jin tersebut). Sebab sebenarnya jin tu ada di sekitar anda dan dia dengar apa yang anda cakapkan. Panggil dan suruh dia dengar apa yang anda hendak cakap (cakap betul-betul ya bukan cakap dalam hati), bila kita sebut macam tu dia akan terpaksa dengar apa yang kita nak beritahu.

Beritahu pada jin tu “hey kau, jin yang selalu datang dalam mimpi aku, meh sini aku nak cakap sesuatu dekat kau” kemudian katakan “perkahwinan antara jin dan manusia perkara yang mustahil, lepas tu bacakan ayat ke 21 surah ke 30 yang bermaksud “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. Ulang ayat tu 30xkali. Ayat tu akan menunjukkan pada jin tersebut yang perkahwinan antara manusia dan jin adalah mustahil sebab Allah dah sediakan pasangan dari jenis masing-masing. Kemudian last sekali cakap pada jin tu “Kalau aku nampak kau lagi dalam mimpi aku, aku akan b***h kau!!!” kemudian anda boleh tidur seperti biasa.
Pernah tak anda mengalami gangguan bunyi-bunyian macam ada benda jatuh atas bumbung atau atas siling tanpa sebab yang munasabah? Dengar bunyi orang buat kerja di dapur, atau mandi di bilik air? Dengar orang berjalan dalam rumah? Macam mana nak selesaikan masalah ni? Anda boleh buat cara yang sama, iaitu sebelum tidur.

Sebelum tidur adalah waktu yang terbaik sebab jin bangun pada waktu malam dan tidur di siang hari. Bila kita tidur jin bangun dan buat kerja macam tikus, lipas dan lain-lain. Waktu nak masuk tidur adalah waktu terbaik untuk menangkap jin yang mengganggu. Jadi buat macam biasa, baca doa sebelum tidur dan zikir kemudian cakap pada jin tu “hey jin-jin yang buat bising dekat dalam rumah ni, meh sini aku nak cakap dengan kau!”. Walaupun tak nampak, lepas tu baca ayat quran untuk jadikan jin tersebut muslim (rujuk di bawah). Ayat alquran akan memberi kesan secara direct kepada jin walaupun dibaca dalam bahasa arab mereka tetap akan faham. Sepertimana jin mendengar bacaan Rasulullah dan memeluk Islam tanpa perlu diterangkan panjang lebar. Lepas dah baca ayat quran untuk Islamkan jin tu, baca ayat 108 surah Taha 30xkali juga lepas tu bunyi-bunyi yang anda alami akan hilang insyaallah.

Cara Islamkan Jin

Tak perlu berdebat sembang panjang. Bacakan ayat 19 surah Ali Imran, ayat 56 surah Azzariyat sebanyak 30xkali setiap satu dan insyaallah jin tersebut akan jadi muslim.
Saya berharap sesiapa yang dah mencuba cara-cara di atas boleh berkongsi pengalaman mereka di bahagian komen. Akan datang insyaallah saya akan kongsikan pula amalan yang di ajar oleh syeikh untuk mendinding diri dari gangguan jin dan sihir. Semoga kita semua menjadi muslim yang sebenar dan tidak takut kepada selain Allah yang Maha Berkuasa.

Terima kasih. Wallahualam..

Abu Khawlah
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4]

2 comments

  1. Assalamualaikum.

    thanks tuan atas shared info.
    “Semoga kita semua menjadi muslim yang sebenar dan tidak takut kepada selain Allah yang Maha Berkuasa..”

    Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.