Beberapa hari selepas perang di padang tandus
Ren segera berkongsi lokasi, supaya mudah untuk Minji bertandang ke rumahnya. Sungguh tidak disangka-sangka, Minji masih berada di Malaysia. Malah, dia di dalam kesusahan. Keadaan mata tidak berhijabnya telah diterangkan. Kini, Ren perlu bersiap sedia untuk membantu kekasihnya itu daripada ancaman makhluk berbulu yang memburunya. Minji kedengaran resah, menyesali pemergiannya untuk berjumpa dengan Puan Mastura. Ren segera menelefon Haji Jalal. Beberapa butiran tentang ilmu menangkis saka perlu ditanya segera.
“Assalamualaikum, Haji,” Ren memulakan bicara. Mengharapkan jawapan dan bantuan daripada si tua itu. Panggilan hanya dijawab dengan batuk yang tidak putus-putus.
“Waalaikumussalam, Shahrin. Maafkan Haji. Makin teruk pula batuk harini. Apa halnya, ya?”
“Haji, saya bersetuju untuk belajar ilmu dengan Haji. Sekarang, rakan Korea saya itu masih boleh nampak entiti halus. Haji tidak merawat dia sebelum ini?” Ren cuba mendapatkan pengesahan daripada tok guru barunya itu.
“Ya, nak. Dia secara rahsia memberi isyarat agar dikekalkan mata itu. Dia seorang yang kuat semangat, jangan risau. Cuma, jasadnya kini bagaikan magnet. Daripada hasil ‘tinjauan’ Haji, dia mempunyai susur galur keluarga yang penuh dengan dunia mistik, ibunya.”
“Itulah yang menjadi masalah sekarang, Haji. Makhluk yang menjadikan ibunya hos, cuba mengekorinya sekarang. Apa yang perlu saya lakukan?”
Haji Jalal menerangkan sedikit sebanyak cara-cara melindungi Minji apabila dia sampai nanti. Juga bagaimana untuk menghalang makhluk itu untuk menyerang buat sementara waktu. Ren mencapai pen dan buku untuk mencatatkan butiran penting untuk perkara-perkara yang perlu dia lakukan sebentar nanti. Malam ini, perubatan cara Islam kali pertama akan dilaksanakan olehnya. Rasa janggal, walau hanya memikirkan tentang itu. Bagaimanapun, Ren nekad untuk membantu. Dia lebih ikhlas menolong kekasihnya itu, daripada membantu manusia yang tidak bersyukur.
Ren segera menghantar mesej kepada Minji, bertanyakan keadaannya, dan apa yang perlu dilakukan sebelum menghadapi ancaman makhluk berbulu itu. Minji hanya membaca mesej Ren, tanpa jawapan. Ren resah. Sempatkah Minji tiba tanpa sebarang masalah ke rumahnya. Bagaimana pula dia hendak menerangkan kepada ibu bapanya tentang Minji? Kekasih? Teman sekuliah? Atau, hanya rakan biasa?
***
Salafus Luqman tiba bersama dua pengawal penjara dan Salafus Luqman, di hadapan pintu penjara Wasir dan Raykal Danish. Budak kecil itu masih tidur, manakala Wasir sudah bersedia. Bersila ampuh menunggu masa penghitungan yang akan dikepalai oleh Raja Iskandar. Dia tidak tahu menahu bahawa anaknya sendiri sudah menjadi raja bunian Kampung Tinggal. Apa yang dia maklum, abang iparnya, Raja Muzaffar, telah mangkat. Sesuatu yang tidak dapat dia lakukan, telah dilaksanakan oleh Adam. Dia cuba mengimbas kembali kisah pertarungannya dengan Muzaffar lebih 20 tahun dahulu. Pertarungan yang menentukan siapakah raja, siapakah mangsa. Sehingga kini, dendamnya terhadap Permaisuri Seroja tidak hilang.
***
Muzaffar, dengan tombak berelemen ais, masuk ke arena pertarungan dengan gagahnya. Dia memakai perisai ringan, memegang kejap perisai di lengan kiri. Dahulu, dia dan Wasir masuk ke dunia asing ini kerana terpedaya dengan kecantikan dan kewangian puteri bunian berdua. Mereka menurut langkah mengejar kedua-dua puteri lindungan bulan pada maghrib hari. Anehnya, senapang patah yang dibawa mereka, hilang antara dua dimensi berbeza. Mereka berdua ditangkap, betul-betul di hadapan pintu gerbang Kampung Tinggal. Hanya tulisan nama kampung dalam tulisan jawi yang sempat mereka baca. Sedar-sedar, mereka telah dihumban ke dalam penjara, sebagai makhluk ‘asing’ di tanah yang indah itu.
Wasir sememangnya maklum, dunia ini masih diselubungi hal mistik. Dia sendiri mempunyai ilmu kebal hitam, sebagai pelindung diri. Memandangkan dia seorang pengusaha membuka tanah baru di situ, memburu adalah satu cara untuk dia meneroka ruang baru sebagai tempat berpotensi dijadikan tanah penerokaan FELDA. Adik iparnya, Muzaffar, sentiasa menurut aktiviti memburu, kerana jika mereka dapat projek baru, tender akan lebih mudah dimenangi oleh mereka, hasil kerjasama mereka berdua. Malang sekali, mereka terperangkap di tanah larangan. Orang kanan diraja pada ketika itu, Kharizad, dan konco-konco, menangkap mereka sebelum mereka dapat berkenalan dengan dua puteri bunian yang diekori itu. Mereka tidak sedar, bahawa dua puteri itu sedang menggoda mereka. Dengan niat untuk meningkatkan status keluarga masing-masing, jika mereka menjadi permaisuri suatu hari nanti.
Puteri Seroja, idaman Muzaffar. Puteri Salju, kesayangan Wasir. Puteri Salju adalah anak bongsu dari cabang keluarga Tun Masyhoor, adik kepada dua Salafus itu. Puteri Salju dikatakan waris paling layak untuk dinobatkan sebagai permaisuri, memandangkan kecantikannya yang tiada tolok bandingnya di kalangan puteri-puteri yang ada. Dengan bermodalkan perjanjian damai keluarga di Kampung Tinggal, ini adalah peluang untuk mengangkat keluarga Mustafa sebagai keluarga yang paling berpengaruh antara enam keluarga besar di dalam Kampung Tinggal itu. Namun, hasil tangkapan kali ini berdua. Bermakna, mereka perlu memutuskan antara dua itu, sebagai pewaris takhta Raja Mikraj, sekaligus berkahwin dengan puteri idaman mereka.
***
Wasir masuk ke arena penuh yakin. Berbekalkan keris yang telah disihir, dia berjalan angkuh, hanya berseluar panjang tanpa perisai, tanpa baju kalis senjata. Keyakinan yang membuak itu adalah disebabkan dia yakin, ilmu kebalnya sudah cukup ampuh untuk mematahkan serangan Muzaffar dalam pertarungan hidup dan mati itu. Raja Mikraj bertitah, lalu merasmikan pertarungan berdarah itu. Seluruh warga Kampung Tinggal menjadi saksi, siapakah yang bakal diangkat darjatnya selepas ini.
10 minit pertarungan berlangsung. Wasir tidak sekalipun menyerang Muzaffar. Hanya mengelak dan menerima serangan. Dia berasa aneh. Serangan sebentar tadi tepat menghiris isi daging di lengannya. Sepatutnya dia pulih dengan sendiri, hanya meninggalkan parut. Namun, darah masih mengalir di lengannya. Apa yang telah berlaku?
Wasir bertindak menendang Muzaffar di hulu hati, lalu melompat ke belakang untuk meleraikan serangan adik iparnya itu. Dia cuba memandang sekeliling, di khalayak ramai. Cuba mencari sesuatu, mencari punca kegagalan ilmu kebalnya. Tiba-tiba, dia tertangkap satu imej yang pelik di sebelah tempat duduk singgahsana. Di sebalik tempat duduknya Raja Mikraj itu, kelihatan Puteri Seroja sedang bertafakur, membaca sesuatu dengan tekun tanpa melihat pertarungan di bawah. Altar itu nampak kosong pada mata kasar, tetapi Wasir merasakan aura ‘sesuatu’ Aura yang menyelubungi kawasan itu. Ilmu kebal bantuan makhluk luar yang dibawanya tidak dapat turut serta ke dalam arena itu. Patutlah dia cedera. Kini, dia perlu bergantung kepada keris sihirnya sahaja untuk terus berjuang.
Lagi meleset sangkaan Wasir. Sihir keris juga tidak menjadi. Tikaman pertamanya terhadap Muzaffar, hanya mencalar perisai di tangan kiri. Tiada sebarang tembusan seperti yang disangkakannya. Wasir gelisah. Dia kini di ambang bahaya. Sedang memikirkan solusi, tiba-tiba dia ditendang di muka. Terperusuk ke tanah. Cuba bangkit dengan segera, namun dadanya telah dipijak oleh Muzaffar. Dengan jeritan kuat, Muzaffar mengangkat tinggi tombaknya. Lalu menghentak ke bawah, ke arah Wasir. Wasir pasrah, hanya memajam mata.
3 saat berlalu. Tiada tusukan dirasakan. Pejaman mata dibuka. Muzaffar hanya menusuk tanah, tepat di bahagian kiri tepi ketiak Wasir. Tidak perlu tumpahkan darah lagi. Wasir sudah terang-terangan tewas dalam pertarungan itu. Raja Mikraj berang. Ini bukan pengakhiran yang dikehendakinya. Serta-merta, raja itu bangun dari tempat duduknya, ingin bertitah.
“Tamatkan riwayat musuh kamu, si hina!” Muzaffar hanya memandang kosong terhadap Raja Mikraj. Lalu, dialihkan pandangan pula kepada Puteri Seroja dan Puteri Salju. Puteri Salju merupakan adik bongsu Salafus Salleh, masih muda. Menampakkan riak wajah yang risau, bimbangkan Wasir si kekasih hati. Muzaffar tidak sampai hati untuk membunuh abang iparnya. Masih panjang perjalanan hidup mereka, sepatutnya. Bukan begini akhirnya. Melihatkan keadaan itu, Raja Mikraj murka. Dia bertitah lagi, dengan nada yang tinggi.
“Hai, Kharizad! Tamatkan riwayat si derhaka hina itu! Aku enggan menerima kemenangan si pengecut!”
“Menjungjung titah, tuanku.” Lantas, Kharizad melompat tinggi, masuk ke arena sambil menghunus pedang panjangnya. Muzaffar, dengan lagak biasa, menarik kembali tombak saktinya untuk berdepan dengan orang kanan diraja itu. Bersiap sedia menghadapi sesiapa sahaja, asalkan mereka berdua kekal hidup. Kharizad memulakan serangan. Pedang bertemu tombak di udara. Percikan api kelihatan, hasil pertembungan besi senjata di udara.
Aneh bagi Kharizad. Manusia di hadapannya cukup ampuh. Tidak lelah menghadapi dua pertarungan sekaligus. Mereka masih beradu tenaga dengan menggunakan senjata masing-masing. Muzaffar masih tidak menyerang, hanya bertahan. Dia tiada kepentingan untuk menyerang, maka bertahan adalah apa yang diperlukan sekarang. Dia khuatir, jika membunuh orang kanan diraja itu dilakukannya, lebih berat hukuman yang bakal dijatuhkan.
“Yang Mulia, Rajaku Mikraj. Patik mengharapkan ampun tuanku, agar dihentikan pertarungan ini. Kita sudah ada pemenang,” ujar Puteri Seroja. Puteri Seroja merupakan puteri sulung kepada Raja Mikraj. Mengharapkan ampun daripada ayahandanya, dan segera menamatkan pertarungan buah hatinya dengan Kharizad di tengah-tengah arena itu. Wasir bangun, cuba untuk mencari peluang dan bukaan pada Kharizad, agar dia dapat membantu Muzaffar bertarung dengan orang kanan diraja itu.
“Hmmm, apa jaminan anakanda, jika beta izinkan si hina itu terus hidup di sini?”
“Nyawa patik, di tangan ayahanda. Jika dia diampunkan, maka patiklah taruhan kita.” Puteri Seroja pandai menyusun bicara. Memancing Raja Mikraj, dengan berbekalkan perjanjian damai itu. Moga-moga, keluarga mereka terus bermaharajalela di takhta bunian itu.
“Kharizad, mundur! Kita izinkan dua-dua manusia ini kekal hidup!” Serta-merta, Kharizad melompat tinggi, mengundur diri. Wasir dan Muzaffar sedar, mereka telah diampunkan, tetapi nasib di masa hadapan masih belum tentu. Cuma ujian hari ini, mereka telah dapat menyelamatkan diri daripada terus bermusuhan sesama sendiri. Namun, jauh di sudut hati, Wasir tidak berpuas hati. Dia terlalu yakin akan kemenangannya, hanya disabotaj oleh Puteri Seroja yang baginya, turut gilakan kuasa. Jika Muzaffar menang, maka keluarga diraja masih dikekalkan di takhta yang baru. Muzaffar hanya akan menjadi boneka di singgahsana.
Puteri Seroja tersenyum, seraya memandang ke arah Muzaffar. Adakah dia benar-benar cintakan Muzaffar, atau ini sememangnya perancang puteri sulung itu untuk terus mengekalkan takhta di tangan keluarga mereka?
***
Minji berasa sangat bersyukur. Makhluk berbulu itu seakan-akan berhenti mengejar, sebaik sahaja pintu pagar automatik rumah Ren dibuka. Minji memarkir di garaj dalam, sambil Ren memerhatikan di hadapan pintu. Ren turut mempunyai mata tidak berhijab, maka dia nampak akan kelibat makhluk berbulu itu hanya berdiri di hadapan rumah. Pagar rumah membuahkan hasil. Ren lalu ke pagar automatik, dengan niat untuk berbicara dengan makhluk jahat itu.
Minji menarik tangan Ren. Berusaha untuk tidak terus mengeruhkan keadaan. Ren akur, lalu dibawanya Minji memasuki rumah. Makhluk berbulu itu masih berdiri tercegat di hadapan pintu pagar. Menyeringai melihat tepat ke arah Minji. Hanya Minji.
“Oppa, mianhae. Na irokkaekkaji heso mianhae (Abang, minta maaf. Aku buat sampai begini, minta maaf).”
“You don’t to be sorry. I know who you are. This thing will be happening, eventually. So, what’s that thing?”
“Something that I think, a curse from my mother.” Ren mengerutkan muka, sebaik sahaja mereka duduk di sofa ruang tamu. Ibu Minji? Bukankah Minji nyatakan dahulu kepadanya, sejak bapanya meninggal, dia tinggal di rumah anak yatim.
“I am sorry for lying, again. I do have a mother. I am half Korean, half Malaysian. My mom is so sick right now, because of that. The pair of creatures keep on sucking my mom’s blood from the toe.”
“You are bound to inherit that creature, Minji,” ujar Ren, sambil mengeluh. Dia sedia maklum kini, itulah dikatakan sebagai saka. Sesuatu yang buruk untuk Minji.
“Nan ke saramirang yonlakhaesso. Naeil woori kogiro kaja (Aku sudah menelefon orang itu. Esok, kita ke sana),” tambah Ren, merujuk kepada Haji Jalal di Johor. Dia perlu menyegerakan hal ini, memandangkan saka itu seolah-olah tidak mahu melepaskan Minji. Minji menanggukan kepala. Perjalanan dari Pulau Pinang ke Selangor, amat meletihkan. Lebih-lebih lagi, dikejar makhluk ngeri itu.
“I have prepared a room for you. Make yourself at home. We will meet with my parents later on. Please, have a rest, darling.” Minji menganggukkan kepalanya. Berat, dan penat. Dia perlu berehat sebentar.
***
Wasir berjalan beriringan dengan Adam. Raykal dibawa bersama ke balairong istana, sebagaimana yang diperintahkan oleh Raja Iskandar. Bakal diketahui nasib mereka, atas budi bicara raja baru itu. Raykal kini berusia 10 tahun. Masih tidak pasti di mana dia berada. Namun, dia yakin, dia akan pulang. Janji Wasir dipegang erat, yakin dengan janji tersebut.
Wasir dibawa Salafus Luqman ke tengah-tengah balairong. Dilihat sekeliling. Puteri Salju, kekasih hatinya, kini sudah tiada di dalam hati. Puteri itu sudah diangkat menjadi permaisuri baru kepada Raja Iskandar. Baru dia tahu, muslihatnya kini sudah tiada guna. Hanya tinggal dendam. Permaisuri Salju, kini milik anaknya sendiri.
“Wasir. Kamu kenal siapa aku?” Raja Iskandar memulakan bicara. Dia sedia maklum akan nama itu. Pertama kali mereka bersua muka. Ayah yang telah meletakkan dirinya sebagai pewaris baru di kampung bunian itu. Jauh di sudut hati, dia tidak marah. Hanya berterima kasih atas ‘pemberian’ tidak ternilai itu. Jasa Wasir dikenang, kerana dialah Iskandar menjadi Raja di Kampung Tinggal.
“Tidak, tuanku. Patik hanyalah hamba hina di sini. Siapalah patik untuk mengetahui siapa raja baru kita.”
“Lihat baik-baik. Inilah muka anakmu yang terbuang. Anak yang kamu tidak hargai. Anak yang kamu jual untuk menyelamatkan diri sendiri di sini!” Hadirin di balairong istana itu bagaikan tidak percaya. Mereka berbisik-bisik mendengarkan penjelasan Raja Iskandar. Wasir hanya berdiam diri. Dia tahu, usaha itu tidak sia-sia. Kini, anaknya sendiri telah mewarisi takhta yang dia sendiri idamkan suatu masa dahulu. Termasuk buah hatinya, kini menjadi isteri anaknya sendiri.
“Apa perasaan kamu, mengetahui darah daging sendiri yang akan menentukan nasib hidup kamu?”
“Tuanku, patik berserah. Patik sudah lama hidup merempat di sini. Mati pun tidak akan buatkan patik sesali lagi.”
“Bawa si penderhaka Adam ke hadapan.” Salafus Salleh membawa Adam ke sebelah Wasir, lalu ditendang lututnya agar melutut. Tangan masih digari dengan gari besi.
“Adam. Empat tahun kamu di penjara. Apa perasaan kamu? Masih sanggup hidup di dalam lembah hina itu?” Adam hanya mendiamkan diri. Memandang tepat ke arah Raja Iskandar. Penuh dendam kesumat. Raja Iskandar berasa gerun. Lelaki bunian di hadapannya, semakin menakutkan. Rambut panjang kini, watak yang sungguh berbeza berbanding empat tahun dahulu. Di keramaian manusia bunian itu, cercaan dan makian dapat didengari. Kebanyakan mereka bencikan Adam, kerana mereka adalah daripada keluarga yang kehilangan nyawa anak-anak yang turut serta berperang suatu ketika dahulu, akibat hasutan Adam.
“Kau belum insaf, ya. Hina di penjara, tiada apa-apa kesan buat kamu.”
Raja Iskandar menambah,”Salafus Salleh, tamatkan riwayat si penderhaka ini. Gantung kepalanya di luar istana, sebagai peringatan kepada mereka yang engkar. Segera!”
Salafus Salleh menghunus keris salju miliknya, bersedia untuk memenggal kepala Adam, bekas orang kanan diraja. Seraya itu, Wasir memulakan bacaan sihir. Tiba-tiba, manusia-manusia di situ semuanya kaku. Salafus Salleh turut kaku. Mereka berasa aneh. Bacaan yang cukup ampuh, hinggakan Raja Iskandar sendiri kaku dan kaget.
Adam bingkas bangun. Dengan kudrat yang ada, dia memecahkan besi gari di tangannya dengan mudah. Lalu, dia melangkah ke singgahsana, mengeluarkan keris dari sarung yang tersisip rapi di pinggang Raja Iskandar. Resah, penuh debaran. Hadirin tidak sanggup melihat. Permaisuri Salju menangis melihatkan keadaan itu. Adakah dia bakal menjadi balu tidak lama lagi?
Adam meletakkan keris tepat di tengkuk Raja Iskandar. Membawa raja itu ke hadapan Wasir. Senyuman galak kelihatan. Pahlawan-pahlawan lain masih kaku. Cukup kuat sihir buatan Wasir.
“Hai, Wasir. Apa yang perlu kita buat kepada anak kau ini? Pancung? Gantung kepala di hadapan istana?”
“Ini bukan rancangan kita, Adam. Lepaskan anak aku.” Adam ketawa berdekah-dekah. Dia menang. Puas melihatkan situasi itu.
“Lepaskan tuanku, Adam. Jangan keruhkan keadaan!” Jeritan Salafus Salleh hanya dijawab dengan ketawa besar daripada Adam. Luka di badannya tidak diendahkan. Leher Raja Iskandar sudah terhiris sedikit, menampakkan kesan luka dan darah pada keris.
“Aku ada tiga permintaan, manusia bodoh. Kalau kau gagal laksanakan, matilah kau!”
“Ba…ba…baiklah. Apa permintaan kamu?” Raja Iskandar menjawab dengan penuh ketakutan di hati. Nyawanya menjadi taruhan kali ini.
“Pertama. Aku mahu Wasir dan budak mentah ini dibawa pulang ke tempat asal. Kau, Salafus Salleh! Bawa mereka berambus dari sini!”
“Kedua, bawakan aku skrol perjanjian damai Kampung Tinggal. Aku mahu perjanjian itu dibatalkan. Tiada guna lagi kita angkat manusia hina seperti hingusan ini sebagai pewaris takhta! Bawakan skrol itu sekarang!” Hadirin semakin kecoh. Pertabalan bakal berubah lagi. Kali ini, kebarangkalian pertumpahan darah antara keluarga di situ akan tercetus. Dek kerana mahukan takhta tertinggi kelak.
“Ketiga. Aku mahukan sepuluh pahlawan yang muda. Yang sanggup melangkah pergi, mengiringi aku bersama. Tinggalkan kampung bodoh ini! Aku akan tebus maruah aku, kemudian pulang ke sini menagih takhta yang sepatutnya menjadi milik keluarga aku sejak dahulu lagi!” Hadirin terdiam. Mereka tidak sangka, selama ini hasrat Adam adalah takhta itu. Dia mahu jadikan Raja Iskandar boneka pada asalnya, tetapi gagal. Kini, dia mahukan takhta itu untuk diri sendiri.
“Sebut nama dan tampil, pahlawan sepuluh!” Arahan keluar daripada mulut Salafus Salleh. Nyawa raja mereka mesti diselamatkan. Maka, keluarlah sepuluh pahlawan menyerah diri untuk diperhambakan oleh Adam. Ada ketawa lagi. Salafus Luqman turut serta ke dalam pihak Adam. Salafus Salleh terkejut. Tidak disangka, selama ini ada musuh di dalam selimut. Adiknya sendiri. Permaisuri Salju, turut terkesan. Tidak disangkanya bahawa abang sendiri yang membelot.
“Sudah sampai masanya untuk aku keluar dari bayangan kamu, Salleh. Tempat aku bukan di bawahmu, aku lebih layak daripada itu.”
“Celaka kau Luqman! Kau sudah memalukan keluarga kita!”
“Simpanlah nama keluarga itu di hati kamu. Aku bukan lagi siapa-siapa. Aku bercita-cita tinggi, bukan seperti kamu yang hanya menerima sahaja tuah sebagai cucu sulung. Kau dan nama keluarga, boleh pergi mati bersama.” Adam ketawa lagi. Dia puas.
“Salafus Salleh! Bawa pergi dua manusia ini. Aku akan pergi bersama sepuluh pahlawan aku ini. Bersiap sedialah kalian. Kampung ini akan menjadi medan pertarungan suatu hari nanti. Aku atau kau, Salleh. Siapa yang mati dahulu di tanah kita ini! HAHAHAHAAHA!”
Salafus Salleh segera mendukung Raykal, dan membawa Wasir pergi. Wasir tidak lagi mengenakan sihir pegun kepada mereka semua. Pahlawan sepuluh melindungi Adam. Adam lalu menusuk kaki Raja Iskandar. Tumpah darah lelaki itu, diselangi jeritan kesakitan.
“Darah kamu, tidak cukup untuk menceritakan derita dan malu yang kamu berikan kepada aku!”
Maka, berlalu pergi 11 bunian itu meninggalkan Kampung Tinggal, Raja Iskandar dipapah oleh pembantu dan gundik diraja untuk rawatan. Wasir dan Raykal juga berlalu pergi, dibawa Salafus Salleh pulang ke pangkuan manusia. Adam satu, bunian Kampung Tinggal kosong.
***
Tun Masyhoor masuk ke tempat beradu diraja. Raja Iskandar terbaring di katil raja, lesu. Malu dengan apa yang berlaku. Kakinya yang sakit, tidak sehancur rasa malu diperlakukan seperti sampah di hadapan rakyatnya sendiri. Tun Masyhoor datang mengadap, untuk meminta maaf atas pembelotan Salafus Luqman.
“Ampun, tuanku beribu ribu ampun. Sembah patik harap diampun,” Tun Masyhoor memulakan bicara. Dia bimbang, Raja Iskandar masih berang dengan apa yang berlaku pagi tadi. Kesemua banduan terlepas, sepuluh pahlawan hebat mereka juga hilang.
“Patik mewakili keluarga Mustafa, ingin menawarkan segala kudrat, untuk menghukum cucu patik, Salafus Luqman, atas apa yang telah dilakukannya. Pembelotan ini adalah sesuatu yang memalukan buat kami sekeluarga. Kami bersumpah, atas nama Tuhan, akan menebus kembali apa yang telah Salafus Luqman lakukan.”
“Berapa orang pahlawan di kalangan keluarga kamu yang membelot?”
“Tiga, tuanku. Kami akan serahkan nyawa mereka sebagai balasan penderhakaan ini.”
“Bawa Salafus Luqman pulang hidup-hidup. Beta sendiri akan penggal kepalanya.”
“Menjunjung titah, tuanku.” Tun Masyhoor menurut ke belakang, lalu pergi. Raja Iskandar mengeluh berat. Tidak disangkanya, ayah kandungnya sendiri yang bersetongkol dengan bunian derhaka, untuk menyelamatkan diri. Komplot yang dirancang rapi itu, tidak disangka-sangka.
***
Munsyi tiba di balai polis Kuala Selangor. Dikhabarkan bahawa ada seorang budak lelaki memperkenalkan diri sebagai Raykal Danish telah lapor diri berseorangan di balai polis itu. Munsyi mencari-cari kelibat anaknya yang telah lama hilang itu. Natrah bersama anak kedua mereka, Nurin Larana, masih di dalam kereta, menanti penuh debaran. Benarkah Raykal sudah pulang? Setelah sekian lama mereka mencari, adakah pencarian ini bakal berakhir?
Munsyi pulang ke kereta, bersama satu tubuh budak kecil di sebelah. Tidak syak lagi, anak mereka sudah pulang. Natrah berdoa syukur kepada Ilahi. Pencarian sudah membuahkan hasil. Raykal tidak senyum, tidak menangis, melihat kehadiran ibu bapanya di situ. Emosi kosong, usai memasuki kereta bapanya. Dia masih berharap, suatu hari nanti, dia dapat bertemu dengan Wasir, lelaki yang sudah dianggap sebagai datuknya itu. Dalam genggaman tangan Raykal Danish, dipegang erat cincin keramat pemberian Wasir.
“Kal saying, apa di tangan kamu tu? Boleh mama tengok?” Permintaan Natrah dijawab dengan hanya gelengan. Raykal tidak tahu kenapa dia diberi cincin itu. Besar dua kali jari telunjuknya. Namun, dia tahu. Cincin ini bukanlah boleh ditukar milik kepada ibu dan bapanya. Cincin itu perlu disimpan sebaik-baiknya. Cincin keramat yang berupaya menyeru Wasir, atau makhluk khadamnya, untuk membantu. Munsyi bimbangkan anaknya. Tahap mental anaknya pasti berubah daripada anak yang ceria suatu masa dahulu, kepada anak yang bingung dan senyap. Munsyi bimbang kehilangan Raykal membawa kesan secara psikologi. Dia perlu bertindak merawat anaknya itu sebelmum menjadi semakin melarat.
***
Haji Jalal menggelengkan kepala. Saka ini degil untuk dibuang. Minji sudah separuh mati menjerit, dek kerana rawatan itu. Hujung minggu itu, Ren, Minji, Munsyi, dan Natrah bersua kembali. Ren dan Munsyi bersetuju untuk menjadi anak murid Haji Jalal. Namun, urusan Minji dan Raykal perlu diselesaikan terlebih dahulu. Di luar sangkaannya, saka makhluk berbulu itu degil, kesannya membahayakan Minji. Minji menjadi sangat agresif akibat bacaan yang Haji Jalal buat sebentar tadi.
“Shahrin, susah ni. Saka tu lapar. Dia enggan pergi. Haji bimbang, jika makhluk itu dibunuh, Minji juga akan ‘sakit’ nanti.” Ren mengangguk tanda faham. Dia perlu berbincang terlebih dahulu dengan kekasihnya itu, agar keputusan yang dibuat adalah keputusan bersama. Di tepi mereka, Natrah hanya memandang sepi. Jauh di sudut hati, dia cemburu. Ren sudah mempunyai penggantinya. Munsyi pula risaukan Minji. Gadis kacukan itu telah banyak terseksa akibat saka itu.
“Esok kita sambung lagi ya, Haji. Saya bawa dia pulang dulu, rehat di hotel.” Haji Jalal mengangguk tanda setuju. Kini, perhatian diberikan kepada Raykal Danish. Haji Jalal melihat ke dalam mata kanak-kanak itu, lalu menggelengkan kepala.
“Ada orang telah dampingkan dia dengan sesuatu. Malah, Raykal kecil ini sudah belajar sesuatu yang terpesong daripada seseorang.”
“Maksud Haji?” Munsyi kurang faham dengan kata-kata Haji Jalal. Penjelasan lanjut diperlukan.
“Ada satu makhluk yang telah jadikan Raykal ini tuannya. Kemudian, Raykal mungkin pernah belajar sesuatu tentang ilmu hitam daripada seseorang. Lihat ni.” Haji Jalal mengelar tangan Raykal Danish, darah mengalir pantas. Raykal tidak menunjukkan reaksi apa-apa, sakit pun tidak. Hanya turut melihat darah keluar daripadaa tangannya. Tanpa rasa sakit pada reaksinya.
Seminit kemudian, darah berhenti mengalir. Hanya parut luka kelihatan. Suatu keajaiban. Sudah pasti, Wasir telah menurunkan ilmu kebal kepada Raykal. Haji Jalal menunjukkan lagi tangan Raykal. Bersih daripada luka. Ren dan Munsyi, menggelengkan kepala serentak.
“Siapa yang ajar Raykal ilmu jahat ni?”
“Kal tengok Atuk Wasir buat, dan dia ajar Kal untuk turut serta. Kata nanti, tiada orang yang berani buli Kal.”
Haji Jalal, Ren, Munsyi, dan Natrah saling berpandangan. Sah, Raykal sudah terpesong daripada ajaran sebenar. Mereka perlu berbuat sesuatu.
“Kal, nanti balik papa ajar kamu ya. Ilmu itu, bukan untuk kamu. Berdosa kalau kamu amalkan.”
“Atuk Wasir buat biasa je. Dia kata sesiapa yang menegur tu, dengki. Papa dengki dengan Atuk Wasir?”
Munsyi hanya menggelengkan kepala. Minji sedari tadi hanya lesu terduduk. Semenjak kematian ibunya, dua makhluk berbulu itu kini memburunya. Minji tinggal lama di Malaysia, selagi sakitnya tidak hilang. Dampingan makhluk buas itu perlu dibuang terlebih dahulu. Empat tahun adalah suatu masa yang lama, tetapi tidak melemahkan kuasa saka itu. Malah, lebih galak menyerang dek kerana terlalu lapar. Minji kini menetap di rumah orang tua Ren, selagi masalah ini tidak diselesaikan.
“Kalian pulanglah dahulu. Munsyi, tugas kamu tengok-tengokkan anak kamu. Jangan biar dia praktikkan ilmu terpesong itu sesuka hati. Memudaratkan rakan-rakan sekolahnya nanti. Haji akan ikhtiar lagi esok untuk dia, dan Minji.” Munsyi menganggukkan kepala. Semenjak pertarungan di padang pasir empat tahun dahulu, kini Munsyi dan Ren telah banyak belajar daripada Haji Jalal. Mereka juga telah mahir membawa roh masing-masing ke ‘dunia’ lain. Cuma, mereka sedia maklum bahawa setiap ‘perjalanan’ ke alam lain itu, melemahkan semangat roh mereka di dunia. Mereka hanya menggunakan ilmu itu, apabila perlu. Raykal sudah pulang, Munsyi kini sudah tiada kepentingan untuk menggunakan ilmu yang dipelajari. Namun, dia sedar. Ren bakal memerlukan pertolongannya bila-bila masa. Namun, isu Raykal perlu diselesaikan segera. Anak kecil yang lama hilang itu, pandai bermain ilmu terlarang. Munsyi dan Natrah perlu banyak bersabar, demi anak sulung mereka itu. Syukur, tiada gangguan berlaku terhadap anak perempuan mereka dek kerana ilmu sihir Raykal ini.
***
Wasir sudah diganggu tiga hari berturut-turut di dalam mimpi. Sentiasa dikejar makhluk berjubah yang mahukan kehadirannya di sebuah hutan simpan. Menagih kelibar Wasir ke sana. Siapakah makhluk itu? Mengapa dia diperlukan di sana. Wasir ragu-ragu menerima mimpi sebegitu. Jarang ada isu sebegini, lebih-lebih lagi dia sebagai seorang yang kuat ilmunya.
Wasir akhirnya menyeru Adam untuk bertanyakan perihal mimpi itu. Adakah sekadar mainan syaitan, atau memang benar syaitan sedang memanggilnya.
“Kamu berjumpa dengan makhluk berjubah? Mukanya?”
“Ular. Lidah bercabang.”
“Ada dia sebut tentang lokasi hutan itu?” Wasir mengangguk, lalu mengajak Adam menjejaki tanda-tanda panggilan itu dari mana.
“Hutan simpan berdekatan dengan Zoo Negara.” Adam menarik nafas panjang, lalu berkata lagi.
“Aku tahu siapa punya angkara. Busroq si jubah itu, milik aku. Aku berdendam dengannya. Mereka berdiam di sana. Tuan hantu-hantu itu, hidup di dalam gua hujung hutan itu. Mereka mungkin mahukan bantuan kita untuk masa hadapan.”
Wasir mengangguk. Dia juga ingin tahu siapa yang Adam maksudkan. Watak asing yang belum pernah dijumpainya, barangkali.
***
Busroq bingkas bangun. Cubaan memanggil mereka, bakal membuahkan hasil. Lalu, dia bergerak ke arah Lipur Lara untuk menyampaikan berita itu.
“Tuan. Wasir dan si bunian bakal tiba tidak lama lagi. Kita perlu rekrut mereka untuk kegunaan masa hadapan.”
“Hmmmm….Suri. Kamu sudah bersedia?” Lipur Lara bertanyakan tentang kesediaan Suri, walhal dia yang lebih tahu. Suri hanya menyeringai, lalu mengilai tatkala mendengar pertanyaan Lipur Lara. Sah, Suri hanya tinggal Suri. Roh di dalam adalah syaitan yang diseur. Hilaian dan tangisan sayu Suri menggambarkan dia sudah bersedia. Dia mahukan darah baru. Darah yang bersalut dendam lama. Darah Natrah yang dia idam-idamkan selama ini. Busroq melihat Suri dari jauh. Dia bimbangkan makhluk puaka itu. Seolah-olah terlalu lain dengan apa yang dia harapkan. Jauh lebih menakutkan berbanding Busroq itu sendiri. Aura Busroq tenggelam dek kerana aura kuat daripada Suri dan Lipur Lara. Dua manusia kufur yang menjadi sekutu kuatnya. Mereka bakal berganding tenaga dengan Wasir dan Adam, musuh ketatnya juga. Busroq berkira-kira untuk merancang sesuatu. Agar dendam kesumat Adam dapat ditangkis. Dia tahu, selain perang yang bakal menyusul, Adam mahukan kepalanya.
***
Ren bangun mengejut dari tidur. Dia bagaikan mendapat firasat. Dalam mimpinya, pertumpahan darah berlaku lagi. Jelas kelihat Suri, Sarah dalam memori mereka, mengangkat Natrah tinggi, lalu meneguk darah Natrah yang mengalir laju jatuh dari udara ke tanah. Leher Natrah bagaikan dikelar teruk. Pertembungan semula bakal berlaku. Di pihak manusia, tiada satu pun yang tahu Suri dalang sihir lama dahulu. Mereka hanya tahu yang dia terbakar dalam kejadian rumah terbakar dahulu. Namun, Ren tidak sedap hati. Adakah Suri masih hidup? Atau itu hanya mainan mimpi? Adakah perang benar-benar akan berlaku lagi? Ren berharap, semua ini hanya mimpi.
***
Suri tersenyum puas. Menyeringai. Dalam imaginasinya, dia dapat meneguk darah Natrah, kesayangannya suatu masa dahulu. Persahabatan yang terpesong jauh, kerana dengki. Persahabatan yang terputus, kerana cinta tiga segi berpaksikan Fahmi. Persahabatan yang terkubur, kerana kemahuan yang tidak tercapai oleh Suri. Suri yang baru, bernafsu syaitan. Mahukan darah sebagai tuntutan baru dalam kesumat yang tidak dicapai suatu masa dahulu. Suri ketawa sepuas-puasnya. Imaginasi tadi sudah cukup menyemarakkan api dendam, dan kepuasan hatinya. Tidak dapat Fahmi? Akan aku biarkan kau juga merana, Natrah. Biar Fahmi hilang kedua-dua kita!
***
계속 (Bersambung)
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Lawati laman facebook penulis: https://www.facebook.com/gongpal.hakbon.7
Ini yg aku tunggu2..thnks bro gongpal..
Arrrrgghhhhhh OMG OMG OMG ????
HAHAHAHAHAHA.Gila.
Hahahahaha. sengal
Lawa laa singkong & keju nih … laku nau, tiara pun nak singkong & keju ..tu orang yg sudi , takkan tak nak kot ..
Amboi beri. Singkong tunjuk muka iye2 je engko plak yg reply komen dia. Selalu dia reply komen engko,bolayan je engko bagi.
Ahhhh..perempuan semua sama.
hahaha..ini win..komen paling kelaka setakat ni..hahahaha
Aku reply komen kau, kau je yg tak nampak .. aku usik je si singkong tu .. tapi kau dgn aku ada apa2 ke ?
Rasa nyer tak kot…
Ahhh..terlepas pandang agaknya engko reply komen aku. Eh..berbunga je rasa. Serius engko ada komen. Dup dap dup dap. ?? kita belum ada apa2 lagi, kalau nak declare i is okay with that.
hahaha..xleh blah btl..siap tukar nama balik..
konon nk sentap la tadi..hahaha
hahahahahahaha. lawak komen ko.
Aku perati je dia reply komen kau sebelumsebelum ni.. Melepas da kau.. Hahaha
Tu laa kawan kau tu bongok … mata letak mana ..orang jawab dia pulak tak pedulii puihh ..
Maafkan je la dia.. Dia khilaf kot td.. Haha
Aku tgh berkasih2 ngan cikbambam.. Dia tu cuma nak test kesweetan kot.. Haha
nasib baik abang singkong x cepat tergoda..haha
Kekadang je kot abang singkong tergoda.. Hahaha
cikbambam jeles..
Ciaciacia cikbambam..
Jgn jeles2 nnt cpt tua..
**ayat cliche
**background music (negara ku tanah tumpahnya darahku)
hahaha..mmg da tua pun abang singkong oi..
**background music (negaraku..tanah tumpah nya darahku..)
setia betul ko dengan cikbambam.
#truelove?
Cikbambam setia kawan ngan aku sewaktu aku masih kaler purple lg.. Tu pasal rilesensip kitorang cenggini.. Haha
hahahaha..gmbr skirt purple tu..sbb tu igt singkong pompuan..
masa tu zaman kene kecam sbb rate cite org..huhuhu
oo..da lama rupe nye kite berkawan ye..
Dari zaman jahiliah lagi kita da berkawan kan cikbambam.. Waktu tu orang x suka kita rate story.. Seb baek da brubah skrng..
**background music (twinkle twinkle little star..how i wonder what u are)
Good nite cikbambam.. Jangan kunci tingkap tau.. Senang abang singkong nak hantar cisberger nnt dr mimpi.
Reply la tiara juga ?
Haha Nite Tiara.. Dah
Aku nk tido da..
hahahaha..asal rate story je kene kecam..
nasib baik ade abang singkong back up..
cikbambam x kunci tingkap..cikbambam tggu tau..
kalo x dpt cisbeger cikbambam crk kat opis abang singkong esk..
hahaha..giler psiko..gud nite..
** background music (Selamat malam..Tidurlah sayangku..Siangkan tiba bercahaya..Bermula baru semua untukmu)
OMG OMG OMG singkong nak bawa tiara tido same? ????????
Melepas tu nampaknya tak ada jodoh. Redha dgn ketentuannya. Tidak mengapa, ramai lagi cewek2 yg muncul dgn gambar cun masing2. Jap aku ushar.
duda anak berapa ni?
Duda tak sempat beranak. Baru kena kick dgn awek. Its okay..life must go on.
sabarlah duda. bunga bukan sekuntum. kat sini pon besepah bunga. tunggu nk petik je.
eh duda. aku perati je ko. ko akademi menggeletis & gelenyar tu kan kan kan?
Dah kalau pic jembalang yg sama, sape lagi. Hahaha
Sayang u reply la komen tiara juga. ???
hahahahahahahahaha. fanatik betol kau dgn singkong
Ensem la dia. Tiara tak sampai hati nak biarkan ???
ish kau ni. ko tak tengok lagi rupa duda perawan. lagi hensem dari singkong tu tau.
10/10 ..best cerita #gongpal
Dah baca kat fb gongpal topek. Aku tak tahu dah part by part berapa dah ha aku baca.
Dlm ramai2 writers, sungguh aku kagum dgn daya imaginasi gongpal ni..Good job gongpal ????????
Brilliant kan cara dia fikir.. Tu pasal aku rasa tiap kali baca setori dia.. Aku mcm bole masuk kat dlm setori tu.. Dia bawa kita mengembara bersama.
nice…
Nice #Gongpal, tapi siapakah gerangan Lipur Lara tu ya? Minji, Fahmi tak tolong ke?
Persoalan demi persoalan~
1) Adam nak balas dendam kat Busroq ye thats why he left with 10pahlawan Bunian? But then why masih nak kerjasama dengan Wasir lagi while actually Lipur Lara and the geng cuba nak guna khidmat mereka berdua? Adam nak takhta kerajaan bunian but Wasir nak balas dendam je ke? Next story cuba rungkaikan terus ya. Hehe 😀
2) Munsyi dan Ren dah jadi pelapis Haji Jalal but then even after 4years, takkanlah diorang tak cuba nak cari Raykal? Tiba2 plak ada kat balai polis, before this Munsyi & Natrah ada buat police report ke? :p
3) Minji, why tidak ada watak Fahmi as her adik untuk sama2 menyelesaikan kes saka tu? kan diorang ibu yang sama. Kan watak Fahmi dah memang terlibat dari awal lagi :p Ren dan Minji tak kahwin ke? Dok tinggal serumah pulak tu, awek korea kot :p parents Ren tak tanya ke hubungan diorang? Ah cepat jawab. Hehehe :p
gurau je, sila sambung cerita as soon as possible ye 😀
#Can’tWait
#Penantian1penyeksaan
#Gongpal&FazAhmadCepatlahSambunggggg
1 soalan lagi
Suri tu tak terbunuh ketika kebakaran tu ke? or Suri yg hidup tu cuma roh? confused
????????????????????
Seksa nya suati pnantian..?
Cepat² sambung isturi nya..
as usual ??? bro
semakin menarik nih..
terbaik macam biasa..
cepat sambung sebab tak sabar nak baca part bertarung..
adakah wasir dan adam tewas??
knp la dendam suri tak habis2..
rasa macam raykal penyambung segalanya jer..
#gongpalanakboykergirl
As usual bro, your brilliant imagination brought us into other dimension. Yg tak best kena tunggu. Haha. Anyway, terbaik bro #Gongpal.
cerita x pernah x best…!!!
sambung pleasee..
terima kasih 🙂
sebelum ni aku masuk page aku akan pergi komen dulu tggk rating pembace psl cerite. skrg da laen. perempuan yg kesurupan. lelaki tayang muke nk kn perhatian. sembang tah pape. amnde ni sial ?
janganlah marah. be cool sebab i feel the same mula2 tu, a bit annoyed with the dramatic comment but after a while, its funny wehhh hahahahaha meriah sangatlah komen2 di setiap new published story. lol
guess what? setiap writer dah di booked. hahahahahaha let me tell you then
singkong&keju
booked by : cikbambam
pesaing hebat : tiara
FazAhmad
booked by : baby shark doo doo doo
pesaing hebat : tiara, penulismisteri dan some other girls
Mika
booked by : Geng Sajat
pesaing hebat : Tak ada
EL
booked by : Tiara
hahahahahhahaa
not to mention akak yullie and the geng jadi penasihat diorang hahahaha
im not one of the writer la.. haha
aku orang biasa yang datang menumpang kasih kat sini..
aku penulis drama akasia bersama cikbambam je..
oh ya i forgot, hahahaha you are juri tetap FS. lol Mika pulak kawan si FazAhmad. Not a writer too lol 😀
haha yup.. jom jadi kawan kat FS.. so next time kita bole buat drama sepetang juga.. haha
Hahaha okay jom kita jadi kawan dan buat drama juga 😛 LOL habislah kena kecam.. 😀
best