Oncall

Hai, assalamualaikum! Ira lagi? Thankyou admin kalau admin approve story ketiga ni. Ok, taknak intro panjang. Mari kita mulakan.

Kisahnya, lepas aku diploma, aku terus dapat kerja kat satu klinik swasta kat Kuantan jugak. Klinik 24jam. Klinik ape biarlah rahsia. Memandangkan memang sejak azali lagi klinik tu memang guna sorang je juru x-ray, so aku takde partner xray nak bergilir la. Kira macam aku yang kena on call, even hari aku offday pun kadang² ada panggilan oncall.

Aku wajib duduk hostel, boleh balik time offday je. Tu pun jarang la kalau balik takde call dari klinik. Kadang² marah jugak kenapa tak terus pergi hospital je kalau nak xray weekend ni. Aku kerja situ banyak merungut je sebenarnya.

Satu hari, aku dah habis kerja pukul 6. So aku naik hostel la nak rehat. Alhamdulillah sampai masa nak tidur tu takde panggilan lagi, so aku anggap takkan ada sampai pagi esok la. Tengah tidur tu, ada orang call. I mean klinik yang call. Ada case xray skull urgent. Aku tengok jam dalam pukul 2.25 pagi. Aku pun dengan baju tidur, sarung sweater dengan tudung then turun bilik xray which is bawah hostel je. Klinik bawah sekali. Bangunan kedai tu ada 4 tingkat.

Klinik ni masuk nama patient terus kat komputer je, maknanya aku tak turun kat klinik la, takkan ambik form bagai. Aku terus ke bilik x-ray. Aku tengok patient dah ada tunggu kat situ. Aku pun suruh dia tunggu jap, nak setup semua switch on machine xray semua.

Bila aku nak pusing² tu, aku pandang la jugak patient tu, sambil mintak maaf jugak sebab suruh dia tunggu. Muka dia mcm takde expression tau. Macam blur je. Tapi kepala tu nampak la d***h² sebab apa pun tak tahu. Aku tanya dia diam seribu bahasa je. Then aku suruh dia duduk atas kerusi menghadap kaset tu (kira membelakangi aku). Still berjaga² sebab yelah, d***h banyak.

Then dah settle x-ray, aku suruh dia tunggu kat bawah, which is kat klinik tu then aku akan hantar terus kat doctor untuk doctor tengok. Tapi, bila aku turun je kat tangga staff tu, staff² kaunter tu tengah tidur. (Staff dibenarkan tidur kalau tak ada patient & patient nak masuk kena tekan loceng dari luar dulu).

Aku turun je, tengok kat kerusi menunggu tu takde orang, cari kat tandas pun takde, doctor pun tengah tidur² ayam maybe sebab lampu bilik dia dimalapkan. So aku naik balik & letak envelope xray tu atas meja. Esok pagi jela aku tunjuk la kat doctor.

Esoknya, lepas punchcard, aku cakap kat doctor pasal patient yang aku dapat tu, aku tanya kenapa dengan patient tu apa semua. Doctor pelik sebab semalam takde pun request xray. Skull pulak tu. Ada patient datang pun takde yang d4rah² bagai. Staff pun cakap takde call aku malam tadi. Means memang takde kes xray untuk aku. Aku macam nak buktikan kat diorang, aku naik nak ambik envelope xray tu tapi kat envelope tu kosong! Takde nama apa semua yang aku dah tulis malam tu! Aku check sistem memang takde xray yang aku buat pukul 2 – 3 macam tu. Dalam buku record xray panel & bukan panel pun takde!

Then staff² cakap aku mengigau. Tapi aku tunjuk bukti call dari klinik kat fon, aku tunjuk call history. Then diorang diam. Doctor pun cakap takpe, biarkan je. As long as dia tak buat teruk. Then aku buat kerja macam biasa, nak pergi tandas kat dengan bilik xray tu. Aku tengok ada d***h atas lantai tandas tu. Tapi d***h tu macam d***h lama, hitam pekat macam tu. Aku tanya aunty cleaner, kenapa ada d***h? Aunty tu cakap, tadi tak ada pun masa dia cuci.

Aku turun bawah, mintak tengok cctv dan memang dalam cctv tu aku tengah buat xray tapi aku sorang! Memang takda orang dalam bilik tu. Nampaklah aku duk senyum, adjust ‘orang’ kat kaset xray, dah siap tu aku bercakap seorang!

Ha, sudah! Sahlah kena kacau lagi. Tapi Alhamdulillah, dia cuma menyamar jadi patient je. Macam kat HRPB dulu menyamar jadi juruxray haha. Mohon jangan menjelma jadi benda lain dah la. Sis tak kuat walaupun hati kental. Ok tak, gurau je.

Setahun je kerja situ, then alhamdulillah dapat sambung degree dalam bidang yang sama.

Sekian cerita dari aku kali ni. Mohon maaf sepuluh jari andai tak seram 😀 InsyaAllah ada masa aku post lagi. Assalamualaikum & bye!!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

JXR IRA
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

140 comments

  1. Walaupun tak berape seram. Tapi baca meremang pulak! Lagi2 tengok luar BULAN merah besar kot! Malam Jumaat?

        1. publish lah cepat cite ko. sebenarnya aku #kipassusahmati ko. Cerita2 ko, aku baca. Tapi aku tak pernah komen. (jarang) ke tak penah ada?

  2. Xseram kau kate dikk..silap2 akak bole kena pulmonary stenosis terus klau akak yg kena.paling koman pun parkinson.nauzubillah..mintak djauhkan?

    Memang jiwa2 kental korang2 yang jadi MA ..doc..jururawat..juru xray semua.akak tabik springg! Sb jiwa akak halus sgt..xsekental korang..huhu..best! Seram

  3. Serius..!!!
    Gilor seram woooo…
    Yg lg seram bile review blk cctv tu nmpk semua yg ko buat pagi tu dan ko sensorg…
    Peerrggghhhh…
    Akk yg cuak dik…
    Seb bek dlu duty malam-pagi akk x pnh dpt patient misteri cmtu…

  4. wpun hantu menyamar jadik manusia tp aku still rasa keseraman nye..
    nasib baik die x tunjuk muka sebenar..
    aku bg 7.7/10 la..hahaha

      1. masih menanti approval dari admin. baru lepas kemalangan ni, dalam proses nak pulih. tu yang lambat sikit sambung. huhuhu

          1. I love my eyes when look into them,
            I love my name when u say it,
            I love my heart when u touch it,
            I love my life when u are in it.

          2. cinta kau surang je universe dan pelik sobab ea kau kunyit . yoko namo kau tiara . ni sapo lak tetibo jadi dudo perawan ni . buek malu kaum dudo yo tapi dalam plastik laie .

          1. X kacau lah..cuma takut nanti ada pula chapter baru yg btajuk kawan aku psycho 4 edisi sampingan..

          1. jangan sebat #FazAhmad and the geng sudahlahhhh~ hahahahaha boleh suruh Adam rukyahkan terus kot 😀

          1. sedang tabah kan hati ni..
            nasib baik abang singkong hati nye kuat..
            tak cpt tergoda dgn ayat manis tiara..hahaha

            #dahmacamdramapulak

  5. fuhh seram laa.. tapi masa awak xray tu, takde perasaan aneh ke? that ‘patient’ takde cakap ape2 ke? hee seram laa 😀 nasib baik ada bukti history call and cctv, kalau tak.. mungkin awak percaya yg awak sedang mengigau / cuma mimpi heee

      1. Yelah kan.. seram sungguh, dengan d***h bagai~ nasib baik tak menjelma dengan kepala tertanggal ke apa… taknak bayangkan~

          1. marah dia nanti. lol ngan awak skali nanti dia nak kebas, bro singkong and EL dah kena dah. psycho 😀 seram

          2. kalau cintanya hanya buat bro singkong,taklah dia letak nama EL sekali kat nickname dia. haha mana tahu lepas ni dia letak sekali nama awak 😀 kekeke its funny

  6. Hi Ira. Cerita simple je tapi serammsssss. Tak rasa seram sejuk ke masa tu? I mean rasa lain macam ke kan? Sebab Ira dok tanya dia buat tak tahu je kan? Hahaha kelakar kan benda ni sampai bab menyamar pun dia boleh jadi.

      1. eii cam haram ni ekau guno namo den . walaupon half yo dio boleh mencomarkan image den . kau tuka namo kau hanet .!

  7. Aduih.. Boleh tahan jugak meremang dia… Mata ni melilau aje.. Hahaha

    Tp kat HRPB mmg banyak sangat la dgr story seram…

    Pernah skali nampak sorg pakcik tua kat roundabout (btol ke x eja ni) nak ke HRPB, bila tgk balik da hilang.. Dah ler time tu tgh demam.. Ape la nasib…

  8. Mesti meremang bila memikionye balik.. Merinding bulu roma.. Haha.. Awesome story!short simple and nice. Empat bintang!

  9. nice story beb…
    “Muka dia mcm takde expression tau. Macam blur je” <—— nsib la muka tu mcm blur je kan.klau muka yg mnakutkan..hehehe..lariiiiii
    yg lgi seram bila nmpak banyak nye rebutkan c sikong & keju tu.hahahaha
    mybe penangan #lotsofmix

    1. haha aku lagi seram baca komen kau shark dudu..sbb sebenarnye x de pun yg rebut aku.. haha

      **lotsofmixsangat

      1. hahahahah… tu ha, tiara nak sikong. tiara pn nak c El
        hahaha… smua tiara nak… habis baby shark nak sape?? hahahaha…
        baby shark nak mika je lah… :-p
        #menanticeritaFazAhmad

          1. baby shark nak “nama” mika je
            tp hati baby shark nak faz
            cia cia cia..
            hahahah

        1. itu bukan dia rebut aku..dia tamak tu.. haha
          mika mcm geng sajat da book.. FazAhmad tengah drop komen tu..
          cer shark dudu g sound sikit biar cepat sikit siap setori dia..

          1. Hati nak faz pun dah buat faz gembira bukan kepalang. Mika geng sajat dah rembat dulu takde siapa boleh caras dia. Weh next story aku tak dapat siap dengan cepatlah aku kena interview si Adam dan nak siasat siket psl background si rashid tu.Apa yg penting baby shark baby aku dekat FS okaysss.

          2. hahahahha… tamak kan.nsib sikong setia dngan cik bambam. hahaha
            iyo la…geng sajat dh book mika.
            faz.. i book u pk.. cpat skit up setori u tu.haha

          3. ok faz.. baby shark baby faz sorang je.hahaha
            yg penting u olls hati2 la dengan rashid tu…hahaha.tak pasal2 ada lagi air sirap perisa stokin

          4. hahahah…biarla brsemut dlu sikong
            bagi peluang untk baby shark brmanja dngan faz. hahahahahaha
            **bckground music (sumpah cintaku) cintaku untk faz sorang.. hahahahaha

  10. maybe dia baru lepas accident kat dunia dia, and unfortunately klinik sana tutup la plak,
    dh klinik ni je yg bukak dia pun singgah laaa..hahaha
    #tauhambarjgnkecampliss

      1. Die benornye nk amik gambar pasport…
        Skali dh siap print apsal itam puteh jer gambor siap nmpk tulang belulang…
        Tu die tensen teros blah tu…

      2. dia hilang sbb stress la tu..lepas xray suruh turun bawah..skali tgk staff ngan doktot tidoq…”DIA” pon balik laaaa….

  11. cerita seram..!!!
    baca semua komen kan..dah macam drama cinta 5 segi..hahaaaa…
    sumpah korang mmng sporting gila…

  12. Omg dah cerita ke-3 ke. Ape story yg dua lagi tu. Letak la #nama mcm si El dan spesies-spesiesnya tu. Senang nak follow 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.