Kisah ini berlaku sekitar tahun 2010. Ketika itu aku menuntut di IPG Kota Bharu.. Setiap kali cuti, aku kerap balik ke lipis bersama-sama dua sahabat iaitu Sharul dan sha. Kebiasaannya, kami akan menaiki keretapi ‘senandung malam’ lipis – wakaf bharu. Tapi semenjak sha beli kereta, Kami balik kampung naik kereta bila cuti panjang. Senang.. sharul drive, sha kelindan aku ‘mem’ besar kat belakang π
π»
Aku ingat lagi. Masa tu cuti semester pertama. Biasa ipg akan cuti lebih satu minggu daripada sekolah. Waktu tu jalan sungai koyan – C. Highland dah boleh digunakan. Kami bercadang balik awal sehari. Sebab nak singgah bermalam dan berjalan di cameron. Bercuti kononnya.. Short stay kali ni disertai oleh naim dan ika (sekarang dah jadi laki bini).
Kami bertolak jumaat. Perjalanan dan percutian sehari di Cameron Alhamdulillah lancar. Keesokannya kami bertolak balik agak lewat sebab banyak tempat yang kami pergi. Kali ni kami melalui jalan lojing – gua musang. Kami bergerak dua kereta. Kami bertiga sebuah kereta, naim dan ika kereta lain. Mereka berada di hadapan. Rasa macam jauh sangat perjalanan kali ni. Letih… mungkin sebab banyak persinggahan. Maghrib kami singgah solat dan makan di RnR gua musang.
Selesai semua, kami teruskan perjalanan. Jam menunjukkan 9.00 lebih. Naim dan ika berada di depan. Kami nampak kereta mereka kejap je. Lepas tu hilang… laju betul .π
π
π
Jalan gua musang-k.krai gelap dan sunyi. Sharul yang kebosanan memasang radio. Sambil berborak dengan sha di sebelah. Aku duduk di bahagian kiri. Betul2 belakang sha.. hanya kereta kami di jalanan pada ketika itu.
Ketika sampai di suatu tempat yang berbukit, hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Pemandangan terhad.Kami berselisih dengan sebuah kereta. Dia memberi isyarat ‘lampu tinggi berulang kali. Seolah2 ada kecemasan di hadapan. Kemudian ada sebuah lori 1 tan memotong kereta kami dan entah kenapa membunyikan hon beberapa kali. Terkejut mak! π
Tiba-tiba shahrul yang rancak bercerita terdiam. Dengan muka cuak dia menutup radio. ‘Apesal pulak mamat ni?’ Kami kaget. Aku menyoal sharul bertalu-talu, tapi dia hanya diam dan menggelengkan kepala. Kereta dipandu tiba-tiba bergerak sangat perlahan. Seolah-olah viva yang kami naiki itu sebuah treler yang membawa muatan yang berat.. suasana sunyi sepi seolah-olah dalam dewan peperiksaan. Yang kedengaran hanya bunyi guruh dan helaan nafas cuak masing-masing.
Aku cuit sha. Dia hanya menjungkitkan bahu. Sedang sharul menjulur leher memandang tepat kehadapan membiarkan kami tertanya-tanya. Dia hanya berkata ” nantilahhh aku cerita”. Saat itu aku rasa bulu roma merinding. Untuk menghilangkan rasa takut aku bersandar dan memejamkan mata. Sedar-sedar dah sampai pengkalan chepa. Kami menurunkan sharul di rumah sewanya dan meneruskan perjalanan ke rumah sewa sha. Malam tu aku menumpang tidur di sana kerana housemate aku semua belum tiba dari kampung.
Esoknya selesai kuliah. Aku melepak di kedai makan bersama sha dan sharul. Laju mulut aku bertanya apa masalah dia jadi bisu tiba-tiba dalam kereta malam itu? “Ada benda tumpang kita wei!!” Itu yang keluar dari mulut dia. Aku dengan sha menganga..
Kata sharul, semasa hujan lebat dalam keadaan cermin kabur dia nampak dari cermin sisi seperti ada sesuatu melintas. Dia abaikan sahaja. Kemudian apabila kereta memberi lampu tinggi dan hon berkali-kali dari lori kepala merah. Dia terperasan sesuatu… Apa tu????? π³π³π³π³
Jelas kelihatan suatu objek panjang berwarna putih melekap pada cermin belakang kereta viva. Saiznya besar sampai menutup terus cermin belakang. Sharul yakin kepalanya betul-betul sebelah kiri iaitu dibelakang aku sebab rambutnya menggerbang ditiup angin. Macam model syampu sunsilk. π
Tapi anehnya muka tak kelihatan..
Kata sharul lagi, dia sengaja tak beritahu kami waktu tu sebab takut aku yang di tempat duduk belakang memggelabah takut dan melompat ke depan π
π
π
π
. Nanti tak pasal-pasal beriba dengan sha sampai rumah.
Allah… mujur juga si sharul ni boleh tahan mulut dari bercerita masa tu. Bila da sampai kurang la sikit rasa takut. Kesimpulannya, aku tak nak fikir apa yang menumpang kami malam tu. Aku cuba positif, mungkin dia penat berterbangan atau berjalan lantas melekap di cermin untuk tumpang berehat. Nasib baik tumpang kat luar je. Syukur.. Alhamdulillah.
Aku berdoa agar itu kali pertama dan kali terakhir episod tumpang-menumpang oleh makhluk bukan manusia.. selepas peristiwa tu kami cuba sedaya upaya elakkan perjalanan malam bila lalu jalan Gua musang – K.Krai tu.. itu sahaja. Mungkin tak berapa seram sebab aku tak pandai nak bercerita. Tapi itulah yang berlaku… sekian.
#penumpangmisteri
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit