#Gongpal : Tuntutan Berdarah – Haji Jalal

Sedutan siri lepas di : http://fiksyenshasha.com/gongpal-tuntutan-berdarah-epilog/

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penerbangan tiba jam 11:40 malam. Ren dan Minji sedang menanti bagasi di ruangan penerimaan bagasi. Rancak berbual berkenaan perjalanan yang bakal mereka tempuhi semasa melancong nanti. Ini adalah percutian pertama Minji ke Malaysia, malah adalah yang pertama di benua Asia Tenggara. Pelawaan ‘teman lelaki’nya itu diterima dengan baik, tanpa banyak bertanya tentang motif Ren mahu pulang mengejut setelah meninggalkan tanah air lebih daripada enam tahun.

Setibanya di ruang ketibaan, di pintu keluar ketibaan tersebut, susuk asing yang selalu Ren lihat terpacak di situ. Muka menjijikkan, melambai-lambai ke arah Ren sambil menyeringai. Melihatkan keadaan orang lain hanya berlalu tanpa sebarang masalah, tahulah Ren bahawa hanya dia seorang sahaja yang dapat melihat kewujudan nenek kebayan tersebut.

“Nak…. Lama nenek tunggu kamu, nak~~~ Nenek lapar. Marilah ikut nenek,nak…” Ren hanya berlalu pergi bersama Minji, tanpa menghiraukan sapaan nenek kebayan tersebut. Melihatkan keadaan itu, nenek kebayan membontoti mereka.

Langkah mereka terhenti di hadapan kedai Digi di dalam lapangan terbang, seperti yang telah dijanjikan. Munsyi berseorangan menunggu di situ. Melihatkan kedatangan Munsyi di situ, nenek kebayan berlalu pergi. Baginya, Munsyi seorang insan yang menakutkan. Masih diingatinya bagaimana dia dijerkah di gua dahulu. Aura yang menakutkan itu, masih berbekas. Nenek kebayan hanya berlegar-legar di ruang ketibaan, melihat dari jauh.

“So, Munsyi. This is Minji, my girlfriend. Minji, this is Munsyi, my friend.” Minji menghulurkan tangan tanda salam perkenalan, tidak disahut Munsyi. “Sorry, Miss Minji. I only can hold my wife’s hand,” ujar Munsyi untuk mengelakkan salah faham.”It’s the religious, Minji,” tambah Ren. Minji tersenyum, lalu berkata,”You used to hold my hand often, Ren. How? You are not religious enough, darling.” Ren hanya tersenyum hambar, tersipu-sipu malu.

“Is Starbuck good for you two?” Soalan Munsyi disambut dengan anggukan mesra tetamunya. Mereka berlalu pergi ke destinasi yang dipersetujui.

***
Minji hanya mendengar tanpa memahami isi perbincangan. Hanya menikmati caramel mocha yang ditempahnya. Dia tidak kisah, tambahan pula Ren sudah memaklumkan hal berkenaan perbincangan sulit mereka itu.

“Apa masalahnya, Mun? Ada isu berbangkit berkenaan Natrah?” “Isu berbangkit, tetapi mangsa baru, bro.”

“Siapa?” “Anak kami, Raykal. Dia dapat mainan patung masa hari jadi baru ni. Tahu apa orang yang tak dikenali bagi dia? Patung makhluk jubah di gua tu.” Ren tidak tersentak dengan cerita Munsyi. Dia sudah mengagak makhluk jahat itu masih belum mati. Bagaimana, entahlah.

“Aku minta maaf Munsyi. Memang aku telah cucuk leher dia dengan kayu cemeti tu. Tembus. Aku pun tak tahu macam mana dia masih hidup. Tak sangka pula ada dendam yang dia tuntut.”

“Kau masih berhubung dengan Adam? Boleh aku minta tolong dia untuk usir makhluk jahanam tu?” “Mun, Mun. Aku bukan tak nak tolong kau. Kau pun tahu sebab aku berhijrah ke Korea. Mereka masih menuntut kepentingan aku kepada kampung mereka. Adam yang kau kenal, bukan sesuci hati budi macam ustaz-ustaz di masjid. Sedangkan ustaz di masjid pun ada yang tidak betul, inikan bunian.”

“Apa kepentingan kau kepada mereka?” “Mereka mahukan aku sebagai pewaris takhta. Bapa saudara aku sekarang penghuni tetap sana. Jadi raja hasil perkahwinan. Sebab tiada zuriat, aku yang diinginkan sebagai ganti.”

“Patutlah mati-mati mahu bunuh aku, sebab ambil Natrah pulang, bukan kau.” “Aku sarankan kita cari bantuan yang lain, bukan dia. Adam dan konco-konco, mereka buat sesuatu untuk dapatkan sesuatu sebagai ganti.” Munsyi menghirup kopinya, lalu berkata,” Kau ada idea? Anak aku dah macam orang lain. Mimpi macam Natrah, bangun tidur terjerit-jerit penat. Nah, tengok ni.” Dihulurnya kad ucapan kiriman Busroq, dan patung mainan yang disebutnya tadi.

“Wah, what a fascinating…” “Don’t touch it, Minji. Wihomhae, cinccaro. (Bahaya, sungguh).” Ren tidak mahu Minji menyentuh patung itu, takut-takut sentuhan membawa kepada gangguan. “Wae? Musen il isso?(Kenapa? Ada masalahkah?)” “Ye, isso. No amado gwishin an midotnendei, ni apei innen jangnankami gwishin teroka isso (Ya, ada. Awak mungkin tidak percayakan hantu, tetapi mainan di hadapan awak ini berhantu.)”

Minji tersenyum, lalu berkata,” You really think I don’t believe in ghost? I do. I can even see it, you know.” Ren dan Munsyi terkejut dengan jawapan Minji. Sesuatu yang baru, juga tidak pernah diketahui oleh Ren sendiri.

“You serious, Minji? Then, just now at the arrival door…” ” Yeah. I saw it. The ugly grandmother, right? She still here, you know
Waiting for you just outside.”

Ren hanya tersenyum, lalu ketawa terbahak-bahak. Minji yang dikenalinya, bukan sebarang wanita rupanya. “Munsyi, aku pulang ke sini sebenarnya aku dalam masalah. Semenjak nenek kebayan tu bawa aku pulang ke dunia, dia tak habis-habis minta darah aku. Macam aku tuan baru dia. Lepas dua tiga kali aku beralah, aku mula perasan yang dia bagi aku satu ‘kuasa’.”

“Kuasa apa?” “Melihat benda ghaib. Aku belum pernah cuba, tapi aku mungkin boleh ke Kampung Tinggal, tanpa Adam. Aku juga tahu, Adam ada hantar mata-mata untuk ikut aku ke mana-mana sahaja. Aku buat-buat tak nampak, tapi sebenarnya tahu.” “Jadi, kau nak halau nenek kebayan tu, kemudian tutup hijab?”

“Tutup hijab tu aku tak pasti, tetapi halau nenek tu adalah pasti. Menyampah pula asyik jadi penyambut tetamu di mana sahaja aku ada. Makan makanan aku takpe lah juga. Ni darah aku yang dia nak.” Mereka berdua tertawa besar. Minji hanya melihat tanpa tahu apa-apa.

“Maaflah Munsyi. Aku bukan tak mahu tolong kau dengan Adam tu. Tapi aku rasa kita perlu jauhkan diri daripada bantuan bunian tu. Takut hutang budi tak terbalas.”

“Aku minta bantuan sebab aku tahu itu sahaja cara yang aku mampu. Kalau bantuan ustaz, aku tak kenal.” “Kalau macam tu, ikut aku. Aku plan ke Johor dua hari lagi, lepas lepak KL dengan Minji esok. Kita pergi jumpa Haji Jalal.”

“Haji Jalal?” “Ya. Expert dalam ilmu menyeru keluar dan panggil roh. Mungkin dia boleh membantu.” Munsyi kemudian berpaling kepada Minji dan bertanya,”Where are you staying tonight, Minji. Let’s go. I will send you.” “I don’t know. Ask Ren.” “Jom. Concorde.” “Walawei. Orang kaya. Hahaha.”

***
Hujung ibu jari Haji Jalal terluka. Mahu dipotong buah epal, jari yang menjadi mangsa. Di kejauhan, dia ditegur,” Alamat tak baik ke tu bang?” Suara si isteri, Hajah Norli, sambil menonton televisyen. Bertanya tanpa melihat, bagai ada kuasa di sebalik.

“Hmm, begitulah nampaknya Nor. Lusa nanti, tetamu berat. Mahu diterima atau tidak?” “Apa yang beratnya? Belum pernah abang menolak tetamu.”

“Kampung Tinggal seorang. Anak didik Ifrit seorang. Dua sekawan. Satu lagi orang luar, mata ‘halus’.” “Apa isunya, bang? Kampung Tinggal?”

“Ifrit tu tiada masalah besar. Boleh diajar caranya untuk lawan. Kampung Tinggal ni, bukan calang-calang. Matlamat mendahului cara.”

“Kita bantulah semana yang mampu, bang. Kita ada ilmu ni pun, bukan untuk bermegah , bang. Untuk orang-orang yang memerlukan macam mereka.” Haji Jalal mengangguk. Meskipun sukar, mereka perlu membantu. Esok, dia bercadang untuk menyediakan bahan-bahan yang perlu. Sudah diketahui kedangan dua anak muda itu, walaupun belum dihubungi. ‘Anugerah’ besar kurniaan Allah, hasil ikhtiar mengubati isteri sendiri daripada sihir. Kesannya, ilmu baru untuk menyeru dan menghantar roh keluar, untuk urusan tertentu.

***
“Are you sure, Ren? Just let this ugly grandmother to follow us?” Munsyi hanya tergelak mendengar keluhan Minji berkenaan nenek kebayan yang mengikut mereka ke mana-mana sahaja. “I just don’t know how to send her away, honey…”

“Er, I can actually. I used to scold her, and she followed my instruction. Later on, Minji. At hotel lobby, you show me where she stand. I will catch her away.” Minji hanya tertawa, diikuti Munsyi. Namun, apa yang Munsyi katakan itu benar. Nenek kebayan itu takutkan Munsyi, lebih daripada yang lain.

“Minji, besides that grandmother, have you seen any other creature following me around?” tanya Ren, untuk kepastian samada Minji pernah nampak akan kehadiran mata-mata Adam.

“Yes, someone handsome, as tall as you, with a weird outfit. Always there back then in Korea. I wanted to ask you since the first day, but I afraid you will call me weird, so I just let it go.”

“I can see it too, actually. I just act like he is not there.” “But, why he is not here since we arrive in Malaysia?” “There’s a secret I wish not to tell you.” Minji hanya berdiam diri. Dia faham, kekasihnya ada sesuatu yang perlu dirahsiakan. Dia tidak terasa hati.

“Minji, I will get a treatment to send the grandmother away, two days from now. I will help you to ask the helper to ‘close’ your eyes as well. You want?”

“Let me think about it first.” Perjalanan ke hotel selepas itu hanya berdiam mereka bertiga. Celoteh deejay radio sahaja kedengaran. Munsyi memandu dengan kadar yang biasa, memberi ruang untuk perbincangan yang lebih panjang.

***
“Terima kasih Mun. Berambus pun nenek tu. Haha.” “Haha. Kau jangan layan sangat dia. Eh, jangan lupa beritahu aku esok bila dah dapat contact Haji Jalal tu. Aku bawa anak aku sekali untuk berubat.”

“Baik. Kau hati-hati sikit. Natrah ada sesuatu yang dirahsiakan.” “Apa maksud kau?” “Aku tak berniat untuk lagakan korang, tapi kau nasihat dia supaya tak berhubung dengan Adam, atau pak long aku. Takut dia terhutang budi banyak dengan bunian nanti.”

“Macam mana kau tahu? Aku tak dimaklumkan apa-apa pun.” Ren hanya tersenyum. “Natrah tu perahsia orangnya. Kau kena tahu sebab apa aku dihantar untuk menyelamatkan dia dahulu. Kampung Tinggal tidak akan buat sesuatu tanpa kepentingan.”

Munsyi terdiam. Ada benar dalam kata-kata Ren. Dia lalu bersalam dengan Ren, lalu meninggalkan lobi dengan perasaan tidak sabar bersemuka dengan Natrah.

***
Busroq tiba ke tempat larangan. Pintu gerbang Kampung Tinggal, bertulis jawi pada papan tanda atas pintu gerbang. Hampir 11 kaki tinggi gerbang tersebut. Di hadapan pintu gerbang, lima pahlawan berdiri bersama senjata masing-masing. Gangguan seperti Busroq adalah tidak dijemput.

Sambil menyeringai, Busroq berkata,”Aku datang untuk berbincang. Bukan berperang. Panggil lelaki berjubah hijau untuk berjumpa aku!”

“Sini bukanlah tempat untuk makhluk jijik seperti kamu.” Busroq berpaling. Adam berdiri tegak di belakangnya.

“Aku tahu, kamu mahu berjumpa aku. Aku tahu, kamu mahu bekerjasama. Aku tahu, kerana aku adalah kamu. Hahaha!”

Adam hanya terdiam. Meskipun apa yang dia mahukan ada di hadapan mata, sudah pasti lima pahlawan di belakang akan melaporkannya kepada Raja Muzaffar. Bukan itu yang dia mahu.

“Fikirkanlah kamu, bunian acah alim. Aku tahu isi hati kamu. Ketepikan perselisihan kita. Aku tahu apa yang kamu mahu, sama dengan apa yang aku inginkan. Aku akan datang lagi. Banyakkah berfikir, hai bunian.”

Busroq lesap. Adam terdiam, sambil memandang lima pahlawan di pintu gerbang. Sudah ternyata, dia akan dipanggil oleh Raja Muzaffar, dek kerana perbualan tadi. Pasti akan sampai ke pengetahuan raja mereka.

***
“Tuanku tidak percayakan patik?” “Beta sudah lama kenal kamu, Adam. Sifat kalian di kampung ini sudah masak bagi beta. Mencapai matlamat tanpa mengira caranya. Baik atau buruk. Beta faham semua itu. Tapi, jangan mengundang kemurkaan beta untuk kali ini. Makhluk ular itu bukan sahabat. Dia musibat!” “Ampun tuanku. Patik tidak tahu menahu tentang cadangan makhluk itu. Tuanku jangan risau. Patik ada cara patik tersendiri, untuk dapatkan anak saudara tuanku.

Muzaffar hanya mengangguk. Dirasakan berat hatinya untuk melibatkan Ren dalam urusan buniannya. Namun, dia tiada pilihan lain. Pilihan asalnya sudah ‘menghilang’. Dia terpaksa untuk memaksa Ren.

***
Puan Latifah tahu akan kepulangan anaknya. Dia tidak memaksa anaknya pulang untuk bermalam sahaja di rumah. Dia tahu, Ren tidak berseorangan. Daripada mesej juga, kepulangan hanya dua minggu. Bermakna, Ren bukan pulang untuk menetap. Puan Nasuha redha. Harga yang perlu dibayar, untuk sesuatu yang dirahsiakan.

“Maafkan ibu, nak. Ibu akan terangkan kebenaran selepas ini. Pulanglah,” gumam Puan Nasuha. Rahsia tentang sesuatu, yang Ren tidak tahu. Sesuatu yang ditipu semasa diterangkan tentang Muzaffar. Penyembunyian yang memaksa Ren berlari daripada terjebak. Rahsia tentang suaminya.

Encik Shahril? Bukan. Suami yang disembunyikan. Suami yang hilang, juga tanpa jejak berita. Suami pertama Puan Nasuha, Encik Wasir.

***
“Hajat kamu, bukan untuk menghadapi bunian, tetapi untuk menghalau nenek kebayan?” “Ya, haji. Saya juga rasa jika hijab saya masih terbuka selepas usir atau bunuh nenek kebayan tu, saya terima sahaja anugerah itu.”

Haji Jalal berdehem, lalu berkata,”Bukan apalah ya anak-anak muda. Bunian itu urusan lebih penting. Nenek kebayan di luar sana akan hilang, jika urusan kamu, Munsyi, tamat dengan makhluk jubah tu. Mereka saling berkait. Khidmat mereka wujud secara bersama. Satu mati, mati satu lagi. Sebab itu haji rasa, urusan Munsyi bukanlah terlalu berat.”

“Haji Jalal yakin, jika nenek kebayan dibunuh, makhluk satu lagi juga akan mati?” “Haji tak tahulah, tapi keupayaannya sekurang-kurang, dapat dibendung bila satu lagi mati.”

“Tapi, kenapa nenek tu masih berkeliaran di keliling saya, jika dia tahu masalah akan terjadi kepada makhluk jubah tu? Sudah pasti makhluk itu akan paksa dia untuk menjauhi saya.”

“Dunia ghaib, banyak rahsia dan kepelikan. Kamu yakin kamu dapat bunuh makhluk didikan Ifrit tu, walaupun keupayaannya hilang bila mana nenek kebayan mati?” Ren dan Munsyi mengangguk faham. Sedangkan dahulu pun Ren gagal bunuh, inikan pula sekarang. Kehilangan kuasa bukan sesuatu yang menggugat Busroq.

“Ini pula Haji Jalal. Boleh buar sesuatu tentang mata kawan foreigner saya tu?” “Boleh sahaja. Dia setuju untuk tutup ‘hijab’?” “Ya, haji.”

“Baiklah, kita mulakan dengan dia dahulu. Suruh dia baring di situ. Hajah akan tolong dia. Kamu, Shahrin. Biar kira uruskan nenek kebayan tu dahulu.”

***
Iskandar menutup komputer ribanya. Emel daripada ibunya dibaca, kemudian dibuang. Terus ditempah tiket ke Malaysia.

“Heathrow, Amsterdam, Hong Kong, Malaysia. Hmmm… Jauh perjalanan balik.” Dibukanya pasport, tarikh luput masih berbaki setahun. Alang-alang, pasport baru perlu dibuat bila pulang nanti. Dilihat pada namanya. Ahmad Iskandar bin Wasir. Nama Wasir, sentiasa ada pada namanya. Namun, sesorang yang asing. Tidak pernah dikenali sejak lahir. Malah, Puan Latifah, ibunya, hanya pernah bersua muka dua tiga kali sahaja. Semuanya kerana identitinya. Kerana janji ayahnya yang tidak pernah dikenali dengan ‘sesuatu’ yang tidak dapat dilihat, dia terpaksa disembunyikan. Hilang kasih ibu bapa, sejak lahir. Namun, dia tidak pernah menyalahkan nasih. Dia tidak pernah membenci ibunya, tetapi dia tidak mampu memaafkan ayahnya, Encik Wasir. Penyebab kepada hidup berjauhan tanpa keluarga. Hanya dibela oleh keluarga angkat.

Perjalanan pulang dari London dijadualkan minggu hadapan. Tiba masanya untuk berjumpa adiknya, Shahrin. Adik berlainan bapa. Tiada simpati kepada adiknya, kerana dia juga senasib, malah lebih teruk. Hidup tanpa keluarga sempurna dari lahir. Namun, pertemuan nanti pasti mengundang perbincangan serius. Iskandar perlu bersedia dengan sebarang kebarangkalian.

Nota kaki: Kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. Sekadar fiksyen. Maka, diharap para pembaca dapat memahami kisah ini, tanpa prejudis atau menghukum fakta dalam kisah ini. #Gongpal hanya manusia biasa.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

15 thoughts on “#Gongpal : Tuntutan Berdarah – Haji Jalal”

  1. Ibu Ren tu Puan Latifah or Puan Nasuha?
    Kenapa Ren perlu pulang ke Malaysia bawa girlfriend Korea dia? – Nak showoff kat Natrah ke? kekeke gurau je

    #Gongpal, cerita awak kali ni agak berserabut dan tergesa-gesa dari bentuk penyampaian cerita. Janganlah stress ye!

    Saya tunggu sambungannya! Chayoq2 😀

    Reply
    • Ya ada kesilapan dalam konteks di atas. Sepatutnya Puan Latifah, bukan Nasuha. Maafkan saya?.

      Maaf juga cerita serabut. Permulaan suspen akan start siri seterusnya. Teruskan membaca ya~

      Serabut sebenarnya submit guna hp. Tunggu masuk kerja nnt senang sikit submit pakai komputer. Lol.

      Reply
      • Heee okay, no wonder~ its okay, people do mistakes #Gongpal. Anyway, always love the stories. Lepas guna pc/laptop,im sure its gonna be meletops dan tidak serabut. All the best dan teruskan berkarya. Chayoq2 #HelangPatahSayap hehe

        Reply
      • waiting for the next series..
        xpernah aku komen kt sini bila baca cerita kt FS.
        kali ni mmg aku follow n siap komen. hahah

        keep going bro…otak kau mesti sntiasa memproses cerita, salute dgn ko!!

        Reply
        • Hahaha Kasih Sunan – Sama laa.. 😀 aura si pengkarya hebat di FS termasuklah #GongPal yang buatkan pembaca tak sabar2 mengikuti perkembangan karya seterusnya
          🙂

          Reply
  2. tak sabar nak tunggu sambungan. heee
    waw ad watak baru laa.
    dah agak dah adam tu lain macam je. dia macam memaksa.
    keep it up yaaa #Gongpal ! 🙂

    Reply

Leave a Comment