GURAUAN

as salam .  terpanggil untuk aku kongsikan kisah yang aku alami selama 27 tahun aku hidup. Perkara ini sedikit sebanyak telah menjadi kesan dalam hidup aku dan sedikit pengajaran jugak sebab mengabaikan nasihat orang.

Ceritanya bermula kalau tak silap masa umur 20 tahun, rumah family kat JB. Dulu depan rumah aku ada pokok mangga besar dan subur tapi x pernah berbuah. Ayah (dah arwah) aku masa tu sakit , lumpuh separuh badan dan bila berubat orang ckp kene buatan . Kesian tengok keadaan ayah aku masa tu aku try juga usaha cari orang yang boleh ubat ayah aku.

Dapatlah seorang hamba Allah ni (dah arwah) sanggup tolong ayah aku. Dia ckp dalam perut ayah aku ada macam-macam benda sebab tu walaupun ayah aku x makan sangat tapi perut dia besar dan buncit. Tiba masa untuk orang tu datang rumah sebab nak tengok keadaan rumah dan masa kat rumah tu macam-macam dia maki , tapi bukan maki kami. Dia maki benda yang ada kat rumah aku dan dinasihatkan untuk tebang pokok mangga sebab pokok tu sarang benda tu. Plan untuk tebang pokok tu aku la yang kene buat , cari orang tebang semua la dan bermula la kisah seram aku.

Beberapa hari sebelum pokok tu aku kena ganggu dari pelbagai segi gangguan. Malam pertama aku mimpi aku kene rogol dan bila aku bangun keadaan aku mmg mcm kene rogol pun , baju t’tarik keatas , kaki terkangkang , penat dan lencun (b’peluh) tapi aku tak hiraukan pun sebab bagi aku mungkin mimpi je. Malam kedua, panas, panas sangat-sangat sampai aku bangun bukak pintu bilik cikit dan tidur kepala menghadap ke pintu , masa nak lelap aku terdengar pintu mcm kena tiup angin. So aku abaikan juga sampai la tiba-tiba pintu tu tertutup macam ada org hempas..Aku pun apa lagi lari x cukup tanah la selit tidur kat mak aku..hahaha

Next malamnya, sedang elok aku masukkan duit hantaran abang aku dalam album, tiba2 aku dengar sebijik suara anak sedara aku tengah ketawa kat luar.  Aku pun terus jengah la sbb ingat nak marah la kan tapi xde orang pun. So aku sambung la susun duit balik..tiba-tiba mak aku pula ketawa kat pintu bilik. Pintu tu aku bukak kecik dan kat depan masa tu memang gelap tapi aku boleh nampak bayang mak aku kat pintu sambil ketawa2.

Aku pun dengan lancangnya sound la mak aku masa tu ” napa mak ketawa2 mcm hantu ingat org takut ke” lepas aku cakap mcm tu then aku tengok mak aku dah takda kat pintu..pagi esoknya aku marah la mak aku sebab cuba nak takutkan aku tapi mak aku ckp dia xda bangun dan dia  pun tak tahu aku buat apa malam tu..jeng jeng jeng…

Macam-macam juga aku kena kacau lepas tu..tengah tidur bunyi orang jalan-jalan dalam bilik..masa tu rumah tak pasang mozek lagi so pkai tikar getah.  Kan dengar la bunyi tapak kaki. Lain lagi cerita kena tindih lain, rasa kena perhati.

Bila aku cerita kat adik beradik yang lain dorang suruh aku pergi berubat tapi lagi skali aku abaikan jgk..smpai la pokok ditebang ambil masa dari pagi smpai petang punya la sussh pokok tu nak tebang..Baru la rumah aku nmpk ceria cikit kalau x malam je rumah aku nampak suram tapi ayah aku smpai meninggal dia still lumpuh separuh bdn..Dari aku umur 13 tahun smpai aku umur 25

tahun ayah aku sakit. doa kan arwah ayah aku tenang disana, amin.

Nasihat aku , kalau korang ada mimpi kene rogol ke nak kene rogol ke dengan jin, so cpt2 la berubat. Jgn abaikan sebab akan ada efect smpai korang kawin..Mcm aku kena..Ok la , nanti ada masa aku sambung lagi pasal gangguan2 yang aku alami smpai sekarang. Tq admin sbb publish cerita nie..Tq so much..as salam.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

11 thoughts on “GURAUAN”

  1. Adoooiiii….
    Awatlah ko x citer kasi abis…
    Ape yg dh ‘perkeso’ ko tu…???
    Apsal die ‘perkeso’…???
    Ape kesan2 jangkamasa pendek dan jangkamasa panjang…????
    Lepas tebang pokok tu xde ke deme mengamok kaco dlm umh plak…
    Camne dlm perot arwah ade benda2 asing tu???
    Ape bendanye???
    Org antar ke atau benda kt pokok pelam tu yg bersarang…???
    Lps berubat tebang pokok semua tu, mslh dlm perut arwah tu selesai ke…??

    Haaa…dh memacam soalan kuor…
    Akk mmg xleh citer x complete ni…
    X seram atau x menarik atau tatabahasa tunggang langgang akk x kesah aslkan citer clear sampai abis…
    Hehehehehe…

    Reply
  2. Hahaha.. ye.. stuju sgt dgn kak yulie.. citer xcomplete.. cume dia warning sape2 y ada pnah mimpi kna rogol or nk kna rogol dgn jin cpat2 g brubat…

    Reply
  3. Nasihat aku , kalau korang ada mimpi kene rogol ke nak kene rogol ke dengan jin, so cpt2 la berubat. Jgn abaikan sebab akan ada efect smpai korang kawin..Mcm aku kena…

    Persoalan….apa effect? Cepat smabung.

    Tajuk sma tapi ada sub topic sbb senang nk detect

    Reply

Leave a Comment