Happy Blackout ;)

Assalamualaikum sahabat peminat FS sekalian. Nama aku Syah (bantai je nama ni). Sorry kalau terabur and kurang seram cerita ni. Gua beginner beb! Kekeke. Aku baru habis diploma di sebuah ipta negeri Sembilan. Memandangkan hanya menganggur je di rumah, so banyak habiskan masa kat fb dan sebenarnya baru je jadikan FS ni minat baru. Kisah yang aku nak kongsi ni berdasarkan pengalaman sahabat aku, tetapi aku sendiri terlibat dalam kisah ni. Dah lama dah benda ni kalau tak silap dalam tahun 2010 masa aku form 2.

Aku ni sekolah kat asrama. Memang semua adik beradik aku tak ada yang sekolah biasa. Mak ayah aku nak ajar kami berdikari biasa la orang dulu2 hehe. Sorry terlari sikit pulak cerita. Nostalgia guys hahaha. Okay sambung yang tadi, aku bersekolah dekat Gopeng, Perak. Area sekolah aku tu boleh tahan la cerukk benor masuk dalam. Kalau budak2 nak fly pun memang tak ke mana la. Kisah ni jadi masa waktu prep malam, melibatkan aku dengan Jay, classmate aku. Malam tu lain macam sikit, ributt dia perghh memang dahsyat. Habis semua pintu berdentam dentum ditiup angin.

Tak lama lepas tu hujan turun. Lebat beserta kilat sambung menyambung. Masa tu aku, Jay and classmate aku semua dalam class. Aku ni takde la rajin mana, acah2 rajin buat kerja je masa tu biar awek2 sanjung sikit laa. Biasa la tu kan, persaingan sihat dengan laki lain. Nak dijadikan cerita, blackout la pulak tiba2 masa tu. Mungkin sebab ribut maha dahsyat tu kot. Tunggu punya tunggu kot2 la hidup balik, tetapi sangkaan ku meleset. Sayup2 dari bawah dengar suara warden suluh sana sini pakai torchlight, suruh semua student balik asrama sebab blackout tu.

Haa lupa lak nak cakap, class aku ni tingkat teratas sekali iaitu tingkat 3. Class kami hujung sekali dekat dengan tangga turun. So berbondong bondong la classmate aku balik ke asrama. Aku dengan Jay ni jadi orang last yang keluar dari class kami. Memang dah tak ada student lain kat aras tu selain kami berdua. Masa tu kami tak ada la nak pikir bukan2. Rileks je baii lelaki kan baru jantan sikit. Lepas kami selak pintu class tu, so nak gerak la balik. Masa berjalan berdua ke tangga tu, tiba2 si Jay ni patah balik. Aku pikir mungkin nak ambil barang tertinggal kot. So tunggu la kat tangga tu.

Dalam seminit camtu dia pun pergi ke arah aku. Aku tanya dia, “ hang watpa tadi?”, dia senyap je tak jawab soalan aku. Muka dia pulak nampak lain macam je. Aku pun buat bodoh je. Terus turun ke bawah mendahului dia. Tangga ke bawah ni ada dua pilihan, boleh terus turun bawah straight atau belok kiri kat tingkat 1 dimana kena lalu makmal computer sebelum turun bawah. So aku pun pilih lalu kiri tu sebab dekat sikit nak balik asrama diikuti rapat oleh si jay ni. Elok2 aku masuk laluan kiri tu tiba2 Jay tarik aku, suruh aku ikut jalan satu lagi tu. Harap kalian dapat faham ye hahaha susah woii nak terangkan. Aku pun usha pelik kat Jay. “Pasaipa mamat ni”, ujar ku di dalam hati. Ahh lantak la asalkan sampai asrama. Tu je aku pikir sekarang.

Sesudah sampai asrama tu, dah tukar baju makan semua, aku lepak dorm si Jay ni. Niat dihati hendak bertanya pasal tadi. Mula2 aku tanya kenapa dia patah balik ke class lepas dah ready nak balik tu. Lama dia senyap, dalam 2-3 minit camtu baru dia respond. “Hang tau tak, aku patah balik sebab dengar orang ketuk pintu class tu dari dalam. Secara automatik aku pergi nk bukak selak pintu tu…” Senyap seketika suasana, sebelum dia menyambung ayat, “….tapi bila pikir balik, masa tu kita berdua yg last keluar dari situ. Siapa pulak buat tertinggal dalam tu weii. Nasib aku sedar, tak jadi terus nak bukak”, bersungguh Jay cerita kat aku.

Aku pun dah teruja campur seram dengarnya. Aku ni memang jenis suka benda2 camni. Teringin nak rasa dengan nampak dengan mata sendiri wehh. Gila kan aku? Hahaha. Sambung tadi pulak, belum sempat aku tanya kenapa dia halang aku lalu jalan kiri tu dia dah cerita, “ aku tarik hang tadi biar ikut jalan lain bukan saja2 tau. Ada benda tadi kat laluan tu. Baju putih buruk nak mampuih, rambut panjang, mata merah siap angkat tangan ke depan dan tengok kat hang lagi tauuu. Memang tak la nak ikut situ! “, luah jay bersungguh sungguh tapi tetap tenang je lagaknya. Meremang siot dengar dia cerita, segila gila aku camtu pun seram jugak la dengar camtu. Dalam hati aku campur baur syukur tapi masa yang sama sesal sikit sebab tak dapat nampak untuk dijadikan pengalaman sendiri.

Aku ingat dah habis kat situ ceritanya, rupanya si Jay ni dah nampak sejak dalam class lagi. Dia cerita, masa blackout tu, sesekali ade kilat jadi nampak terang sekejap dalam class. Dia nampak ada ‘benda‘ tinggi gila kat penjuru class. ‘Benda’ tu hitam. Sesaat lepas tu dah takde. Lepas tu, ada lagi yang lagi serammmm beb! Sekilas dalam samar2 gelap dia nampak ada benda cam songkok atas meja kat class tu. Dia pun capai benda tu sebab ingatkan dia punya. Masa dah pegang tu, rasa lain macam songkok tu. Awat ada benda berbulu sekeliling songkok tu siap panjang sampai ke bawah. Usha punya usha, mengucap dia kat situ.

Benda yang dianggap songkok tu rupanya kepala wehhhh! Terus letak balik benda tu dan buat2 macam tak jadi apa2. Bapak ahh punya kental jiwa dia tu. Kalau jadi kat aku memang pengsan situ jugak baii walaupun aku ni acah2 berani hahahaha. Ni dengar gitu pun dah ketaq kepala lutut. Ehh lupa nak bagitau pulak, si Jay ni bekas budak silat. Hijab mata dia kadang2 terbukak. Tu pasal dia boleh nampak benda2 camni. Si Jay ni kata benda ni macam nak dekat dengan aku. Ada sebabnya, mungkin sebab aku teringin sangat nak nampak kot. Perghh dahsyatt dengarnya. Yelah tak pernah ada pengalaman baii, tu kemaruk tu.

Tak lama lepas si Jay cerita tu, bekalan elektrik pun pulih semula. Aku dok pikir pasal homework yang tak settle lagi. Buku memang tinggal kat class. Macam mana nak carik kan dalam gelap gitu. So pakat dengan member sorang ni nak pergi ambil. Pasal cerita si Jay tu aku dah terlupa sekejap susah hati punya pasal mengenangkan homework tu. Sesampai kat class, terpandang satu tulisan kat whiteboard class, “happy blackout” beserta smiley 😉 kat situ.

Aii lain macam ni. Siapa lak sempat tulis dalam blackout tu. Masa nak balik tadi takde pun. Aku pun pandang member aku, dia pandang aku balik. Terus cari buku homework dan berambus dari situ. Tak pandang belakang dah wehh. Masa tu asyik terpikir balik cerita si Jay. Last2, sampai sekarang masih misteri siapa yang tulis happy blackout tu.

Loading...

7 comments

  1. Hashtag #siblackout …

    waaahhh…
    Pandai ckp omputeh ekkk benda tu…
    Siap pandai lukis smiley lagi…
    Mmg pegi sekolah punye ni…
    Beebaloi die dok kt sek…
    Hehehehhe…

  2. aku pun rasa si jay tu tulis sbb nak memperbodohkan ko… hahaha… ko asyik nak menempek jer dekat dia… nak dating kat dlm kelas pun susah… sbb tu dia takutkan ko…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *