KEDAI MAKAN

KEDAI MAKAN
Hai semua. Nad kembali. Kali ni aku nak kongsikan lagi satu cerita. Kisah ni terjadi pada sepupu aku namanya Latiff. Enjoy!

Latiff ni kerja dekat KL. Kampung dia dekat Melaka je. Dekat je la kira kan. So, dia ni biasanya memang tiap minggu akan balik rumah Mak & Ayah dia. Tapi ada satu masa tu dia terlalu busy dengan kerja. Dia baru dinaikkan pangkat sebenarnya masa tu. Jadinya, dah dekat sebulan la dia tak dapat balik kampung sebab busy dengan kerja. So, dia plan lepas settle semua kerja tu, dia nak balik kampung jenguk mak ayah dia.

Jadi, harinya pun tiba. Dia dah siap semua kerja, dia mintak cuti 2 3 hari dengan bos dia dan cuti pun diluluskan. Latiff ni dia suka balik malam-malam. To be exact nya tengah malam. Sebab katanya jalan tak sesak sangat kalau waktu malam. Dia bertolak pukul 12 lebih masa tu. Dia lalu jalan yang dia biasa lalu. Aku pun tak sure la jalan mana dia guna. Tapi, dia kata perjalanan dia malam tu terasa panjang sangat. Lama sangat nak sampai kampung sebab dia alami perkara yang ‘lain macam’ malam tu.

Latiff kata, masa mula nak bertolak tu pun dia memang rasa tak sedap hati. Tapi sebab dia dah janji dengan mak ayah dia kata nak balik, dia teruskan jugak la sebab taknak bagi mak ayah dia risau. Lepas dah lama perjalanan dia tu, dia banyak kali kena high beam. Orang hon kereta dia. Mula-mula dia malas nak ambil tahu semua tu, tapi tak lama lepas tu tiba-tiba kereta dia jadi tersengguk-sengguk. Makin lama makin perlahan kereta dia. Dia dah risau dah apa pulak yang rosak kan. Sedangkan dia dah servis dah kereta dia. Lastnya, kereta dia tiba-tiba mati tepi jalan. Masa tu jalan memang lengang. Tak ada kereta yang lalu lalang pun. Jam masa tu dah pukul 2 pagi (lebih kurang).

Dia tengok-tengok kereta dia tapi dia tak dapat kenalpasti apa masalah kereta dia. Dia cuba call mak dia untuk bagitau, tapi lansung tak ada signal dekat situ. Lepas 20 minit tunggu, masih tak ada kereta yang lalu, Latiff pun ambil keputusan untuk jalan ke depan sikit. Mana la tau ada orang kan. Masa dia jalan-jalan tu, dia ternampak ada lampu terang. Rupanya ada kedai makan yang masih bukak masa tu. Ramai orang lagi. Latiff pun rasa lega la. Elok pulak masa tu dia lapar. Jadi dia cadang nak makan dulu lepas tu minta tolong dari orang dekat kedai tu.

Masa dia masuk kedai tu, dia terasa sejuk tiba-tiba. Tapi sebab lapar sangat, dia buat tak tahu je. Memang ramai orang kat kedai tu. Dia pun order la makanan dengan minuman.

Tengah dia sedap-sedap makan, ada seorang pakcik tepuk bahu dia. Pakcik tu tanya Latiff buat apa kat situ. Dan dia suruh Latiff cepat-cepat berhenti makan dan ikut pakcik tu. Latiff rasa pelik tapi dia ikut juga pakcik tu pergi. Pakcik tu bawak Latiff jauh sikit dari tempat tu. Pakcik tu tanya Latiff ok ke tak. Latiff kata dia ok. Lepastu Latiff bagitau yang kereta dia rosak. Nasib baik la rumah pakcik tu memang dekat-dekat situ je. Jadi pakcik tu ajak Latiff bermalam dulu dekat rumah dia.

Kereta dia tinggal dulu tepi jalan. Tapi dah lock semua la. Karang tak pasal-pasal kereta pulak hilang. Masa sampai rumah tu, pakcik tu tanya macam mana boleh pergi makan dekat kedai tu.

Latiff kata dia nampak orang ramai, tu la dia pergi situ. Pakcik tu cerita, pakcik nampak Latiff sorang je dekat situ duduk dalam gelap. Disebabkan situ memang selalu jadi kes macam ni, tu la pakcik ni tegur dan bawak Latiff pergi dari situ.

Latiff dah rasa kecut perut dah lepas dengar tu. Pakcik tu cerita lagi, dulu pernah ada seorang lelaki yang kena sorok kat kedai makan tu sampai 2 minggu tak jumpa. Lepas macam-macam ikhtiar, baru la lelaki tu diperlihatkan. Bila ditanya, lelaki tu kata, tiap malam dia pergi makan dekat kedai tu sebab nak jumpa anak perempuan tuan kedai tu. Cantik sangat katanya. Lepas tu Latiff teringat, memang ada seorang perempuan cantik dekat kedai tu pakai baju merah.

Tapi malam tu dia tak syak apa-apa la sebab semua nampak macam normal je. Sebenarnye kedai tu tak wujud pun. Yang ada dekat situ cuma satu pondok lama. Lepastu pakcik tu suruh Latiff berehat.

Keesokan harinye, pakcik tadi tunjukkan tempat dia jumpa Latiff tu. Memang ada pondok buruk je. Yang kotor, bersepah dengan sampah. Pagi tu dia cuba hidupkan kereta dia, dan kereta dia hidup macam biasa. Tak ada rosak apa pun. Memang betul-betul dugaan untuk dia la tu. So, lepas tu Latiff bertolak balik rumah dia lepas dah berterima kasih pada pakcik tu. Nasib baik la pakcik tu jumpa dia cepat. Kalau tak dia pun boleh kena sorok agaknya.

Sekiann………

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

NAD
KEDAI MAKAN
6.1 (61.24%) 113 votes

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.