#hans_pp – Penunggu Bantal Kekabu

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk ‘khadam’ dinyatakan di dalam Al-Quran.
Firman Allaah subhanahu nwa ta`ala.:
Maksudnya:

“Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan…” –
(Surah Al-Jin: 6)

Ketika aku sedang leka bermain di tanah lapang di tengah kampung, tiba-tiba guruh berdentum dengan kuat sekali. Aku lihat ke langit yang tadinya biru, bertukar menjadi warna kelabu gelap. Aku yakin hari sudah hendak hujan. Aku harus segera pulang ke rumah sebab aku takut akan dimarahi ayah sebab ‘main hujan’. Tapi hati aku yang baru berumur sebelas tahun masih tidak puas main randes(macam softball) dengan kawan-kawan aku, bahkan mereka tidak peduli dengan detuman guruh sebentar tadi.

“Abang, Abang, mak suruh balik kalau tak ayah mai cari hang” kata adik aku yang 4 tahun lebih muda dari aku. Dengan amaran dan nama ayah disebut, aku segera lari sambil mengambil selipar di pokok rambai hujung tanah itu, lalu terus menuju kerumah. “Sapa sampai rumah last, dia gila mabuk”, sambil berlari meninggalkan adik aku. Kami berlumba sampai ke rumah yang selang beberapa rumah sahaja. Sampai je dirumah, aku melihat ayah aku didepan rumah. Ketakutan melihat ayah seolah-olah aku sedang melihat harimau yang pandang tepat ke arah aku. “Mampus la aku” bisik hati aku. Tiba-tiba terdengar orang memanggil nama aku, “Hanis, mai masuk bilik tok”. Arwah tok(nenek) merupakan orang yang selalu membela aku jika dimarah oleh mak dan ayah aku.

Aku masuk ke dalam bilik tok menyebabkan terbatal niat ayah untuk tarik telinga aku. Masuk je bilik tok, tok bagitau, “Hanis pi mandi dulu lepas tu masuk bilik, tok nak cerita hantu.” Aku takut akan cerita hantu, tapi aku lebih takutkan ayah aku daripada hantu. Aku segera menyiapkan diri dan terus masuk ke bilik tok. Tok panggil aku sambil memberi isyarat supaya letak kepala aku diatas riba dia. Sambil urut rambut aku, dia mula bercerita.

“Hanis tau tak rumah dihujung kampung kita, ada sebuah rumah kan? Jangan pergi ke sana ye sebab ada saka disana” Tok memulakan ceritanya. “Saka tu apa tok” tanya aku. Tok menjawab dengan mudah, “hantu”. Cerita dia bermula..

Pak lang aku merupakan seorang anggota polis. Pada ketika itu, pak lang baru je berpindah ke kampung kami. Dan berdekatan rumah dia, ada tinggal seorang perempuan tua. Perempuan yang hampir sebaya dengan arwah tok aku tu dipanggil tok long dikampung kami. Dia merupakan seorang uang baik hati. Jadi, pak lang aku selaku orang baru di kampung kami, perlulah berbaik dengan semua orang termasuk lah tok long. Tok long menyara hidup dengan menjual kekabu dari pokok kabu di belakang rumah dia selain dapat duit sara diri dari anak dia. Aku tak pasti samada pokok tu masih wujud atau tak. Pokok tu agak besar, dan waktu aku nak pergi mengaji Quran, kami mesti lari bila lalu didepan rumah atau pokok toklong tu sebab ada kata-kata yang pokok itu ada penunggu.

Oleh kerana ada dalam kalangan kawan pak lang yang nak beli kekabu, pak lang akan cadang supaya beli dekat tok long. Sebab nya, niat untuk membantu toklong dan kekabu tok long memang terbaik jika nak dibuat bantal. Dengan harga kekabu yang tak sampai RM15 yang boleh dimuat 2 ke 3 bantal, kawan pak lang tak ragu-ragu untuk beli. Kawan pak lang beli dengan senang hati.

Satu hari, toklong disahkan meninggal dunia dek kerana sakit tua. Urusan jenazah telah dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Perkara menjadi pelik sejak toklong meninggal. Kawan paklang sering diganggu. Gangguan yang berlaku selalunya didalam bilik kawa paklang. Katanya, mereka sering melihat seolah-olah ada kelibat tok long di dalam bilik mereka. Keadaan masih tidak pulih-pulih, bahkan semakin teruk dengan mendengar bunyi-bunyian. Mereka selalu terdengar orang menepuk bantal(seolah-olah nak tidur) dalam bilik tidur mereka padahal bilik itu kosong.

Selepas keadaan bunyi-bunyian itu terjadi, ada pula kejadian yang pelik berlaku seperti melihat kelibat toklong didalam cermin. Anak-anaknya semakin takut dan tidak mahu tidur didalam bilik mereka sendiri. Kawan paklang mengambil keputusan untuk bertanya akan perkara yang pelik berlaku kepada paklang. Paklang pula bertanya kepada tok kerana tok merupakan orang yang lama dikampung itu. Percaya atau tidak, rupa-rupanya toklong menyimpan saka yang diwarisi. Oleh kerana toklong dah meninggal, ada kemungkinan yang saka dia cuba mengambil semula barang-barang tuannya.

Selepas mendengar cerita daripada tok. Kawan paklang nekad untuk memulangkan semula bantal kekabu itu pada keesokkan hari. Tetapi niat untuk memulangkan bantal kekabu pada keesokkan hari tidak menghalang si ~saka~ untuk berdiam diri. Tepat jam 2.30 pagi, kawan paklang terjaga dari tidur akibat terdengar suara dari dalam almari dimana tempat bantal kekabu itu disimpan. Suara itu tidak jelas bagai berbisik. Kawan pak lang terus mendekati almari yang berada di bilik stor sebelah biliknya. Semakin dekat dengan almari itu, semakin banyak bunyi bisikkan. Walaupun sudah dekat, namun bisikan itu masih tidak jelas.

Sekarang, kawan pak lang, betul betul berada di depan almari yang bunyi bisikan. Dan dia yakin bahawasanya, bisikan tadi datangnya dari almari tersebut. Kawan pak lang harus kuatkan diri untuk mengetahui, siapa atau apa yang berbisik bisik pada 2.30 pagi itu. “Ya Allah, janganlah ada benda yang pelik-pelik dalam ni” doa jauh dilubuk hatinya. Walaupun dia takut pada mulanya untuk buka pintu almari, tetapi apabila memikirkan keselamatan keluarga beliau yang mungkin ada perompak dalam almari itu, dia memaksa diri membukanya. Perlahan-lahan dia menghulurkan tangan kanan nya ke tombol pintu almari. Dia menarik tombol pintu dengan perlahan sekali seolah-olah ada orang yang menarik dari dalam. Perlahan-lahan pintu almari dibuka. “Alhamdulillah”, perasaan kawan paklang yang lega setelah melihat tiada apa-apa di dalam almari tadi. Dia pun menutup pintu almari semula dan hendak bilik tidurnya. Apabila menoleh je ke kiri, “Astagfirullah hal azim” sambil mengurut dada beliau apabila terlihat jelmaan toklong betul betul depan muka dia yang sedang berbisik. Akibat terkejut dengan peristiwa tersebut, kawan pak lang terduduk dan kaku. ~saka~ tersebut mendekatkan muka nya ke arah kawan paklang dan memekik “Pulangkan harta tuan aku”. Lalu makhluk itu menunjuk ke arah almari yang tersimpan bantal kekabu itu. Makhluk tadi lari ke arah almari tersebut dan terus hilang.

Kawan pak lang yang berhasrat memulangkan bantal kekabu pada keesokkan hari, mempercepatkan hasrat dia. Dia mengejutkan isterinya lalu menceritakan apa yang berlaku. Suami isteri yang takut diganggu lagi oleh ~saka~ tersebut terus membuat keputusan untuk menghantar bantal tu malam ini juga. Kawan pak lang masuk semula ke dalam bilik ditemani isterinya, membuka pintu almari, masih tidak kelihatan ~saka~ tersebut, dengan pantas mereka mengambil bantal kekabu tersebut dan menuju ke arah kereta mereka, si suami menghidupkan enjin kereta dan si isteri mengunci pintu rumah kerana anak mereka masih nyenyak dibuai mimpi. “Dah siap ke semua? Bantal kekabu tu ada?” Tanya kawan paklang kepada isterinya. “Sudah abang”. Tanpa banyak bicara mereka terus bergerak ke rumah arwah tok long yang hanya 10 kilometer dari rumah mereka. Dalam perjalanan menuju ke rumah tok long, suami isteri mendengar bunyi bisikan di tempat duduk belakang dimana bantal kekabu itu diletakkan. “Abang, saya takut” sambil memegang erat lengan kiri suami dia. “Abaikan je”.

Setelah 15 minit perjalanan, akhirnya kawan pak lang sampai ke rumah toklong. Si suami hendak turun dan letakkan bantal kekabu. Terkejut suami isteri itu apabila ternampak jelmaan tok long sedang mengasingkan kekabu untuk dibuat bantal di beranda rumah papan dua tingkat. Ini sememangnya abnormal sebab takkan ada orang asingkan kekabu pada pukul 3.30 pagi dalam gelap. Terkejut dengan peristiwa itu, si suami terus melemparkan bantal kekabu dari tingkap kereta. “Abang cepat abang, dia senyum kat kita abang, cepat abang, saya takut ni” selepas si isteri nampak jelmaan itu senyum. Si suami terus tekan pedal minyak selepas melihat senyuman yang menakutkan itu.

Sampai je di rumah, suami isteri terus mandi dan tidur di atas katil mereka. “Abang saya masih takut” bisik si isteri. Suami memeluk isteri dan tidur. Alhamdulillah, sejak bantal kekabu itu dipulangkan, baru rumah tangga itu kembali aman tanpa diganggu ~saka~ itu.

Cerita ini, aku tanya semula kepada arwah tok aku sewaktu usia aku telah mececah 15 tahun. Dan cerita yang dicerita sama sahaja seperti diceritakan tok. Semoga Arwah tok yang aku sayangi di tempatkan ke dalam golongan hamba-hamba yang beriman. AMIN

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Hans

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

37 thoughts on “#hans_pp – Penunggu Bantal Kekabu”

  1. ”aku takut cerita hantu tapi aku lebih takutkan ayah aku dari cerita hantu” haha mengekek aku tapi comel lah pulak aku baca cerita kau ni. dia senyum tu dia terima kasih lah kat kawan paklang kau tu kot hahahaa

    Reply
  2. huhu.. tgok tajuk rasa mlz baca..
    tp rasa ingin tahu membatas segalanya..
    dah la rumah semua guna bantal kekabu..
    ayah nk beli bantal vono la….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.