Assalammualaikum sekali lagu buat warga fiksyen shasha…kali ni aku nak cerita pengalaman tentang raya kami pada tahun 2017
Ceritanya macam ni…hari raya, dah semestinyalah kami sekeluarga balik kampung beramai-ramai…dari keluarga pak ngah sampai ke mak aku yang bongsu pakat balik Kedah.Pak long jelah yang tak ada dalam senarai sebab rumah paklong sebelah rumah atok aku je.
Aku memang rapat dengan saudara aku yang aku panggil Faiz ni,membesar sama-sama dan membujang sama-sama sampai sekarang haha.Aku dengan dia kongsi minat yang sama iaitu untuk cari gali tentang rumah atok aku yang agak menyeramkan tu.
Dulu masa kami kecil selalu kena kacau, cuma waktu tu mampu lari sama-sama dan peluk kaki mak bapak masing-masing jelah,tapi bila dah besar ni kami sendiri nak tahu apa yang menghantui rumah ni…
” eh Hani! Nak ikut aku tak malam ni pi rumah Apit…haritu diaorang kena kacau masa melepak dekat bengkel anak pak long depan tu…dengan kain terbang katanya…” Faiz bisik dekat telinga aku yang dilitupi tudung masa aku tengah sibuk tengok tv dekat depan,waktu tu dah raya…raya pertama pula tu…orang lain pakat layan tetamu, aku sibuk layan cerita hantu yang ditayangkan pada raya pertama tu.Nasib baik dah malam pun, tak ramai dekat rumah dah.
” nak pi bila?. ” soal aku dengan penuh terujanya, ada kawan sekepala bolehlah weyh! Lagipun aku paling takut hantu bungkus je, yang lain insyaAllah boleh hadap lagi.
” sekaranglah, pi lambat nanti balik pukul berapa pula…jomlah cepat!. ” Faiz terus ambil kunci motor milik pakcik aku yang duduk dekat situ sebelum dia gamit tangan suruh aku ikut dia.
” weyh naik motor sekali dengan hang ke?. ” aku menyoal.
Faiz ni kalau dah merempit aku dekat belakang pun dia boleh lupa.. Bahaya ni.. Dah malam pula tu
” naik jelah…kalau pergi asing buatnya benda tu tumpang belakang…bersilat kau nanti.” balas Faiz.
Aku akur…terus membonceng di belakang dia.Kami bersembang kecil sepanjang sepuluh minit perjalanan,sampai je depan rumah Apit, aku tengok meriah rumah dia dengan pelita dan budak-budak yang tengah main bunga api.Dari tempat kami berdiri kelihatan Apit keluar dari rumah dan menuju ke arah kami dengan senyuman di bibir.
” wah Faiz! Lama tak balik eh kau.” Apit menegur sebelum kedua lelaki itu bersalaman.
” eh bini ke ni?. ” Apit menokok tambah berserta senggihan.Minta penampar ini budak,padahal dah tahu aku masih solo yolo lagi.Tak bersembang lama dekat luar,Apit menjemput kami masuk ke dalam rumah.Lepas bersalaman dengan isteri si Apit,kami duduk sama-sama atas bangku.
Lalu cerita pun dimulakan…
Pada waktu tu si Apit dengan member dia melepak sampai pukul empat pagi dekat bengkel abangcik,anak pak long kami yang terletak dalam tiga puluh langkah depan kawasan rumah atok dan paklong aku. Riuh bersembang sampai terlupa kisah seram yang pernah diceritakan oleh para-para makcik zaman kami budak-budak dulu…Apit tengah godek motor dia pada waktu tu sambil bersembang dengan beberapa orang member yang turut melepak sama.Tengah sedap bersembang tiba-tiba mata seakan menangkap ada kelibat dari depan rumah atok kami yang tengah memerhati.Apit angkat muka melihat sang kelibat tu…tapi tak ada.
Ah! Imaginasi je kut,Apit sambung kerjanya dan mulut kembali becok bercerita itu dan ini sehinggalah salah satu daripada mereka mengarahkan diaorang semua angkat kepala pandang langit yang kelam gelap tu.
Nak rebah Apit dibuatnya bila nampak kain putih sedang terbang bebas di atas langit.Tercicit-cicit diaorang semua balik rumah.Abangcik aku siap tinggalkan je bengkel dengan lampu terpasang dan pintu tak tertutup.Begitulah al-kisahnya…
” hahaha tulah kau Apit! Hantu tu nak suruh kau duduk rumah jaga bini! ” aku menyampuk lepas si Apit habis bercerita.Liza,isteri Apit sumbang gelak setuju dengan statement aku.
Setelah beberapa jam bersembang aku dan Faiz akhirnya meminta diri untuk balik disebabkan jam dah tunjuk angka 12 tengah malam,aku sekali lagi membonceng dibelakang Faiz…Faiz bawa motor dengan cermat kali ni,tak laju macam selalu…mungkin sebab dah malam dan lampu jalan hanya samar-samar menyuluh jalan yang gelap gelita dan sunyi.Semua orang dah masuk tidur agaknya. Setibanya kami di sebuah jambatan yang bawahnya ada sungai,aku nampak Faiz tertoleh-toleh arah kanan jambatan.
” kau kenapa Faiz?. ” aku menyoal sambil suara dikuatkan sikit jikalau Faiz tak dengar kerana angin yang menderu tu.
” tak ada apalah…” balas Faiz.
Aku diam jelah…ikut nada suara Faiz tu aku rasa Faiz tengah bagi double meaning…maksud lainnya ‘nanti aku cerita’.Sampai je depan rumah, Faiz masuk ke dalam tempat parkir yang dikhaskan untuk kereta pakcik aku berdekatan perigi buta yang menghala ke bukit turun ke sungai.Gelap gelita garajnya sampai tak nampak tanah.Semasa turun dari motor mata aku menangkap satu susuk berpakaian putih kotor yang berdiri di belakang perigi buta tu.Bila aku fokuskan mata…benda tu terus hilang.
Kami berdua terpaksa berpusing ikut pintu masuk depan disebabkan dua pintu masuk bahagian kiri rumah di belakang dah berkunci.Rumah atok aku besar jangan cakap! Boleh buat padang bola sepak sebiji. Rumah dua tingkat pula tu! Aku,akak aku,suami dia, Faiz dan dalam enam belas orang sepupu aku yang baya-baya aku tidur dekat atas.Perempuan yang bujang tidur dalam bilik dan lelaki tidur dekat ruang tengah antara dua bilik.Akak dengan abang ipar aku tidur dekat bilik berdekatan tangga ke dapur,aku dengan dua orang sepupu aku tidur dalam bilik berdekatan tangga ke ruang tamu rumah.Yang lelaki tidur macam semut dekat atas lantai sambil kongsi satu bantal untuk dua kepala haha!maklumlah keluarga kami besar, adik beradik ibu ada 11 orang.
Malam tu aku tak dapat nak lelapkan mata dek kerana teringatkan susuk tubuh tadi.Rasa macam ada benda yang perhati pun ada.Tapi aku senyap je, mata pejam celik cuba untuk lena…sampailah aku terdengar ada orang yang menangis dari bawah katil tempat kami bertiga beradu. Meremang rasa bila bunyi tu kedengaran seperti betul-betul di bawah tempat aku berbaring.
Dengan penuh rasa tanda tanyanya aku beranikan diri untuk tunduk kepala lalu pandang ke bawah katil…perlahan-lahan kepala aku tundukkan…Allahuakbar! Terus aku baringkan badan semula,kali ni aku rapatkan badan dengan saudara aku.Aku cuba padamkan apa yang aku nampak tadi, tapi imejnya bagaikan berlegar di fikiran.Perempuan dengan mata merah sepekat darah sedang berbaring sambil pandang ke atas dari bawah katil.Peluh dingin mula mengalir.Jantung berdegup kencang cuba aku tenangkan.Pejam mata serapat-rapatnya bila terasa ada jari berkuku panjang sedang merayap pada kakiku.
Ayat suci al quran aku baca dalam hati sehinggalah gangguan tadi hilang dan aku tertidur…
Pagi raya kedua aku dan Faiz duduk atas kerusi selepas solat subuh.Aku diam, takut untuk buka cerita memandangkan langit masih tak berapa nak cerah.Tapi Faiz terlebih dahulu buka mulut menceritakan apa yang terjadi pada dirinya malam semalam, katanya sewaktu sedang membonceng motor…dia terlihat kain putih tersidai pada sisi jambatan…sewaktu dia tengah sedap tidur pula tiba-tiba ada sesuatu yang bermain dengan kakinya,bila dia buka mata…terlihatlah susuk hantu raya sedang memandang dirinya dari hujung kaki dengan senyuman yang mengerikan..yang akhirnya senyuman itu membuatkan bibir si ‘dia’ terkoyak lalu si ‘dia’ menghilang. Aku pula, hari dah siang baru aku buka mulut pasal apa yang terjadi malam tadi, Faiz tersengih…semestinya tengah membayangkan muka aku pada waktu tu.
Aku masih tak tahu apa sebabnya si hantu yang dipanggil hantu raya oleh Faiz tu menghantui rumah si sekitar kawasan rumah atok aku..Tok wan dah meninggal…aku pula tak nak buat kesimpulan sendiri sebab setahu aku wan baik orangnya…pengamal ilmu perubatan islam…orang yang kena gangguan mesti akan cari dia…Al-fatihah buat wan,moga rohnya dicucuri rahmat.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
dah terbayang2 la plak heheheheh
Beso rumah atok kau. R
ramai betul adik beradik omak ko.
baka baik subur. lom kawin kan sudi ke ?
Banyak lah ko punya sudi
Hantu raya tu mungkin ada org buang kt area umah tok wan kot sbb tok wan kn pengamal perubatan islam.. x pun mungkin ada yg dengki ngan arwah, so dia hantar hantu raya tu supaya keluarga ank cucu tok wan x tenteram.. hahaha (bnyk sgt baca FS, ni la jadinya 😂😂)
Kalau aku, memang sedas penampaq hinggap kt hantu raya tu. Dh berpuluh kali dh aku penampaq hantu dan jin2 yg cuba prank aku.
Yeke. Cite sikit lh. Mungkin awak blh tlg halau jin di rmh sy. Tlg…
Sape nama kau wahai si pengarang cerita?