Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan.
Tiga hari selepas insiden bomoh diterjah di pondok dalam hutan, kampung aku di kampung pinang sebatang digemparkan dengan penemuan mayat yang membusuk dan berulat.
Mayat ditemui oleh usin si pencari ayam hutan. Semasa ditemui mayat tidak berbaju, hanya berseluar panjang hitam yang dah koyak rabak, kulit mukanya juga disiat, kedua biji matanya telah dicungkil keluar menampak kan daging-daging di tengkorak dan gigi yang tersusun rapi. Perutnya terburai dan isi perut dah hilang! Banyak kesan cakaran seperti dicakar binatang buas yang terdapat di merata tubuh.
Pihak berkuasa datang tetapi tak dapat mengesan perbuatan jenayah. Mayat dibawa ke hospital. Dan selepas dua minggu tidak dituntut, berdasarkan keadaan mayat yang tidak dikhitan, mayat disempurna kan sebagai mayat ‘lain-lain agama’. Jenazah juga telah disemadikan di tanah perkuburan bukan islam di kawasan pekan. Dan kes ditutup pihak berkuasa tak lama kemudian.
Masalah yang timbul selepas persemadian mayat yang tak dikenal pasti tu, kampung aku digemparkan pulak dengan kejadian manusia dengan muka melelas tanpa bebola mata dengan daging yang berjuntai, dalam keadaan yang membusuk dan hodoh, datang menganggu penduduk tempatan!
Dari asalnya cuma kelihatan disebelah malam, hinggalah tak lama kemudian, keadaan tak terkawal, pukul 4.30 petang dah mula nampak bomoh bersiar-siar, mengetuk pintu rumah ke rumah, minta sedikit ‘rahmat’ yang hilang semasa hidup, barangkali!
Isu pukau baru selesai, kini dah datang isu baru ‘hantu bomoh siam’ pulak datang menjengah rumah.. Penduduk yang dulunya hidup dalam keadaan aman damai, kini dah tak berani nak keluar malam!
Kedamaian sementara yang dikecap selepas isu pukau berakhir, kini dah mendatangkan ketakutan yang baru!
Ketakutan melampau membuatkan budak-budak yang biasa kelihatan mengaji di waktu maghrib, dah ditukarkan masa ke waktu tengahari selepas tamat sekolah pagi.
Pemuda dan remaja yang biasa bermain bola dipetang hari pun lesap, padang bola dibiar kontang tanpa manusia.
Anehnya, aku, bapak dan pak seli, tak pernah pulak berkesempatan terserempak dengan hantu bomoh yang diperkatakan tu!
Se ingat aku, dua minggu lepas kejadian arwah bomoh gentayangan tu dah menganggu, rumah aku didatangi pak seli pada waktu petang, waktu aku sedang menyapu dedaun kering didepan rumah..
Salam disambut dan bapak mempersilakan pak seli naik ke rumah..
“mahat, kamu ada dengar kisah bomoh tu dah datang menganggu orang kampung?” kata pak seli memulakan perbualan.
“hmmm… Ada! Teruk jugak kena! Paling teruk si usin yang mula-mula jumpa mayatnya hari tu lah!” balas bapak
“bomoh tu siap naik rumah, si usin nampak kat dapur tengah selongkar makanan!”
“imam sahak yang bercerita, dia sendiri pun diganggu waktu pulang dari isyak dua ke tiga malam lepas” sambung bapak lagi..
“hmmmm… Silap aku jugak, patut aku bawak dia balik, dan mesti disempurnakan mayatnya hingga selesai! Sebab aku kira-kira, dia mati ghaib masa tu, tapi tu lah.. Kekuasaan Allah mengatasi segalanya, aku pun bukanlah maksum..” keluh pak seli lemah
“dia memang dah tak bernyawa, sudahlah matinya tak tenang, masalahnya iblis dan setan yang di pujanya pulak, yang datang cari mangsa yang baru..” tambahnya lagi..
“takpe bang, benda pun dah jadi, kita tunggulah, imam sahak dah cadangkan bacaan yasin beramai-ramai.. Mudah-mudahan berhasil..” balas bapak aku
“kita tengoklah hasilnya macam mana, aku nak beransur dulu lah mahat, tandan pisang yang aku kutip tadi belum di simpan lagi..” balas pak seli..
Bacaan yasin beramai-ramai, dibuat dari rumah ke rumah, dikepalai oleh imam sahak sendiri, hingga habis ke rumah di hujung kampung semuanya selesai..
Masalah hantu bomoh reda seketika, dua minggu kemudian kejadian sama berulang lagi. Bacaan yasin pun dibuat kembali, bila dah selesai reda kembali sekejap, kemudian muncul lagi..
Umpama lalat, yang dihalau, pergi seketika, kemudian datang menghurung kembali, sangat menganggu..
Imam sahak yang gigih pun dah naik putus asa dengan kejadian berulang-ulang tersebut..
Tak lama kemudian, penduduk kampung mula mengusahakan memanggil bomoh, untuk diselesaikan masalah yang berlaku. Awalnya penduduk setempat menjemput pak seli, namun bila di jemput, pak seli dah taknak ambik kredit lagi, dan menolak secara baik.
Lima orang Bomoh yang dipanggil dalam selang waktu yang berlainan, masalahnya berulang seperti insiden selepas bacaan yasin. Malah yang lebih menyakitkan hati, ada pulak bomoh yang dipanggil, tersemat iri didalam hati, selain daripada menghalau hantu bomoh yang menganggu, dia tambah hantu yang baru untuk berteman dengan hantu bomoh tu..
Kesudahannya, hantu bomoh yang biasanya hanya kelihatan seekor sahaja di sesuatu tempat tertentu, dah jadi kelihatan 3-4 ekor di beberapa tempat berbeza dalam masa yang sama..
Satu hari sedang aku sibuk mencabut ubi kayu ditepi rumah, aku perasan batu dibaling dari belakang..
Dua kali melenting dan sepakan sambil melompat aku lepaskan pada batu..
Aku toleh ke belakang, nampak pak seli sedang tersenyum, sambil hampir lebih rapat, benda yang aku sangka kan batu, rupanya tin susu kosong yang dibaling dari jauh..
“bagus rip! Aku saje menguji, tapi kamu tak teragak-agak! Kamu boleh masuk dengan gerak yang sampai!” kata pak seli sambil menghulurkan tangan bersalaman..
“abah kau ada dirumah?” kata pak seli lagi..
“ada dibelakang, minum kopi di pangkin belakang, pergilah jengah..” aku balas sambil mengelap peluh, susah benar ubi ni hendak dicabut! Kalaulah aku ada tenaga sekawan gajah seperti badang! Tentu lebih mudah!
Tak lama kemudian pak seli melalui semula jalan untuk pulang, lepas bersalaman, dia pun berlalu pergi..
aku pulak masih gigih dengan ubi kayu yang tak boleh dicabut ni, walaupun sekitar tanahnya dah aku takik-takik bagi mengeluarkan akarnya..
Malam ni makan kat warung mak siti jelah! Gumam aku berputus asa.
Saat naik kerumah, bapak tengah bersiap dengan parang disisip ke pinggang..
“abah nak pergi cari barang pak seli mintak! Kau bersiap! Malam ni, pak seli ajak bertamu ke pondok lama tengah hutan tu lagi! Ada kawan baru nak ikut sekali!” kata bapak aku tegas
“makan bah?” kata aku
“makan takpe, jangan risau! Nanti kita ke warung mak siti!” balas bapak aku
Ohhh.. Bapak aku dah bagi ayat pemati yang padu, yang aku tunggu-tunggu lepas aku umpan dengan ayat pendek!
Aku bersiap, dan kami berjemaah disurau kampung, pada waktu maghrib, tazkirah pendek malam ni berkenaan isu amal soleh yang dibawa ke mati, yang diutarakan berpunca dari hantu bomoh berkeliaran…
Lepas isyak, kami bergerak meninggalkan surau dengan motokar bapak, rakan baru yang bapak sebut dari petang tadi, rupanya imam sahak yang berhajat menyertai kami. Bau minyak atar yang kuat memenuhi ruang kereta bapak! Sampai pening kepala aku.
Kereta di berhentikan lagi di tempat terakhir sebelum kami menjengah bomoh di pondok dalam hutan tiga minggu lalu..
Kami berjalan selama setengah jam lagi ke dalam hutan, ke tempat titik asal punca segala kejadian..
Pak seli bagi isyarat untuk meniru perbuatan yang dia lakukan, bila diberikan isyarat tertentu..
Kami berdiri sebaris tegak menghadap pondok yang sepi, tanpa apa-apa keanehan..
“matikan lampu picit!” cuit pak seli pada aku.
Cahaya bulan sangat terang malam ni, menerangi sekitar kawasan dengan jelas, walaupun tanpa bantuan lampu picit yang dibawa dari tadi
Pak seli mula menyeru nama bomoh..
“prae nak! Prae nak! Hadirlah!” katanya
Seketika kemudian, entah dari mana datang angin bagai nak ribut kawasan pondok ni!
Dinding nipah pondok tinggal mula terlerai satu persatu ditiup angin!
Keras angin nya dengan bunyi yang menyeramkan, bagaikan tangisan yang mendayu-dayu..
Pak seli bagi isyarat semua buka baju!
Diselit dicelah ketiak kiri! Dan kami patuhi tanpa masalah..
Agak mencuit hati melihat imam sahak menanggalkan kurta yang panjang, dan dengan gigih menyelitkan baju di bawah ketiak kirinya, baju yang dibuka dalam keadaan kelam kabut, menyebabkan serban nya jatuh ke tanah terlebih dahulu sebelum sempat baju dibuka..
Angin masih lagi menderu!
Ada bebola api tiga biji datang dari jauh, semakin hampir dengan angin yang bertiup keras!
“MENIARAP!!!!!” kata pak seli
Kami semua spontan meniarap!
Bebola api berlegar-legar diatas kepala kami, tak lama kemudian bebola api tu pergi begitu sahaja…
Dan dari dalam pondok nipah terdengar batuk kecil..
Kami diisyaratkan untuk bangun kembali seperti mula-mula tadi..
“masih ada urusan yang belum selesaikah?” katanya dengan suara parau! Kali ni jelas pertuturan melayu yang dipertuturkan!
Seketika kemudian, aku nampak ada lelaki yang seakan bomoh siam tempoh hari turun, dengan kulit muka yang disiat, dan takde bebola mata, bau busuk menjengah sekitar kawasan, bagaikan mayat reput dibiarkan disitu..
Aku dapat cam yang lelaki berdiri dihadapan kami ni adalah bomoh dari bentuk badan dan tatu mantra siam yang dicacah dibahagian bahu kiri!
Hantu bomoh berjalan beberapa langkah kedepan, lebih hampir dengan kami..
“aku perintahkan kamu pulang ke tempat asalmu, tiada lagi urusanmu disini!” kata pak seli..
Dia diam tak bersuara..
HAHAHAHAHAHA…….
Ketawanya bergema-gema didalam hutan kecil ni..
“KAMU FIKIR AKU TAKUTKAH?” katanya dengan lantang
“HAI ANAK ADAM, AKU TELAH WUJUD SEBELUMMU! MENJADI KETUA KEPADA YANG PALING SETIA! DAN JANJIKU UNTUK MENYESATKAN KAMU, TIDAK TERHENTI HINGGA KIAMAH!!” katanya lagi!
Imam sahak mula membaca sesuatu, mulutnya terkumat kamit, tak dapat ditangkap dengan jelas..
Pak seli mula bertindak!
Jelas bacaan ayat qursi, berjaya tertangkap pendengaran aku!
Bomoh tu turut membaca ayat qursi BERSAMA! Sambil menjelir lidah panjang hingga ke dada, mengejek bacaan kalimah suci imam sahak dan pak seli!
“KAMU TAKKAN BERHASIL!! AKU SUDAH PUNYA PENGGANTI!” suaranya parau dan garang..
Sampailah ke kalimat akhir ayat qursi
Gais, maaplaa terpaksa bersambung, character limit!
Esok aku up part two! Relax, jangan marah-marah, benda boleh bawak bincang.. Bahaha
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Eiyhhh. Time gigih dok baca tu dia boleh bersambung. Aishh sabo jelaa
x sabar betul nk tunggu citer si arif ni..adoiiii…sabarrrr
Besttt sangat, tapi boleh tak kurangkan penggunaan tanda seru ? hehe
The best yang aku pernah baca. Ingatkan dah habis, tngk ada lagi. Anyway, good job and thanks menghiburkan para pembaca 🙂