Hi, aku lagi. Dulu pernah hantar dah cerita pasal hantu di luar negara itu wujud. Sekarang ni nak cerita pula hantu di dalam negara. Sebelum aku fly UK dulu, aku belajar sekejap di satu universiti swasta yang berada di Melaka. Kalau aku mention nama universiti ni memang semua akan kenal, ok lah aku bagi huruf depan je ok “M” hehe kau orang teka lah! Ok kat melaka ni aku tinggal dekat satu bangunan student ni, bukan student hall tapi accomodation student la nama dia bermula dengan huruf “Ixo..” hehe pandai pandai teka ok!! aku tinggal kat level paling atas, masa mula masuk senior cakap level aku tinggal tu ada budak pernah bunuh diri ie terjun dari level tu. Aku anggap cerita dari senior tu just nak takutkan aku yang sememangnya berani ni. Lama lepast u sorang senior yang aku memang boleh percaya and baik juga, dia cakap bilik aku tu sebenarnya tempat tinggal budak yang pernah bunuh diri tu. Lepas tu senior ni bagi aku macam ayat quran baca bila petang and kalau rasa tak sedap. Senior aku yang ni jenis geng usrah so memang baik la tak suka menyakat junior sangat. Aku tak percaya sangat sampai lah satu hari ni! JENG!JENG!! suspen sikit hehe
Satu hari ni tak silap aku weekend, memang menjadi kebiasaan waktu weekend budak rumah aku selalu balik and ada yang sleepover rumah kawan la etc so hari itu aku tinggal lah sorang mereput dalam rumah tu. Takut juga sebab sorang kan tapi aku rileks je. Hari tu bila dah nak maghrib aku memang tutup semua pintu belakang and pintu sliding door, and of course kunci pintu depan kan. Yelah aku duduk sorang kan so tutup lah semua pintu tingkat secepat yang boleh. Bila dah tutup tu aku pun masuk bilik aku dan kunci pintu bilik aku sambil bukak radio cd yassin. Takut kan nak nak masa tu dah nak maghrib haha… Bila aku bukak yassin tu and masa yassin tu dah nak tengah tengah bacaan tup tup radio aku tu tertutup sendiri! Aku pelik jap. Dalam hati “bateri habis ke? atau rosak?” Lepastu aku tengok switch haaa tertutup jugak sendiri! Siapa entah tutup switch kan!.. So aku pun buka je lah balik switch tu dan aku dengar balik yassin, lama sikit tu tup tup tertutup balik!! Aku dah syak ni saja ni nak main main dengan aku. Pastu aku pasrah je lah, biar je nak tutup pun. Aku duduk buat kerja aku sendiri tanpa ada bunyi yassin or lagu. Kira sunyi sepi lah yang berbunyi nya keypad laptop aku je. Lama sikit tu aku dengar bunyi “sretttt” “sreeett” kat luar bilik. Dalam hati aku “hadoi apa lagi ni,jangan aaa kacau aku”. Aku pergi letak telinga aku kat pintu bilik aku nak dengar apa yang kat luar bilik aku tu. Dengar bunyi “sreet””sreet”. Aku pun beranikan diri keluar dari bilik aku tu, bila keluar je aku tengok tengok pintu belakang terbukak. Pintu belakang ni memang dekat dengan bilik aku. Aku pun cakap dalam hati “aiseyh”. Macam mana boleh terbukak pun aku tak tau kan sebab yang aku sangat pasti sebelum aku masuk bilik aku tu aku dah tutup and kunci semua sliding door, pintu belakang and pintu depan. Tapi kali ni pintu belakang terbukak, so persoalan nya siapa bukak? Aku pun macam ala ni mesti housemates aku yang lain bukak ni. So aku ketuk la pintu each of housemates aku cakap macam ni “hey you there, why are u open the back door?* sambil gelak dengan harapan ada lah housemates aku tu*” then senyap je tiada respond. Haaa menguji betul tu! Pastu aku beranikan diri tutup balik pintu belakang. Kalau korang nak tau pintu belakang tu macam balkoni and tempat tu kitorang sidai baju semua. AKu tak berani lah nak tengok sampai luar takut kang ada benda tergantung ke apa kat ampaian kan haaa so aku tutup terus and kunci! Masuk bilik aku balik and kunci terus pintu!
Aku macam dah lega lah kan dengan harapan takde dah gangguan ke apa lepas tu. Bila lama sikit aiseyh dia main lampu pulak. Dah lah aku sorang malam tu. Lampu dalam rumah aku bukak tutup bukak tutup! So aku pun dengan keberanian yang dah tinggal 10% je terus lari keluar rumah tu dengan harapan nak lepak mana mana kedai sampai esok pagi sebab takut punya pasal haha! Aku keluar rumah and kunci, lari terus pergi lif nak turun. Tengah tunggu lif tu dari jauh kat tangga kecemasan belah sana aku nampak macam ada benda lompat lompat hadoi aku sangka memang si “gula gula” tu! Tengok! Naik bulu roma aku bila cerita. Disebabkan aku tertinggal cermin mata aku so aku nampak samar samar sahaja lah benda melompat itu. Nasib baik juga kan!
So aku ignore je la asalkan jauh dengan aku pastu pintu lif terbukak dengan pantas aku masuk!! Kat dalam lif tu pulak haaaa!! Ni satu hal, aku nampak sorang makcik dalam lif ni tunduk je! Aku pelik lah kan sebab tu accomodation student, mana datang makcik ni! So aku dengan polite nya tanya “makcik duduk level mana? Makcik melawat anak makcik ke?” Dia senyap je sambil tunduk. Tapi aku dah rasa tak sedap hati bila nak masuk lif tu cuma nak hilangkan takut aku buat buat lah borak dengan makcik. Makcik tu senyap and tunduk je sampai lah level bawah sekali.
Bila aku nak keluar tu sebab dah sampai ground floor aku cakap la “makcik keluar la dulu”. Orang tua kan aku kasi la laluan dulu tapi dia buat bodoh je kat aku. Haa aku pun keluar je lah dulu dalam hati ‘ikut kau la acik’ ahah! Bila aku nak keluar tu aku menoleh ah sikit tengok makcik tu barulah makcik tu angkat muka. Kau tau apa kat muka makcik tu? Muka dia kosong wei takde muka!!!!!! As in hidung mata semua takde! Kusss semangat mengucap panjang aku! Sumpah aku rasa macam nak pengsan kat situ juga tapi tak jadi sebab aku takut kang makcik tu gelak ke apa naya aku!
Lantas aku berlari sepantas mungkin keluar dari tempat tu. Sanggup aku lepak kedai sampai pagi sebab takut punya pasal. Lama sikit dari insiden tu aku dapat offer dari universiti kat United Kingdom, lantas aku pergi meninggalkan universiti swasta terkemuka di Melaka itu. The end.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
micet unikl ke? hahah
Umang aiii bertalu2 kena sakat koo…
Mmu . Pangsapuri ixora hahaha
kolej ixora, multimedia university melaka, BUKAN???
I tinggal dekat block yang orang terjun tu jugak. Selamat 3 tahun stay situ takde yang memunculkan diri haha. Btw, yang terjun tu perempuan pregnant and cinta tidak direstui keluarga gitu. Jaga-jaga kang ada yang hai cari baby dia
kebanyakkan yang tinggal kat ixora student micost, melaka international college of science and technology .. i kerja kat situ.
wow…micost ke…aq pernah masok…seram gak ni