Hantu Ju_On Si penjaga

Aku Lana.

Pernah dengar hantu Jo_On atau pernah menonton movienya? Kisah kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa keganasan orang tuanya. Bangkit untuk membalas dendam. Bagaimana kalau dia memang ada di dunia nyata?Bagaimana anda rasa kalau ada roh kecil mendampingi hari-hari anda tanpa anda sedari. Tengok tepi kanan kiri atas bawah mana tahu ada yang mendampingi. Ketika anda membaca kisah ini dia turut melihat di samping tanpa anda sedar.

Ramai antara kita tak tahu dan sedar kalau kita sering didampingi makhluk halus. Kalaulah semua orang terbuka hijab, anda akan lihat padat sungguh alam ini. Atas almari ada, dinding, atap lantai, tandas. Bila buka tandas saja sudah ramai menunggu. Nak membuang pun rasa segan. Sebab itu dalam agama dah pesan, masuk tandas pakai tutup kepala, baca doa, jangan masuk waktu azan. Waktu azan mereka ramai-ramai duduk dalam tu, penuh tandas.

Dalam rumah buka azan atau surah-surah.Zub.. zab.. zub.. zab semua bertempiaran lari.
Pernah waktu nak solat,mereka duduk jauh.Dok perhati dari atas almari.Bila dah sampai salam terakhir,toleh saja muka mereka ngam-ngam depan muka kita.Bila nak tidur,ramai-ramai pakat naik atas katil.Sebab itu sebelum tidur kena kibar-kibarkan selimut atas katil.Ramai je duduk dekat situ.Kita manusia kadang-kadang ada aura yang disukai makhluk halus.Apabila dah suka mereka akan ikut ke mana saja kita pergi.

Ju_On
Hantu atau roh budak lelaki yang selalu ikut salah seorang staff kami Mona. Dia general worker tempat aku bekerja. Muka dia persis macam hantu Ju_On jepun. Seorang budak lelaki berumur dalam anggaran 5 atau 6 tahun. Tidak berbaju. Wajahnya pucat, ada lingkaran hitam disekeliling mata.
DIa persis anak-anak kalau nampak ibu bapa mereka balik dari mana-mana akan gembira. Akan tunggu Mona setiap pagi datang kerja. Bila mona datang dia kan terloncat girang. Apabila Mona cuti,dia akan duduk diam,sedih.Kadang-kadang dia akan duduk seharian depan kaunter tunggu Mona datang.

Satu hari Mona tak datang kerja. Ju_On seperti biasa menunggu Mona datang. Lama dia tunggu. Balik-balik matanya melilau melihat jalan depan. Duduk berdiri..lama-lama dia mengeluh. Lama aku perhati. Kesian pulak. Dia duduk di bangku hadapan dengan hampa. Aku hampiri dan duduk di sebelahnya. Perlahan dia mendongak..Sayu matanya. Masa ni aku hilang rasa seram.

“Aunty Mona cuti hari ni.” ujarku. Jarang aku nak berbual atau berhubung dengan makhluk halus ni. Sebab aura mereka tak elok untuk kita sebagai manusia. Dia terkejut
“Aunty boleh lihat saya?” Dia lihat aku sungguh-sungguh sambil melayangkan jari-jarinya di depan mataku. Dia hantu ke, aku hantu? Aku sekadar mengangguk kepala. Nasib pagi-pagi tu hanya ada aku di kaunter.
“Aunty boleh dengar saya?” Gembira dia tu tak terkata.
“Aunty Mona dia tak datang, dia cuti” terangku pada dia. Dia tunduk hampa.
“Terus tak datang ka?..Sampai bila-bila?”. Matanya sayu. Sarat dengan kerinduan
“Tak, aunty Mona datang esok. Hari ini dia cuti.” Saat itu wajahnya kembali girang.
“Ok la aunty, saya tunggu dia esok. Saya nak main dengan dorang.” Dia tunjuk ke arah dua budak yang hampir sebaya dengan dia. Budak perempuan berbaju biru lusuh dengan teady bear di tangan. Budak yang pertama kali aku nampak masa mula-mula bekerja di sini. Satu lagi budak lelaki, selalu stay di bahagian cafe. Dia yang selalu cak-cak pengawal yang berjaga malam.

Esok dan seterusnya Mona datang, Ju_On seperti biasa akan ikut saja ke mana Mona pergi. Mona gelak-gelak tengok handphone dia pun ikut gelak. Mona masuk dapur masak, dia akan duduk depan pantry. Mona naik basikal, dia akan tumpang berdiri di belakang sambil pegang bahu. Cuba berpimpin tangan dengan Mona.
Bila Mona buka pintu, dan pintu tertutup dia akan tunggu pintu terbuka sedangkan dia boleh je tembus dinding. Masa ni aku akan tolong tahan pintu.
“Terima kasih aunty,” Ucapnya dengan aku. Minta puji betul.

Satu hari waktu tea break aku dan Mona duduk minum kopi. Staff lain ada yang belum sampai. Ju_on ada sebelah Mona sambil senyum-senyum melihat Mona selang seli melihat aku.

“Mona, aku nak tanya boleh?” Mona pandang aku .
“Apa dia Lana?” serbah salah pulak nak tanya.
“Kau pernah hamil dan keguguran tak?” Aisyyy..tiba-tiba meluncur laju soalanku. Mona tergamam. Dia terkejut.
“Macam mana kau tahu?” Aku melihat Ju_on di sebelah diam memandang Mona.
“5 tau 6 tahun lalu, pernah ka?” sebab aku agak-gak umur Ju_On dalam lingkungan itu.
“Macam mana ko tahu Lana.?”
“Lelaki, dalam umur 5 tahun..dia ada sebelah kau sekarang” Cepat-cepat Mona melilau kiri kanan. Serentak itu dia menangis, mengogoi. Basah pipinya dengan air mata.

“First baby aku Lana. Dia gugur pada usia 5 bulan sebelum sempat aku lahirkan.” Katanya dalam esak. Ju_On di sebelah ikut menangis. Aku pun tak tahu apa hubung kait antara mereka berdua, tetapi seperti ada ikatan antara mereka. Aku mengeluh.
“Mona, aku cetek dalam hal-hal begini. Lebih baik bertanya pada yang arif. Mungkin ada kekurangan sikit semasa semadikan baby kau. Bertanya, dan buat la apa yang patut. Sebab dia masih ada di sini Mona. Hari-hari ikut ko.” Mona tambah menangis. Lecun pipinya.
“Anak mami…” rintihnya..
“Mami..” peluk Jo_On walaupun tidak dapat dirasakan oleh Mona.

Sejak itu, aku nampak Ju_On dah pakai baju. Aku pun tak bertanya dengan Mona apa yang dia lakukan. Tapi aku percaya dia sudah merujuk kepada yang arif. Waktu terakhir aku lihat Ju_On, itu pun pada waktu terakhir aku bekerja di sini. Dia lambai tangan dengan gembira. Bila aku datang balik melawat pada tahun-tahun berikutnya, aku sudah tidak pernah nampak Ju_On ada di mana-mana.

Ada beberapa orang staff di sini yang di dampingi, termasuk aku. Malangnya aku tak mampu melihat makhluk yang mendampingi aku. Ada yang bertengek atas bahu, atas kepala. Ada yang hanya ikut di belakang, di tepi.

Kak Long pernah tanya dengan aku, dia ada yang ikut ka?
aku kata takda ,takda yang suka kak long,..garang macam singa..

Hati-hati ada yang memerhati….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 5]
Cinta

10 thoughts on “Hantu Ju_On Si penjaga”

  1. sy rasa mona dah buat kenduri ataupun kendali dengan cara yg betul ..sebab bby gugur kan,kadang-kadang tak di sempurnakan dengan betul.Allahulalam..

    Reply
  2. Selepas membaca cerita NIE, Lana lah penulis nombor satu di hati saya kat fiksyen shasha NIE. Dulu saya suka baca cerita Kucing Kelabu tetapi sayangnya, dia sudah tiada. Teruskan berkarya, kalau Mana terbitkan novel atau koleksi cerita-cerita kat sini, pasti saya beli. Terima kasih berkongsi cerita Lana.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.