Hantu kepala atau bukan

Salam kepada semua pembaca FS disini. Dan terima kasih FS kerana menyiarkan cerita saya disini. Maaf jika cerita saya ni kurang dipaham atau kurang seram. Jadi mari kita mulakan..

Masa kejadian itu. Kalau tak silap dalam tahun 2000 dan masa itu aku masih lagi tadika.

Kisah ini berlaku pada satu malam. Masa itu aku masih lagi tidur bersama ibu aku.. Tetapi aku tidur tibawah beralas dengan tilam dan mak aku tidur dikatil.

Pada kejadian itu di tengah malam aku terjaga dari tidur aku entah kenapa. Jadi masa tu badan aku mengadap tingap. Aku dan tingkap jaraknya dalam lebih kurang 6-7 kaki jauh gitu aku pun kurang pasti.

So balik pada kisah aku tadi.. Bila aja aku bukak mata.. Aku terperanjat kerana ada susuk tubuh wanita berambut panjang dan berbaju putih yang amat kotor sedang berdiri dalam bilik aku betul-betul di depan tingap sedang mengadap aku.. Aku terus cuba pejamkan mata tapi entah kenapa degil mata aku ni taknak tutup.

Bila aku bukak mata aku semula.. Benda tu mengakat tangannya seperti ingin terbang sedang berjalan mengadap aku. Dan jarak aku dan dia lebih kurang 3-4 kaki jauh sahaja. Aku bertambah takut masa tu tapi aku tetap perhatikan gerak dia menuju ke aku..

Tiba2 dia berhenti lebih kurang 1 jarak dari aku. Dan dia mula gerak kan kepala nya kekiri dan kekanan perlahan lahan.. Tapi apa yang paling seram masa.. Tiba tiba. Kepala dia jatuh dari kepala dan terus jatuh ke lantai menghadap aku..

Aku pun terus bangun lari atas katil bersembunyi dibelakang ibu aku yang sedang tidur. Aku ingatkan bende tu akan hilang.. Tapi tidak.. Dia semakin kehadapan menuju ke aku dengan hanya susuk badan tanpa kepala..

Aku terus lari keluar dari bilik tu pergi ke bilik sebelah dan masa tu.. Arwah atok aku sedang solat. Aku terus baring dekat sejadah menangis ketakutan yang amat sangat..

Entah berapa saat kemudian ibu aku pun masuk dan tanya kenapa dengan aku.. Tapi aku terlalu takut hingga aku tak mampu keluarkan apa apa perkataan melain menangis. Atok aku mula baca sesuatu untuk tenangkan aku dan aku mula tenang sedikit.

Dan masa itu aku ingat kan semuanya sudah habis.. Tetapi belum.. Ibu aku suruh aku tidur dibilik itu bersama arwah atok aku.. Dan bila saja aku tutup mata aku.. Aku nampak dalam mata aku ada satu kepala.. Muka dia Hancur kemerahan seperti dibakar,kulit yang terkopek dengan tanduknya diatas sedang ketawakan aku..

Aku bukak balik mata aku dan mula menangis lagi.. Tetapi arwah atok aku tenang kan aku dan aku mula cuba pejamkan lagi mata aku.. Dan alhamdullilah bende tu dah tak ada lagi dalam mata aku.. Dan aku tidur hingga keesokan harinya..

Begitu la cerita aku. Maaf jika kurang dipaham ataupun kurang seram.. Tapi itu yang berlaku pada diri aku dan paling terseram yang aku penah alami hingga ke hari ini.. Terima kasih

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.3]
Unknown_user

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.