Hantu Liverpool

Assalamualaikum buat warga Fiksyen Shasha. Firstly, thank you admin sekiranya sudi publish cerita ni. Aku dan adik aku memang peminat FS dan kisah-kisah seram. Sampai tengah masak pun dengar siaran Misteri Jam 12. Kau ado? Haha.

Memandangkan aku tak ada fb, aku selalulah pinjam phone adik aku nak baca FS. Tapi rupanya FS ada blog, lagi senang aku nak baca FS tengah masak, memerut… opss.

Straight to the point lah kan, cerita pertama aku nak cerita ni nak cakap seram pada aku, seramlah. Sebab banyak kejadian terjadi pada aku dan keluarga aku dari aku kecil sampailah dah kahwin sekarang ni. Cerita ni terjadi masa aku dan family bercuti sambil nak melawat adik aku convo dekat Liverpool, England nun. Negara sejuk pergi musim panas pun sejuk.

So masa tu kami dah sampai di Liverpool. Bila musim panas, siang panjang dan malam pendek. Adik aku dah sediakan bilik untuk kami memang satu block dengan rumah dia. So, aku dan suami satu biliklah kan. Nak dijadikan cerita, aku dan suami punya bilik berdepan dengan kawasan kubur dan church yang memang seram kalau tengok. Buka tingkap, pemandangan betul-betul salib besar atas kubur. Sampai aku terfikir, kot-kot ada vampire ke. Sebab memang seram kot. Aku dan suami merokok sebab tu selalu buka tingkap, lagipun panas sebab heater on, kalau tak on sejuk pulak. Haha.

Malam pertama aku memang dah rasa seram-seram sampai tak boleh tidur. Suami aku pulak dah berdengkur dah, aku pulak rasa macam ada benda je tengok aku. Aku dah terbayang-bayang vampire ke, hantu ke. Aku ni kalau takut tak dapat tidur, memang aku takkan bergerak, nak kejut suami pun cuak, sampailah aku rasa tilam bergerak and suami aku pergi toilet. Toilet tu dua langkah jer dari katil. Aku pun lega, tapi bila aku bukak mata, eh!? Suami aku elok jer masih tidur. Aku memang tak tunggulah… aku terus kejut dia. Buka lampu, tapi tak ada apa-apa. Dia boleh pulak buka tingkap kan, so aku pun join melukut tepi tingkap jap, acah-acah berani. Lepas tu masuk tidur balik, tengah-tengah nak layan mamai, pintu bilik air boleh terbuka sendiri beb!

Suami aku boleh cakap aku tak tutup pintu. Geram pulak aku. Last-last, aku dan suami tertidur sebab pukul 4:00 a.m dah terang. Esok tu aku lupa nak tanya adik aku, sebab semua rushing nak pergi convo tu. Itu pun dekat church lama tengah-tengah bandar Liverpool. Penat seharian, balik bilik mandi semua, cerita kena kacau semalam pun dah lupa.

Tapi masa nak tidur tu, aku baca-bacalah ayat qursi, alfatihah ayat 3qul. Alhamdulillah senang jugak aku tidur, mungkin sebab penat. Tapi aku rasa baru 10 minit terlelap, aku nampak bayang hitam berdiri depan aku. Aku takut, aku cengkam tangan suami aku tapi tak ada response. Sampailah aku kena tindih dengan benda tu, aku tak boleh bernafas dan bergerak apetah lagi bercakap. Pastu aku tengok tingkap terbuka dengan langsir kena tiup angin sepoi-sepoi bahasa. Sempat jugak aku marah suami aku dalam hati. Bayang tu masih tindih aku, macam marah dekat aku. Aku dalam hati cuma mampu sebut Allah, Allah, Allah, banyak kali sampai aku nampak bayang tu melayang keluar ikut tingkap tu.

Aku sedar, aku peluk suami aku, aku cerita dekat dia. Boleh dia cakap, “itulah, tidur tak basuh kaki!” Chehh! Lepas tu, malam tu tidur pasang api. Aku peduli apa. Haha!

Esok tu kitorang pun dah tak stay situ sebab adik aku dah habis convo, so nak habiskan masa nak pergi berjalan-jalan dekat Scotland semua tu. Aku ceritalah dekat adik aku, dia cakap dia pun selalu kena tindih masa mula pindah situ and selalu kena kacau. Lepas selalu buka ayat alquran, slow-slow hilang kena kacau. Itu jer setakat ni, nanti aku sambung lagi pengalaman-pengalaman aku. Yang ni tak seram sangat. Yang jadi dekat malaysia ni seram banget. Thank you semua. Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

25 thoughts on “Hantu Liverpool”

  1. Firstly kalau aku merantau pegi tempat orang, lebih2 lg kalau ke luar negara, sebelum masuk hotel or home stay, Ayat qursi and 3Qul tu jangan tinggal. Biasa sblm tido tu, baca Al-Fatihah, 4Qul, pastu tiup kt tapak tangan and sapu dari kepala hingga ke hujung kaki. Pastu baca lagi ayat Qursi. Alhamdulillah la tak pernah jadi yang menakutkan. Ape2 pn, mintak dijauhkan ler……

    Reply
  2. kite geng ler kak,time masak,mkn,bukak cite hantu..walaupun umh spesis half puaka tp gigih jgk bukak cte hantu tgk sensorg..minat pny pasal…

    salu tgk hantu2 omputeh ni spesis muka buruk je,and roh y x aman..xsangka ada jgk lembaga hitam gitu kt sana..hehe

    share lg kak cte hantu luar negara!!

    Reply
  3. Hantu kat mana pun sama..sis pernah kena tindih masa di French-Guyana..until now xlupa muka syaiton nirrojim tu

    Reply
  4. Saya pun sama layan MJ 12 dan FS…skrg suka tgk cite seram filem Turki lak…uolls tgk la…terutama cie tajuk Siccin 1…Siccin 2..Siccin 3…Siccin 4…search kat youtube video ..cite ni based on real story…hantu puaka kat Turki seram weyyy. .mrk pun byk movies seram…huuu..

    Reply
  5. Aku ingatkan writer ni lelaki lah rupanya perempuan. Tajuk cerita tu macam ada kena mengena dgn lelaki. Aku terkenaaa ~

    Reply

Leave a Comment