Assalamualaikum, aku Nurul. Macam biasa kalini aku akan menceritakan pengalaman ibuku bertemu dengan nenek kebayan. Untuk pengetahuan semua rumah yang aku duduki ini bertempat di hadapan sebuah paya yang besar. Dan di paya itulah aku selalu mendengar suara orang mengaji di pagi hari di samping dibaling batu kecil-kecil di tingkap di dalam bilik tidur. Sememangnya Segamat terkenal dengan perkampungan bunian. Selain dari buah durian. Baik kisahku pun bermula.
“Kakak tak takut ke?” ujar abah kepadaku setelah mendengar yang aku mahu duduk berseorangan dikala ibu dan adik ku ingin keluar. “Eh, takpa abah, kakak okay je. Dah biasa dah.” Kataku yakin sambil menunjukkan tanda okay kepada abah. Aku bukan apa, malas nak berpanas sewaktu berjalan kaki walaupun ke kedai. Berpanas lagi. Aku bukanlah seorang puteri lilin ya. Cuma malas nak berenyah. Mungkin tidak berpuas hati dan mungkin memikirkan kesalamatan aku yang bakal berseorangan di rumah.
Abah pun berkata “Oooh, mak tak cerita kat kakak ke?” Ah sudah. Cerita apa pulak ni? Gusarku di dalam hati. Aku tahu abah sengaja mendugaku. Tetapi persoalan abah itu betul-betul menarik perhatianku. Abah tahu aku ini seorang yang amat berminat dengan cerita hantu. “Cerita apa abah?” soalku berminat. “Mak apalagi ceritalah.” Soal abah kepada mak yang seraya tadi hanya duduk mendengar perbualan kami.
Pada waktu itu jam menunjukkan pukul 4.00 pagi. Selalunya ibu akan bangun pada jam 4.00 pagi untuk menyediakan sarapan untuk abah dan adik beradikku yang lain. Abah akan bangun lebih awal untuk ke tempat kerja dalam pulu 5.00 pagi macamtu. Bilik tidur abah di dalam bilik belakang dimana pada suatu ketika dahulu seorang penagih dadah masuk ke dalam rumah melalui tingkap bilik tidur yang abah diami sekarang.
Selepas bangun daripada tidur, ibu terus ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk semua. Keadaan dapur rumah kami macam ni. Dapur memasak seiring dengan singki. Di bahagian atas singki pula ada tingkap. Untuk bahagian luar pula kawasan kosong berbatu kemudian turun kebawah ada jalan kecil dan kemudiannya di bahagian sebelah jalan kecil itu ialah sebuah paya yang besar.
Sedang ibu khusyuk membasuh pinggan di singki dapur, tiba-tiba datang entah dari mana di bahagian kiri ibu melalui luar tingkap, lalu seorang nenek-nenek yang dalam keadaan berbongkok. Ibu hampir pitam dan kaku disitu. Ibu dapat melihat dengan jelas muka nenek kebayan itu kerana berada sangat dekat hanya berapa inci sahaja. Mukanya hitam legam dengan mata yang terjojol keluar beserta lidahnya yang sangat panjang terjelir keluar. Ibu bernasib baik kerana nenek kebayan tersebut tidak memalingkan mukanya ke arah ibu. Kalau tidak boleh pengsan di situ juga jawabnya.
Pada waktu itu ibu kata dia hanya boleh menjerit bertanyakan siapa gerangan makhluk tersebut dan terus berlari menuju ke bilik tidur abah.
“Abah! Abah! Bangun Bah!” kata ibu sambil menggerak-gerakkan badan abah yang sedang lena diulit mimpi. Abah pun tersedar. “Ada apa mak? Pagi-pagi dah kejutkan abah?” kata abah sambil matanya yang sepet itu hanya terbuka keciil sahaja. Masih mengantuk. “Tu dekat dapur mak nampak ada nenek-nenek kat luar tingkap” jelas ibu. “Ha?! Mana-mana?” ujar abah. Terkejut mendengar kata-kata ibu tadi. Ibu mengajak abah ke dapur untuk melihat semula hantu nenek-nenek tersebut di dapur.
Perlahan-lahan abah dan ibu melangkah ke dapur namun merasa hampa kerana kelibat hantu nenek tersebut sudah tiada. Abah hanya mampu menenangkan ibu yang tengah berada dalam keadaan terkejut. Selang beberapa minit ibu pun tenang dan meneruskan tugasan harian seperti biasa macam tiada apa yang berlaku. Itu sahaja cerita dari ibu. Kami fokus memasang telinga mendengar pengalaman yang ibu ceritakan tadi.
“Ha! Macam mana kakak? Nak ikut mak tak?” soal abah kepadaku yang baru sahaja mendengar cerita seram tadi.
Lantas aku pun menjawab” Hihihi. Takpela, kakak ikut mak je nanti.” Ujarku sambil tertawa kecil. “Taupun takut! Hahahaha” gelak abah mendengar jawapanku. Aku hanya tersenyum malu. Hehehe. Selepas banjir besar melanda pada tahun 2015 kami pun berpindah ke rumah baru. Baik. Sampai disini sahaja cerita yang aku sampaikan. Terima kasih kepada Fisyen Shasha sekiranya cerita ni disiarkan. Sekian.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
hai..saya pun org segamat. org kampung pogoh. awak duduk mana?
Penulis kena belajar betulkan tatabahasa dan tanda baca lagi. Tahniah kerana mencuba 👍🏻
saya duk Paya Pulai tapi dah pindah Bandar Putra