Hantu Pak ‘Ostad’

Assalammualaikum kawan-kawan FS. Nama saya Di. Mula-mula sekali terima kasih kepada admin kerana pilih cerita saya untuk dikongsikan. Kisah yang saya nak ceritakan ini adalah cerita ketika saya masih belajar di sebuah kolej di selatan semenanjung. Tempat saya belajar ni kat pekan kecil je dalam negeri tersebut.

Sebelum mula cerita, saya kenalkan. Kami kawan berempat. Saya , Aza, Mun dan Yana. Kami kenal sejak dari asrama kolej masa kami sem 1. Tapi masa sem 2, kami pindah duduk rumah sewa berdekatan dengan kolej. Kami duduk rumah yang sama dari sem 2 sampailah sem 6 (habis belajar). Rumah ini ada 3 bilik, bilik depan, tengah dan belakang (dekat dengan dapur). Kami cuma guna bilik depan dan tengah sahaja. Bilik belakang guna untuk sidai baju dan jugak pantry kami. Kenapa kami duduk berempat je? Sebab kami ni memilih kawan kot. Hahahaha. Entahlah.

Untuk pengetahuan, sepanjang kami duduk kat rumah tu, tak pernah pun kena kacau sebelum ni. Kira rumah tu okey la. Kalau ada pun dengar bunyi di luar, tu pun sekali je. Nak kena cerita ke yang tu?? Tapi ni keluar tajuk la sikit.

Kisah keluar tajuk (Yang taknak baca boleh skip. Cari ‘Sambung balik’ untuk meneruskan cerita)

Kawasan rumah kami ni terkenal dengan Cik Pon. Tapi saya ni jenis tak suka nk mengiyekan benda-benda tu. Saya pikir, itu jela modal nak takutkan anak muda yang bepeleseran malam-malam buta. Tapi satu hari tu ada kawan kami yang dari asrama, tumpang rumah kami sebab nak keluar malam. Masa tu lepas tengah malam rasanya, tak ingat pukul berapa. Jadi, sementara dia tunggu pakwe dia ambik, kami pun teman dia bersembang. Bile dah rancak bersembang, gelak pon makin kuat. Tiba-tiba Yana suruh diam. Jari telunjuk dirapat ke bibir. Kami semua pon diam. Yana cakap, “hangpa dengaq tak apa aku dengaq?”. “Bunyi ape?”, kami tanya. Dia pon sambung, “takda apa kot. Perasaan aku je kot”. Kami sambung sembang lagi, tapi lepas Yana tegur tu tu mungkin kami semua dah alert sikit, jadi masa tu semua la dengar. Masa kami gelak, ada bunyi sayup-sayup orang menangis. Aza cakap, “A’ah wei”. Semua berpandangan, muka suspen masing masing. Asal kami berhenti sembang je, dia pon berhenti. Lepas tu kami try sembang balik, die bunyi lagi……. Pastu apa lagi, teros tido la. Lantak kau la tunggu pakwe ko sorang-sorang.

Itu jelah kejadian seram yang jadi pun. Tak pasti hantu spesis apa yang menangis sendu tu. Mungkin la Cik Pon yang popular tu. Tapi die tak kacau dah lepas tu. Balik semula pada kisah yang saya nak cerita ni.

Sambung balik.

Kisah ni bermula, masa sem 6. Sem terakhir kami duduk di rumah tu sebelom graduate. Satu hari yang malang, rumah kami dirompak. Pada hari rompakan berlaku, saya berada di kolej (sebab sy seorang kos lain), baru sahaja habis kelas. Yang lain pulak baru meninggalkan rumah nak pergi ke kelas, diaorang lupa nk kunci pintu belakang dan terus pegi kelas. Masa masuk perompak tu, takde siapa kat rumah. Habis laptop, kamera, duit, scanner, sardin tin semua kena curi.

Sebelum perompak keluar, dia tutup pintu tapi tak kunci. Jadi saya yang baru balik kelas ni, pergi dapur minum dan terus tidur tanpa rasa was was. Nasib baik la dia tak masuk merompak masa saya tidur tu kan. Bilik saya dgn Aza memang bersepah sikit. Dah kena rompak pon tak nampak beza. Jadi lepas Aza, Yana dan Mun sampai rumah, baru la sedar kami kena rompak. Itu pun, lepas Mun n Yana nampak bilik mereka bersepah. Dua orang ni memang kemas orangnya. Bilik mereka bilik tengah. Saya dan Aza bilik depan.

Lepas tu kami buat report polis, polis datang tangkap gambar semua dan cakap akan siasat benda ni. Kami pon pasang harapan dapat balik barang-barang yang hilang. Paling banyak hilang barang Aza lah, termasuk laptop dia. Alkisahnya, kami ni rapat dengan kawan-kawan lelaki lembut (jiran sebelah), kawan-kawan lembut ni ada kawan-kawan nyah. Kalau nak tahu, banyak jugak nyah-nyah ni kenal mak esah (bomoh). Jadi diaorang ni cadangkan kat Aza jumpa satu Ustaz (katenyerla) ni. Mun dan Yana tak berani ikot. Saya pulak terpaksa teman Aza, dengan kawan-kawan lembut sekali.

Pak Ostad ni, lain macam sikit, masa pergi ‘menengok’ tu siap ada berbisik-bisik ngan kawan halimunan dia kat sebelah. Masa tu dalam hati saya dah terdetik “Ustaz apa bela antu ni?”. Boleh pulak tepat lepas terdetik tu tu Pak Ostad tu pandang saya sambal senyum sinis. Peh! Seram bodo! Lepas tu dia baca2 kat kemiyan, dia bagi suh asapkan satu rumah kami. Siap dia cakap, malam ni, salah seorang dari kami akan mimpi yang perompak tu pulangkan balik laptop kat pintu belakang sebelum subuh. Dia kata, sapa yang dapat mimpi, terus bangun pergi untuk amik laptop kat belakang. Macam sure benor dia.

Malam tu, Aza yang tengah bersemangat waja nak dapatkan laptop dia ni, pun bertukar jadi Aishwarya Rai celup. Atas piring kemiyan dibakar, rambut disisir kemas ke sebelah kanan, tangan kanan berayun lembut menolak asap. Bawak satu rumah. Habis berbau satu rumah! Sebenarnya, sebelum bakar kemiyan tu saya dah cakap, “kemiyan ni makanan jin. Aku rasa tak payah kot, pakcik tu memang bela antu la”. Aza pulak dengan pemikiran simple nye, die cakap, ”takpelah kite tengok pakcik ni terror ke tak. Mana tahu jadi ke”. Aduss. Saya pon bodoh masa tu. Yelah 10 tahun lepas. Lagipun memang plan nak buat sekali je. Mungkin kalau dah takda makanan lagi, jin tak datang dah. Masa tu kami layan kan aje. Terkekek-kekek jugak kami kutuk si Aza yang berangan Aishwarya. Hmm.. tak pikir panjang kan.

Pada malam yang sama, lepas satu rumah berbau kemiyan, masing-masing dah rasa seram. Jadi kami buat keputusan nak tido kat ruang tamu je. Kami berempat bentang tilam, tido sebelah menyebelah. Bila dua bilik bergabung, memang menyembang lagi la kite. Aza di hujung kiri, saya sebelah Aza dan Yana, Mun hujung sebelah kanan. Tengah borak, saya pandang muka Yana sambil borak, tiba-tiba die tersentak sambil kalih muka sekaligus tutup mata. Lepas tu, dia tak buka dah. Sambil dia tutup mata, dia cakap, “aku ngantok la wei. Jom tido”. Semua yang tengah bersembang memang tak pikir panjang pon, ingatkan memang dia ngantok.

Jadi kitaorang pon tidur. Seperti yang dijanjikan Pak Ostad, pasal mimpi perompak pulang laptop sebelum subuh tu, semua dapat mimpi yang sama malam tu! Semua mimpi perompak pulang laptop kat pintu belakang! Tapi sorang pun tak berani nak pegi tengok. Sebab Pak Ostad kata sapa yang mimpi tu dia je pegi amik, tak payah ajak kawan. Esok pagi bangun, saya mula-mula mengaku saya mimpi tapi takut nak pergi tengok, lepas tu masing-masing mengaku. Aza pun takut nak pergi tengok. Masa tu krik krik krik kejap sebab speechless semua dapat mimpi benda sama. Yana pon bukak cerita, semalam dia terus cakap nak tidur sebab dia nampak macam satu kelawar besar warna hitam terbang laju menuju ke muka dia. Waktu tu Aza dah terima hakikat dah yang Pakcik Ostad tu, tak betul.

Walaupun dalam hati dah menyesal buat benda tu, tapi nasi dah jadi bubur kan. Sejak dari hari Aishwarya Rai tu, kami mula seram bila tinggal sorang-sorang kat rumah. Saya lah selalu tinggal sorang-sorang, sebab saya kos lain dari budak bertiga ni. Saya punye takut nak berlegar-legar dalam rumah, sampai saya tidur depan pintu dengan baju pergi kelas tunggu diaorang balik kelas. Masa tidur tu saya mimpi dalam mimpi. Saya mimpi kawan-kawan saya balik (sebab tengah tunggu diaorang balik kan). Diaorang panggil saya suruh bukak pintu, saya dengar suara diaorang.

Saya rasa saya bangun bukak selak pintu tapi masa nak bukak pintu saya balik ke tempat saya baring, saya masih tidur lagi.Tak bergerak. Berulang kali jadi, sampai saya dah tahu saya masih sedang mimpi. Saya dah ragu-ragu bila dengar suara diaorang panggil suruh bukak pintu. Jangan-jangan ni mimpi lagi. Tapi nak cuba sedar betul-betul tak boleh. Sumpah tak boleh, berat sangat, saya cuba dah buat, masa tu saya ingat saya kena tindih, jadi dengan susah payah saya ingat saya dah bangun, tapi rupanya masih mimpi. Sampai lah diaorang betul-betul balik. Tak susah pun bangun tu. Masa saya bukak pintu tu, memang muka saya curiga sangat dengan semuanya. Nasib baik itu bukan mimpi lagi. Masa tu pukul 1pm.

Banyak lagi kejadian lain, macam selalu nampak kelibat kat bilik belakang dan tempat lain dalam rumah. Tapi kami masih kental tidur bilik masing-masing masa tu. Saya dan Aza konon berani katil kami tak gabung. Saya di dinding kanan, dia kat dinding kiri. Mun dan Yana gabungkan katil. Satu hari, saya dan Aza decide nk tidur awal. Jadi kami tutup pintu, tutup lampu dan baring. Masa tu Yana dan Mun belom tidur pon, belegar-legar lagi sebok iron baju sambil menyanyi-nyanyi. Jadi takde la seram pon suasana malam tu. Cuma bilik kami je gelap. Nampak bayang samar-samar je bagi yang sihat penglihatan tapi macam saya memang tak nampak apa, sebab baru lagi tutup lampu. Masa kami baring tu, borak sebelum tidur macam biasa.

Saya baring, Aza pon baring. Tiba-tiba Aza cakap “Di, kenapa kau duduk?”. Saya cakap, taklah.. aku baring ni”.

“Taklah, kau duduk la”, Aza ulang lagi. Saya balas, “Kaki aku kot, aku baring la ni”.

Aza tegaskan suara “Tak Di, sumpah kau duduk”. Saya menelan air liur. Saya diam. Aza diam. Muka mula rasa kebas panas, suara tak keluar, badan rasa kejung tak boleh buat apa dah.

Pap, Pintu bilik dibuka dari luar, Mun yang bukak. Dia cakap, “wei pinjam hanger”. Fuh, baru boleh hembus nafas. Sejak malam tu hingga habis belajar, kami merempat kat bilik Yana dan Mun. Tak pakai katil lagi, bentang tilam dinding ke dinding, tido rapat-rapat.

Saya ada mengadu kat mak saya pasal ni. Memang kena marah dulu la kan. Lepas tu dia bawak jumpa Ustaz yang betul. Ustaz cakap, Pak Ostad tu die letak hantu raya dia kat situ. Rumah anak dara lagi la hantu raya dia suka. Sebab kami dah kemiyan kan, itu yang bukak pintu untuk dia keluar masuk kat rumah kami.

Haihh. Pengajarannya, kadang-kadang benda tu tak ada, tapi kita yang cari dia. Hati-hatilah. Ada yang bawak pergi berubat, tapi tak elok-elok. Kadang elok kejap, pastu makin terok. Terpikir jugak, mungkin rumah-rumah berhantu yang wujud kat dunia ni, selain memang tempat asal dia, mungkin juga dia dijemput masuk. Sebab macam rumah kami tu, Ustaz yang mak saya jumpa tu ada bagi air, renjis-renjis kat dinding satu rumah, suruh kami baca Yassin, pasang ayat Quran. Tapi tak berjaya pon. Dia hilang kejap dan ada lagi balik. Nasib baik itu sem akhir kami. Cuma kesian la sape yang duk situ. Kakak-kakak mintak maaf ye.

Tentang laptop Aza, ajaibnye dia dapat balik laptop. Macam mane? Pakcik polis yang tolong. Cuma barang lain tak dapat jejak dah sebab perompak-perompak tu dah jual. Perompak pon berjaya ditangkap tanpa guna hantu.

Cerita bonus, cerita ni ingat-ingat lupa.

Ini cerita kawan-kawan kami lelaki lembut jiran sebelah rumah. Masih di kawasan perumahan yang sama. Masa tu diorang lepak sampai pagi depan rumah. Walaupon lembut, perangai lelaki tak boleh lari jugak melepak sampai pagi buta. Kawasan rumah student ni pukul 12am mcm baru pukul 8pm. Tapi mula sunyi lepas 3am. Rasanya waktu-waktu start sunyi tu diaorang masih bersembang di depan rumah. Tiba-tiba, ada satu keluarga macam sedang bersiar-siar dengan anak-anak. Pelik lah kan, takkan bawak anak waktu macam tu bersiar-siar. Lagi satu, keluarga ni jalan dalam satu baris je, berjalan bersebelahan tegak je melintang dengan jalan.

Saya tanya jugak kawan saya, “korang nampak macam orang ke tak? Family tu diam je ke sambil jalan tu??”. Tapi kawan saya jawab, “ko ingat kalo dah ghupe tu, agak aku nak tenung lagi ke sengal?”. Betol la jugak kan. Tapi itu la, lepas keluarga tu lalu, diaorang masih taknak masuk-masuk lagi rumah. Sampai la kali kedua nampak keluarga tu nak lalu lagi sekali. Tapi sebelom benda tu sampai dekat, diaorang dah masuk rumah dulu. Sekian, itu sahaja ceritanya.

Akhir sekali, maafkan saya jika karangan saya panjang benor. Maaf jugak sebab banyak keluar tajuk. Terima kasih pada yang baca sampai habes. Minta maaf kalau tak cukup seram cerita saya ni. Tapi inilah pengalaman yang saya nak kongsikan. Harap buang yang keruh, ambil yang jernih. Assalammualaikum.
-Di-

.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

11 comments

  1. eee selama ni hantu raya la dduk ngn korang? bahaya. hantu raya mcm ‘laki yg gatal’. korang salin baju ke apa ee tah2 jadi mata2 pak ostad tu. :'(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.