Hantu Pak Tonggek

Beratus tahun dahulu..

Usai menunaikan solat subuh Melur dan Mariam kakaknya bersiap-siap. Kali ini mereka memakai baju baru, berdandan lebih cantik daripada hari-hari biasa. Mariam mencapai bakul anyaman sendiri yang tersangkut di atas tiang rumah. Kedua-duanya mahu pergi ke pekan yang terletak di kampung sebelah. Jaraknya kampung sebelah dengan kampung mereka agak jauh. Oleh sebab itu mereka perlu keluar daripada rumah lebih awal untuk ke pekan itu. Untuk pergi ke pekan sebelah, mereka perlu merentas hutan yang tebal. Hutan yang menjadi pemisah antara kampung mereka dan kampung sebelah.

Sebaik tiba di pekan waktu sudah tengah hari. Melur membeli kuali dan Mariam pula membeli timah. Selain itu mereka juga membeli barangan dan bekalan makanan yang sukar di dapati di kampung mereka. Kerana bukan senang mahu ke pekan itu. Melur memandang bayang matahari. Waktu sudah lewat petang. Terlalu asyik membeli belah mereka tidak sedar, hari kian melanjut usia.

Bergegas lah Melur dan Mariam pulang. Mungkin ketika jam sudah 4 petang. Jika dianggarkan masa, memang mereka akan sampai ke rumah apabila sudah malam. Berjalan lah dua beradik itu di dalam hutan. Perjalanan pada mulanya berjalan lancar. Tetapi apabila sampai di tengah hutan, mereka gagal mencari jalan pulang. Pelik juga. Melur dan Mariam sudah biasa dengan jalan itu. Tetapi kali ini mereka tidak jumpa. Sah mereka sudah sesat.

Suasana hutan kian suram. Tiada lagi cahaya matahari dari celahan daun-daun. Bunyi unggas pulang ke sarang mereka sayup-sayup kedengaran. Nyamuk hutan galak bermain di telinga. Mereka mengambil keputusan untuk bermalam sahaja di dalam hutan. Mariam mengajak Melur berteduh di tepi pohon besar dapatlah mereka menyandar badan ke pohon tersebut. Lalu Melur pula menghidupkan api berdekatan dengan mereka agar boleh menakutkan binatang buas.

Malam kian pekat. Entah mengapa malam itu sunyinya sahaja. Hati Mariam tidak sedap. Seperti ada sesuatu yang bakal terjadi. Melur menguis-nguis unggun api. Mariam pula menambah lagi kayu-kayu dan daun kering yang ada di sekitar mereka ke dalam unggun api. Biar api lebih besar daripada biasa, kerana hatinya makin berdebar. Mungkin saja pak belang sedang mengintai mereka.

Mariam mengajak Melur memanjat ke atas pohon di belakang mereka. Sebaik Melur sudah naik ke atas pokok, Mariam menyua kepada adiknya barang-barang yang mereka beli sebentar tadi. Takut juga andai ada binatang yang datang merosakkan barang yang mereka baru sahaja beli. Selepas beberapa lama Melur sudah tersengguk-sengguk. Matanya kian berat. Hanya tinggal Mariam sahaja yang masih berjaga memerhati keadaan. Tidak beberapa lama kedengaran seperti ada bunyi orang memijak ranting kayu. Bunyi itu makin lama makin dekat menghampiri mereka. Mariam memanggil Melur supaya jaga dari tidurnya.

Dari sebelah kiri daun-daun pokok bergerak seperti ada sesuatu sedang menuju ke arah mereka. Lalu muncul lah Seorang lelaki tua memakai kain pelikat yang berjalan seperti kaki sebelahnya sakit. Namun laju sahaja dia melangkah. Samar-samar cahaya api kelihatan giginya seperti gergaji. Matanya besar tanpa alis. Wajahnya mengerutu, hidungnya juga besar dan punggungnya juga sangat besar. Dia berjalan secara menuju ke arah Melur dan Mariam.

Bahang unggun api yang panas tidak menakutkannya. Sebaik menghampiri pohon yang mereka berteduh, makhluk itu pun memusingkan badan menghadap ke hutan. Kemudian dia memanjat pokok tersebut menggunakan punggungnya. Peluh menitik kerana ketakutan. Mariam memandang kuali yang disangkut di dahan bawah mereka. Di dalam kuali tersebut ada timah yang makin mencair dek kerana bahang api. Makhluk itu makin lama makin hampir dengan mereka. Jarak makhluk tersebut dua depa daripada kuali itu. Maka Mariam memberanikan diri turun ke bawah.

Lalu dia mencapai kuali yang berisi timah cair. Mariam kemudian menuang timah yang panas itu ke atas p******g makhluk tersebut. Menjeritlah makhluk itu kesakitan lalu jatuh dari pokok sebelum lari menghilangkan diri ke dalam hutan. Selamatlah mereka pada malam itu.

Melur teringat cerita arwah ayahnya. Bahawa hati-hati masuk ke hutan. Kerana hantu pak tonggek gemar dengan daging manusia. Namanya lucu, tapi wajahnya menggerunkan. Makhluk itu mungkin jelmaan jin atau manusia yang mengamal ilmu sesat hingga bertukar sebegitu rupa.

Cerita ini diceritakan oleh nenek aku sewaktu aku kecil. Pengajarannya hati-hati masuk hutan. Lautan hutan bukan di saja dipenuhi haiwan buas, namun penuh dengan makhluk misteri. Sahih ke tak aku tak pasti. Tapi aku percaya selain kita ada benda lain lagi. Kadang-kadang cerita nenek macam tak masuk akal. Tapi sebenarnya betul.

Maaf kalau tak lah seram sangat. Kalau korang suka. Nanti aku cerita pula kisah lain yang nenek pernah cerita dulu Seperti Pak aji makan hidung dan lain-lain.

.

Nurhan
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

7 comments

  1. lawak n seram..
    tak sabar nak baca kisah pak aji mkn idong.
    nanti upload crita, letak # ye, senang aku nak follow hang.

  2. Aku dh post cerita pak aji makan, hidung bersama dgn cerita lain. Haha kalau kau dgr, tok aku cita rasa seram kot..

  3. Baru je habis baca cerita Pak Aji makan hidung. Ada link pulak to this story. I like your style of writing. It’s intriguing. Even if it isn’t to scare but it takes me on a mystical journey. Please continue with more 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.